Pages

Wednesday, January 21, 2009

Catitan 2


Terdapat beberapa pangan keluarga terdiri daripada keturunan Imam Kolah pasangan pertama Yong Za anak Rashidah cucu Hj Latih piut IKolah dengan Ahmad Tajudin anak Ali Osman cucu Ibrahim cicit IKolah, pasangan kedua Rahimah anak Rshidah cucu Hj Latih cicit IKolah dengan Shariman anak Chu Yan cucu IKolah, pasangan ketiga Mat Zelan anak Raesah cucu Hj Saad cicit Hj Inah piut IKolah dengan Andak anak Mahadi cucu Itam Bakar cicit IKolah,pasangan keempat cicit IKolah cucu Chu Yan lelaki anak Kassim berpasangan anak Abdul Aziz cucu Hj Majid cicit Hj Latih piut IKolah( maaf tak tahu namanya) dan yang terbaru baharu Nurul Afendi anak Ahmad Noorhani cucu Abas cicit Hj Latih piut IKolah dengan Nurul Azma anak Zainab cucu Ridwan cicit Tharim piut Itam Bakar keturunan Imam Kolah.
Majlis perkahwinan Afendi dengan Azma berlansung pada 17 dan 19 Oktober 2008 di Taiping dan Kuala Kangsar ramai sukusakat Imam Kolah yang dijemput dan dapat dikesan menghadiri majlis tersebut, termasuk ramai dari keluarga Haji Majid dari Krian, dari sekitar Kuala Kangsar iaitu Sayung, Talang anataranya Datuk Zainal dan Datuk Zamri, Mat Radzi dari KL keluarga Ibrahim serperti Basharudin,Laa dan Jee dari Sayung Tebing, Dayah dan Ramli dari Sayung Lembahdan lain-lain,keluarga Itam Bakar Mat Hashim, Andak, Nik, dll, keluarga Mahmud serti Jah dan Jaeh,keluarga PTijah Abdul Rahim, keluarga Hj Inah, Hj Hasan Basri anak-anak Yop Hamid dan Mat Jihij , keluarga Sariyah, Kamarudin dan Sudin dari Bukit Lada dan itu saja yang saya ingat.Mereka semua sangat gembira dapat bertemu keluarga jauh yang jarang berjumpa. Keluarga Haji Latih selain dari Krian yang hadir ialah keluarga Rokiah seperti anak cucu Adnan walau pun dah malam (Latip) dan Salehudin, anak cucu Rashidah seprti anak-anak Yong Za, Ngah Ma, Yang rahimah dan Tak Satar. Terima kasih kerana datang (Penulis Blog Pakdenoran)

Keluarga Hj Majid di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Haji Majid merupakan generasi ketiga Imam Kolah. Beliau adalah anak sulung kepada Haji Latih bin Imam Kolah. Lahir pada 1893 dan pernah berkahwin dengan perempuan asal Sayong, Kuala Kangsar. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Sulaiman dan Jamaliah.

Setelah kematian isterinya di Sayong, Haji Majid merantau ke Seberang Perai, Pulau Pinang (Dahulu dikenali sebagai Province Wellesly). Beliau hanya berbasikal dengan kawan rapatnya, Haji Sulaiman, lalu tiba di daerah Nibong Tebal. Daerah ini terletak di selatan Seberang Perai dan bersempadan dengan negeri Perak Darul Ridzuan. Di sana, beliau telah bertemu jodoh buat kali kedua dengan Salasiah Binti Arob dari Kampung Teluk Ipil. Salasiah lahir pada tahun 1913, menjadikan perbezaan usia antara mereka sejauh 20 tahun.

