Pages

Wednesday, December 22, 2010

Pertemuan Ahli Keluarga HjLatihTehMahwi



























































































































































































































































Tuesday, December 21, 2010

Mesyuarat Keluarga Keturunan Imam Kolah

Jemputan wakil-wakil keluarga,



Mesyuarat Keluarga Keturunan Imam Kolah



Tarikh: 25/12/2010

Masa: 3 petang

Tempat: Rumah Pakde Noran di 1945, Changkat Berangan, Bukit Chandan, Kuala Kangsar

Agenda Mesyuarat (dibuat secara informal)

1. Kata aluan tuan rumah (Hj Ahmad Noorhani)

2. Kata aluan pengerusi penaja (En. Ahmad Satar Mahadi)

3. Melantik setia usaha sementara

4. Pebincangan hal-hal keluargaan

Topik-topik dibincangkan:


a. Mencari, memperbetul dan Memenuhi ahli-ahli keluarga dalam salasilah Imam Kolah

b. Mengumpulkan khazanah-khazanah harta pesaka mahupun ilmu yang ditinggalkan oleh Imam Kolah

c. Mengadakan hari keluarga keturunan Imam Kolah
Jika setuju melantik urus setia majlis tersebut

d. Lain-lain hal berbangki

5. Doa dan tahlil

Hari Keluarga Hj Abas Hjh Esah di PD.
















Thursday, December 16, 2010

Mesyuarat Keluarga Imam Kolah



Satu mesyuarat ahli-ahli keluarga Imam Kolah akan disadakan di Lot 1945, Changkat Berangan Bukit Chandan, Kuala Kangsar rumah pakdenoran (Noran) jam 3.00 petang pada 25hb Disember 2010 ini. Semua wakil ahli keluarga diharap dapat datang pada hari dan masa tersebut.


Wakil ahli keluarga yang dijemput dari Keluarga Hjh Inah Hj Mat Zailan dari Ipoh, keluarga Andak Sariah; En Sudin dari Bukit Lada, Sayung, Keluarga Ibrahim; Encik Azmi Kader dari Pucung dan Hj Basharudin dari Sungai Siput, keluarga Hj Itam Abu Bakar ; Encik Ahmad Satar dari Lubuk Merbau dan Hj Haliq dari Kuala Lumpur, Keluarga Putih Tijah; Hj Cikgu Sabri dan Hj Abdul Rahim, dari Keluarga Timah; anak-anak Hj Dollah dari Sayung, keluarga Hj Mahmud ; Hj Shaari Adam. Keluarga Chu Yan; En. Rosli dan En Supian dari Ipoh dan keluarga Hj Latif pula sebagai tuan rumah diwakili Hj Ahmad Noorhani, Hj Nasri dan Hj Rahimah. Bagi setiap keluarga boleh menjemput seorang lagi wakil keluarga dalam mesyuarat ini.


Sunday, September 19, 2010

Musyuarat kedua keluarga Haji Latif







Mesyuarat kedua telah diadakan di rumah pakde pada hari ketiga, sempena mesyuarat itu pakde membuat hari terbuka hari raya. Ramai juga ahli keluarga yang datang terutama keluarga Haji Abas, yang lain termasuklah keluarga Rashidah, keluarga Haji Majid dan keluarga Rokiah.

Mesyuarat itu di pengerusikan Haji Zambri (Awang) merupakan wakil keluarga Haji Majid, wakil Rokiah diwakili Abdul Latif sebagai setiausaha, wakil Rashidah diwakili tida beradik iatu Yong Za, Yang Rahimah dan Tak Satar dan cikgu Ridwan anak Yang Rahimah, keluarga Haji Abas diwakili Zubairi, Nazri, Mat, NorZaharah, Din dan tuan rumah pakde.

Keputusan mesyuarat majlis akan diadakan bulan maulud tahun depan mungkin bulan April, tempat akan diadakan di River Resort Kuala Kangsar, atur acars diubat sedikit dari asal dan semua ahli jawatankuasa tidak berubah dari mesyuarat asal. Mesyuarat berikut akan diberi tahu kelak oleh pengerusi.

