Pages

Tuesday, March 5, 2013

SIAPA DEME' YANG KETURUNAN DAENG SELILI TU


SIAPA DEME' YANG KETURUNAN DAENG SELILI TU . . . . .  PERTANYAAN SAYA PADA OPAHKU WAN UTEH ZAWARIAH.

Ceghite'nye'  Begini. . . . :

      Opah te'man ni seorang Bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Lama Kiri. Beliau ini garang macam Singa Betina. Kalau mengajar Ngaji AlQuraan pada anak cucunya tiga kali sehari, lepas
Solat Subuh, lepas Solat Zohor dan Maghrib sampai le'  Isyak. Kami ni Sekse' dibuatnye'. Tapi bile' kami  sudah Tua-Tongkih ni . . . . Baghule' tahu paedahnye'. Mase' dulu le'paeh je' mengaji - rasa
 macam kumbang putuih tali. Kami ni ada tiga Ogahang,  Abang Men(Abd Jamil), Abang Chik(Abdullah) dan the last saye'le'  Mohd Fuad. Deme' dua oghang tu abang sepuppu saye'.

         Saye' dengan Abang Chik tu buaeh( Buas) le',  sikit je'. Kami ni suka beghonyih  Sungai Cempias ke Hujong Tanjong di kampong kami di Batu 29 3/4 Jalan Ipoh Kota Lama Kiri Kuala Kangsar,
 Perak. Kalau pasei sungei Kome usah le' nak Celen  kami ni beghonyeh dari pagi sampe le' ke petang hari, biase' je' tu . . Tak makan nasi satu hari pun tak ngape'. Janji makan buah le'mbe' konyah
buah pala mude' yang masam jadi manih yooo !    Ngagaw Udang Sampah dapat banyak, buat udang bako setengah masak pun jadah juge', Sedaa. . . p !! . Untung le' masa itu Allah S.W.T tidak
bale' kan kami dengan Sakit Perut.

      Pade' satu te'ngah hari Ghope'-ghope'nye' udah meto Opah Kami tu  mencari kami. Di Sunge Hujong Tanjong ? Tak ade' ? , Be'lah Kolak sungei pun memang tak Mandang ? Opah kami dapat sedap-
hati sikit(agaknye'  le') sebab lihat air sungai keroh dari hulu sungai Opah tahu kami bermain " Perang Tanah Lumpur " di hulu sungai. Lepaih orang Bang di Mesjid baghu le' kami beghanso balik ke rumah.
Sampai je di Ghomah, Berte'mpek lah Opah kami tu " Hey, Anak Cucu Jin !  Baghu balik ke Ghomah !!! Tak Ingat Nak Makan, Tak ingat Nak Minum di ghomah !!! .  Tak ingat Nak Mengaji AlQuraan,
Haram nak ingat semua tu ye  ?  Hey !!!  Pe'gi balek ke Ne'ge'ghi Tok Nenek Kome' Pe'gi. . . !!!     Kami kebingunggan ape' pulak yang  dikate' Opah Kami  - JIN  tu ???


      Beberapa hari selepas tu saya ni tak kemana-mana, kerana saya ingin mencari jawapan, pasal JIN.  Saya tinggal di rumah atau di sekitar rumah saja  ( Buat-buat baik konon, ada sebab . . . . ), sapu
sampah dibawah rumah, tolong pergi ke kedai belikan keperluan dapur pesanan Wan Robidah  ibu saudara saya(Ibu kapada sepupu saya yang dua orang tu )   Bila ada peluang yang baik saya pun buka
bertanya pada Wan Robidah tu.  Wan Robidah ini macam tahu-tahu sahaja dengan  peri-kelakuan saya masa itu. 

Apa yang diberitahu olih Wan Robidah kepada saya :
" Kamu semua ini adalah  Keturunan Bugis dari Timur Indonesia kebanyakan Raja Bugis itu adalah dari Keturunan Campuran Perkahwinan Jin dengan Manusia. Keturunan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis."
Saya pendekkan cerita itu, Saya ceritakan peristiwa Daeng Selili mula sampai ke Negeri Perak.