Haji Majid membina penempatan di sekitar daerah ini dengan cara meneroka tanah berhampiran tebing Sungai Krian. Kawasan ini dipenuhi hutan nipah. Seterusnya, beliau membesarkan keluarga di kiri kanan sungai berkenaan. Di satu tebing, kampungnya bernama Teluk Ipil manakala di seberangnya, bernama Tanjung Berembang. Haji Majid merupakan seorang peneroka yang gigih dan melakukan pelbagai kerja kampung seperti bertani dan sebagainya. Antaranya, mengusahakan sawah padi dan kebun kelapa (kini ditukarkan menjadi ladang kelapa sawit oleh waris-warisnya). Selain mengumpul harta dengan cara meneroka tanah, beliau juga gemar membeli tanah daripada orang lain. Dikatakan, dia pernah membeli kereta untuk dijadikan teksi. Tetapi usaha itu tidak berjaya lalu menjual semula kereta itu. Menurut ingatan anak ketiga, Badiozaman, rekabentuk kereta itu sama seperti kereta yang dipandu oleh pegawai-pegawai British pada ketika itu. Pletnya, kalau tidak silap, P 58. Haji Majid juga dianggap sebagai 'orang kuat masjid' dan sering berbuka puasa di masjid bersama kawan rapatnya, Jamaludin. Malah, namanya turut dikenali dan dihormati oleh ramai orang di daerah itu sekalipun tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam masyarakat.

Pasangan Haji Abdul Majid dan Hajjah Salasiah dikurniakan tujuh orang anak.

Anak sulung bernama Noriah yang berkahwin dengan seorang guru bernama Abu Bakar Bin Degak. Mereka dikurniakan 11 anak. Anak sulung, Khairani bekerja sebagai guru dan berkahwin dengan Sufian. Keluarga ini agak berjaya juga. Seterusnya, Datuk Zainal Abidin yang pernah menjadi Pengarah Bahagian Pembangunan Finas dan menetap di Gombak Kuala Lumpur. Datuk Zainal telah kematian isteri pertama,Wan Fauziah, seorang guru. Kini berkahwin kali kedua dengan Sharifah Raihan, seorang pegawai kanan Kementerian Kebudayaan dan Warisan. Anak yang lain-lain bernama Maizon, Atan Bidayah, Samsudin, Nurliza, Zarina, Azman, Azam, Rozana dan Dr Norehan. Mereka berkeluarga di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perlis. Atan Bidayah pernah menetap di Jepun dan Filipina kerana mengikut suaminya, Halimi, pegawai kedutaan. Kini, Halimi seorang ahli perniagaan dan menetap di Subang Jaya, Selangor.


Anak kedua bernama Abdul Aziz. Tetapi lebih dikenali sebagai "Jid" di kalangan generasi tua dan "Pak Ngah Jid" di kalangan generasi muda. Beliau berkahwin dengan Satariah Binti Embi tetapi tidak dikurniakan anak kerana Satariah meninggal dunia akibat penyakit demam kepialu selepas beberapa bulan berkahwin. Kemudian, Abdul Aziz berkahwin untuk kali kedua dengan perempuan bernama Satariah juga iaitu Satariah Binti Mat. Mereka dikurniakan lapan orang anak iaitu Fadhilah, Fauzi, Sharudin, Basri, Adnan, Nora, Dr Nazri dan Dr Masniza. Kebanyakannya bekerja dengan hospital kerajaan samaada menjadi doktor, doktor pakar dan jururawat.

Anak Hj Majid yang seterusnya adalah Badiozaman. Dan dikenali sebagai "Jaman" atau "Pak Lang Jaman". Beliau berkahwin dengan Cik Putih Binti Ali dari Sungai Bakap, Seberang Perai. Mereka dikurniakan lapan anak bernama Hamidah, Aisyah, Saemah, Nani, Normala, Sham, Suhana dan Suhaimi. Saemah menjadi jururawat dan kini mengikut suaminya, berhijrah ke Arab Saudi untuk bekerja sebagai pensyarah Universiti Jeddah. Hamidah dan Aisyah tinggal di Kuala Lumpur manakala yang lain-lain di Pulau Pinang.