Daeng Selili dua pupu dengan Raja Lumu. Sultan Selangor pertama

Untuk makluman, Tok Kuala Bidor juga dikenali sebagai Daeng Hanasah, abang kepada Daeng Selili, Maharajalela pertama Perak dan moyang kepada Datuk Maharajalela Pandak Lam yang terlibat dalam pembunuhan J.W.W. Birch lalu dihukum gantung hingga mati! Daeng Selili berkahwin dengan adinda kepada Sultan Perak ke 13, Sultan Muzaffar Shah III (memerintah 1728 - 1742, ada yang sebut hingga 1752 apabila adinda baginda Sultan Muhammad Shah yang pernah berebut takhta lalu menguasai setengah negeri Perak menyerahkan balik segalanya!). Maka mereka itu bukan orang lain, saudara mara adik-beradik ipar-duai jua!

Ada salasilah rasmi tetapi tidak dipamirkan atau ditunjukkan kepada umum menyebut bahawa Daeng Hanasah dan Daeng Selili beribukan Ratu Sedinding binti Opu Payung Luwuk, seorang raja perempuan Bugis. Opu Payung Luwuk pula anak sulung kepada La Madusalat @ La Madu Saleh, seorang Raja Bugis yang terkenal dan bapa kepada Opu Tanderi Buring Daeng Rilaga yang anak cucunya memenuhi cerita dalam kitab Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Ali Haji!

Keluarga Opu Tanderi Buring Daeng Rilaga sangat terkenal dalam sejarah Melayu kerana baginda adalah bapa kepada 5 Daeng bersaudara - Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambun, Daeng Kemasi dan Daeng Chelak. Seorang anak Daeng Chelak iaitu Raja Lumu muncul menjadi Sultan pertama Selangor bergelar Sultan Salehuddin (memerintah 1742-1778), seorang lagi ialah Raja Haji, pahlawan besar Bugis serta Yam Tuan Riau yang sangat terkenal itu! Maka menurut salasilah itu, Daeng Hanasah @ Laksamana Tok Kuala Bidor @ Nakhoda Hitam dan Daeng Selili @ Maharajalela pertama Perak adalah saudara dua pupu Sultan pertama Selangor dan Raja Haji! Nampak tak betapa rapat dan kuatnya darah diraja mereka sebenarnya?

Adapun Daeng Selili lebih dikenali di Perak sebagai anak Raja Bugis yang muncul memainkan peranan di sana... Peliknya, abangnya Daeng Hanasah yang seibu lebih dikaitkan dengan Aceh! Kenapa boleh jadi begini? Di sini ada satu rahsia nasab bapa mereka yang membawa kepada Raja-raja Aceh seterusnya Raja-raja Samudera Pasai juga rahsia kaitan rapat nasab diraja Aceh dengan nasab diraja Bugis...

Maka ada disebut cerita lama bahawa sistem penggiliran menaiki takhta Perak yang asal dimulakan pada zaman Sultan Muzaffar Shah III sejurus selepas munculnya Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam dan Maharajalela Daeng Selili. Dikatakan penggiliran asal adalah antara 3 cabang keluarga supaya nasab diraja Aceh, nasab diraja Bugis dan nasab diraja Perak yang bersambung pada keSultanan Melayu Melaka dapat sama-sama memerintah. Sekian cerita dan selamat malam!



kajian ini dibuat oleh Nurul Azwan

Saturday, September 4, 2010

Pencarian Keluarga


Dalam mencari keluarga danpertalian sesama keluarga, pakde telah banyak bertemu keluarga yang terdekat hingga yang jauh. Dalam pencarian ini banyak cerita-cerita mulut yang di terima
dan kadang verita-cerita keluarga ada yang membanggakan dan ada juga yang merimaskan bila mendengan. Walau bagaimana pun cerita itu benar-benar berlaku dalam keluarga.