Cerita Lisan Wan Robidah pada saya :

Pada suatu hari dalam pelayaran selepas Musim Haji di Mekah nak balik ke Makasar. Moyang kamu  bila telah hampir-hampir tiba ke hilir di Kuala Sungai Perak, hari sudah petang angin bertiup kencang
cuaca suram gelap macam nak hujan, biasanya. Kelasi- kelasi Jong turunkan Layar,  Jong belayar teruskan belayar. Tiba-tiba ombak laut semangkin besar Jong di rapatkan ke pesisiran Tanah Besar ini.
Bila tiba ke Beting di Laut Perak ombak laut semangkin besar bergelora hingga Jong Moyang Kamu  tu dipenuhi air laut habis bersepah muatan didalam jong dilarikan air.  Moyang Kome' tu mulalah berseru
 " Beso beno ke' ?   Ke'rajan oghang disini . . . . .  Sudah terkerap habis harta aku ni !!! " 

Moyang Kamu tu bukan sembarangan orang.  Dia dibesarkan di Tanah Mekah dan seluruh Tanah Arab,  bolih dikatakan pelbagai ilmu yang telah dipelajari dan pelbagai pengalaman keadaan susah-senang
telah biasa ditempuhi. Ilmu Agama Islamnya tinggi,  Ilmu Bela diri dan Ilmu Bela Agama sangat di kagumi melengkapi Ilmu Dunia dan Ilmu Akhirat.

Lalu Moyang Kamu berdoa menongkah Ujian yang datang itu. Doanya diberkati Allah dan mendapat karamah dan berkat yang disandarkan kepada doa Rasulullah dan diserukannya juga asal usulnya dari
Nabi Sulaiman,     Daeng Selili dengan juak-juak di selamatkan olih Ikan Yu.   Jong dan harta semuanya dapat diselamatkan.

Setelah kebah mereka dari lenguh badan, Moyang Kamu beritahu mahu menghulu mudik ke Ulu Perak. Nak tinjau kerajan apa yang menyebabkan mereka mendapat geroh. Moyang Kamu mudik kehulu 
pada sebelah malam hari.  Singgah-menyinggah lah mereka itu di kiri kanan sungai, Jong mereka sorokkan di setiap kuala sungai apabila hari mula kesiangan. Supaya pergerakan mereka tidak dapat diperhati
olih Orang Perak. Mereka pergi menangkap ikan dan mecari sayur pucuk kayu untuk dimakan. Hinggalah tiba ditebing Sg Cermin Moyang Kamu dengan juak-juaknya berehat lama disitu.

Diantara Juak-juak Bugis bersampan pergi membuat tinjauan ditebing-tebing hulu, Mereka terpandang kepada sekumpulan perempuan berbaris sedang buat kerja sambut-menyambut beri dan menerima
Bacok ( Dua Ruas Buluh Besar di gunakan untuk bekas mengangkat  Air).  Setelah berkenalan dan bertanya khabar kepada seorang yang agak tua sedikit ditempat itu, barulah mereka ketahui bahawa  
perempuan-perempuan itu kerjakan mengisi air tempayan di Istana. Air itu buat memandikan Jenazah Puteri kekanda kepada Sultan yang telah Mangkat. Pada tengahari  Puteri Kekanda Sultan terkena
musibah ketika bermain-main dengan Inang Bentara ditebing sungai lalu  kakinya dipatuk Ular.

