Pages

Tuesday, September 25, 2012





Andak Sariah bersuamikan Haji Daud mendapat lima orang Fatimah, Rajipah, Mohd Noh, Hassan dan Robaayah.

Rajipah tiada berkeluarga (mandul)

Fatimah bersuamikan  Ngah Rafor mendapat tiga orang anak;  Muhamad, Razali,  Rokiah

Mohd Noh beristerikan Alang Tijah mendapat beberapa orang anak Rahmah, Shamsuddin, Husin,  dan Mat Nordin.

Abu Hasan mempunyai tiga orang anak iaitu Esah, Umi Kelsom dan Sulaiman

Robeaayah bersumaikan Anjang Shmad mempunyai juga tiga orang anak, Salbiah, Rahimah dan Esah

Mohd Noh

Rahmah x Mohd Isa anak-anak; Khalid, Abdul Mutalib, Jaafar. Abdul Wahab, Mohd Zubir, Noor Azizi

Shamsudin x 1.Che Nang 2. Jariah anak-anak; Umi Kelsom, Azdian, Muhd Harawi, Noraini, Aminudin, Ridwan, Mohd Saad, Muhamad Ramli, Ahmad Sabri, Nur Suzyla, Norishah, Shaharimah, Nor Azizan

Husain x Zainab anak-anak; Zura, Rosi, Sham, Khairul, Ita

Kamaruddin x Habsah anak-anak;  hairul Hisham, Mohd Jumat. Afendi, Shaifull

Mad Nordin x Rajmah anakanak; Aswan, Jamuri, Amalina, Amera

Fatimah

Muhamad  x  Ramlah anak anak; Ali Piah …..,……

Razali tida waris

Rokiah  x  Undut anak anak; Habsah, Shamsudin, Norahan, Fauziah, Zaitun

Abu  Hassan

Esah x ……… anak anak; Nazri, Ali, Mimi, Hamimah, Muhamad Sibi, Hamisah, Maria

Umi Kalssum xMat Nor anak anak; Mohd Azhar, Zaitun, Adam Malik, Mat Jamal, Haslinda , Haslina

Sulaiman  x  Sariah anak anak; Muhamd Said, Sarimah, Rasdi, Norijah, Mat Puzi, Yusuf, Salina, Ibrahim, Suriati

Robaayah

Salbiah x Hassan anak anak; Mokhtar, Ahmad Damiri, Zamilah, Mahani, Zaaba, Haida, Nasir

Rahimah x Hassan anak anak; Hasnah, Shaharuddin, Noraini,  Noriah, Mohd Nor, Azmi, Zulkifli,

Esah x Alias  anak anak; Mohd Nazri, Mohd Nasir, Hamidah, Mazatul Akmar, Fauzi, Fazli 

Monday, September 24, 2012

Keluarga Hajah Aminah binti Imam Kolah

 Hajah Aminah binti Imam Kolah bin Imam Tanjung bin Daeng Sura bin Daeng Abdullah bin Daeng Selili

Hajah Aminah bersuamikan Haji Daud mendapat beberapa orang anak; Long Tipah, Hj Saad. Abdul Hamid dan Mat Jihin
 Long Tipah bersuamikan Maarof mempunyai seorang anak namanya Ahmad Kecik.

Haji Saad beristerikan Hajah Rahmah mendapat tujuh orang anak; Raesah, Hamimah, Arbidah, Azizah, Sofia Hassan Basri, Jahariah dan Rokiah

 Abdul Hamid beristerikan Normah mendapat dua orang anak iatu Yeop Harun dan Pandak Ahmad

Mat Jihin beristerikan Mariam mempunyai empat orang anak; Zubairi, Zalimah, Mat Daud dan Halimah

 Long Tipah
 Ahmad Kecik x Maarof anak-anak ; Kamsinah, Abdullah, Zawiyah, Fatimah, Mohd Yusof, Ismail

Haji Saad x Hj Rahmah
 Raesah x Mohd Tasi anak-anak; Zailan, Tom Saadiah, Zaini Sabariah, Zainal Abidin, Fauziah, nor Azwa, Mohd Ghazali, Tajudin, Mohd Johari, Rozana.
 Hamimah x Nazarudin anak-anak; Hendon, Harun, Zainal Abidin, Sharifudin, Ro
 Arbidah x Us Daham anak-anak ; Asma, Hilal, Masidah, Fadilah, Fairus, Omar Syarifudin
Azizah x Saleh anak-anak ; Sufian, Ibrahim, Faizal, Azian Ros x Mohd Hakir 
Sofiah x Mohd Hashim anak-anak; Mohd Khusairi, Azimah, Normah, Murad, Nor Asmah, Suhaimi, Hishamuddin
Abu Hassan Basri x Zauwiyah anak-anak; Nor Shidah. Nor Shamsiah, Ahmad Kamal, Sham, Azlan, Khairul Azmi, Liza, Shadura, Roziah,
Jahariah x Zamin
 Rokiah x Ismail anak-anak; Umi Kalsom, Jamaiyah, Redzuan, Nor Afendi, Mohd Irhan,Hayati, Mariatun, Amirudin

Abdul Hamid xNorma
 Yeop Harun x Maimunah anak-anak; Idris, Zaleha, Salmah, Mohd Azmi dan Zambri
Pandak Ahmad x …………. anak-anak; Zulkifli

Mat Jihin x Mariam
 Zubairi x Kamsiah anak-anak; Tarmizi, Zulkily, Nor Azizi, Azizah
Zalimah x Mat Ali anak-anak …….
Mad Daud x Yah anak-anak; Nazri, Ismail, Sulaiman
Halimah x Mohd Taridi anak-anak;Yong Zaharah, Mohd Razali, Halimah x Mohd Lazim anak anak Khazamah, Azizan (EzanZahari)

Friday, September 21, 2012

Muhamad Amirul Zainal Abidin.