Anak keempat, Sabariah bertemu jodoh dengan Embi yang pernah menjadi askar dengan British Army di Singapura. Sabariah dikenali sebagai "Bibi" atau "Mak Anjang Bibi" atau "Njang Bibi" di kalangan ahli keluarga. Mereka menetap di Singapura sejak sebelum merdeka (1955) dan kemudiannya kembali ke Nibong Tebal selepas negara merdeka (1965). Sabariah mempunyai dua anak bernama Abdul Manaf dan Anita. Abdul Manaf berkahwin dengan Fesah dari Besut, Terengganu. Mereka kini menetap di Kelantan dan bekerja di hospital kerajaan. Manakala Anita berkahwin dengan Abdullah dari Pulau Pinang dan menetap di Pulau Pinang. Anita juga bekerja di hospital kerajaan.

Anak kelima, Hj Zambri yang digelar 'awang' di kalangan ahli keluarga. Ada yang memanggilnya "Uda" manakala anak saudara memanggil "Pak Uda". Beliau seorang ahli perniagaan bergelar datuk. Berkahwin dengan Hajjah Khadijah Mohd Shahid dari Taiping. Khadijah adalah bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Kini mereka menetap di Subang Jaya, Selangor. Haji Zambri seorang yang warak dan menjadi imam sebuah masjid di Subang Jaya. Anak sulungnya, Darleena, bekerja di Amerika Syarikat dalam bidang pengurusan dana. Anak kedua, Yuhee Ansari bekerja di sebuah cafe. Anak ketiga, Fizah, dalam bidang kewangan dan sudah berkahwin serta mempunyai seorang anak. Anak bongsu, Muhammad Anuar, seorang peguam di sebuah firma guaman swasta.

Anak keenam, Haji Mohd Ederis yang lebih dikenali sebagai 'tan' di kalangan ahli keluarga dan orang kampung. Anak-anak saudara memanggilnya 'pak cik tan' atau 'cik tan'. Beliau berkahwin dengan Maimunah Jamaludin, yang merupakan anak sahabat baik Haji Majid. Pasangan ini merupakan pesara guru dan menetap di Nibong Tebal, Pulau Pinang iaitu di sebuah kawasan perumahan yang bersempadan dengan Parit Buntar, Perak. Ini membuatkan saudara mara jauh sering tersalah anggap bahawa dia tinggal di Parit Buntar. Mereka mempunyai lima orang anak. Anak sulung, Maizura, adalah bekas wartawan Berita Harian yang kini menjadi penulis bebas. Beliau menulis novel, skrip televisyen dan blog. Anak kedua, Marhaida, penolong pengurus media Berita Nasional Malaysia (Bernama). Anak ketiga, Zafran, bertugas sebagai GIS Analyst. Anak keempat, Zarifi, bertugas sebagai pegawai perancang bandar. Manakala yang bongsu, Muhammad Shafik, sebagai pengaturcaraan komputer (programmer). Kesemua mereka kini menetap di Kuala Lumpur. Maizura berkahwin dengan Hamidon, jurukamera TV3 dari Kedah. Mereka dikurniakan tiga anak Nur Syafiqah, 12, Muhammad Ehsan, 10 dan Siti Maisarah, 3 tahun. Pasangan ini menetap di Ampang Ulu Klang. Marhaida berkahwin dengan Najmi Mat Said, ahli perniagaan Teknologi Maklumat dari Bagan Serai, Perak. Mereka menetap di Taman Melati Utama, Setapak dan dikurniakan dua anak, Mifzal Najwan, 12, dan Liya Maisarah, 8 tahun. Zafran berkahwin dengan Siti Hayati, kakitangan Jabatan Perdana Menteri yang berasal dari Kuala Lumpur. Pasangan ini menetap di Putrajaya, Wilayah Persekutuan dan sedang menanti kelahiran anak pertama.


