Tuesday, December 11, 2012
Hafal dan amalkan doa ini. baca tiga kali selepas solat fardu, bagi menghindarkan segala fitnah dan musibah yang akan berlaku kepada kita dengan izin ALLAH
Bacalah bacaan ini setiap pagi dan petang sebanyak TIGA kali.
بسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maksudnya: ‘Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan nama-Nya sama ada di bumi mahupun di langit, dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui’
Nescaya Nabi menyatakan TIADA sesuatu perkara dapat memudaratkannya. (Dari Hadis Riwayat At-Tirmidzi. Hasan Li Ghayrihi)
Umi Kelsum .... Bacaan ini elok juga dibaca ketika nak makan insyaAllah selamat.....
Seorang drpd kluarga kita baca bacaan ini ketika nk minum air sirap dikantin sekolah tiba2gelas tu meletop pecah.....pucat muka pengusaha kantin tu....subhanallah...
Thursday, November 8, 2012
Majlis Keluarga Haji Latif/Teh Mahwi
Hari keluarga Hj Latif/Teh Mahwi telah diadakan pada 2hb September 2012 di Masjid Almukminun, Subang Jaya 2, Selangor. Majlis tersebut telah dihadiri lebih kurang 100 orang ahli keluarga.
saf utama jemputan khas AJK Masjid
ahli keluarga
ketayap putih Hj Radzi, bersonhkok Hj Rani, terlindung ketayap putih Hj Halim
membaca tahlil diketuai Imam Masjid
mengaminkan doa
jemputan khas AJK masjid
Hj Halim dan Hj Radzi
jamuan makan kelitanan Hj Sufian dan Uz Azman
baju merah En Ahmad Satar
Hj Nazri bersama Hj Halim
Hj Radzi, Hj Rani dan tetamu
Hj Zambri (Awang) bersama tetamu sambil makan
tetamu keluarga
Datok Huasaini dan adikadiknya sambil jamu selera
En Rosli dan Roslan
En Rahim dengan anaknya
Hj Suffian
anak Hj Zambri ( X tahu namanya)
en azlan dengan anak anaknya hadir ke majlis keluarga
Pn Salamiah, suami En Azman dan anak penuntut di Jordan dari keluarga Rokiah
Hj Halim Isteri Hjh Saabariah dengan keluarga hadir ke majlis keluarga
dari kelurga Saadiah
brbrrapa keluarga emas turun dari Kuala Kangsar hadir
kelihatan Hjh Satariah dengan anaknya dan Mahiah
berbual bual sesama keluarga
En Roslan, Hj Rani, En Mat Satar, HjhRahimah, n Rosli dan Hj Radzi
berbual sesama keluarga Hj Mahiah (di tengah tengah)
anak anak dara En Rahim
sebahagian keluarga Hj Majid hadir
Ahli keluarga Khairani yang hadir
berbual sesama keluarga
keluarga rasidah, keluarga Rokiah dan keluarga Abas
mensyuarat keluarga
sebahagian ahli keluarga bermusyuarat
acara kuiz dan cabutan bertuah
golongan uztazah yang hadir
En Rahim, En mat satar dan Uz Azman
Pengerusi baru tahun 2013, Uz Azman Abu Bakar
dari keluarga Hj Majid
Wednesday, November 7, 2012
Tiga Sekeluarga Daeng Selili
Tiga sekeluarga Daeng Selili berjumpa di rumah Pakde (penulis) beramah mesra dan berkenalan sesama keluarga. Dari kiri Hafis Shahibuddin, Razman Abu Bakar, Maizul Sham Mohammad, penulis (Pakde) dan Mohd Ariffin Abu Bakar. Mereka bertiga Hafis, Razman dan Ariffin mewakili keluarga TokTongkat Daeng Mat Tara, Maizul Sham mewakili leluarga Daeng Osman dan penulis mewakili keluarga Daeng Abdullah. Daeng Selili dengan Raja Tengah (Raja Su) mempunyai empat orang anak iaitu Daeng Abdullah dengan Tok Enggang, Daeng Osman dengan gelaran Maharaja Lela 11 , Daeng Nujalisan dan yang akhir Daeng Mat Tara atau Daeng Kadir dengan gelaran Tok Tongkat
Tuesday, November 6, 2012
Perhimpunan Ahli Keluarga Yeop Mohd Nasir
Pakde dan En Ahmad Satar telah menghadiri Himpunan Keluarga Yeop Mohd Nasir di Taman Rekresi JPS di Kota Lama Kiri pada 27 Oktober lalu. Kehadiran Pakde dan En. Satar atas jemputan pengerusi penaja Tn Hj Ir. Maslan Osman; Kehadiran keluarga di anggarkan seratus ahli keluarga kecil dan besar Semua ahli keluarga diberi peluar berucapan melalu wakil keluarga. Mereka dapat berkenal mesra sesama keluarga dan nampaknya mereka berbual panjang. Pakde dapat bekenalan dengan beberapa ahli keluarga Maizul Sham, Taharim, Sharul Nizam, Danial, Hadi, Zainal Akmar dan lain lain.