. BISMILLAHIRROHMANIRROHIM.

. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

. Moga dipereratkan hubungan silaturRahmi Silmi bin Mustafa Kamal bin Puteh Rahmah bt Uda Ibrahim bin Daeng Syafie Imam Kolah bin Imam Tanjung/Daeng Sura bin Daeng Abdullah bin Daeng Selili bin Daeng Ahmad Sekira sesiapa disini yg ada maklumat atau mengenali diri Daeng Bongsu/Pocut Muhammad silalah menghubungi silmi_amy2005@yahoo.com Terima Kaseh

Monday, September 17, 2012

Ahmad Satar Mahadi

Info Maklumat-Asal-usul bendera Sang Saka Malaya yang kita perlu tahu..

...... Hanya dua warna sahaja iaitu warna merah di atas dan warna putih di bawah Bendera Sang Saka Malaya. Sang Saka adalah sejarah bangsa, dari zaman kerajaan Langkasuka, Gangga Negara, Sri Vijaya inilah warnanya. Merah putih adalah motif nusantara. Motif Melayu Raya, kerana itu Bendera UMNO, PAS, SINGAPURA dan INDONESIA semuanya menggunakan SANG SAKA. Tujuan teman bukan apa sekadar nak bagi tahu, kerana baru-baru ini heboh fasal bendera Sang Saka di dalam TV dan SURATKHABAR menyeritakan fasal bendera tersebut. Ada yang berkata nak tukar bendera Malaysia, mirip macam bendera Singapura dan Indonesia. Janganlah kita di perbodohkan dan melenting tak tentu fasal bila dengor cerita tersebut. Dan amat malu kalau orang Melayu sendiri tidak tahu asal-usul bendera Sang Saka, asal-usul nama Melayu dan kalau orang Perak pula tak tahu asal-usul bendera Perak, lepas tu cakap berdegor-degor fasal bangsa dan negeri Perak..... Kalau ada apa-apa yang perlu dibantah di persilakan dan di perbetulkan supaya kita tidak keliru dan terkeliru....... Fikir-fikir dan renung-renungkannya.... Wallahuallam,aamiin. Ahmad Satar Mahadi Apa sebab tiga warna bendera Perak, soalan cepu emas hampir tamat, jawab yob, yong mase tengah ade lagi ni.....dah lame bebenor soalan ni tak berjawab....

Sunday, September 16, 2012

Ahmad Satar Mahadi

 Info Maklumat-Makna perkataan Sultan dan asal-usulnya yang kita perlu tahu

............. Sultan pada makna Bahasa Arab adalah kata nama yang membawa maksud Kekuatan, Kekuasaan, Kedudukan Pemerintah-pemerintah Islam tanpa menuntut jawatan Khalifah. Apabila dihimpuhkan Wilayah-wilayah takluk pemerintahan Sultan lalu dipanggil Kesultanan. Manakala Sultan pada istilah Bahasa membawa maksud; Pemakaian Gelaran Kebesaran Daulah manusia Agung yang menjadi Ketua Pimpinan orang-orang yang beriman ( Amirul Mukminin ). Sultan atau Ketua Pimpinan orang-orang yang beriman yang pertama diberi gelaran SULTAN ialah Ketua Turkmen Maulana Sheikh Mahmud Ghazmi yang memerintah antara tahun 998-1030 Masihi, kemudian gelaran Sultan itu dipakai oleh pemerintah Turki Seljuk, kemudian Empayar Gugusan Kepulauan Melayu. Lepas itu barulah Turki Uthmaniyyah dan Empayar Turki Uthmaniyyah ke 3. Sebelum Malaysia merdeka Sultan menjadi ketua Negara atau Negeri dan berkuasa dalam mentadbir Negara atau Negeri yang di perintahnya. Selepas merdeka jawatan mentadbir Negara atau Negeri di ambil-alih olehPm untuk Negara dan MB untuk Negeri. Sultan menjadi Ketua Agama pada Negara atau Negeri yang diperintahnya. Mengikut perjanjian yang dibuat oleh Sapurba dengan Demang Lebar Daun Sultan tidak boleh derhaka dengan Rakyat dan Rakyat tidak boleh Derhaka dengan Sultan. Itu sebabnya Sultan/Raja dengan Rakyat berpisah tiada. Sekiranya penjelasan di atas tidak tepat atau salah sila diperbetulkan supaya kita tidak keliru dan terkeliru. Wallahuallam,aamiin

Wednesday, September 12, 2012






Nasrul Hadi
 · 
  • Salam perkenalan ,saya berketurunan daeng selili generasi ke 11 :: Nasrul Hadi bin Ahmad Sanee b. Zainal Abidin b. Hamzah b. Wan taha b. Wan Abu Bakar b. Wan Hassan b. Muhammad ariff b. Pandak Yusuff b. Daeng Uda Tahir b. Daeng Osman b. Daeng Selili @ La Madu Kelleng , Arung Matoa Wajo xxxiv

Tuesday, September 11, 2012

Info ini dipetik dari merahsilu.blogspot.com dikirim oleh Radzi Shafiee

Saturday, February 04, 2012


La Galigo dan makna Daeng buat orang Bugis

Cerita Bugis lagi. Bersambung dari Kota-kota Bugis di Kuala Linggi dan Lukut.



Semalam Jumaat pagi saya pergi lagi ke PWTC untuk menghadiri persidangan buku antarabangsa yang diadakan bersama Ekspo Buku 1 Malaysia.



Asalnya saya cuma mahu berlegar di sekitar kawasan rumah di Bandar Tasik Puteri. Tetapi apabila datang pada hari pertama persidangan dan ekspo Rabu 1 Februari saya tertinggal kamera lalu tidak dapat merakamkan beberapa perkara.