Anak bongsu Haji Abdul Majid bernama Haji Razali. Saudara mara lebih mengenalinya sebagai "Dali" manakala anak saudara memanggilnya, "Pak Su Dali". Beliau berkelulusan perakaunan dari Institut Latihan Rida, Jalan Othman, Petaling Jaya (sekarang dikenali sebagai UITM Shah Alam). Pernah bertugas sebagai akauntan di Shell Malaysia selama lebih 20 tahun. Kini, beliau menetap di Ampang Ulu Klang dan masih bujang.

Haji Majid meninggal dunia pada tahun 1951 ketika berusia 58 tahun. Kematiannya berpunca daripada demam beberapa hari. Tidak diketahui samada beliau berpenyakit kritikal atau tidak di sepanjang hayatnya. Bagaimanapun, selepas kematiannya, hubungan anak-anaknya daripada isteri kedua di Nibong Tebal dengan anak-anak isteri pertama di Kuala Kangsar masih berterusan dengan erat. Semua cucu Haji Majid dari Nibong Tebal mengenali Sulaiman yang dipanggil "Pak Lang Leman" manakala Jamaliah dipanggil "Nyah Meliah". Masing-masing saling ziarah menziarahi sehingga lah Sulaiman dan Jamaliah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.

Hajjah Salasiah pula menunaikan haji pada tahun 1971 dan meninggal dunia ketika berusia 73 tahun akibat sakit tua. Tarikh dan masa yang tepat ialah pada hari Jumaat, 5 Disember 1985, jam 11 pagi. Hajjah Salasiah meninggalkan 51 orang cucu. Kedua-dua jenazah mereka dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Teluk Ipil.

Tuesday, January 20, 2009

Hj Latih bin Imam Kolah

Haji Latih berkeluarga dengan Teh Mahwi mereka berdua asalnya orang sayong, rumah asal mereka di seberang paya sayong tengah tetapi kenanya anak meraka berhijrah keluar yang sulung Haji Majid ke Krian Nibong Tebal dan membina keluarga besar di sana ,yang kedua Abas ke Talang dan yang tinggal di Sayong ialah keluarga Rasidah dan Kiah.

Anak sulung Haji Abdul Majid beristeri dua. Yang pertama, orang Sayong. Mereka mendapat dua orang anak iaitu Sulaiman dan Jamaliah. Selepas mati isteri pertama, Haji Abdul Majid merantau ke Nibong Nebal, sebuah bandar di selatan Seberang Perai, Pulau Pinang. Bandar ini dahulu digelar sebagai Krian kerana bersempadan dengan daerah Krian di bahagian utara negeri Perak. Terdapat sebatang sungai iaitu Sungai Krian yang memisahkan bandar Nibong Tebal di negeri Pulau Pinang dengan bandar Parit Buntar di negeri Perak. Haji Abdul Majid telah meneroka beberapa bidang tanah berdekatan Sungai Krian iaitu di kedua-dua belah tebingnya. Satu kampung bernama Tanjung Berembang manakala satu kampung lagi bernama Teluk Ipil. Beliau memiliki ladang kelapa dan sawah padi di Tanjung Berembang tetapi menetap di Teluk Ipil. Sekarang, waris-waris beliau telah menukarkan ladang kelapa menjadi ladang kelapa sawit.

