Kelahiran Daeng Selili
Pada abad terakhir 17, di sebuah negeri di Sulawesi Selatan, Di kawasn Singkang, di daerah Wajo' Kerajaan Bugis dengan rajanya bernama La Kataedso Latendri Gella dan isterinya bernama La Tendi Angka La Tendri Sempe melahirkan seorang bayi. Ketika kelahirannya terdapat ribut yang sangat kuat seluruh istana raja runtuk dan roboh, bayi tersebut tersangkuat di sebatang pokok. Apabila sudah tenang dan membena istana baru bayi itu dentiada menangis, diberi menyusu kapa dayang dayang istana, semua dayang dayang merasa sakit bila menyusu cuma ibunya saja tidak. Mengikut ramalan orang bijak pandai ketika itu atau pawang diraja anak ini menjadi anak angkat jin. Semasa membesar anak kecil sangat nakal sehingga 99 orang dayang yang dipukaulnya mati. Raja sangat runsing akan kenakalannya dan hantarnya ke mekah untk belajar ilmu agama. Dalam pelayaran ditamaprnya seorang kelasi dan mati jadi genaplah 100 orang mati di tangannya.
Di Mekah dia belajar ilmu agama hingga peringkat setinggi tingginya dan sampai ketaraf wali. Semasa kembali ke Sulewasi apabila melintas sebuah pulau dekat dengan pulai sembilan, kapalnya di pukul ribut hingga pecah dan karam, Daeng Selili di selamatkan sekumpual ikan yu dan semua barang terselamat, tepat itu dinakankan Beting Beras Basah, dengan ini seleruh keturunan Daeng Selili dilarang memakan dsan menangkap ikan yu.. atah balik dan singgah di Aceh dan sultan Aceh menerima baik kehadirannya. Datang ke Perak mengamankan negeri Perak dari amcaman launun. lanun tersebut saudaranya dan mereka berdamai akhirnya Daeng Selili diberi Gelaran Maharajalela Pancung Tak Bertanya dan saudaranya demi keamanan di diberi gelaran Nahkota hitam.
cerita lisan ini dipetik dari salah seorang pengkaji Daeng Selili di Kuala Kangsar
- Kuzairi TokMahraja maap ler teman bertanya, betui ker cerita ni? sebab banyak beno kisah daeng selili ni, kalau tengok dalam salasilah bugis x ade name daeng selili?
- keturunan daeng selili Ya, memang benar tak ada dalam salasilah Indonrsia kerana di tulis oleh orang Wwjo, D S membesar di Perak dan Aceh, balik ke Wajoo menggunakan nama lain...
- Ku Alam Daeng Selili mempunyai benih yang terlalu ramai termasuk lah yang mengunakan nama raja dan tidak. Daeng Selili berpegang kepada prinsip hidup berkelana membawa 2 senjata iaitu Keris dan Benih untuk warisannya menguasai alam melayu.....
- Indra Abdul Wahab KDS@ Dia tak membesar di Perak.....Dia juga tak pernah tinggal diAceh...........Dia hanya singgah sebentar di Wajo.................Dia tinggal di .....Kaliimantan Timur......
- Indra Abdul Wahab KDS@Biarlah orang ngaku apapun namun silsilah daeng selili tetap terpelihara begitu juga dengan silsilah Dato .Maharajalela .
- Indra Abdul Wahab MHMO@ Begitu juga silsilah saudara yang telah bergabung dengan Silsilah Dato Maharajalela...masih selamat
- Indra Abdul Wahab Maaf , sinopsis cerita diatas tu banyak salah. Sila perbaiki agar mendapat tanggapan yang baik dari keluarga yang lain.