Pertama, sebaik sahaja meletakkan kereta di Hentian Putra, sebelah PWTC saya mendapati meter bawah menunjukkan nombor 333.3 (km). Seolah ada kesinambungan 'restu' daripada Ilahi kerana artikel terakhir ditulis di blogspot ketika itu bertajuk Kembara Johor-Riau - 333 tahun Hulu Riau menjadi pusat empayar. Kemudian apabila masuk ke dewan untuk persidangan saya dapati satu suasana kontras yang agak menarik - pembentangan tajuk melibatkan kedaulatan orang Melayu melalu etnik atau suku Bugis sedangkan dewan begitu terserlah merahnya kerana masih ada 'tinggalan' dari sambutan Tahun Baru Cina 2 minggu lepas.



Tapi itu cerita Rabu di mana saya datang semata-mata untuk mendengar pembentangan bertajuk "Pengaruh naskah La Galigo dalam pembentukan jatidiri orang Bugis menuju minda kelas pertama" oleh Professor Dr. Nurhayati Rahman dari Fakulti Sastera, Universiti Hassanuddin di Makassar, Sulawesi Selatan. Untuk pengetahuan La Galigo adalah sebuah epik sastera Bugis yang dipercayai menceritakan ketamadunan Bugis abad ke 7 hingga ke 13/14 Masihi. Ditulis dalam aksara tempatan yang dipanggil Lontara, ia telah diiktiraf dunia sebagai teks sastera terbesar dan terpanjang kerana mengandungi tidak kurang 300,000 bait cerita. Sedangkan kitab yang diakui terbesar dan terpanjang sebelum itu, Mahabaratha daripada India Purba mengandungi 150,000.



La Galigo menceritakan keberadaan beberapa kerajaan awal Bugis serta tokoh-tokoh mitos seperti La Sawerigading yang jatuh cinta kepada adik kembarnya yang lama terpisah lalu disuruh mencari jodoh serupa jauh di perantauan. Dari segi isi ia turut mengatasi Ramayana yang seperti Mahabaratha sangat terkenal mewakili pemikiran Hindu awal, ceritanya yang mengandungi pelbagai mesej kemanusiaan boleh menenggelamkan kisah percintaan hebat Rama dan Sita dalam Ramayana. Turut dikalahkan adalah Iliad oleh pujangga besar Yunani (bukan Yunan China tetapi Greece ya) bernama Homer. Itupun menurut Dr Nurhayati, ada sarjana menyebut La Galigo yang berjaya ditemui setakat ini cuma 1/3 sahaja daripada keseluruhan karya yang mungkin telah hilang atau berteraburan entah di mana.

Barat begitu menghargai La Galigo sebagai epik besar sehingga mereka rupa-rupanya telah mementaskan adaptasi teater ke serata dunia sejak tahun 2004 lagi. Klik sini. Bagi masyarakat Bugis pula ceritanya mengandungi nilai-nilai murni yang boleh diangkat sebagai contoh untuk menjadi manusia unggul apalagi dalam perantauan. Klik sini. Maka itu Dr Nurhayati mengaitkan pengaruh La Galigo dalam pembentukan jatidiri orang Bugis menuju apa yang dipanggil minda kelas pertama.



Petang selepas habis pembentangan Dr Nurhayati memberitahu bahawa satu naskah La Galigo yang dibawa dari Sulawesi akan dipamerkan esoknya Khamis. Tetapi saya ada hal lain lalu tidak dapat datang. Maka itu semalam pagi Jumaat saya muncul dengan anggapan ia akan terus dipamerkan hingga ekspo tamat hari Isnin. Rupa-rupanya saya tersilap. Akibat kekangan ruang ia cuma dapat dipamerkan Khamis itu sahaja...



Namun kedatangan saya ke PWTC tetap langkah kanan. Saya masuk ke dewan dengan niat sekadar mahu mengisi masa sebelum melihat buku-buku di ekspo... kerana tajuk kertas pagi itu "Dari karya menjadi kaya" oleh motivator terkenal Dr H.M. Tuah Iskandar Al-Haj bukanlah minat saya, "not my cup of tea" kata orang Inggeris. Rupa-rupanya ada pembentang dari Sulawesi Selatan menyambung cerita tentang La Galigo sedangkan ini tidak ada dalam program asal. Ia diikuti pembentangan rakan setempat tentang senibina rumah masyarakat sana.

Oh, biar diberitahu orang Sulawesi terbahagi kepada 4 suku besar - Bugis, Makassar, Toraja dan Mandar. Bugis dan Makassar hampir serupa budaya dan bahasanya sehingga kita yang tidak mengetahui hakikat sebenar sering menyerkap jarang kedua-duanya sebagai Bugis belaka. Maka itu apabila merujuk tentang diri mereka kepada orang luar, dua suku kaum ini menggunakan terma Bugis-Makassar untuk meliputi keduanya. Namun mereka tidaklah marah jika kita memanggil semua sebagai Bugis sahaja.

Apapun jika hari Rabu saya mengambil peluang untuk bertanya sedikit sebanyak tentang La Galigo, siang tadi pula (kerana pembentangan berlanjutan sehingga ke tengahari) saya tergerak untuk bertanya tentang apa itu Daeng. Bagi kita di Malaysia, Daeng dianggap merujuk kepada keturunan bangsawan terutama raja-raja Bugis. Tetapi tahun lepas saya diberitahu bahawa di Sulawesi Selatan sendiri Daeng digunakan untuk merujuk kepada orang kebanyakan.