Apabila mendapat berita tersebut juak-juak Bugis itu pun segera balik ke Tebing  Sg Cermin. Untuk di maklumkan kepada Daeng Selili kalau-kalau boleh di ikhtiarkan apa-apa pertolongan kepada keluarga
Sultan Perak.  Pada firasat Daeng Selili, musibah yang terjadi adalah dari permainan  sihir kerana  perbalahan sesama sendiri dalam keluarga DiRaja itu. Kalau mahu dicoba pulihkan Puteri Kekanda Sultan itu,
Daeng Selili sendiri telah dapat rasakan seperti dirinya terpanggil untuk memberikan pertolongan. Dari itu dua kemungkinan akan berlaku  padah baik atau pun padah jahat yang akan pihak Daeng tempuhi 
nanti. Kerana Panglima-panglima dan Pawang-pawang adalah orang-orang  Handalan di Negeri Perak.  Mereka itu bukan calang-calang orang jika mahu ditewaskan ilmu-lmu mereka. Jika musibah itu pun
 Handalan-handalan  dihulu Perak ini tidak bolih pulihkan - itu juga alamat diperlukan seseorang ilmuan yang memiliki pengalaman dan lebih keistimewaan.

Daeng Selili dengan juak-juak Bugis telah pergi ke hulu, sampai ketebing Sayong mereka naik ke tebing begerak ke Istana.  Belum pun sampai ke tepi istana mereka sudah menjadi tumpuan pehatian orang-
orang Sayong. Kelihatan orang-orang Sayong berbisik-bisik sesama sendiri. Mereka agak curiga dengan kedatangan Moyang Kamu dengan Juak-juaknya itu. Tiba di istana Moyang Kamu dengan juak-juaknya
disambut olih Toh Bentara  menjemput mereka naik ke Istana Raja. Hanya Moyang Kamu dengan Panglima Kukut sahaja naik ke istana kelihatan mereka berdua itu sangat beradap dan sopan. Setelah berikan
ucapan salam, sembah maklum ingin coba menghulurkan ikhtiar pulihkan Puteri Kekanda Raja  dan dipersilakan duduk dihadapan majlis.

Dipendekkan Cerita :  Daeng Selili mohon jalankan ikhtiar, lalu disisir tujuh helai rambut ditarik-tarik anak setelah berdoa, dari tujuh helai rambut itu - tiada satu pun yang tercabut dari kepala Puteri itu.  
Makluman dari Daeng Selili bahawa puteri ini belum mati - hanya pengsan akibat bisa ular. Sebelum dimulakan upacara pemulihan seluroh orang yang berada di sekitar istana dan kawasan tidak dibenarkan
mengganggu upacara tersebut.

Ke hadapan laman istana Daeng Selili seru dengan mentera yang tidak dapat difahamkan. Tidak berapa lama Istana Sayong didatangi sangat banyak ular. Setelah dilafaz-lafazkan mentera lagi seketika itu
mula beredar dari situ ular-ular itu, Hanya seekor sahaja yang tunggu dihalaman setelah selesai mentera yang dilafazkan. Ular tersebut segera naik ke istana mendapatkan ke kaki Puteri yang di patuk itu di
berikannya penawar pemulih dari bisa, setelah selesai ular itu turun ke halaman dan terus beredar-lalu setelah tamat mentera Daeng Selili dengan Ular itu.

Puteri yang masih terbujur itu pun di bacaan Surah Yasin beramai-ramai dari mereka yang tahu hingga selesai berdoa memohon keberkatan.  Agak lambat sedikit tidak-balas doa itu, mulalah orang-orang di
istana bersungutan mengadu-domba. Mulalah diketahui - ada kebencian kepada mereka yang berikan pertolongan itu, tidak kurang juga mereka yang bersyukur dan bersabar. Dalam kegelisahan menanti tiba-
tiba puteri tersebut bersin dan mula bergerak- gerak. Wanita Ketua Bentara lalu bangunkan Puteri dai perbaringan lalu di berikan Santapan Air Yasin dan Doa. Nampaklah puteri berkata-kata dan pandang-
memandang sekitarnya.

Lepas itu Moyang Kamu mohon diri, mahu bersiap-siap untuk meneruskan belayar balik Makasar pada pagi besok. Tetapi Moyang Kamu itu diminta hadir majlis Kesyukuran dan jamuan pada malamnya nanti.
Setelah selesai Majlis Kesyukuran pada malam itu. Sultan Muzafar Shah dan Pembesar-Pembesar Sayong bertanyakan dari mana asal dan kemanakah tujuan seterusnya Rombongan Daeng seturusnya.

