Pages

Thursday, December 22, 2011

Kelulusan Penubuhan Koperasi Keluarga Imam Kolah

Bersama ini disertakan salinan surat kelulusan penubuhan Koperasi Imam Kolah....untuk makluman semua yg berkaitan....

Rujukan: SKM.PK:1/5/2/JLD.65/( )
Tarikh: 19/12/2011

Jawatankuasa Penaja
KOPERASI KELUARGA IMAM KOLAH KUALA KANGSAR BERHAD (Dalam Penubuhan)
Mohd Nazri Bin Abas (490528-08-5415)
No.25A, Kg. Pauh,
Sayong,
33040 Kuala Kangsar
PERAK


Tuan


KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHAN
KOPERASI KELUARGA IMAM KOLAH KUALA KANGSAR BERHAD (Dalam Penubuhan)


Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan bertarikh 01/12/2011 berkaitan perkara di
atas.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya bersetuju meluluskan penubuhan Koperasi tuan
dengan syarat-syarat berikut:-
2.1 Koperasi ini hendaklah dinamakan Koperasi Keluarga Imam Kolah Kuala Kangsar
Berhad.
2.2 Tempoh sah kelulusan penubuhan adalah tiga bulan bermula dari tarikh surat kelulusan
dan mesyuarat agung permulaan hendaklah diadakan dalam tempoh tersebut.
2.3 Bilangan anggota Koperasi hendaklah sekurang-kurangnya 50 orang.
2.4 Sasaran bakal anggota ialah ahli keluarga
2.5 Fungsi utama koperasi ialah Pertanian
2.6 Aktiviti di bawah hendaklah dimasukkan dalam Undang-undang Kecil Koperasi sebagai
aktiviti yang akan dilaksanakan sebaik didaftarkan:-
2.6.1 Tanaman
2.6.2 Perikanan
2.6.3 Ternakan
2.7 Kawasan operasi koperasi ialah daerah Kuala Kangsar dan daerah Kinta, Perak
(Nota : Kawasan operasi melebihi satu negeri hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran
daripada Ibu Pejabat SKM).
2.8 Tahun kewangan koperasi bermula pada satu haribulan Mei dan berakhir pada tiga
puluh hari bulan April setiap tahun.
2.9 Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) hendaklah dihadiri oleh sekurang-kurangnya 50

orang bakal anggota.
2.10 Koperasi hendaklah menggunakan Undang-undang Kecil seragam yang disediakan oleh
SKM.
2.11 Dokumen pendaftaran koperasi yang lengkap berserta fi pendaftaran sebanyak
RM100.00 (kecuali sekolah) menggunakan wang pos/bank draft atas nama Kumpulan
Wang Operasi SKM hendaklah dikemukakan kepada Kuala Kangsar tidak lewat daripada
satu bulan selepas mesyuarat agung permulaan diadakan.
2.12 Tuan hendaklah sentiasa menggunakan perkataan (Dalam Penubuhan) dalam semua
urusan sehingga koperasi didaftarkan.
2.13 Tuan tidak dibenar mengutip wang dan menjalankan apa-apa perniagaan sebelum
Koperasi didaftarkan.


3. Kelulusan penubuhan ini akan terbatal dengan sendirinya jika para 2.2 tidak dipatuhi.


4. Sekiranya pihak tuan memerlukan bantuan atau memerlukan keterangan lanjut, tuan boleh
berhubung terus dengan Encik/Puan/Cik SALWANI BINTI ABDUL MAJID di pejabat SKM Wilayah Kuala
Kangsar melalui talian telefon 05-7761532


Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


Saya yang menurut perintah,
(HJ MUSA BIN NASRI)
Pengarah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Negeri PERAK


s.k
i. Y.bhg Datuk Pengerusi Eksekutif
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Kuala Lumpur
(up: Bahagian Statutori dan Pendaftaran)


ii. Penolong Pengarah
SKM Wilayah/Daerah/ Kuala Kangsar
(surat cetakan komputer tanda tangan tidak diperlukan)

Cadangan Aktiviti Ekonomi Kooperasi

CADANGAN AKTIVITI EKONOMI KOPERASI

Antara projek yang telah dibincangkan dan dicadangkan untuk dilaksanakan oleh koperasi adalah memajukan tanah terbiar milik ahli keluarga Imam Kolah dengan tanaman kelapa sawit / getah / atau lain lain tanaman yang ada pasaran secara pajakan atau usahasama berdasarkan persetujuan dari kedua pehak antara koperasi dan pemilik tanah terbiar tersebut.

CADANGAN PROJEK EKONOMI KOPERASI

Dicadangkan kita bermula dengan memajukan tanah terbiar yang dimiliki oleh ahli keluarga Imam Kolah di Sayong, Kuala Kangsar. Jadi sesiapa yang mempunyai tanah terbiar di Sayong dan berminat untuk memajukan tanah terbiar tersebut dengan koperasi, sila maklum dan beri maklumat mengenai tanah tersebut kepada Tuan Setiausaha En. Mohd Azhar bin Mat Nor dialamat No.25A, Kg. Pauh Sayong, 33040 Kuala Kangsar.