1. cerita PahWang.
2. Tok Chor naik gajah
3. Tok Mat Aris
4. Keturunan Benggali
5. Tak bolah kawan dengan raja
6. Pedena kolah masjid Sayung

Wednesday, August 25, 2010

Mesyuarat Pertama Keluarga Haji Latif 2010

Pak Teh Haji Abdul Rani dengan Mak Teh


Pak Cik Haji Nazri Haji Abas
Pak Uda Tuan Haji Awang, Hajh Khadijah, En. Fauzi

Ayah Cik Haji Radhi dan En Latif







Pengerusi kali kedua perjumpaan keluarga Haji Latif ialah Tuan Haji Zambri lebih dikenali dengan nama haji Awang, telah mengada mesyuarat pertama di rumahnya di Subang Jaya. Mesyuarat itu dihadiri wakil-wakil keluarga daripada keluarga Haji Majid, Haji Abas dan Rokiah yang tidak hadir wakil dari keluarga Roshidah. Majlis perjumpaan keluarga Haji Latif/Teh Mahwi akan di adakan di Kuala Kangsar bertempat di masjid Sayong Tengah tempat asal keluarga Haji Latif. Haji Latif dan Teh Mahwi berkeluarga di Sayung Tengah dan tempat bersamadinya di kawsan masjid Sayung. Tarikh majlis itu adan diadakan pada 21 Novembar Hari Sabtu bermula dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 4 petang.

Majlis itu adakan berunsur keagamaan yang dipenuhi denganbanacaan yasin dan tahlil, ceramah agama, kuiz agama dan keluarga, persembahan nasyid, cerita-cerita dari setiap keluarga dan beramah mesri di antara keluarga. Setiap ahli-ahli keluarga dikenakan yuran penyertaan sepuluh ringgit bagi orang dewasa dan lima ringgit bagi kanak-kanak sekolah rendah dan menengah. Pelajar IPT dikenakan sebagai orang dewasa.

Jawatan kuasa urus setia di ketuai Pengerusi Haji Awang, Setia Usaha Abdul Latif, Bendahari Dato Zainal Abidin, dan Perhubungan Haji Nazri. Lain-lain jawatan urus setia akan diumumkan pada mesyuarat kedua yang akan diadakan di Kuala Kangsar Bukit Chandan di rumah Haji Noran pada hari raya ketiga sebelah petang. Diharapkan sesiapa ahli keluarga Haji Latif yang ada masa lapang dijemput mengahidiri mesyuarat tersebut




Thursday, August 19, 2010

Keluarga Gam Dahaman bin Kulup Ismail Tak bin Uda Ahmad

Penulis Pakdenoran dengan Mat Yazid


Pakdenoran dengan Ahmad Yazid


Rumah Tua Gam Dahaman


Rumah tua dari sudut yang lain


Gambar keluarga Ahmad Yazid


Gambar Ahmad Yazid sewaktu kecil bersama Hamimah dan Ani di pangkuan




Rumah pakdenoran (penulis) di Talang berdekatan dengan rumah Toki Gam. Rupa-rupanya kedua keluarga ini ada pertalian persaudaran itu keluarga besar Uda Ahhmad/Tukang dengan Itam saadiah. Uda Pertalian datuk saya Abu Kasim dengan Gam Dahaman adalah sepupu ia itu ibu Kasim, Ngah Pungut dan bapa Gam, Ismail Kulup Tak mereka ini adik beradik,jadi saya cucu Abu Kasim memanggil jiran saya Toki Gam.

Toki Gam dengan Pah Sa (Saleha Mat Ros) dikurniakkan ramai orang anak kedudukan anak-anaknya selang bunga iaitu perempuan lelaki dan seterusnya. Yang tua Hamimah sekarang ini pesara guru bersuamikan Zainudin Bahari(arw) tinggal di Ampang Selangor dikuniakan seorang anak Norasyikin bersuamikan Rasman. Pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Fazly,Nuralis,Farid Ali dan Amir Shafik.