Saya teringat bagaimana di Aceh gelaran Teungku diberi kepada mana-mana pemuka agama tanpa mengira asal-usul keturunan. Sedangkan di Malaysia gelaran berbunyi sama iaitu Tengku khusus untuk keturunan raja. Atas perbezaan yang tidak diketahui ramai ini kita boleh tertipu. Datang seorang hamba Allah menyebut dirinya Tengku lalu kita menyangkakan dia tentu kerabat diraja. Sedangkan dia cuma Teungku umum yang memakai gelaran mengikut cara Aceh.

Apabila terdengar sahaja nama Daeng pula, orang Malaysia cenderung untuk mengaitkannya dengan Daeng Lima Bersaudara - Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambun, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi. Mereka adalah anak-anak raja Bugis yang banyak mencorakkan suasana sosio-politik kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu sejak abad ke 18 Masihi sehingga ada di antara mereka dan anak cucu menjadi raja-raja, antaranya kerabat Sultan Selangor hingga sekarang. Bagi kebanyakan orang, nama Daeng adalah lambang kebesaran keturunan Bugis dan setiap yang bernama Daeng itu harus dapat dihubungkan nasabnya dengan salah satu Daeng Lima Bersaudara yang dikira sebagai raja-raja tertinggi dari Tanah Bugis. Kemudian baru saya tahu Lima Daeng Bersaudara yang sering disebut sebagai adik-beradik belaka, anak-anak kepada Daeng Rilaga ibni La Madusalat itu sebenarnya bukanlah adik-beradik dalam erti kata sebenar. Mereka memang bersaudara tetapi sepupu atau dua pupu, beripai duai.

Saya ditunjukkan salasilah sebesar permaidani yang boleh memenuhi suku ruang tamu rumah sederhana besar. Dalamnya disenarai dan diatur hubung kait nama raja-raja dan bangsawan Bugis-Makassar dari zaman awal yang diceritakan dalam kitab La Galigo membawa ke zaman sekarang. Baru saya faham struktur kebangsawan yang ada raja atasan, raja bawahan dan bangsawan-bangsawan lain. Baru saya tahu kerajaan Luwuk yang disebut sebagai asal-usul Lima Daeng Bersaudara itu sudah jadi kerajaan kecil apabila Lima Daeng Bersaudara muncul...jajahan-jajahan takluknya ditelan kerajaan-kerajaan lain seperti Bone dan Wajo.

Dalam rangka kerja yang lebih besar Daeng Lima Bersaudara bertaraf bangsawan menengah kerana ada bangsawan dan raja-raja yang lebih tinggi kedudukannya. Kalau di dalam kerajaan-kerajaan suku Bugis seperti Bone, Soppeng dan Wajo mereka dipanggil Arung, kalau di kerajaan Makassar seperti Gowa dan Tallo pula dipanggil Karaeng. Daeng Lima Bersaudara dikatakan bergelar Opu iatu warisan gelaran diraja daripada Luwu sedangkan kerajaan itu tidak segah dulu ketika itu. Cuma namanya tetap dipandang tinggi sebagai kerajaan awal Sulawesi Selatan yang turut mencakupi tengah pulau hingga ke tenggara. Dan memang semua bangsawan baik belah Bugis mahupun Makassar boleh ditelusuri leluhurnya sampai ke Luwu.

Yang menjadi masalah adalah apabila orang memberitahu di Tanah Bugis sendiri panggilan Daeng boleh digunakan untuk sesiapa sahaja sehingga tidak menunjukkan taraf kebangsawanan langsung. Namun saya dapati ada individu yang ternyata memang raja besar dalam sejarah memakai gelaran Daeng. Misalnya Arung Palakka yang pernah menjadi raja terbesar Bone memakai nama La Tenritata Arung Palakka Daeng Serang. Raja besar Gowa yang dikatakan pertama kali memeluk Islam adalah Sultan Alauddin Daeng Manrabia. Jadi bagaimanakan sebenarnya kedudukan Daeng di kacamata orang Bugis dan Makassar?



Alhamdulillah semalam sebelum solat Jumaat saya mendapat jawaban. Awalnya tidak ada gelaran Daeng di Sulawesi Selatan kata seorang pembentang dari sana. Yang ada gelaran La untuk lelaki dan We untuk perempuan seperti diceritakan dalam La Galigo. Umumnya mana-mana lelaki boleh dipanggil La, mana-mana perempuan We. Tetapi La Galigo sendiri menceritakan tentang perjalanan dan asal-usul bangsawan. Maka jadilah dua itu panggilan bangsawan.

Kemudian muncul panggilan Daeng yang dia pun tak pasti bila bermula. Boleh diperkirakan ini muncul abad ke 16 atau 17 Masihi di mana Daeng memang merujuk kepada golongan bangsawan yang dihormati sahaja. Masuk zaman moden pula Daeng merujuk pada mana-mana orang yang lebih tua. Tetapi itu di Tanah Bugis kata pembentang. Kalau di Makassar pembawa beca malah anak kecil yang tidak diketahui asal-usul pun boleh dipanggil Daeng kerana ia tidak langsung merujuk pada pangkat baik dari segi kebangsawan mahupun umur tetapi sekadar panggilan. Yang penting kita sendiri kenal pada siapa ia merujuk. Maka Dr Nurhayati mengingatkan sekali lagi... untuk Lima Daeng Bersaudara, panggilannya adalah Opu Daeng yang menunjukkan taraf diraja.



Oh. Keluar dari dewan saya terserempak beberapa orang wakil dari Sulawesi Selatan sedang membelek-belek naskah La Galigo yang dibawa. Memang kalau boleh mereka mahu ia dipamerkan lebih lama jika tidak kerana kekangan ruang. Nasib baiklah saya terjumpa mereka lalu dapat mengambil gambar. Di atas ini pula adalah satu antara beberapa kepingan papirus yang menunjukkan watak-watak Mesir purba. Ia lah yang mula mengambi ruang pameran semalam.