Telah maklumlah Orang Istana dan Orang Sayong, Daeng Selili( Orang Bugis) dalam perlayaran  balik ke Makasar setelah habis menuntut ilmu Agama Islam di Tanah Suci Mekah Mukarramah. Berita ini telah
disampaikan olih Pengintip Pulau Tiga bagi pihak Sutan Muhammad Shah ( semasa itu Kerajaan Perak Terbahagi dua - Perak mempunyai dua orang Sultan dari Seibu-sebapa dalam satu zaman).  Sultan dengan
Pembesar-Pembesar berbesar hati sekiranya Daeng Selili menerima Anugerah Di Raja kan, beliau di Sayong itu. Tetapi Daeng Selili tidak bermaksud mahukan sebarang anugerah dari apa yang diusahakan.
Melainkkan masih memohonkan keberkatan Allah Taala untuk beliau menyampai Ilmu Islam supaya di terima dan ramai penganutnya.

Sekiranya itu tidak diterima Daeng, lalu Sultan mahu disemendakan(menikahkan) Kekandanya yang telah dipulihkan itu dengan Daeng Selili. Daeng Selili bebas memilih tanah permastautinnya di daerah sini.
Selepas pernikahan itu Daeng Selili bebas keluar masuk ke Perak ini. Tidak berapa lama Sultan Muzafar Shah telah di pujuk Adinda Baginda Sultan Muhammad Shah supaya balik bersemayam ke Brahman
Indera kembali. Keamanan dan Kedamaian  Negeri Perak telah pulih semula.

Selama Moyang kamu ( Daeng Selili ) berkahwin dengan Raja Puteh, Beliau sering sahaja keluar-masuk di Negeri Perak. Beliau kerap pergi menunaikan Fardhu Haji. Kami kenali beliau dengan " TOK HAJI BESAR"
Hingga kehilangan pengenalan Daeng Selili itu. Dari persemendaan Moyang Kamu itu mereka dianugerahkan dengan Empat Orang Anak iaitu Tok Lela Osman, Tok Bakul Nor Jelisin dan Tok Tongkat Muhammad Tara
Tok Anjang Abdullah.

Dari Salasilah yang dibuat Olih Che Gu Tun Raden Ahmad b. Tun Raden Md Derus(Manjang):
beliau bersama Pensyarah Wanita Inggeris, Australia telah buat kajian ke Muzium Indonesia.
.
KERABAT DIRAJA BUGIS MAKASAR INDONESIA

                          Daeng Relendrong Latak
                         Raja Luak Bugis Sulawesi
                                             |
                                             |
                           Daeng Lamadu Solat/Saleh
                                             |
                                             |
                           Daeng Upu Tendri Burung
                              (Daeng Dala)
                                             |
                                             |
                           Kemasi (Riau)
                           Perani (Mangkat 1723 di Kedah))
                           Menambun (Mempewah Pulau Jawa)
                           Merewa 1719 (Johor)
                           Chelak 1745 (Perak-Selangor)
                                             |
                                             |
                           Daeng Lamadu Solat/Saleh
                                             |
                                             |
                           Isteri 1 - Tengku Mandak @ Tengku Puan
                          
                           1- Tengku Putih
                           2- Tengku Hitam

                           isteri 2 bukan gahara

                           IMAM PADUKA TUAN HAJI BESAR TENGKU/DAENG SELILI
                                             |
                                             |
                           Isteri Raja Puteh/Tengku Tengah bt Yang Dipertuan Muda Pulau Tiga Raja Mansur
                                 Daeng Osman
                                 Daeng Nor Jelisim
                                 Daeng Mohamad Tara
                                 Daeng Abdullah
 Se'kadar ini sahaja yang dapat Te'man Ce'rite'kan - Me'ngke'me' cari le' cerite'nye' yang se'te'rusnye' . . . . . . . 
Assalaamu 'alaimum waRahmatulLaahhi waBarokatuh, . . . . . Sekian, Terima kasih.