Yeop Mohd Nasir bin Uda Mohd Latif bin Imam Osman bin Busu Taha bin Uda Tahir bin Daeng Osman bin Daeng Selili. Keluarga ini merupakan keturunan Daeng Selili.
Anak anak Yeop Mohd Nasir ramai serama tiga belas orang jadi ada tiga belas keluarga semunya. Meraka ialah Ibrahim, Halimah, Yaakob, Ahmad, Khairuddin, Osman, Maimunah, Sofiah, Kasim, Khodijah, Teh, Ismail dan Mariam.
Di sini Pakde dapat mengesan beberapa ahli keluarga Yeop Mohd Nasir. Keluarga Ibrrahim dengan isterinya Soleh Pandak Wahab mempunyai beberapa orang anak iaitu Mohamad, Taharim , Hamdan dan Faridah. Halimah dengan Zuljifli anak anaknya; Maziah, Shaharuddin, Razali, Nani dan Rohani, Yaakub dengan Harison anak anaknya Kamal, Zainal Akmar dan Rosnita, Ahmad dengan Zaharah anak anaknya Mohd Khidir, Danial Azlan, Shahrul izam dan Norhafizah, Khairuddin dengan Khalidah anak anak Abdul Halim, Ahmad Razman, Rashidi, Zainal Azmi, Abdul Hadi, Rohani, Zulkifli, Rosnah dan Rosmah. Keluarga Osman dengan Noriah dengan anak anaknya Mazlan, Zaiton, Mardiah, Mohd Yunus, Mohd Fendi, Mohd Fuad, Abdullah Sani, Abdul Razak, Azizah, Umi Kalsom, dan Zainudin Maimunah denganYahya anak anaknya Hendun, Nuri, Zulkifle dan Mat Nor, Mariam dengan Husni anaknya Shakirin dan Sofiah meninggal muda
Generasi seterusnya hanya cucu Ibrahim iaitu anak Mohammad dengan Zainah, anak anaknya Maizul Sham, Faizul Sham, Yushanis, Yuhanum dan Hairol Sham.
Friday, November 2, 2012
Info
ini dipetik daripada majinn.blogspot.com
salam
tentang kesultanan perak nih..ade beberapa nama yang diulang sebut dalam apa yg aku baca..aku stat ngan Tok Temong.
cerita 1.
Mengikut buku sejarah 'Hulu Perak Dalam Sejarah' dan 'Sejarah Perak', tiada beberapa lama selepas Tun Saban meninggalkan Kampar (Sumatra) untuk kembali ke Tanah Melayu, beliau telah berhijrah ke Beredong Budi di Hulu Petani, kemudian berpindah pula ke Belum di Hulu Perak di mana beliau telah membuka sebuah kampung bernama Relap Reli. Tun Saban menjadi ketua di Belum dan seterusnya mangangkat seorang daripada adik perempuan beliau yang bernama Tun Perabu menjadi Ketua di tempat bernama Temong dan beliau dikenali dengan gelaran Tok Temong.
Ketika Tun Saban sampai di Perak, negeri ini belum beraja lagi. Kebanyakan penduduk-penduduknya terdiri daripada pedagang-pedagang dari Melaka, Selangor, Siak, Kampar dan Jambi. Di antara penduduk-penduduk ini ada seorang perempuan bernama Tok Masuka yang berasal dari Daik yang memelihara seorang bangsa Temusai bernama Nakhoda Kassim. Apabila Tok Masuka kembali ke rahmatullah, beliau berwasiat dan meminta tempat beliau digantikan dengan seorang Raja yang barasal dari anak cucu Sang Sapurba supaya zuriat Raja-raja yang turun dari Bukit Si-Gantung tiada terputus di Tanah Melayu. Tun Saban dan Nakhoda Kassim pun berangkat ke Kampar mengadap Sultan Mahmud Shah memohon supaya seorang putera Baginda menjadi Sultan Perak.