Menariknya semasa ditunjukkan kepingan-kepingan ini beberapa pekerja yang sedang menyediakannya untuk pameran memberitahu ia papirus asal daripada beribu tahun lalu. Saya pun menjadi teruja namun pelik melihat kondisinya yang langsung tidak pudar dan menunjukkan apa-apa unsur dimakan waktu. Kata pekerja-pekerja itu, mungkin ini akibat teknologi lama tetapi berkesan yang dimiliki Mesir purba. "Kalau tak percaya baca nota yang disertakan," kata seorang daripada mereka.

Saya pun membaca nota. Rupa-rupanya ia dalam bahasa Inggeris yang kurang difahami mereka. Nota memberitahu papirus yang ada itu dibuat menurut keadaan kimia serupa dengan yang asal. Ah! Patutlah tiada kesan dimakan usia. Rupa-rupanya ia memang barang baru yang cuba meniru barang purba asal. Agaknya sama halnya dengan nama Daeng yang boleh digunakan secara umur untuk sesiapa sahaja tidak mengira kedudukan dan usia di Makassar atau untuk orang yang lebih tua di Tanah Bugis. Berapa ramaikah yang tahu menilai makna kebangsawanan yang dimiliki seorang Daeng sebenar? Oh. Ini adalah artikel ke 949 di blogspot ini.


Monday, September 10, 2012






Info Maklumat-Asalnya nama Negeri Perak........

Terdapat berbagai cerita atau tradisi lisan yang meriwayatkan tentang pengasas Kerajaan Perak. Hikayat Merong Mahawangsa menyebut tentang bagaimana anak Raja Merong Mahapudisat membuka Kerajaan Perak dengan cara memanah, busar panahnya itu diber nama Indera Sakti. Hai indera Sakti, jatuhlah engkau ke bumi, di mana engkau jatuh di situlah aku perbuat negeri dan kota parit tempat aku diam. Tempat jatuh busar panah itu di namakan Pulau Indera Sakti, setelah dibina kota istana dan menjadi sebuah negeri, maka dinamai dengan nama negeri Perak kerana jasa anak panah itu yang matanya Perak.

Cerita daripada Hikayat Merong Mahawangsa bercanggah dengan Misa Melayu yang menyebutkan Sultan Perak yang ke 15. Sultan Iskandar Dzulkarnain ( 1756-1770 ) membangunkan Cempaka Sari yang terletak di Kuala Sungai Kinta, yang kemudian diubah baginda namanya kepada Pulau Indera Sakti.

Terdapat juga legenda tentang Semang Putih yang dikaitkan asal usul Sultan Negeri Perak ini. Namun demikian fakta sejarah sepakat menyatakan bahawa Sultan Mudzaffar Shah adalah Sultan Perak yang pertama, yang ditabalkan di Tanah Abang di Teluk Balakong Parit pada tahun 1528. Walaupun terdapat percanggahan tentang bagaimana Raja Mudzaffar sampai di Perak.

Beginilah serba ringkas dan diringkaskan asalnya nama Negeri Perak, sekiranya pembaca ada fakta lain diharap dan dimaklumkan supaya kita boleh berkongsi maklumat.

Wallahuallam,wassallam,aamin.

Sunday, September 9, 2012




Info Maklumat- Asal-usul sultan Perak dan kemana hilang sultan Melaka......

Selepas Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511 Sultan Mahmud Shah pemerintahan terakhir Melaka melarikan diri bersama pembesar-pembesar ke Kampar, Sumatera melalui Negeri Johor dan bersemayam di sana. Pada tahun 1528 pembesar Perak mengadap Sultan Mahmud Shah untuk melantik salah seorang putera sultan menjadi Sultan Perak kerana ketika itu Perak tidak mempunyai sultan. Sultan Mahmud Shah memperkenankan permintaan tersebut.

Raja Muzaffar Shah anakanda yang sulung Sultan Mahmud Shah merajuk dan melarikan diri ke Pagar Ruyong kerana adindanda beliau di lantik oleh ayahandanya sebagai Sultan Johor. Rombongan diraja itu belayar membawa bersama alat kebesaran diraja Melaka seperti Keris Taming Sari, Nafiri, Nobat, Kempa Cop Mohor Halilintar, Lembuara ( lembing ), Pedang Corek Simandang Kini, Ular kepala dua yang di pakai di lengan permaisuri dan beberapa alat yang lain.

Rombongan ini di temani oleh Megat Terawis, mereka singgah di Siak, kemudian di Klang seterusnya ke Kuala Sungai Perak dengan pelayaran di kemudi oleh Nakhoda Tumi. Bagaimana pun bahtera Raja Muzaffar Shah dilanda angin ribut dan taufan yang amat dahsyat beserta ombak besar ketika melalui kawasan lubok pusar di Beting Beras Basah. Penunggu Beting Beras Basah meminta Raja Muzaffar Shah membuang Mahkota yang di pakai ke dalam laut, lalu beliau pun membuangkannya, dengan serta merta lalu air laut menjadi tenang kembali. Disin ada perjanjian antara Raja Muzaffar Shah dengan Kerajaan Jin di dasar laut. Itu sebab perak tidak ada Tengku Mahkota, hanya memakai geleran Raja Muda Perak. Bukan anggapan sesetengah orang yang menyatakan Perak tak ada Tengku Mahkota kerana orang Parit tidak boleh menyebut perkataan Mahkota, itu adalah pembohongan semata-mata. Pertabalan sultan Perak adalan Pertabalan Manusia dan Jin. Inilah pertabalan yang lain dari yang lain dan hanya Perak sahaja yang melakukan perkara tersebut di atas dunia ini.