Kedua Ahmad Yazid mempunyai dua orang isteri berasingan. Isteri pertama orang Kelantan bernama Nik Jah dikurniakan seorang anak Aznijar pensyarah UPM Serdang beristerikan Wan Marini. Pasangan ini dikurniakan ALLAH tiga orang anak yang masih kecil ia itu Adam, Asraf dan Maryam. Isteri keduanya Sukartini dikurniakan tiga orang anak Aznisyam, Ainil Fazli dan Adi Yasman. Saya sebaya denga Mat Yazid dan kami sama-sama membesar sebagai jiran dan adikberadik

Ketiga Habibah (Ani) bersuami dengan Adnan tinggal di Beruas Perak, kedua pasangan ini pencen guru berkeluarga dengan seorang anak Shairul Idrus

Keempat Mohd Khairudin bekas pegawai kanan kerajaan bbertemu jodoh dengan seorang doktor tinggal di Harta Mas Kuala Lumpur. Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan Kim Amyleena bersuami Mohamad Sufi

Kelima Noorma bertemu jodoh dengan Dzulkifly mempunyai dua orang anakMohd Azreen bertemu jodoh dengan Nora Zura dan Mohd Alzahari.

Keeman Hanipah merupakan seorang doktor pakar berkhidmat di hospital swasta di Melaka. Amir bertemu jodoh denga pegawai bank di City Bank Puteh Shafarizan. Pasangan mempunyai tiga orang anak Khairiah, Kamil dan Qabil

Ketujuh Anum Zakiah seorang guru menjadi pengetua di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Cikgu ini bertemu jodoh dengan pegawai kanan di kementerian pertanian di Serdang. Pasangan ini dikurniakan beberapa orang anak Aifalindaa, Afig Hafiz, Anis Nadia, danAina kamalia.

Kelapan Badrul Hamidi bertemu jodoh Roziah tinggal di Ipoh berkerja di bidang pelancungan di Ipoh dikurnia beberaa orang anak Saidatul Athirah, Saidatul Afifah Saidul Alina.

Kesembilan Suriana bersuamikan Mazlan mendapat seorang anak Abil Firdaus dan kesepuluh Hiatun berkidmat di Sabah.







Thursday, August 12, 2010

Haji Sulaiman dan Pan Jepun


Jika seseorang mahu mencari salasilah dirinya perlu kaji kedua ibubapa, kemudian empat datuk dan seterusnya lapan neneknya. Saya mengesan opahperempuan iaitu isteri datuk Haji Latif iaitu Teh Mawi.

Tidak banyak diketahui oleh itu saya cuba bertanya beberapa orang tua di Sayung. Dikatakan bapa Teh Mawi ialah Haji Sulaiman dan ibunya pula Pan Jepun, dikatakan opah saya itu rupa jepun tetapi bukan orang jepun.

Mengikut kakak sepupu saya Yang Za, anak sulung Meor Kasah tinggal di Talang mengatakan Teh Mawi mem[unyai bebera orang adik beradik ia itu Haji Luwi beristeri tiga orang dan salahorang anaknya ialah Che Rahmah yang bersuamikan Hj Saad bapa saudara sepupu saya anak cucu Imam Kolah. Anak-anak Che Rahmah yang saya kenal Hasan Basri tinggal di Taman Pewira di Ipoh dan yang lain cucunya posman pejabat pos Kuala apa yang di kenali dengan nama Jo sahaja.

Yang lain ialah Kulup Kecik beristerikan Alang Saemah juga d\nenek saudara Ngah Karim anak Busu Manjang. Keluarga ini juga beberap orang yang kenal seperti Hajah Zawiyah mertua Hj Sulaiman Hj Majid sepupusaya. Yang lain Kamilah dan Utih.