Haji Abdul Majid telah berkahwin dengan Salasiah Binti Arob, orang asal Kampung Teluk Ipil. Mereka dikurniakan tujuh orang anak iaitu Noriah, Abdul Aziz, Badiozaman, Sabariah, Zambri, Mohd Ederis dan Razali. Haji Zambri lebih dikenali sebagai 'awang' di kalangan orang Kampung Teluk Ipil. Bagaimanapun, seawal usia remaja, beliau mengikut kakaknya, Sabariah, ke Singapura. Sabariah pada waktu itu berkahwin dengan Encik Embi, seorang askar yang bekerja dengan British Army sebelum negara merdeka pada tahun 1955. Sabariah kembali ke Nibong Tebal pada tahun 1965. Haji Zambri kemudiannya merantau ke Sabah dan berjaya sebagai usahawan lalu menerima gelaran dato'. Beliau berkahwin dengan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Hajjah Khadijah Mohd Shahid dari Taiping, Perak. Sekarang, beliau menetap di Subang Jaya, Selangor dan pernah menjadi imam di salah sebuah masjid di sana. Haji Mohd Ederis dan Sabariah menetap di Nibong Tebal. Bagaimanapun, ramai di kalangan ahli keluarga tersalah anggap bahawa Mohd Ederis tinggal di Parit Buntar kerana kawasan perumahan yang didudukinya terletak di jalan sempadan yang memisahkan dua bandar berlainan negeri itu. Haji Razali pula menetap di Ampang Ulu Klang (AU3), Kuala Lumpur. Badiuzaman di Sungai Bakap, Seberang Perai. Noriah dan Abdul Aziz sudah meninggal dunia akibat sakit serangan angin ahmar.


Anak kedua ialah Haji Abas menetap di Talang Hilir KKangsar anak-anaknya Fatimah di Jalan Baru KK, Hj Ramlli beristeri dua di Bukit Mertajam, Hj Zubairi juga beristeri dua di Teluk Intan, Hj Ahmad Noorhani (penulis) lebih di kenali dengan An menetap di Bukit Chandan Kuala Kangsar, Hj A.Rani di Kuang Selangor, Hj Nazri di Seremban, Hj NooZaharah di Ampang Kuala Lumpur dan A.Shaari di Petaling Jaya KL.

Anak ketiga IKolah ialah Rokiah anak-anaknya tiga orang iaitu Adnan di Rumah Awan KK, Salehudin di Sayong dan Mad Radzi di Pucung KL.

Anak keemat IKolah ialah Rashidah anak-anaknya Yong Za menetap di Talang Hilir, Mahiyah di Kampung Jana di Taiping, Rahimah di Sayong dan Satariah di Taman jasa KK.
Anak bongsu IKolah iah Saadiah tidak mempunya anak tapi mempunya anak angkat Sabariah yang menetap di Serdang Selangor.


Keluarga Hj Majid di Kuala Kangsar

Menceritakan keluarga Haji Sulaiman Haji Majid bertemu jodoh denga Zalpa juga ada sangkut paut kekeluargaan menetap di Talang jalan Datok sagor KKangsar anaknya yang sulung Muhaiyudin bertemu jodoh dengan orang Sayong juga duduk berdekatan dengan rumah tua Hj Leman kedua Anuar dua kali kahwin cuma kekal satu saja menetap di Seremban, Jawahir banyak kali kahwin dan hanya satu saja yang kekal Cikgu Noraini orang Kedah menetap di seksyen 9 Shah Alam, Ahmad Nasarudin dan Ahmad Hasni menetap di Shah Alam dan Zuzana bertemu jodoh dengan orang KK tapi menetap di Bagi Selangor.

Menceritakan keluaga Jamaliah Hj Majid mbertemu jodoh dengan orang Bendang Kering KK Haji Zamlop bekerja sebagai kastam di PP. Mereka dikurniakan lia orang anak yang tua apa yang kami panggil sebagai Pa sahaja(meninggal) semasa hayat duduk di rumah tuanya di Talang Simpang Tiga dikurniakan beberapa oang anak yang kami gelar Na seorang guru Ani seorang kerani di Pjb Risda KK, Baba kembar Ani tinggal di rumah tua dan Ridwan seorang pelukis seni kalau tak silap merantau ke negara Teluk Arab. Anak kedua Jamaliah Zamlop perempuan bernama Zaini seorang bidan kerajaan menetap di Labuan Sabah bertemu jodoh denga orang Labuan ada anaknya di Kuala Lumpur bernama Ibrahim dan ada juga di Labuan, anak ketiganya Md Nazri seorang kerana menetap di KLumpur dan Basharudin mengangur kerana sakit kemalangan kerata bertemu jodoh dengan Sofiah sekeluarga jauh dan yang bungsu ialah Zahari seorang pegawai kanan kerajaan bahagian KajiBumi(Geologi) ketua pengarah negeri Selangor bertemu jodoh dengan seorang Daktor di HKerajaan di Selangor.