CADANGAN PROJEK EKONOMI KOPERASI

Cadangan lain yang telah dicadangkan adalah Projek Homestay. Jadi ahli-ahli yang ada rumah diSayong, Kuala Kangsar yang maseh elok tapi tak didiami oleh sesiapa dan boleh dibaikpulih dan berpotensi untuk dijadikan homestay dan berminat nak usahakan bersama koperasi secara pajakan atau usahasama, sila maklumkan kepada Tuan Setiausaha Koperasi, En. Mohd Azhar.

Wednesday, December 21, 2011

Kooperasi Keluarga Imam Kolah/Anjang Saadiah Kuala Kangsar Berhad

PENUBUHAN KOPERASI KELUARGA IMAM KOLAH DAN ANJANG SAADIAH KUALA KANGSAR BERHAD

Untuk makluman semua, kita telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Koperasi Keluarga Imam Kolah dan Anjang Saadiah Kuala Kangsar Berhad pada 1/12/2011 dan sedang menunggu kebenaran daripada Suruhan Jaya Koperasi Malaysia (SKM)Negeri Perak untuk meneruskan proses pendaftaran koperasi tersebut. Permohonan telah dibuat oleh 3 orang ahli keluarga mewakili JK Penaja ia itu: En. Mohd Nazri bin Abas, En. Mohd Azhar bin Mat Nor dan En. Abdul Jalil bin Mohamed Nor

Bagi tujuan pendaftaran Jawatankuasa Penaja yang akan dilantik seramai 15 orang akan menjalankan fungsi nya dengan segera saperti berikut:

1. Mengenalpasti aktiviti utama
2. Menyediakan Undang-undang Kecil koperasi
3. Menyediakan aturan kegiatan, antara lain telah dicadangkan:
Yuran pendaftara menjadi ahli koperasi --RM 10.00
Syer minima untuk menjadi ahli koperasi – RM 100.00
4. Mendaftarkan bakal anggota sekurang kurangnya 50 orang, telah dicadangkan:

Setiap keluarga besar ( anak Imam Kolah ) mengenalpasti sekurang kurangnya 10 orang bakal anggota dari keluarga tersebut untuk didaftarkan.
5. Mengaturkan sesi penerangan kepada bakal anggota koperasi. Penerangan akan diberi oleh pejabat SKM.
6. Mengadakan Mesyurat Agung Permulaan


Dengan adanya Minit Mesyurat Agung Permulaan maka permohonan untuk mendaftarkan koperasi boleh dikemukakan kepada SKM Negeri.

Penubuhan Kooperasi Keluarga Imam Kolah Berhad

Jawatankuasa Keluarga Imam Kolah telah mengadakan mesyuarat ke 7 di rumah Haji Shaari bin Mat Adam pada 19hb Nov. telah bersetuju menubuhkan kooperasi keluarga dengan nama Kooperasi Keluarga Imam Kolah dan Anjang Saadiah Malaysia Berhad. Jawatankuasa Penaja kooperasi di pengerusi oleh Tn Hj Mohd Nazri bin Abas,Setiausaha ; En Mohd Azhar bin Mat Nor, Bendahari en. Abdul Jalil Mat Nor dan beberapa orang jawatankuasa penaja Hj Shaari Mat Adam, Hj Ahmad Noorhani Abas, Hj Abdul Rani Abas, En Ahmas Satar Mahadi, Hj Mohd Hasim Taharin, Mohd Zailan Tasi, Us Fairus Hashim, En Jaafat Mat Isa dan Abdullah Shahimi Zambri. Masyuarat Agong Keluarga Imam Kolah untuk mengesahkan penubuhan dan melantik Ahli Lembaga akan diadakan selewat-lewat bulan April 2012. Satu mesyuarat jawatan kuasa penaja akan diadakan pada 4hb Dis ini di Kuala Kangsar di rumah pengerusi keluarga Lot 1945, Changkat Berangan Bukit Chandan, Kuala Kangsar

Tuesday, December 20, 2011

Hari Keluarga Itam Abu Bakar di tangguhkan

Halig Md Som Salam. saya bagi pihak jawatan kuasa hari keluarga Itam Abu Bakar ingin memklumkan bahawa hari keluarga Itam Abu Bakar yang dirancang pd 24 Dis 2011 ditangguhkan pada satu tarikh yg akan dimakluman kemudian.Ahli jawatan kuasa mohon maaf di atas kesulitan yg timbul.Terima kasih kepada keluarga2 yg telah bersetuju untuk hadir. Insyahallah kita akan adakan juga hari keluarga tersebut

Mencaari Siratulrahim

salam saya malihah binti Alisaa binti Putih Kamasinah binti Mat Ali Bin Itam bakar Bin Imam Kolah. Saya ingin mengenali sanak saudara kita dengan harapan dapat menghubungkan semula silatu rahim sesama kita.