SeterusnyaHaji Pelat masih lagi mencari kalau tka silap anaknya Wan Tipah tinggal di Talang Hilir. Anjang Selong munkin dapat di kesan dengan Maktar tinggal di Sayung Tebing, yang lain ialah Rahman tinggal di Kuala Lumpur'

Ngah Mariah mungklin dapat dikesan dengan anak Jerais seperti Khadijah tinggal di Sayung Tebing dan m\Mat Din tinggal di rumah tua di Talang. Alang Sariah tak tahu mana-mana keluarganya. Terakhir Anadk Masuri mungkin jua tinggal di Talang sepert anak-anak cucu Sidek Kapung di Talang, Mat Deris dan Razali juga tinggal di Talang Hilir Kuala Kangsar.

Terakhir ialah Teh Mahwi bersuamikan Haji Latih (lihat keluarga Haji Latih dalam blog ini terdahulu)

Susunan kekeluargaan tak pasti siapa yang tua dan yang bungsu saya seru para pembaca sesiapa tahu hal kekeluargaan ini berhubunglah dengan penulis atau tulis dalam komen atau email kepada penulis: ahmadckk@gmail.com

Wednesday, July 28, 2010

Ngah Pungut/ Ngah Rabaayah/Ngah Saripah binti Uda Ahmad/ Tukang

Jika seseorang mahu kesan keturunannya bermula dengan kedua ibubapa, empat datok dan lapan nenek moyang. Baru-baru ini saya (pakde) dapat kesan moyang perempuan iaitu isteri moyang Alang Ahmad iaitu Ngah Pungut/ Ngah Seripah/ Ngah Rabaayah binti Uda Ahmad/Tukang.

Pertalian pakde ialah ibu Esah binti Abu Kassim bin Alang Ahmad beristerikan Ngah Pungut/ Ngah Rabaayah/ Ngah Seripah binti Uda Ahmad/ Tukang. Anak-anak Uda Ahmad dengan issteri Itam Saadiah dikurniakan lima orang anak iaitu Ngah Pungut, Anjang Tenjut, Kulup Ismail Tak, Alang Mat Yusuf dan Puteh Mat Uda.

Nenek moyang saya Ngah Pungut bersuamikan Alang Ahmad dikuniakan beberapa anak iaitu Enggok, Abu Kasim, Teh Ensah, Bahyah, Mahiyah dan Hapipah. Di antara keluarga ini yang agak popular ialah Harun bin Abd Karim, Abu Bakar bin Enggok, Esah binti Abu Kasim, Abdullah Sani dan zainun Hamzah bin Mat Daud, Idris bin Abu Kasim dan beberapa orang lagi akan ditulis kemudian

Keluarga Anjang Tenjut beristerikab Ngah Fatimah Panjang Lemah dikuniakan beberapa anak iaitu Zailop, Ngah Majidah danAbdul Rahman. Di antara keluarga ini yang populah ialah kebanyakan anak-anak Majidah dengan Panjang Ahmad iaitu Ahmad Shapie pesara pegawai pertanian, Cikgu Ramli dan Cikgu Yahaya(tinggal di Talag Kuala Kangsar)

Keluarga Kulup Ismal Tak beristerikan Ngah Ensah dikurniakan ramai anak iaitu Aminah, Sulung Kulup, Ngah Osman, Gam dahaman, Maimunah, Andak Tiah, Taayah, Marian dan Latipah. Di antara yang saya kenal anak-anak Gam Dahaman Ahmad Yazid, Hamimah, Khairudin dan cucunya Aznijar bin Ahmad Yazid dan yang lain akan dicari

Keluarga Mat Yusuf masih lagi dalam pencarian tetapi mungkin anak-anaknya tinggal di Talang iaitu Ngah Kamariah dan Mariah.

Keluarga Puteh Mat masih lagi dalam pencarian dan dikhabarkan ada beberapa orang anak iaitu Din, Omar, Saedah, yang Hendun dan Yang Mat Baki.

