Pages

Wednesday, August 25, 2010

Mesyuarat Pertama Keluarga Haji Latif 2010

Pak Teh Haji Abdul Rani dengan Mak Teh


Pak Cik Haji Nazri Haji Abas
Pak Uda Tuan Haji Awang, Hajh Khadijah, En. Fauzi

Ayah Cik Haji Radhi dan En Latif







Pengerusi kali kedua perjumpaan keluarga Haji Latif ialah Tuan Haji Zambri lebih dikenali dengan nama haji Awang, telah mengada mesyuarat pertama di rumahnya di Subang Jaya. Mesyuarat itu dihadiri wakil-wakil keluarga daripada keluarga Haji Majid, Haji Abas dan Rokiah yang tidak hadir wakil dari keluarga Roshidah. Majlis perjumpaan keluarga Haji Latif/Teh Mahwi akan di adakan di Kuala Kangsar bertempat di masjid Sayong Tengah tempat asal keluarga Haji Latif. Haji Latif dan Teh Mahwi berkeluarga di Sayung Tengah dan tempat bersamadinya di kawsan masjid Sayung. Tarikh majlis itu adan diadakan pada 21 Novembar Hari Sabtu bermula dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 4 petang.

Majlis itu adakan berunsur keagamaan yang dipenuhi denganbanacaan yasin dan tahlil, ceramah agama, kuiz agama dan keluarga, persembahan nasyid, cerita-cerita dari setiap keluarga dan beramah mesri di antara keluarga. Setiap ahli-ahli keluarga dikenakan yuran penyertaan sepuluh ringgit bagi orang dewasa dan lima ringgit bagi kanak-kanak sekolah rendah dan menengah. Pelajar IPT dikenakan sebagai orang dewasa.

Jawatan kuasa urus setia di ketuai Pengerusi Haji Awang, Setia Usaha Abdul Latif, Bendahari Dato Zainal Abidin, dan Perhubungan Haji Nazri. Lain-lain jawatan urus setia akan diumumkan pada mesyuarat kedua yang akan diadakan di Kuala Kangsar Bukit Chandan di rumah Haji Noran pada hari raya ketiga sebelah petang. Diharapkan sesiapa ahli keluarga Haji Latif yang ada masa lapang dijemput mengahidiri mesyuarat tersebut




Thursday, August 19, 2010

Keluarga Gam Dahaman bin Kulup Ismail Tak bin Uda Ahmad

Penulis Pakdenoran dengan Mat Yazid


Pakdenoran dengan Ahmad Yazid


Rumah Tua Gam Dahaman


Rumah tua dari sudut yang lain


Gambar keluarga Ahmad Yazid


Gambar Ahmad Yazid sewaktu kecil bersama Hamimah dan Ani di pangkuan




Rumah pakdenoran (penulis) di Talang berdekatan dengan rumah Toki Gam. Rupa-rupanya kedua keluarga ini ada pertalian persaudaran itu keluarga besar Uda Ahhmad/Tukang dengan Itam saadiah. Uda Pertalian datuk saya Abu Kasim dengan Gam Dahaman adalah sepupu ia itu ibu Kasim, Ngah Pungut dan bapa Gam, Ismail Kulup Tak mereka ini adik beradik,jadi saya cucu Abu Kasim memanggil jiran saya Toki Gam.

Toki Gam dengan Pah Sa (Saleha Mat Ros) dikurniakkan ramai orang anak kedudukan anak-anaknya selang bunga iaitu perempuan lelaki dan seterusnya. Yang tua Hamimah sekarang ini pesara guru bersuamikan Zainudin Bahari(arw) tinggal di Ampang Selangor dikuniakan seorang anak Norasyikin bersuamikan Rasman. Pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Fazly,Nuralis,Farid Ali dan Amir Shafik.