Andak Sariyah binti Imam Kolah

Anak IK seterusnya ialah Andak Sariyah (tidak banyak diketuai oleh penulis). Terdapat 2 orang anak yang tidak membawa benih keturunan iaitu Fatimah mati mudan dan Rajipah mandul. Yang lain Mt Noh, Hasan dan Bahyah. Mat Not berkeluarga dengan Anjang Tijah di kurniakan seorang perempuan dan empat lelaki yang tua Rahmah berkeluarga dengan Hasan menetap di Pecah Batu Manong dan Samsudin berkeluarga dengan Putih, Husin dengan zainab, Kamarudin dengan Habsah dan Mat Nordin dengan Rajmah mereka ini menetap di Bukit Lada sayong. Anak Sariyah yang lain Hasan dan Bahyah didak diketahui daimana mereka menetap.

Sesiapa yang mengetahui tolong beri maklumat dan komen di blog ini.

Monday, January 19, 2009

Genarasi Pertama

Imam Kolah dengan isterinya Anjang Saadiah dikurniakan sembilan orang anak, 5 lelaki dan 4 perempuan. Yang lelakinya Hj Latih, Ibrahim, Itam Bakar, Mahmud dan Chu Yan yang perempuan ialah yang sulung Hjh Inah, Andak Sariyah, Putih Tijah dan Timah.

Hjh Inah berkahwin dengan Hj Daud dengan namanya bersankut paut hajah dan haji dan bapanya pula seorang imam dipercayaai telah memnuikan haji ke Mekah. Rasanya zaman dahulu hendah pergi ke menunaikaan haji mestilah mempunyai keupayaan yang lebih dari segi semangat, memampuan fizikal dan ekonomi mklumlah awal abad ke sembilan belas memaiki kapal layar dan perjalanan berbulan dan malah bertahun lamanya. Oleh itu kita sanjung semangat yang jitu yang ada dalam darah keturunan kita.

Hajah Inah dengan Hj Daud dikuniakan mengikut selidik saya 4 orang anak yang pertama Tipah, kedua Hj Saad, ketiga Abdul Hamid dan yang bongsu Mat Jihin.
Dalam kajian saya Tipah ini madul tidak mempunya anak ini bermakna ada keturnan kita yang mandul pada tiap genarasi.
Kedua Haji Saad berkahwin dengan Hj Rahmah saya rasa mereka ini menetap di Sayong Lembah dan membina keluara besar di sana.
Salah saorang yang membina keluarga di Sayong Lembah ialah Raasah yang berkahwin dengan Tasi Mt Tuah salah saorang anak yang dikenali ialah yang digelarkan Jo atau Johari posman Kuala Kangsar. Anak Raasah yang tua Mat Zelan berkeluarga dengan Andak cicit keturunan IK anak Mahadi anak Ibrahim anak IK manakala Mat Zelan piut IK iaitu anak Raasah anak Hj Saad anak Hj Inah anak IK. Mereka menetap di Sungai Rokan sama taman dengan Hj Abu Hassan Basri Ipoh

Anah Hj Ianh yang agak popular dalam keluarha ialah Hj Hasan Basri yang berkahwin dengan Hj Zawiyah kalau tak silap saya dari keluarga Osman Bashah adik kepada Mt Isa JP memang terkenal pada awal tahun 50han. Hj Abu Hasan Basri menetap di Taman Pewira di Sungai Rookan Ipoh. Yang lain anak Hj Inah ialah Hapidah isteri kepa Uztad Daham yang pernah menjadi guru agama di Brunei. Anak-anak yang lain ialah Hamimah berkeluarga dengan Nasarudin (tak tahu dimana) Azizah berkeluarga dengan Hj Saleh menetap di Sayong salah seorang anaknya Sufian (UMNO), seorang lagi Sofiah berlekeluarga dengan Hashim pencen RISDA menetap di Taiping, Rokiah berkeluarga dengan Ismail Hj Husin(Tak tahu) dan terakhirnya Zamin berkeluarga dengan Zariah tanpa ada keturunan menetap di Talang.