Sultan Mahmud Shah telah meminta puteranya yang bernama Raja Mudzaffar menjadi Sultan Perak dan pada tahun 1528. Baginda telah ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama. Semasa pertabalan, Tok Temong telah membawa persembahan sejenis tangkal azimat bernama MASTIKA EMBUN. MASTIKA EMBUN ini telah dijadikan salah satu Alat Kebesaran di-Raja Perak dan diguna dalam Istiadat Pertabalan di-Raja Perak.
Tok Temong telah datang menghadiri Istiadat Pertabalan Sultan Mudzaffar Shah dengan Tun Saban. Sebagai membalas persembahan Tok Temong, Sultan telah mengurniakan sebuah Puan bujur (bekas sireh) kepada Tok Temong, tetapi telah dikembalikan oleh Tok Temong. Tok Temong hanya berkehendakkan satu ikrar (janji) daripada Sultan, iaitu Baginda serta anak cucu Baginda hendaklah memerintah di sebelah kanan mudik Sungai Perak dan Tok Temong serta anak cucu beliau memerintah di sebelah kiri mundik Sungai Perak.
Dari itu didapati kota-kota Istana dan makam Sultan-sultan Perak di zaman dahulu terletak di sebelah kanan mudik Sungai Perak sehingga pemerintahan Almarhum Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah yang mula-mula membuat kota Istana dan makan di sebelah kiri mudik Sungai Perak.
Tok Temong telah meninggal dunia di Kampung Temong dan dimakamkan di Temong. Makamnya digelar Keramat Tok Temong dan diziarahi oleh tiap-tiap Sultan Perak selepas Baginda ditabalkan.
Makamnya terletak di kampung Temong Ulu, Mukim Chegar Galah di daerah Kuala Kangsar, iaitu kira-kira 11 km ke utara, di antara Jalan Kota Lama ke Kati, berhampiran Jambatan Iskandar.
cerita 2.
Di Negeri Perak sebelum tahun 1520, ada dua orang Mubaligh Islam adik beradik yang datangnya daripada Mekah. Kedua Mubaligh Islam yang tersebut itu yang tua nya bernama Syed Ali dan yang muda nya bernama Syed Abdul Manaf. Maka kedua Mubaligh yang ulung itu telah mengIslamkan ramai orang-orang Melayu Perak pada ketika itu dan kedua Mubaligh tersebut terkenal dengan nama Keramat Mata Kucing dan Keramat Mata Sabun.
Di Negeri Perak pada masa yang tersebut, Raja nya belum bergelar Sultan, hanya dengan nama HALUAN. Maka Haluan Negeri Perak pada masa itu bernama Tok Masuka dan orang-orang besarnya diantaranya bernama Tun Saban, Nakhoda Kassim, Puteri Darah Putih anak Penghulu Semang, Hulu-Perak. Didalam pemerintahan Haluan Paduka Tok Masuka pada masa itu maka mulalah ramai orang Melayu Perak menukarkan ugama mereka daripada Hindu dan ugama Buddha kepada Ugama Islam. Dengan adanya Ugama Islam yang baru muncul itu maka banyaklah adat-adat istiadat yang terkenal dengan nama Adat Istiadat Gangga Nagara diubah satu demi satu, daripada upacara acara Hindu kepada acara mengikut syariat Islam. Dengan campur tangan kedua Keramat Mubaligh Islam Arab itu berkenaan dengan masyarakat Melayu Perak yang dinamakan Adat Istiadat Melayu Perak. Ini telah secara tidak langsung menjadikan Tun Saban, pembesar Perak ketika itu tidak senang hati.
Pada suatu hari,, Tun Saban telah memberi perintah supaya kedua Keramat Mubaligh Islam itu dibunuh. Seorang puteranya yang bernama Tun Kelewang menyahut perintah tersebut. Maka Tun Kelewang pun mengambil senjatanya dan turun menuju ketempat dua Keramat Islam itu, maka tujuan nya ialah untuk menamatkan riwayat kedua Keramat Mubaligh Islam yang tersebut. Mana-mana rakyat yang tahu akan peristiwa yang bakal berlaku tersebut menunggu-nunggu akan peristiwa ngeri itu berlaku.