Rombongan Raja Muzaffar Shah sampai di Kuala Kangsar ( nama asalnya Kuala Kurang Sa ) di sambutlah pembesar Perak yang di ketuai oleh Tun Saban, Tok Temong dan pembesar-pembesar lain. Kemudian bahtera di bawa mudik ke hulu dan ditabalkan Sultan Perak yang pertama di Tanah Abang dekat Parit, dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah 1. Pada masa hari keputeraan beliau, beliau telah di beri hadiah oleh Tok Temong Batu Geliga Embun dan Batu Geliga Embun menjadi salah satu alat kebesaran Negeri Perak Kalau orang tanya mana Sultan Melaka khabarkan pada mereka Peraklah Sultannya, Dan amat rugi kiranya kalau orang Perak tidak tahu mengenai Negeri Perak yang tersurat dan tersiratnya dan amat rugi kalau orang Melaka tak tahu ke mana hilang Sultannya....

Inilah serba ringkas dan di ringkaskan tentang asal-usul sultan negeri Perak.

Wallahuallam,aamiin.

Saturday, September 8, 2012




Haji Abdul Latif bin Imam Kolah beisterikan Teh Mahwi mendapat empat orang anak; Haji Abdul Majid, Rokiah, Abas,  Rashidah.dan Saadiah

Haji Abdul Majid beristeri dua pertama Sharipah mendapat dua orang anak iaitu Sulaiman dan Jamaliah isteri kedua Salasiah mendapat beberapa orang anak iaitu Noriah, Abdul Aziz, Badiozaman, Sabariah, Zambri, Edaris dan Razali.

Rokiah bersuamikan Osman mendapat tiga orang anak iaitu Adenan, Sallehudin dan Mat Radzi

Abas beristerikan Esah mempunyai lapan orangh anak; Fatimah, Ramli, Zubairi, Ahmad Noorhani (pakde), Abdul Rani, Mohd Nazri, Nor Zaharah dan Mohd Ashaari

Rashidah bersuamikan Meor Kasah mempunyai empat anak perempuan,  Kamariah, Mahiyah, Rahimah dan Satariah.

Saadiah x Abu Kasim anaknya Sabariah

Haji Abdul Majid

Sulaiman x Zalpa anak-anak; Mahayudin, Anuar, Mohd  Jawahir, Mohd Zahir, Abdul Rahim, Ridwan, Zanariah

Jamaliah x Zamlop anak-anak; Zalpa, Zaini Mariam, Md Nazri, Basharudin, Zahari

Noriah x Abu Bakar anak-anak; Khairani, Zainal Abidin, Maizon, Bidayah, Shamsudin, Abdul Manaf, Azman, Zarina, Norfiza, Azam.   Norehan

Abdul Aziz x Satariah anak-anak; Padilah, Mohd fauzi, Mohd Sharudin, Baseri,  Mohd Adenan,Norain, Mohd Nasri, Marniza

Badiozaman x Puteh anak-anak; Hamidah, Aishah, Nani, Badrul Hisham, Shuhaimi, Juliana,

Sabariah x Embi anak-anak Abdul Manaf, Anita

Zambri x Khadijah anak-anak; Abdul Malik,Deeleena, Yuhee Ansari, Fizah, Mohd Anuar

Edaris x Maimunah anak-anak; Maizura, Marhaida, Zafran, Zafiri, Mohd Shafik

Razali

Rokiah

Adenan x Hamidah anak-anak; Yong Fatimah, Rahmah,  Latifah,  Abdul Halim, Abdul Latif, Hamiah, Azian, Zulkifli, Nor Aini, Mohd Rashidi,  Mohd Amin, Aishah

Sallehudin x Zainab anak-anak; Esya, Hasemi, Azidin, Salamiah, Roslan, Zurida,

Mad Radzi x

Abas

Fatimah x Ahmad anak-anakl Kamaruzzaman, Tajul Arifin, Lamarul Bahran, Zulkarnain, Fauziah

Ramli x Jamaliah anak-anak; Yong Shuhaida, Norhayati, Noresyikin, Norainii, Khairul Azhar, Fadzil, Ahmad fauzi. NorHafizah

Zubairi x Rahmah anak-anak; Yonng Zalina, Ainun Marziah, Jamalul, Tajul Anuar, Zaratul

Ahmad Noorhani x Maryam Aznin anak-anak; Nurul Ihsan, Nur Maizura, Nurul Affendi, Nurul Azwan, Nurul Faizal

Abdul Rani x Rokiah anak-anak; Khairul Nizam, Nazatul Hanim,  Khairul Amin, Nazatul Hayati,  Mharirul Fahami, Khairul Nazir, Shaarani 

Mohd Nazri x Shamsidar anak-anaknya; Nasatul Shahnas, Nazatul Zihan, Zahir Amin, Nazatul Zahirah

Nor Zaharah x Zulkifly anak-anak; Norzila Asma,  Nor Azlin, Shaiful Azmi, Nor Azwatun, Mohd Azhar

Mohd Ashaari x Ros anak-anak; Shaun, Liza

Rashidah

Kamariah x Ahmad tajudin anak-anak; Khairudin, Mohd Sadar, Mohd Hashim, Nor Azwa

Mahiyah x Mat Isa anak-anak; Shaharudin, Nazarudin,  Hamizah

Rahimah x Sulaiman anak-anaknya; Ahmad Husaini, Rosli, Roslan, Ridwan, Zainuddin, Zaidi, Fathil, Khairi

Satariah x Zamzamin anak-anak; Thalabiah, Salmah, ‘Aini,Faizal Maulud

Saadiah

Sabariah x Abdul Halim anak-anak; ST Nurhaliza, Ida Nurshaliza, Nurul Intan,Amirah, Asfar Zufadi

