Pages

Wednesday, January 9, 2013




SIAPA KETURUNAN  DAENG SELILI DI PERAK


Selepas mengamankan Negeri Perak belia menjadi pembesar kesultanan  Perak. Dengan gelaran Datok Maharajalela Pancung Tak Bertanya. Jawatan ini boleh menghukum sesiapa saja tanpa memberitahu atau meminta kebenarank  Sultan. Selain daripada itu kerana ilmu agamanya tinggi dan mempunyai  pengatahuan luas hal hal adat Melayu dan Bugis diberi gelaran Haji Besar dan menjadi Mufti pertama negeri Perak.
Ketika kekanda sulatan Muzaffar Shah  Raja Su sakit kerana dipatuk ular tiada siapa boleh mengubatnya walaupun ramai Pawang diRaja mencubanya  Akhirnya  Daeng Selili  cuba memulihkan atau menawarkan bisa ular dan berjaya dengan ini Sultan menunaikan janjinya sesiapa yang boleh mengubatnya akan dinikahkannya. Dengan cerita lain mengenalkan jasanya mengamanankan negeri daripada lanun Daeng Selili di nikahkan dengan kekanda sultan Muzaffar bernama Raja Tengah. Walau nama berbeza dan sebab pun berbeza tapi berkaitan dengan kesultanan Perak  Sultan Muzaffar ,anak Sultan Mansur Alaudin Shah dianggap orang yang  sama

Daeng Selili dangan Raja Su/Tengah dikurniakan empat orang anak iaitu Daeng Abdullah menjadi Penghulu Dalam atau dikenal Tok Enggang, Daeng Osman dengan gelaran Tok Janggut menjadi pembesar kesultanan Perak dengan gelaran Maharalela ke 2, Daeng Abdul Kader, diberi gelaran Maharajalela ke3, lebih dikenali dengan Tok Tonggkat atau Daeng Mat Tara, dan keempat perempuan Daeng Nurjalisan dengan gelaran Tok Bakul. Daripada mereka keempat ini bermulanya keturunan Daeng Selili di Perak

Kebanyakan mereka ini tinggal di Kuala Kangsar sekitar kampong Sayung, Kota Lama Kanan dan Kiri, Padang Changkat Bukit Chandan, Lambor Senggang dan Parit sekitar Bota Kiri dan Kanan, Teluk Intan sekitar Pasir Salak, Pualu Tiga dan lain lain sepanjang Lembah Sungai Perak.  Nama datuk moyang yang paling popular  seperti  Busu Manjang, , Uda Tahir, Kanda Adam, Tok Tongkat, Pandak Lam, Kulup Shah dan lain lain. Keturunan Daeng Selili kini merupakan generasi ke 10, 11 dan seterusnya dianggarkan lebih kurang 200,000 orang.





bersambung

Friday, January 4, 2013


PENGERUSI KELUARGA IMAM KOLAH
NOTIS MESYUARAT

Mesyuarat keluarga akan diadakan di rumah Lot 1945, Changkat Berangan, Bukit Chandan, Kuala Kangsar,  pada 10hb Februari 2013 hari Ahad pada pukul 2.30 petang.

Semua ahli keluarga dijemput hadir.
Agenda mesyuarat.

1.       Ucapan  tuan rumah

2.       Bacaan tahlil untuk khas Imam Kolah dan Anjang Sadiaah dan arwah arwah ahli keluarga Imam Kolah

3.       Ucapan  pengerusi keluarga

4.       Melantik Ahli Jawatan Kuasa Keluarga sebulat suara mengekal jawatan kuasa yang lama

      Menentukan tarikh hari keluarga: telah ditentukan pada hari raya ketiga puasa 10hb August 2013


      Menenttukan tempat telah ditetapkan Pesisir Sayung,Kuala Kangsar

      Lain lain hal 

      1. Pengerusi bari menggantikan Arwah Hj Ahmad Zailan : Hj Abdul Rani bin Abas
      2. Setiausaha baru menggantikan setiasa lama kerana keuzuran : En. Johari bin Tasi
      3. Bendahari baru menggantikan bendahari  lama kerana keuzuran : Hj Hamzah bin Y, Siran

(Biro danTugasan setiap AJK akan ditentukan kemudian)






PENGERUSI KELUARGA IMAM KOLAH
NOTIS MESYUARAT KELUARGA
PADA
10 hb  FEBRUARI 2013 (AHAD ) DI LOT 1945 CHANGKAT  BERANGAN, BUKIT CHANDAN
PUKUL 2.30 PETANG
Untuk
MELANTIK AJK MAJLIS HARI KELUARGA IMAM KOLAH’
DAN MENENTUKAN TARIHK DAN TEMPAT MAJLIS TERSEBUT

Datok/Encik/Haji/Puan/Cik : ……………………………………………………………………………………………….


Wakil keluarga
Hj Shamsudin Noh keluarga  Andak Sariah tel. 012 5448 601
Hj Abdul Rani Abas keluarga Hj Latih tel. 019 2291 200
En. Ahamd Satar Mahadi keluarga Itam Abu Bakar  tel 012 5377 531
Hj Abdul Jalil Mat Nor keluarga Uda Ibrahim tel. 012 5035 050
Hj Abdul Rahim Ahmad keluarga Tijah dannTimah  tel. 012 5689 748
Hj Hamzah Mat Siran keluarga Mahmud  tel. 012 5987 720
En Rosli Sulaiman keluarga Chu Osman  tel. 012 4297 150
En Johari bin Mat Tasi keluarga Hjh Inah tel. 014 248 8801

Semua wakil keluarga digalakkan menjemput ahli keluarga ke mesyuarat tersebut

Hj Ahmad Noorhani (pakdenoran)
Pengerusi keluarga imam kolah