Didalam perjalanan Tun Kelewang di tengah jalan, dengan tak semena mena berbunyilah halalintar membelah bumi dengan kuatnya, didalam kilat menyabung itu Tun Kelewang pun terkena petir dan gugurlah kebumi lalu mati lah ia disitu juga. Maka petir itulah senjata yang didatangkan Allah swt bagi membunuh musuh kepada kedua Keramat itu. Dengan kematian Tun Kelewang yang diluar jangkaan dan dugaan, semenjak itu orang-orang Perak baharulah mengatakan dua Mubaligh Islam itu Keramat.
Satelah mati Haluan Tok Paduka Masuka Perak didalam lingkungan tahun 1525, maka kedua Kerabat iitulah yang memberitahu kepada Tun Saban, supaya, iaitu :-
1. Nama gelaran HALUAN digantikan dengan nama gelaran SULTAN.
2. Kerana Tok Masuka tidak mempunyai zuriat anak lelaki, maka Sultan pertama Negeri Perak hendaklah diambil Raja Muzzaffar Shah, iaitu putera kepada Sultan Mahmud Shah, Kampar (Sumatera), bekas Sultan Melaka yang akhir, ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama dan ulung.
Tun Saban mahu tidak mahu terpaksa menurut kata sebagaimana yang dikehendaki oleh kedua Mubaligh Islamm itu, terpaksalah dilaksanakan juga. Pada tahun berikutnya berlakulah peristiwa Pertabalan Kesultanan Negeri Perak dan nama Haluan Negara (Gangga Negara) ditukarkan kepada nama Negeri Perak. Raja Muzzaffar Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang Pertama dengan gelaran Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah 1.
Daripada ajaran Islam kedua Mubaligh Islam itu maka ada lima Orang Besar Perak menjadi alim didalam Ilmu Ketuhanan. Maka empat yang menjadi Keramat dan seorang menjadi Rijaibul'Ghaib, maka Orang Besar yang menjadi Keramat itu ialah :-
1. Nakhoda Kassim, yang terkenal dengan nama Keramat Beting Beras Basah.
2. Isteri Nakhoda Kassim yang bernama Puteri Darah Putih anak Penghulu Semang.
3. Anak angkat Nakhoda Kassim yang dikenali dengan nama Tok Pelandok.
4. Isteri Tok Pelandok, anak nagkat Puteri Darah Putih, terkenal dengan nama Keramat Tok Temong.
Tun Sabah yang dahulunya memusuhi kedua Keramat Arab yang tersebut, akhirnya menjadi sahabat karib Keramat Mata Sabun dan Keramat Mata Kucing. Walau bagaimana berlaku perbelahan dan persengkataan dengan Sultan Perak ketika itu dan Tun Saban telah di bunuh oleh Megat Terawis atas perintah Sultan. Namun ada orang yang mengatakan Tun Saban tidak mati malah beliau telah ghaib menjadi Rijaibul'Ghaib.
Bermula daripada tahun era berikutnya Negeri Perak telah di perintah oleh Sultan mengikut salahsilah Undang-Undang 99 Negeri Perak. Sahingga kini Negeri Perak telah diperintah oleh 34 orang Sultan......
dalam cerita di atas ade kemusykilan tentang Tok Temong yang aku bace..
kalo ikot cerita 1, Tok Temong adalah Tun Perabu, adek ppuan Tun Saban yang menjadi ketua di Belum. Tun Perabu dilantik oleh Tun Saban untuk menjadi ketua di kawasan Temong, di Perak..