Friday, September 7, 2012

Keluarga Imam Kolah keturunan Keluarga Haji Latif bin Imam Kolah telah mengadakan hari terbuka keluarga pada 2hb September yang lalu di Masjid Almukminum, Subang Jaya 2, Selangor DE. Kebanyakan keluarga hadir dari keluarga Haji Majid, Haji Abas, Rokiah, Rashidah dan Saadiah hadir. Kehdiran menggalakan serama lebih kurang 100 keluarga kecil besar. Pengerusi keluarga kali ini Hj Mad Radzi mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dalam majlis itu. Majlis akan datang pada tahun 2014 di pengerusi Us Azman Abu Bakar

Tuesday, January 10, 2012

Majlis Keluarga Imam Kolah

Majlis Penerangan Mengenai Koperasi Keluarga Imam Kolah Kuala Kangsar
    • Sunday, January 29, 2012
       
    • 3:00pm until 6:00pm
       
  •        
    Dewan Kampung Sayong Ulu ( dekat jambatan )
     
  •         Satu Majlis penerangan mengenai Koperasi Imam Kolah Kuala Kangsar Berhad akan diberikan kepada semua ketua keluarga dan bakal anggota Koperasi Imam Kolah yang terdiri dari ahli keluarga Imam Kolah dan pasangan berhubung dengan tujuan dan faedah yang akan diperolehi sekira menjadi ahli koperasi dan seterusnya akan samasama menghadiri Mesyurat Agong Permulaan yang akan diadakan pada 4Mac 2012 diDewan Persisiran Sungai Perak, Kuala Kangsar bermula pada jam 3.00 petang.

Thursday, December 22, 2011

Kelulusan Penubuhan Koperasi Keluarga Imam Kolah

Bersama ini disertakan salinan surat kelulusan penubuhan Koperasi Imam Kolah....untuk makluman semua yg berkaitan....

Rujukan: SKM.PK:1/5/2/JLD.65/( )
Tarikh: 19/12/2011

Jawatankuasa Penaja
KOPERASI KELUARGA IMAM KOLAH KUALA KANGSAR BERHAD (Dalam Penubuhan)
Mohd Nazri Bin Abas (490528-08-5415)
No.25A, Kg. Pauh,
Sayong,
33040 Kuala Kangsar
PERAK


Tuan


KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHAN
KOPERASI KELUARGA IMAM KOLAH KUALA KANGSAR BERHAD (Dalam Penubuhan)


Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan bertarikh 01/12/2011 berkaitan perkara di
atas.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya bersetuju meluluskan penubuhan Koperasi tuan
dengan syarat-syarat berikut:-
2.1 Koperasi ini hendaklah dinamakan Koperasi Keluarga Imam Kolah Kuala Kangsar
Berhad.
2.2 Tempoh sah kelulusan penubuhan adalah tiga bulan bermula dari tarikh surat kelulusan
dan mesyuarat agung permulaan hendaklah diadakan dalam tempoh tersebut.
2.3 Bilangan anggota Koperasi hendaklah sekurang-kurangnya 50 orang.
2.4 Sasaran bakal anggota ialah ahli keluarga
2.5 Fungsi utama koperasi ialah Pertanian
2.6 Aktiviti di bawah hendaklah dimasukkan dalam Undang-undang Kecil Koperasi sebagai
aktiviti yang akan dilaksanakan sebaik didaftarkan:-
2.6.1 Tanaman
2.6.2 Perikanan
2.6.3 Ternakan
2.7 Kawasan operasi koperasi ialah daerah Kuala Kangsar dan daerah Kinta, Perak
(Nota : Kawasan operasi melebihi satu negeri hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran
daripada Ibu Pejabat SKM).
2.8 Tahun kewangan koperasi bermula pada satu haribulan Mei dan berakhir pada tiga
puluh hari bulan April setiap tahun.
2.9 Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) hendaklah dihadiri oleh sekurang-kurangnya 50

orang bakal anggota.
2.10 Koperasi hendaklah menggunakan Undang-undang Kecil seragam yang disediakan oleh
SKM.
2.11 Dokumen pendaftaran koperasi yang lengkap berserta fi pendaftaran sebanyak
RM100.00 (kecuali sekolah) menggunakan wang pos/bank draft atas nama Kumpulan
Wang Operasi SKM hendaklah dikemukakan kepada Kuala Kangsar tidak lewat daripada
satu bulan selepas mesyuarat agung permulaan diadakan.
2.12 Tuan hendaklah sentiasa menggunakan perkataan (Dalam Penubuhan) dalam semua
urusan sehingga koperasi didaftarkan.
2.13 Tuan tidak dibenar mengutip wang dan menjalankan apa-apa perniagaan sebelum
Koperasi didaftarkan.


3. Kelulusan penubuhan ini akan terbatal dengan sendirinya jika para 2.2 tidak dipatuhi.


4. Sekiranya pihak tuan memerlukan bantuan atau memerlukan keterangan lanjut, tuan boleh
berhubung terus dengan Encik/Puan/Cik SALWANI BINTI ABDUL MAJID di pejabat SKM Wilayah Kuala
Kangsar melalui talian telefon 05-7761532


Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


Saya yang menurut perintah,
(HJ MUSA BIN NASRI)
Pengarah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Negeri PERAK


s.k
i. Y.bhg Datuk Pengerusi Eksekutif
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Kuala Lumpur
(up: Bahagian Statutori dan Pendaftaran)


ii. Penolong Pengarah
SKM Wilayah/Daerah/ Kuala Kangsar
(surat cetakan komputer tanda tangan tidak diperlukan)

Cadangan Aktiviti Ekonomi Kooperasi

CADANGAN AKTIVITI EKONOMI KOPERASI

Antara projek yang telah dibincangkan dan dicadangkan untuk dilaksanakan oleh koperasi adalah memajukan tanah terbiar milik ahli keluarga Imam Kolah dengan tanaman kelapa sawit / getah / atau lain lain tanaman yang ada pasaran secara pajakan atau usahasama berdasarkan persetujuan dari kedua pehak antara koperasi dan pemilik tanah terbiar tersebut.

