Pages

Sunday, September 19, 2010

Musyuarat kedua keluarga Haji Latif







Mesyuarat kedua telah diadakan di rumah pakde pada hari ketiga, sempena mesyuarat itu pakde membuat hari terbuka hari raya. Ramai juga ahli keluarga yang datang terutama keluarga Haji Abas, yang lain termasuklah keluarga Rashidah, keluarga Haji Majid dan keluarga Rokiah.

Mesyuarat itu di pengerusikan Haji Zambri (Awang) merupakan wakil keluarga Haji Majid, wakil Rokiah diwakili Abdul Latif sebagai setiausaha, wakil Rashidah diwakili tida beradik iatu Yong Za, Yang Rahimah dan Tak Satar dan cikgu Ridwan anak Yang Rahimah, keluarga Haji Abas diwakili Zubairi, Nazri, Mat, NorZaharah, Din dan tuan rumah pakde.

Keputusan mesyuarat majlis akan diadakan bulan maulud tahun depan mungkin bulan April, tempat akan diadakan di River Resort Kuala Kangsar, atur acars diubat sedikit dari asal dan semua ahli jawatankuasa tidak berubah dari mesyuarat asal. Mesyuarat berikut akan diberi tahu kelak oleh pengerusi.

Daeng Selili dua pupu dengan Raja Lumu. Sultan Selangor pertama

Untuk makluman, Tok Kuala Bidor juga dikenali sebagai Daeng Hanasah, abang kepada Daeng Selili, Maharajalela pertama Perak dan moyang kepada Datuk Maharajalela Pandak Lam yang terlibat dalam pembunuhan J.W.W. Birch lalu dihukum gantung hingga mati! Daeng Selili berkahwin dengan adinda kepada Sultan Perak ke 13, Sultan Muzaffar Shah III (memerintah 1728 - 1742, ada yang sebut hingga 1752 apabila adinda baginda Sultan Muhammad Shah yang pernah berebut takhta lalu menguasai setengah negeri Perak menyerahkan balik segalanya!). Maka mereka itu bukan orang lain, saudara mara adik-beradik ipar-duai jua!

Ada salasilah rasmi tetapi tidak dipamirkan atau ditunjukkan kepada umum menyebut bahawa Daeng Hanasah dan Daeng Selili beribukan Ratu Sedinding binti Opu Payung Luwuk, seorang raja perempuan Bugis. Opu Payung Luwuk pula anak sulung kepada La Madusalat @ La Madu Saleh, seorang Raja Bugis yang terkenal dan bapa kepada Opu Tanderi Buring Daeng Rilaga yang anak cucunya memenuhi cerita dalam kitab Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Ali Haji!

Keluarga Opu Tanderi Buring Daeng Rilaga sangat terkenal dalam sejarah Melayu kerana baginda adalah bapa kepada 5 Daeng bersaudara - Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambun, Daeng Kemasi dan Daeng Chelak. Seorang anak Daeng Chelak iaitu Raja Lumu muncul menjadi Sultan pertama Selangor bergelar Sultan Salehuddin (memerintah 1742-1778), seorang lagi ialah Raja Haji, pahlawan besar Bugis serta Yam Tuan Riau yang sangat terkenal itu! Maka menurut salasilah itu, Daeng Hanasah @ Laksamana Tok Kuala Bidor @ Nakhoda Hitam dan Daeng Selili @ Maharajalela pertama Perak adalah saudara dua pupu Sultan pertama Selangor dan Raja Haji! Nampak tak betapa rapat dan kuatnya darah diraja mereka sebenarnya?

Adapun Daeng Selili lebih dikenali di Perak sebagai anak Raja Bugis yang muncul memainkan peranan di sana... Peliknya, abangnya Daeng Hanasah yang seibu lebih dikaitkan dengan Aceh! Kenapa boleh jadi begini? Di sini ada satu rahsia nasab bapa mereka yang membawa kepada Raja-raja Aceh seterusnya Raja-raja Samudera Pasai juga rahsia kaitan rapat nasab diraja Aceh dengan nasab diraja Bugis...

Maka ada disebut cerita lama bahawa sistem penggiliran menaiki takhta Perak yang asal dimulakan pada zaman Sultan Muzaffar Shah III sejurus selepas munculnya Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam dan Maharajalela Daeng Selili. Dikatakan penggiliran asal adalah antara 3 cabang keluarga supaya nasab diraja Aceh, nasab diraja Bugis dan nasab diraja Perak yang bersambung pada keSultanan Melayu Melaka dapat sama-sama memerintah. Sekian cerita dan selamat malam!



kajian ini dibuat oleh Nurul Azwan

Saturday, September 4, 2010

Pencarian Keluarga


Dalam mencari keluarga danpertalian sesama keluarga, pakde telah banyak bertemu keluarga yang terdekat hingga yang jauh. Dalam pencarian ini banyak cerita-cerita mulut yang di terima
dan kadang verita-cerita keluarga ada yang membanggakan dan ada juga yang merimaskan bila mendengan. Walau bagaimana pun cerita itu benar-benar berlaku dalam keluarga.

1. cerita PahWang.
2. Tok Chor naik gajah
3. Tok Mat Aris
4. Keturunan Benggali
5. Tak bolah kawan dengan raja
6. Pedena kolah masjid Sayung