ikot cerita 2, Tun Saban, Nakhoda Kassim, Puteri Darah Putih adalah orang2 besar yang turut berada semasa pemerintahan Haluan Perak ketika itu, Tok Masuka..Haluan adalah nama yang digunakan merujuk kepada ketua pemerintah pada masa itu yang akhirnya ditukar kepada SULTAN..terjadi peristiwa dimana Tun Kelewang yang diperintah supaya menamatkan riwayat 2 orang mubaligh Islam, telah terkorban dipanah petir semasa dlm perjalanannye..rakyat menyatakan bahawa mubaligh2 Islam itu adalah keramat, dan sebelom meninggalnya Tok Masuka, mubaligh2 ini berpesan agar nama HALUAN ditukar kepada SULTAN..Daripada ajaran Islam kedua Mubaligh Islam itu maka ada lima Orang Besar Perak menjadi alim didalam Ilmu Ketuhanan. Maka empat yang menjadi Keramat dan seorang menjadi Rijaibul'Ghaib, maka Orang Besar yang menjadi Keramat itu ialah :-

dari mana asal Tok Temong sebenarnya masih was2..cuma yang penting adalah nama2 yang disebut sudah pasti wujud, jika tidak takkan timbul cerita2 yang mengaitkan nama2 ini..

Tuesday, October 30, 2012
Keluarga Abu Jamin (Enggok)) bin Alang Ahmad bin Busu Manjang
Busu Manjang mempunyai tiga orang isteri iaitu Iyam Jaelah, Ngah Sabiah dan Ngah Saadiah
Isteri ketiga Ngah Saadiah mendapat dua orang anak iatu Alang Ahmad dan Cu 'Aishah
Alang Ahmad beristerikan Ngah Pungut mendapat enam orang anak iaitu Abu Kassim, Abu Jamin (Enggok), Hapipah, Teh 'Eishah, Bahyah dan Mahiah
Abu Jamin lebih dikenal dalam keluarga dengan nama Enggok, atok ini berisrerikan Alang Kiah mempunyai dua orang saaja itu Osman Bashah dan Abu Bakar.
Osman Bashah beriterikan Zalipah mempunyai dua orang anak iaitu Omar Shah dan Animah.
Omar Shah beristeri Khadijah Ismail dikurniakan tujuh orang anak: Razman, Shaladin. Azhar, Mohd Azlan, Mohd Jefri, Mohd Khairi dan Emma. Keluarga ini tinggal di Bentung Pahang
Animah bersuamikan Harun (bapa saudara sepupu anak Bahyah) dikurniakan empat orang anak ; Azmi, Azizah, Zurkarnain, dan Nor Asma. Keluarga ini bermustautin di Gombak, Selangor
Abu Bakar beristeri Fatimah dikurniakan beberapa orang anak; Zaidan, Radziah, Yusrah, Razman, Shahibudin, Ahmad Khusairi, Mohd Ariffin dan Kamaruzaman. Keluarga ini tinggal di Jalan Manong Kuala Kangsar.
Radziah bersuamikan Saufiee dikurniakan empat orang anak; Shahril, Shahrul, Taufik dan Firdaus. Keluarga ini tinggal di Hilir Perak, Chenderung Balai, Teluk Intan.
Yusrah bersuami Abdullah dikurniakan lima orang anak; Umi, Karim, Yusri, Khairu dan Nazirah. Keluarga ini tinggal di Selama Perak.
Razman beristeri 'Aishah dikurniakan lima orang anak; Azah, Mohd Faiz, Zulkhairi, Nazri dan Aimi. Keluarga ini bermustautin di Sungai Udang, Kelang. Selangor.
Shahibudin beristerikan khadijah dikurniakan dua orang anak iatu Hafis dan Hasni mereka tinggal di
Mohd Ariffin beristeri Nusrah dikurniakan lima orang anak; Atika, Amira, Syaira, Faris dan Nurin. Keluarga ini tinggal berdekatan dengan rumah tua di Jalan Manong Kuala kangsar.
Kamaruzzaman beristeri Rokiah Tahir dikurniakan tiga orang anak; Najina, Aqila, Syafiq.Keluarga ini tinggal di Damansara Kuala Lumpur.