Kedua Ahmad Yazid mempunyai dua orang isteri berasingan. Isteri pertama orang Kelantan bernama Nik Jah dikurniakan seorang anak Aznijar pensyarah UPM Serdang beristerikan Wan Marini. Pasangan ini dikurniakan ALLAH tiga orang anak yang masih kecil ia itu Adam, Asraf dan Maryam. Isteri keduanya Sukartini dikurniakan tiga orang anak Aznisyam, Ainil Fazli dan Adi Yasman. Saya sebaya denga Mat Yazid dan kami sama-sama membesar sebagai jiran dan adikberadik

Ketiga Habibah (Ani) bersuami dengan Adnan tinggal di Beruas Perak, kedua pasangan ini pencen guru berkeluarga dengan seorang anak Shairul Idrus

Keempat Mohd Khairudin bekas pegawai kanan kerajaan bbertemu jodoh dengan seorang doktor tinggal di Harta Mas Kuala Lumpur. Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan Kim Amyleena bersuami Mohamad Sufi

Kelima Noorma bertemu jodoh dengan Dzulkifly mempunyai dua orang anakMohd Azreen bertemu jodoh dengan Nora Zura dan Mohd Alzahari.

Keeman Hanipah merupakan seorang doktor pakar berkhidmat di hospital swasta di Melaka. Amir bertemu jodoh denga pegawai bank di City Bank Puteh Shafarizan. Pasangan mempunyai tiga orang anak Khairiah, Kamil dan Qabil

Ketujuh Anum Zakiah seorang guru menjadi pengetua di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Cikgu ini bertemu jodoh dengan pegawai kanan di kementerian pertanian di Serdang. Pasangan ini dikurniakan beberapa orang anak Aifalindaa, Afig Hafiz, Anis Nadia, danAina kamalia.

Kelapan Badrul Hamidi bertemu jodoh Roziah tinggal di Ipoh berkerja di bidang pelancungan di Ipoh dikurnia beberaa orang anak Saidatul Athirah, Saidatul Afifah Saidul Alina.

Kesembilan Suriana bersuamikan Mazlan mendapat seorang anak Abil Firdaus dan kesepuluh Hiatun berkidmat di Sabah.







Thursday, August 12, 2010

Haji Sulaiman dan Pan Jepun


Jika seseorang mahu mencari salasilah dirinya perlu kaji kedua ibubapa, kemudian empat datuk dan seterusnya lapan neneknya. Saya mengesan opahperempuan iaitu isteri datuk Haji Latif iaitu Teh Mawi.

Tidak banyak diketahui oleh itu saya cuba bertanya beberapa orang tua di Sayung. Dikatakan bapa Teh Mawi ialah Haji Sulaiman dan ibunya pula Pan Jepun, dikatakan opah saya itu rupa jepun tetapi bukan orang jepun.

Mengikut kakak sepupu saya Yang Za, anak sulung Meor Kasah tinggal di Talang mengatakan Teh Mawi mem[unyai bebera orang adik beradik ia itu Haji Luwi beristeri tiga orang dan salahorang anaknya ialah Che Rahmah yang bersuamikan Hj Saad bapa saudara sepupu saya anak cucu Imam Kolah. Anak-anak Che Rahmah yang saya kenal Hasan Basri tinggal di Taman Pewira di Ipoh dan yang lain cucunya posman pejabat pos Kuala apa yang di kenali dengan nama Jo sahaja.

Yang lain ialah Kulup Kecik beristerikan Alang Saemah juga d\nenek saudara Ngah Karim anak Busu Manjang. Keluarga ini juga beberap orang yang kenal seperti Hajah Zawiyah mertua Hj Sulaiman Hj Majid sepupusaya. Yang lain Kamilah dan Utih.

SeterusnyaHaji Pelat masih lagi mencari kalau tka silap anaknya Wan Tipah tinggal di Talang Hilir. Anjang Selong munkin dapat di kesan dengan Maktar tinggal di Sayung Tebing, yang lain ialah Rahman tinggal di Kuala Lumpur'

Ngah Mariah mungklin dapat dikesan dengan anak Jerais seperti Khadijah tinggal di Sayung Tebing dan m\Mat Din tinggal di rumah tua di Talang. Alang Sariah tak tahu mana-mana keluarganya. Terakhir Anadk Masuri mungkin jua tinggal di Talang sepert anak-anak cucu Sidek Kapung di Talang, Mat Deris dan Razali juga tinggal di Talang Hilir Kuala Kangsar.

Terakhir ialah Teh Mahwi bersuamikan Haji Latih (lihat keluarga Haji Latih dalam blog ini terdahulu)

Susunan kekeluargaan tak pasti siapa yang tua dan yang bungsu saya seru para pembaca sesiapa tahu hal kekeluargaan ini berhubunglah dengan penulis atau tulis dalam komen atau email kepada penulis: ahmadckk@gmail.com