Anak Hj Inah yang lain ialah Abdul Hamid dan Mat Jihin mereka ini meenetap di Sayong Tengah dekedatan dengan tapak lama sekolah kabangsaan Sayong, mereka membina keluaraga di sama dengan nama Yeop Harun dan Pandak Ahmad dan anak Mat Jihin susah dikesana.

sesiapa yang dapat mengesan keluarga Hj Inah Mt Daud boleh memberi komen dalam ruangan ini dan akan saya masuk dalam blog utama.

Sunday, January 18, 2009

catitan 1.
Terdapat beberapa individu dalam keturunan IK yang berjaya seperti menjadi jutawan, gelaran datuk,daktor palsafah, doktor pakar dan beberapa jawatan penting dalam kerajaan. Jutawan Dr Hashim Ahmad Tajudin, doktor palsafah dan Datuk , Ahmad Shaari Abas, gelaran datuk, Datuk Ahmad Husaini Shariman , Datuk Zainal Abidin Abu Bakar, pensyarah universiti DR Yong Zalina Zubairi Profesor Madya di UMalaya, DR Ainon Marziah Zubairi dan lain-lain jawatan penting dalam kerajaan seperti Yong Aida Ramli di Bank Negara.

Keturunan Imam Kolah Yang Berjaya dan Cermelang











Dato' Dr. Mohamad Hashim bin Ahmad Tajudin
Age : 54 years

Dato' Dr Mohd Hashim Ahmad Tajudin holds a PHD in Soil Fertility and Management from Universiti Putra Malaysia and has also attended Advanced Management Programme at INSEAD, France and the Harvard Premier Business Management Programme.

Dato' Dr Mohd Hashim is currently the Group Managing Director of Chemical Company of Malaysia Berhad. Prior to his stint in CCM, he was a Senior Director in Oils and Fats Division of Golden Hope Plantations Berhad. He held several other positions during his 26 year career stint in Golden Hope. He was a Director in the Research and Development Division from 1998 to 2003 and Executive Director of Golden Hope Research Sdn Bhd and Golden Hope Agrotech Consultancy Sdn Bhd.

Dato' Dr Mohd Hashim is a member of several professional bodies and societies and is also involved in the Professional and Technical bodies of several Malaysian organisations such as Adjunct Professor of the Agricultural Faculty, University Putra Malaysia, Council member of MARDI Science Council, MPOB Programme Advisory Committee member among others and currently the Chairman of Planters Editorial Committee for the Incorporated Society of Planters, a member of the strategic R&D Directorate of the National Biotechnology Council, Council Member of Federation of Malaysian Manufacturers and as Committee Member of Biotechnology, Pharmaceutical and Healthcare Cluster Working Group (CWG) to Jawatankuasa Penasihat Pensyarikatan Bumiputera (JPPB), Implementation Coordination Unit, Jabatan Perdana Menteri.




NAME
Associate Prof. Dr. Yong Zulina Binti Zubairi
DESIGNATION
Associate Professor
DEPARTMENT
Mathematics Division
FACULTY
Centre For Foundation Studies In Science
TEL. NO. (OFFICE)
79675971
FAX NO.
79673451
E-MAIL ADDRESS
yzulina@um.edu.my
ADDRESS(OFFICE)
Mathematics Division, Centre For Foundation Studies In Science Building, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA

ACADEMIC QUALIFICATION
(Qualification), (Institution).
PHD, BRADFORD UNIVERSITY, BRADFORD, UK
MSC, WICHITA STATE UNIVERSITY, WICHITA
BSC, UNIVERSITY OF KANSAS, LAWRENCE, KANSAS
DIPED, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

PROFESSIONAL AFFILIATION/MEMBERSHIP
(Organisation), (Role), (Year), (Level).