CADANGAN PROJEK EKONOMI KOPERASI

Dicadangkan kita bermula dengan memajukan tanah terbiar yang dimiliki oleh ahli keluarga Imam Kolah di Sayong, Kuala Kangsar. Jadi sesiapa yang mempunyai tanah terbiar di Sayong dan berminat untuk memajukan tanah terbiar tersebut dengan koperasi, sila maklum dan beri maklumat mengenai tanah tersebut kepada Tuan Setiausaha En. Mohd Azhar bin Mat Nor dialamat No.25A, Kg. Pauh Sayong, 33040 Kuala Kangsar.

CADANGAN PROJEK EKONOMI KOPERASI

Cadangan lain yang telah dicadangkan adalah Projek Homestay. Jadi ahli-ahli yang ada rumah diSayong, Kuala Kangsar yang maseh elok tapi tak didiami oleh sesiapa dan boleh dibaikpulih dan berpotensi untuk dijadikan homestay dan berminat nak usahakan bersama koperasi secara pajakan atau usahasama, sila maklumkan kepada Tuan Setiausaha Koperasi, En. Mohd Azhar.

Wednesday, December 21, 2011

Kooperasi Keluarga Imam Kolah/Anjang Saadiah Kuala Kangsar Berhad

PENUBUHAN KOPERASI KELUARGA IMAM KOLAH DAN ANJANG SAADIAH KUALA KANGSAR BERHAD

Untuk makluman semua, kita telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Koperasi Keluarga Imam Kolah dan Anjang Saadiah Kuala Kangsar Berhad pada 1/12/2011 dan sedang menunggu kebenaran daripada Suruhan Jaya Koperasi Malaysia (SKM)Negeri Perak untuk meneruskan proses pendaftaran koperasi tersebut. Permohonan telah dibuat oleh 3 orang ahli keluarga mewakili JK Penaja ia itu: En. Mohd Nazri bin Abas, En. Mohd Azhar bin Mat Nor dan En. Abdul Jalil bin Mohamed Nor

Bagi tujuan pendaftaran Jawatankuasa Penaja yang akan dilantik seramai 15 orang akan menjalankan fungsi nya dengan segera saperti berikut:

1. Mengenalpasti aktiviti utama
2. Menyediakan Undang-undang Kecil koperasi
3. Menyediakan aturan kegiatan, antara lain telah dicadangkan:
Yuran pendaftara menjadi ahli koperasi --RM 10.00
Syer minima untuk menjadi ahli koperasi – RM 100.00
4. Mendaftarkan bakal anggota sekurang kurangnya 50 orang, telah dicadangkan:

Setiap keluarga besar ( anak Imam Kolah ) mengenalpasti sekurang kurangnya 10 orang bakal anggota dari keluarga tersebut untuk didaftarkan.
5. Mengaturkan sesi penerangan kepada bakal anggota koperasi. Penerangan akan diberi oleh pejabat SKM.
6. Mengadakan Mesyurat Agung Permulaan


Dengan adanya Minit Mesyurat Agung Permulaan maka permohonan untuk mendaftarkan koperasi boleh dikemukakan kepada SKM Negeri.

Penubuhan Kooperasi Keluarga Imam Kolah Berhad

Jawatankuasa Keluarga Imam Kolah telah mengadakan mesyuarat ke 7 di rumah Haji Shaari bin Mat Adam pada 19hb Nov. telah bersetuju menubuhkan kooperasi keluarga dengan nama Kooperasi Keluarga Imam Kolah dan Anjang Saadiah Malaysia Berhad. Jawatankuasa Penaja kooperasi di pengerusi oleh Tn Hj Mohd Nazri bin Abas,Setiausaha ; En Mohd Azhar bin Mat Nor, Bendahari en. Abdul Jalil Mat Nor dan beberapa orang jawatankuasa penaja Hj Shaari Mat Adam, Hj Ahmad Noorhani Abas, Hj Abdul Rani Abas, En Ahmas Satar Mahadi, Hj Mohd Hasim Taharin, Mohd Zailan Tasi, Us Fairus Hashim, En Jaafat Mat Isa dan Abdullah Shahimi Zambri. Masyuarat Agong Keluarga Imam Kolah untuk mengesahkan penubuhan dan melantik Ahli Lembaga akan diadakan selewat-lewat bulan April 2012. Satu mesyuarat jawatan kuasa penaja akan diadakan pada 4hb Dis ini di Kuala Kangsar di rumah pengerusi keluarga Lot 1945, Changkat Berangan Bukit Chandan, Kuala Kangsar

Tuesday, December 20, 2011

Hari Keluarga Itam Abu Bakar di tangguhkan

Halig Md Som Salam. saya bagi pihak jawatan kuasa hari keluarga Itam Abu Bakar ingin memklumkan bahawa hari keluarga Itam Abu Bakar yang dirancang pd 24 Dis 2011 ditangguhkan pada satu tarikh yg akan dimakluman kemudian.Ahli jawatan kuasa mohon maaf di atas kesulitan yg timbul.Terima kasih kepada keluarga2 yg telah bersetuju untuk hadir. Insyahallah kita akan adakan juga hari keluarga tersebut

Mencaari Siratulrahim

salam saya malihah binti Alisaa binti Putih Kamasinah binti Mat Ali Bin Itam bakar Bin Imam Kolah. Saya ingin mengenali sanak saudara kita dengan harapan dapat menghubungkan semula silatu rahim sesama kita.