cerita lisan dari Encik Ahmad Fuad Osman dari Changkat Negara, Bukit Chandan

Wednesday, January 9, 2013




SIAPA KETURUNAN  DAENG SELILI DI PERAK


Selepas mengamankan Negeri Perak belia menjadi pembesar kesultanan  Perak. Dengan gelaran Datok Maharajalela Pancung Tak Bertanya. Jawatan ini boleh menghukum sesiapa saja tanpa memberitahu atau meminta kebenarank  Sultan. Selain daripada itu kerana ilmu agamanya tinggi dan mempunyai  pengatahuan luas hal hal adat Melayu dan Bugis diberi gelaran Haji Besar dan menjadi Mufti pertama negeri Perak.
Ketika kekanda sulatan Muzaffar Shah  Raja Su sakit kerana dipatuk ular tiada siapa boleh mengubatnya walaupun ramai Pawang diRaja mencubanya  Akhirnya  Daeng Selili  cuba memulihkan atau menawarkan bisa ular dan berjaya dengan ini Sultan menunaikan janjinya sesiapa yang boleh mengubatnya akan dinikahkannya. Dengan cerita lain mengenalkan jasanya mengamanankan negeri daripada lanun Daeng Selili di nikahkan dengan kekanda sultan Muzaffar bernama Raja Tengah. Walau nama berbeza dan sebab pun berbeza tapi berkaitan dengan kesultanan Perak  Sultan Muzaffar ,anak Sultan Mansur Alaudin Shah dianggap orang yang  sama

Daeng Selili dangan Raja Su/Tengah dikurniakan empat orang anak iaitu Daeng Abdullah menjadi Penghulu Dalam atau dikenal Tok Enggang, Daeng Osman dengan gelaran Tok Janggut menjadi pembesar kesultanan Perak dengan gelaran Maharalela ke 2, Daeng Abdul Kader, diberi gelaran Maharajalela ke3, lebih dikenali dengan Tok Tonggkat atau Daeng Mat Tara, dan keempat perempuan Daeng Nurjalisan dengan gelaran Tok Bakul. Daripada mereka keempat ini bermulanya keturunan Daeng Selili di Perak

Kebanyakan mereka ini tinggal di Kuala Kangsar sekitar kampong Sayung, Kota Lama Kanan dan Kiri, Padang Changkat Bukit Chandan, Lambor Senggang dan Parit sekitar Bota Kiri dan Kanan, Teluk Intan sekitar Pasir Salak, Pualu Tiga dan lain lain sepanjang Lembah Sungai Perak.  Nama datuk moyang yang paling popular  seperti  Busu Manjang, , Uda Tahir, Kanda Adam, Tok Tongkat, Pandak Lam, Kulup Shah dan lain lain. Keturunan Daeng Selili kini merupakan generasi ke 10, 11 dan seterusnya dianggarkan lebih kurang 200,000 orang.





bersambung

Friday, January 4, 2013


PENGERUSI KELUARGA IMAM KOLAH
NOTIS MESYUARAT

Mesyuarat keluarga akan diadakan di rumah Lot 1945, Changkat Berangan, Bukit Chandan, Kuala Kangsar,  pada 10hb Februari 2013 hari Ahad pada pukul 2.30 petang.

Semua ahli keluarga dijemput hadir.
Agenda mesyuarat.

1.       Ucapan  tuan rumah

2.       Bacaan tahlil untuk khas Imam Kolah dan Anjang Sadiaah dan arwah arwah ahli keluarga Imam Kolah

3.       Ucapan  pengerusi keluarga

4.       Melantik Ahli Jawatan Kuasa Keluarga sebulat suara mengekal jawatan kuasa yang lama

      Menentukan tarikh hari keluarga: telah ditentukan pada hari raya ketiga puasa 10hb August 2013


      Menenttukan tempat telah ditetapkan Pesisir Sayung,Kuala Kangsar

      Lain lain hal 

      1. Pengerusi bari menggantikan Arwah Hj Ahmad Zailan : Hj Abdul Rani bin Abas
      2. Setiausaha baru menggantikan setiasa lama kerana keuzuran : En. Johari bin Tasi
      3. Bendahari baru menggantikan bendahari  lama kerana keuzuran : Hj Hamzah bin Y, Siran