Zaidan masih bujang lagi dan Ahmad Khusairi meninggal muda
cuba betulkan jika ada kesilapan fakta di dalam ruang komen
dari kanan, Ahmad Noorhani. Mohd Hapis, Kamaeuzzaman
Razman dan
Friday, October 26, 2012
Keluarga Abu Kassim bin Alang Ahmad bin Busu Manjang
Abu Kassim bertemu jodoh dengan Mariam binti Mat Arif dari Semanmggol, Bagan Serai dikurniakan beberapa orang anak, sebelum dikurniakan anak sendiri meraka mengambil anak angkat diberina Abdul Jalil. Belia dijodohkan dengan orang Sayong bernama Putih dikurnia dua orang anak perempuan iaitu Jamilah (istemewa kerana bisu) dan berkeluarga tinggal di Sayung, kedua Siah berkeluarga dengan Mior Ahmad dikurnia ramai anak seramai sebelas orang diantaranya Mieor Mohd Sabri seorang guru di Bagan Serai, Mior Jamil tinggal di rumah tua di Talang Hilir jalan Datok Sagor, Mior Halim bekerja sebagai ahli Bomba di Kuala Kangsar, dan beberapa orang sebagai anggota polos seperti datoknya Jalil seorang polis. Mereka yang jadi anggota polis ialah Jumat dan Razak.
Anak kedua psangan Abu Kassim dengan Mariam ialah Esah berkeluarga dengan Abas Haji latif keturunan Daeng Selili (boleh ikuti keluarga Hj Abas bin Hj Latif bin Imam Kolah Jan. 2-- 2009)
Anak ketiga pasangan Abu Kassim Mariam ialah Mohd Ideris berkeluarga dengan Cik Tam bermustautin di Kemunting di Taiping. Mohd Ideris semasa hayatnya seorang pegawai Penjara di Taiping. Anak sulungnya Mohd Zahid tinggal di Simpang Tiga Talang, Kuala Kangsar dengan membuka kedai roti canai berdekatan dengan setesyen minyak Shell di Simpang Tiga Talang. Anak-anak pasangan Idris Cik Tamiaitu Abdul Rani dan Hariah di Kemunting Taiping dan Jariah tinggal di Simpang Changkat Jering Taiping, Hariah merupakan bekas penelia Kemas Taiping dan Jariah pesara kakitangan Hospital Taiping. Mereks semua telah berkeluarga dan beranak cucu. Anak yang bungsu pasanagn ini Mohamad Hafis seorang anggota polis di Bandar Tun Razak Selangor dan masih bertugas
Anak keempat pasangan Kasim Mariam ialah Rodiah berkeluarga dengan Hat, meraka bertuga di Jabatan kesihatan Kuala Kangsar , Rodiah seorang bidan kerajan di Kota Lama Kiri tahun 60 dan 70an manaka Hat seorang attenden Hospital Kuala Kangsar. Mereka ini dikurniakan dua orang anak sahaja. Baharudin merupakan seorang posman di Pejabat Pos Taing berkeluarga dengan Faridah Ibrahim tinggal di Kemunting Taiping. seorang lagi perempuan Zaini juga seorang bidan kerajaan berugas di Sungai Lesong Kampat bertemu jodoh dengan Shirin bermustautin di Sungai Lesung Kampar, juga merupa arwah dan beranak cucu di sana.
Anak bungsu pasangan Kasim Mariam ialah Hendun berkeluarga dengan Ali Cerut(nama gelaran) bermustautin di Talang Hilir jalan Datok Sagor. Psasngan ini dikurniakan ramai anak yang sulung Ismail nama gelaran Tee tinggal di Datok Keramat Kuala Lumpur berkeluarga dengan Kamariah. Ismail merupakan pesara tentera bermenantu dan bercucu. Adik-adiknya Baariah, Esah tinnggal di Pulau Pinang, Abdula Ghani berniaga ikan keli di pasar Kuala Kangsar, Abdul Aziz (puya) di Manjung, adik Su tinggal di rumah tua di Talang Hilir dan Mat Aris seorang kakitangan JPS di Taiping berkelurga dengan seoraqng guru.
dari kiri Chu( Hendon) Nor Zaharah , Chor (Abdul Jalil), Cik (Mat Idris) Ngah (Esah )
Abu Kassim bin Alang Ahmad bin Busu Manjang
Mariam binti Mat Aris
Friday, October 5, 2012
Pengertian MELAYU yang tersurat dan tersirat, yang perlu kita tahu..........
MELAYU yang tersurat;
Berbahasa ( pertuturan ) Melayu, mengamalkan ( adat resam ) Melayu, beragama Islam, ini banyak yang orang tahu.