Thursday, July 1, 2010

Catatan awal keturunan Haji Mat Saman dan Busu Manjang


Catatan awal kekeluargaan Haji Mat Saman







Tiga rajah di atas cacatan awal kekeluargaan Busu Manjang bin Tok Tongkat


Pakdenoran harap sesiapa berkenaan harap berhubungan dengan saya atau buat komen dalam blog ini

wassalam




Friday, June 25, 2010

Pusara Tok Tongkat Daeng Mat Tara

Pakde syorkan sesiapa ada masa lapang tolonglah menziarahi kubur datok nenek kita di Kuala Sayung Tengah dengan menghadiahkan alfatihah. Mengikut kaji selidik pakde hanya lima orang saja anak Tok Tok Tongkat iaitu Abdul Razak, Kanda Adam, NurSatin, Busu Manjang dan Khatib Panjang.

Keturunan Tok Tongkat terdiri daripada Abdul Razak dengan anak cucunya dari Putih Aziz, Mat Dani, Itam Yaakub dan Kulup Lihun, Tok Nursatin pakde tahu dan masih mengesan, Keluarga Kanda Adam dengan ramai anaknya terdiri dari anak cucu Busu Tijah, Anjang Zainab, Putih Siah, Tok Uda Ismail, Alang Ibrahim, Ngah Enjah, Tok Peduka Tua, Long Sedari, Imam Dualin dan Daeng Itam Saik. Daripada Busu Manjang juga anak Tok Tongkat terdiri daripada anak cucu Alang Ahmad, Chu Esah, Andak Pauh, Putih Lam, Anjang saadiah, Uda Bait, Ngah Karim dan Fatimah, anak yang lain ialah Khatib Panjang terdiri dari pada anak cucu Moyang Tabung.

Tuesday, June 22, 2010

Sebahagian Pengaruh Bugis di Perak.

















Lihatlah ciri-ciri rumah kutai yang terdapat Perak terutamanya di Sayung, Talang dan Kotala Kiri dan Kanan





Daeng Selili adalah nama besar bagi orang-orang Melayu Perak terutama meraka yang tinggal di daerah bandar Kuala Besar seperti kampung kampung di sepanjang sungai Perak. Daeng Selili yang berasal dari raja Bugis dari Makasar dikenali dengan berbagai nama yang termasyhor "Maharaja Lela Pancung Tak Bertanyaa" "Mufti Perak Pertama" "Daeng Celak", "Haji Besar".

Salaah satu pengaruh yang terbesar ialah mencipta sistem penggiliran menjadi sultan di negeri Perak. Sistem heirarki yang masih terpakai hingga hari dinamakan adat temenggong. Dipuncak sistem ini ialah Sultan, Raja Muda, Raja DiHilir, Raja Kechil Sulung, Raja Kechil Bungsu, dan beberapa orang besar istana terutamanya Raja Bendahara, Temenggong, Raja Laksamana dan Shahbandar. Yang lain ialah orang besar lapan, orang besar enam belas.

Satu lagi pengaruh Bugis yang dibawa oelh Daeng Selili yang agak penting ialah pembinaan rumah kutai Perak. Terdapat beberapa ciri rumah kutai perak yang tidak dapat di negeri-negeri lain, rumah kutai di perak banyak terdapat di sepanjang sungai perak terutama di mukin Sayung dan mukim Kota Lama Kanan dan Kota Lama Kiri.



Tuesday, June 1, 2010

Menziarahi Pusara Daeng Sedili, Tok Tongkat dan Kampung Sayung












Pusara Daeng Sedili di Padang Changkat, Bukit Chandan, Kuala Kangsar



Pakdenoran dengan Salehudin keturunan Tok Tongkat penjaga pusara Tok
Tongkat di Kampung Kuala Sayung Hilir, Kuala Kangsar



Pusara Tok Tongkat


Pusara Bidan Jalibah








Rumah peninggalan Pak Ngah Kijang berkuturunan Daeng Sedili

Rumah salah seorang Keturunanan Daeng Sedili




Rumah-rumah tradisional dan separauh moden di Kampung Sayung yang
kebanyakan diduduki kerurunan Daeng Sedili