(Biro danTugasan setiap AJK akan ditentukan kemudian)






PENGERUSI KELUARGA IMAM KOLAH
NOTIS MESYUARAT KELUARGA
PADA
10 hb  FEBRUARI 2013 (AHAD ) DI LOT 1945 CHANGKAT  BERANGAN, BUKIT CHANDAN
PUKUL 2.30 PETANG
Untuk
MELANTIK AJK MAJLIS HARI KELUARGA IMAM KOLAH’
DAN MENENTUKAN TARIHK DAN TEMPAT MAJLIS TERSEBUT

Datok/Encik/Haji/Puan/Cik : ……………………………………………………………………………………………….


Wakil keluarga
Hj Shamsudin Noh keluarga  Andak Sariah tel. 012 5448 601
Hj Abdul Rani Abas keluarga Hj Latih tel. 019 2291 200
En. Ahamd Satar Mahadi keluarga Itam Abu Bakar  tel 012 5377 531
Hj Abdul Jalil Mat Nor keluarga Uda Ibrahim tel. 012 5035 050
Hj Abdul Rahim Ahmad keluarga Tijah dannTimah  tel. 012 5689 748
Hj Hamzah Mat Siran keluarga Mahmud  tel. 012 5987 720
En Rosli Sulaiman keluarga Chu Osman  tel. 012 4297 150
En Johari bin Mat Tasi keluarga Hjh Inah tel. 014 248 8801

Semua wakil keluarga digalakkan menjemput ahli keluarga ke mesyuarat tersebut

Hj Ahmad Noorhani (pakdenoran)
Pengerusi keluarga imam kolah

Friday, December 21, 2012



Kelahiran Daeng Selili



Pada abad terakhir 17, di sebuah negeri di Sulawesi Selatan, Di kawasn Singkang, di daerah Wajo' Kerajaan Bugis dengan rajanya bernama La Kataedso Latendri  Gella dan isterinya bernama La Tendi Angka La Tendri Sempe melahirkan seorang bayi. Ketika kelahirannya terdapat ribut yang sangat kuat seluruh istana raja runtuk dan roboh, bayi tersebut tersangkuat di sebatang pokok. Apabila sudah tenang dan membena istana baru bayi itu dentiada menangis, diberi menyusu kapa dayang dayang istana, semua dayang dayang merasa sakit bila menyusu cuma ibunya saja tidak. Mengikut ramalan orang bijak pandai ketika itu atau pawang diraja anak ini menjadi anak angkat jin. Semasa membesar anak kecil sangat nakal sehingga 99 orang dayang yang dipukaulnya mati. Raja sangat runsing akan kenakalannya dan hantarnya ke mekah untk belajar ilmu agama. Dalam pelayaran ditamaprnya seorang kelasi dan mati jadi genaplah 100 orang mati di tangannya.
Di Mekah dia belajar ilmu agama hingga peringkat setinggi tingginya dan sampai ketaraf wali. Semasa kembali ke Sulewasi apabila melintas sebuah pulau dekat dengan pulai sembilan, kapalnya di pukul ribut hingga pecah dan karam, Daeng Selili di selamatkan sekumpual ikan yu dan semua barang terselamat, tepat itu dinakankan Beting Beras Basah, dengan ini seleruh keturunan Daeng Selili dilarang memakan dsan menangkap ikan yu.. atah balik dan singgah di Aceh dan sultan Aceh menerima baik kehadirannya. Datang ke Perak mengamankan negeri Perak dari amcaman launun. lanun tersebut saudaranya dan mereka berdamai akhirnya Daeng Selili diberi Gelaran Maharajalela Pancung Tak Bertanya dan saudaranya demi keamanan di diberi gelaran Nahkota hitam.

cerita lisan ini dipetik dari  salah seorang pengkaji Daeng Selili di Kuala Kangsar