Pages

Wednesday, February 10, 2010

Ujian dan Cobaan Keluarga Haji Abas

Terdapat beberapa ujian dan cobaan keimanan keluarga haji Abas pada awal tahun 2010 ini.

A. Pertama pada awal Januari anak tua Haji Abas Fatimah yang tinggal di Jalan Kenas Kuala Kangsar diserang strok dan dimasukan ke Ipoh Specialist Centre Ipoh. Dia telaj mendapat koma selama beberapa minggu akhirnya meninggal dunia pasa 27 Januari hari Rabu.

B. Selang bebepa hari lepas itu cucu menantunya isteri kepada cucunya Khairul Azhar bin Ramli meninggal dunia dalam tidur pada hari Sabtu. Diceritakan anakanaknya tidur ditingkat atas dan ibunya tidur ditingkat bawah di rumah teres dua tingkat disebabkabkan hari cuti masing-masing bangun lewat kira-kira tengah haridan anaknya yang sulung merasa lapar dan mengejutkan ibunya yang sangkakan tidur tetapi tidak bangun kemudian berkejar kerumah ibu saudaranya yang tinggal berdekatan selang beberapa pintu. Ibu saudaranynya mendapati adik ipanya telah meninggal dan te5rus memanggil dokor dan disahkan telah meninggal lapan jam yang lalu. Mana kala adiknyaKhairul Azhar bekerja di Arab Saudi dan membuat panggilan kepadanya tetapi tidak berjawab. Akhir membuat keputusan dikebumikan juga hari itu juga dan selamat dikebumikan sebelum magrib di tanah perkuburab Bandar Tun Husian On. Manakala suaminya sengaja balik dari Arab ke Malaysia dengaqn transit di Manila dan mendapat tahu di Manila apabila hnadset dibuka untuk membaca SMS dan tiba di Kuala Lumpur pukul 2.00 tengan malam pagi Ahad.

C. Selang seminggu lepas itu menantu Haji Abas Marym Aznin isteri penulis pula meninggal dunia kerana kancer. Urutan kejadian ini bermula Maryam dan suaminya paldenoran dan anaknya Maizuran dan anak angkatnya Salbiah mengerjakan umrah pada 14 jan. Dua minggu sebelum bertolak ke Mekah Maryam telah mula sakit batuk-batuk dan seminggu sebelum bertolah telah membuat pemeriksaan di HUKM dan doktor sahkan dia mendapti paru=parunya berair, dionasihatkan tangguhkan umrah tetapi dia tetap mahu pergi juga. Doktor telah menulis surat setebal tiga halaman menerangkan penyakitnya. Bermula dengan kerusi roda ditolah oleh keluarganya ke Arab Saudi. Di dalam kapal terbang dia telah beberapa kali disedutkan oxygen. Semasa perlajanan ke Madinah tidak ada banyak masalah tetapi masih batuk-batuk. Pada malam kedua di Madinah dia batuk-batuk dan sesak napas dan dikejarkan ke klinik swasta, dixray dan perikasa darah dan diberi sudutan oxygen pulihlah sedikit dengan dikenakan bayaran ARS 500.00.

Dalam perjalanan ke Mekah dan mengerjakan umrah tidak menimbulkan masalah cuma batuk-batuk kecil sahaj tepai negan mengupah tolak kerusi roda tawaf dan sai dengan bayaran ARS200.00. Waktu ziarah dan umrah kedua pun tiada masalah cuba badanya lemah kerana tidak lalu makan dan batuk-batuk kecil sahaja. Apa bila melawat ke Taif tempatnya tanah tinggi dan udaranya nipis dan suhunya pula sejuk menimbulkan banyak masalah pada pukul 12.00 tengah malam lagi sekali dikejarkan ke Hospital Taif dengan ambulance juga diperiksa darah dan xray dan dan sedutan oxygen, doktor dapati ubat yang diberi di Madinah tidak berkesan pada penyakitnya dan paru-paru berair disebabkan kanser paru-paru pada paginya dikejarkan balik ke Mekah.

Semasa di Mekah lagi sekali dibawa ke Hospital Mekah berekatan dengan pintu King Abdul Aziz baitullah. Disama periksaan lebih rapi disahkan kerana kanser dan keluarga mahu bawa pulang dengan segera tetapi doktor syorksn masuk wad sekurang-kurang sepuloh hari tetapi keluarga tetap mahu bawa pulang tetapi vdoktor kata dengan bekalan oxygen di kapal terbang. Agensi menetapan balik dengan mengikur rombonganya bali pada hari sabtu tetapi dengan kesilapan teknikal dibatalkan walau telah membuat ckek ini dan belum boarding kerana bekqalan oxygen dalam kapal terbang dikehendaki booking sehari sebelum penerbangan akhir pulangh mengikut jadual asal 26 jan dan tiba di KL 27jan tengah hari.

Sampai di rumah keluarga pada malam 27hb batuk-batuk dan sesak nafas dikejar lagi ke HUKM dan masuk wad pukul 1.00 pagi 28hb. Di HUKM pemeriksaan semakin rapi dilaporkan semua ubat yang diberi tidak berkesan cuma doktor bagi antibiotik dengan dos yang kuat. Selama dua belas hari pada hari Isnin 8hb Feb 6.45 petang dia telah kembali ke rahmat ALLAH dihadapan keluarga, keluarga terdekat dan sahabat handai terdekat. Jenazahnya dibawa kerumah abangnya di Shah Alam dan dikebumikan di seksyen 21 tanah perbukuran Shah Alam pada hari Selasa

Kami keluarga yang hidup dari keluarga Haji Abas mengucapkan terima kasih kepada sesiapa saja yang menziarahi keluarga kami dan sama-samalah kita sedekah fatimah untuk kejehteraan mereka di akhirat, alfatihah........ amin.