Institute Statistik Malaysia, Member, 2007-2008, (National)

LEADERSHIP
(Role), (Level), (Start date),(End Date).

Pegawai Eksekutif, UPPS, Bhg Perancangan Korporat, UM, University Malaya

CAREER HISTORY
(Post), (Organisation), (Period).

Graduate Teaching Assistantship, Wichita State University, 01/08/1985 until 30/04/1986

AREAS OF EXPERTISE
(Area).

Survival And Reliability Analysis (Competing Risks, Proportional Hazard )

Social Statistics (Data analysis and modelling)

Mathematics Education

Statistical Modelling (Circular Statistics)

nb.lain-lain bloger yeng mengetahui ada keturunan IK sila tulis dalam ruangan komen boleh saya masuk dalam blogger utama

Saturday, January 17, 2009

IMAM KOLAH

IMAM KOLAH

Ini merupakan catitan mengenai keturunan Imam Kolah dan salur keturunannya hingga ke masa kini.

Imam Kolah dipercayaai mengikut cerita orang lama iaitu bapa penulis HjAbas daripada HjLatih dan di sokong oleh adiknya Saadiah bahawa Imam Kolah merupakan keterunanan orang Bugis dari pulau Makasar. Kenyataan ini juga disokong oleh HjHashim Taharin.

Pada awal abad ke 19 PerakRidwan dipengaruhi kuat oleh Bugis Daeng Malini di mana banyak askar dan penglima perang dari Bugis datang kePerak salah seorangnya ialah seorang panglima iaitu Imam Kolah dan seorang adiknya Imam Tanjung. Imam Kolah dan Imam Tangjung datang ke Sayong dari Hilir Perak ke Sayong berkhidmat dengan Sultan di Bt Chandan. Imam Kolah bertemu jodoh dengan Anjang Saadah binti Busu Manjang berkeampung di Sayong tengah dan membina subuah masid di situ. Imam Kolah datang ke Sayongg bersama-sama sebuah tempayan dalam bahasa kunu pedena dan pedena itu menjadi tempat mengambil wuduk. Saya telah kesana dan mencari pedena itu mengikut kata orang-orang di situ telah lama pecah dan serpihan entah kemana dan digantikan dengan kolah yang ada sekarang. Pada tahun 70han saya rasa ada lagi pedena ini dan diharapkan anak cucunya dakat mendi air pedena itu. Sesiapa yang membanca blog ini cuba-cubalah cari serpihan pedana itu di kawasan masjid sayong tengah. Saya rasa kubur Imam Kolah ada berdekatan dengan masjid itu


Saturday, January 10, 2009

mukadimah

LAA ILAA HAIL LALLAH MUHAM MADUR RASUL LLAH
ertinya dengan makna yang lebih luas :TIADA TUHAN HANYA ALLAH NABI MUHAMAD PESURUH ALLAH kepada skop yang lebih khusus jika kita sembahyang tiada tuhan yang disembah hanya Allah nabi Muhamad pesuruh Allah yang telah menunjukkan cara-cara yang diredhai untk melakukan sembahyang.
Begitu juga dengan yang lain-lain tiada ilmu hanya ilmu Allah jika kita belajar
tiada rezeki hanya rezeki dari Allah, tiada hikmah hanya hikmah dari Allah, tiada rahsia
hanya rahsia dari Allah, tida kasyukuran hanya kesyukuran kepada Allah dan akhirnya nabi Muhamad menyatakan segala segalanya dari Al;lah.
oleh itu untuk mendapat kenyataan rahsia Allah sebutlah, zikirlah beribu-ribu kali pada setiap masa jika ada kelapangan. Mudah-mudah Allah akan memberkatkan .