MELAYU yang tersirat;
MELAYU ( Mim, Lam Aliff, Ya', Waw ). Mim itu adalah Muhammad, Lam Aliff ( asal dua huruf Lam dan Aliff ) Lam itu adalah Laailaaha Illallaah Muhammadur Rasulullah, Aliff itu adalah Allah swt, Ya' itu adalah Yakin, Waw itu adalah Warak atau Ikhlas. Muhammad yang mengTAUHIDkan diri kepada Allah swt lalu mengucap dua kalimah syahadah Laailaaha Illallaah Muhammadur Rasulullah dengan yakin dan ikhlas, ini yang banyak orang Melayu tidak tahu. Bila Muhammad ( diri kita ) mengucap dua kalimah syahadah maka kita kena tegakkan hukum Allah swt dan mengembangkan syiar Islam, sebalik kita menegakkan Bangsa melebihi Islam itu sendiri. Sedangkan kita sudah berjanji dengan Allah swt di Alam Ruh untuk menegakkan hukum Allah dan mengembangkan syiar Islam tapi sebalik bila kita lahir ke dunia yang fana ini. Inilah sebabnya Nabi Muhammad saw tidak memperjuangkan Bangsa sebaliknya Islam.
Sepatutnya orang Melayu Islam merasa lebih sensitif bila sebut fasal Islam bukan sekadar fasal Bangsa, Raja dan ketuanan Melayu sahaja.
Semua orang menyayangi Bangsanya , Rajanya tapi tidaklah sampai Islam itu di letakkan di bawah kedua-dua perkara tersebut. Amat silap kalau kita kata Melayu Islam, Islam Melayu kerana benda itu berbeza sama sekali, Melayu adalah Bangsa dan Islam itu adalah Agama.Bak kata Hang Tuah, Tak Hilang Melayu Di Dunia, memang betul Melayu itu tidak akan hilang tapi yang akan hilang dari Melayu itu sendiri adalah ISLAM sekiranya orang Melayu tidak mempertahankan Agama ISLAM dan tidak mengamalkan cara hidup sebagai orang ISLAM.
Hebatnya satu-satu BANGSA itu kerana ISLAMNYA bukan kerana BANGSANYA.....
Walahuallam,aamiin.

Thursday, October 4, 2012
Sejarah Ringkas Imam Kolah
Imam Kolah adalah nama glamournya nama sebenarnya ialah Imam Shafie bin Daeng Abdullah guna nama gelaranya Imam Tanjung. Imam Tanjung bin Daeng Abdullah dengan gelaran Tok Enggang bin Daeng Selili nama gelaranya Maharaja Pancung Tak Bertanya. Ke tokohan Imam Kolah sangat hebat dan banyak meninggalkan ilmu agama yang ada pada beberapa keturunananya. Ramai juga keturunannya merupakan tokoh-tokoh tertentu dalam bidang sesial dan keagamaam
Mereka datang dari Hilir Perak memalui sungai dan membenana petempatan di tebing sungai.
Tempat asalahnya di sebuah surau lama di Sayung Tengan berkedatan sekarang stesyen mini minyak di Sayung Tengah, surau asal telah dirobohkan dan diganti dengan baru.
Imam Kolah membawa satu tempayan berisi emas urai untuk membena petempatanan di Sayung. Tempayan bahasa tempatan, pedena bahasa bugis dan kami anak cucu cicit nya masih menggunakan nama pedena. Pedena itu untuk diisi air untuk mengambil
wuduk air sembahyang, ini mungkin namanya dipanggil Imam Kolah.
Apabila masjid baru dibina di tempat baru sekarang pedena dipindahkan ke masjid untuk menjadi kolah mengambil air sembahyang. Pembinaan masjid diubahsuai beberapa kali hingga pedena itu pecah dan serpihan ditabur di kawasan masjid. Ada beberapa keluarga ada menyimpan serpihan pedena itu buat kenangan datuk moyang.
Pakde sebaya dengan sepupu pakde pernah mandi air pedena di masid itu, tapi semasa kecil dahulu ayah pakde dan adik berdik sebaya dengan ayah selalu bawa anak cucu mandi air pedena.
Jika ada kesempatan ziarahlah masjid baru dan tapak lama surau Imam Kolah di Sayung Tengah
Di kawasan setempat ramai di antara penduduk tahu akan Imam Kolah tetapi mereka tak tahu siapa keturunannya, oleh itu kita ziarah dan kalau ada orang tanya katakan kita ini anak cuc cicit Imam Kolah.

Subscribe to:
Posts (Atom)