- Kuzairi TokMahraja yang saya tahu daeng selili dari daerah samarinda di kalimantan, hanya seorang pembesar dan pergi belajar di mesir dan kisah di perak pulak, Daeng selili dilantik sebagai Imam Besar dengan gelaran Pancung Tak Bertanya yang bertanggongjawab dalam menegakkan undang2 islam di perak semasa pemerintahan sltn muzaffar ke 3 x silap saya, selepas itu daeng selili ghaib( mungkin merantau ke daerah lain atau balik ke kalimantan atau pergi ke bentan) yang tinggal di perak hanya 4 waris2 dia sahaja, dan dari waris2 itu lah berkembang sehingga sekarang, ada kisah mengatakan yang Daeng selili sebenarnya daeng chelak. menurut kata orang tua2 dulu lah: Daeng Selili juga dikenali dengan nama daeng chelak sebab dia memakai celak, dan ada juga yang mengenalinya dengan nama Hj Besar atau Daeng Haji sebab selalu berulang alik ke Mekah, kalau mengikut salasilah Daeng 5 bersaudara memang x ada nama Daeng Selili, dan Daeng 5 bersaudara juga dari kalimantan iaitu dari daerah Mempawah, kalau daeng selili menggunakan nama lain di Aceh atau di Sulewasi atau di pagaruyung atau di bentan mohon kongsi maklumat agar semua waris2 daeng selili mengetahui kisah sebenarnya
- Indra Abdul Wahab Maaf jauh sekali meleset . Paduka Sri bukan Daeng chelak atau mana - mana dari Opu berlima malah
- Indra Abdul Wahab Ofu berlima mengikut armada Daeng Selili untuk sampai ke Tanah Melayu . Dia memang duduk di Pasir ,
- Indra Abdul Wahab berhampiran Samarinda. Dia dan sultan diaceh adalah bersaudara. Paduka Sri sentiasa berulang- Kalimantan ,wajo dan perak.
- Kuzairi TokMahraja terima kasih IAW, itu lah yg saya perlukan, kalau beliau tidak punya nama lain atau ada nama panggilan lain, sebab cerita2 sejarah banyak yang tidak benar dan cerita orang2 tua jga banyak yang tersasar jauh, perkongsian sebegini apa dialu2kan, agar segala persoalan dan teka teki terjawab
- Indra Abdul Wahab Sila baca sejarah wajo dan orang yang bergelar Petta Pamaredekaengi To WajoE dan jangan lupa baca sejarah Kesultanan Pasir, dan Lupa baca Sejarah Samarinda dan jangan lupa baca campurtangan bugis di kesultanan kutai kertanegara dan jangan lupa baca perang wajo - bone. Itulah sebenar orang yang kamu ingin cari.
- Indra Abdul Wahab Semua adalah orang yang sama. Jangan lupa minta jabatan muzium perak padam perkataan Pajung luwu dipapan tanda makam daeng selili di bukit chandan
- Indra Abdul Wahab minta kerabat megat sering membersihkan makam megat .......di jalan masuk lorong pemakaman megat.....yang semak dan ditumbuhi pokok buluh.
- Kuzairi TokMahraja bab padam [perkataan Pajung luwu tu waris2 selili di pandang changkat kena ler buat, rujuk ler pada pihak muzium, yang megat plak kena cari waris megat lah utk bersihkan makam dan laluan ke makam waris2 mereka
- keturunan daeng selili di mana dapat cerita sejarah wajo, lesultana pasir dan kutai samarinda kalau ada buku kirimkan kepada saya
- keturunan daeng selili cerita kelahiran Daeng Selili itulah cerita sebenar bagi keturunannya di Kuala Kangsar bagi generasi ke 8 dan seterusnya
- Indra Abdul Wahab Sila berpandukan pada panduan yang saya beri diatas kerana selili hanyalah nama sebuah tempat yang terdapat di Samarinda. Di Sulawesi, Paduka punya nama sebenarnya. Jika baca cerita berpandukan panduan yang saya beri maka anda akan tau nama sebenar beliau. Dalam internet ni ada maklumat mengenai panduan yang saya beri itu. Jangan guna nama daeng selili tapi cari sejarah bugis di kesultanan pasir,sejarah bugis dikutai dan perang wajo-bone tahun 1700an.Disitu watak utama yang berperanan adalah orang yang saudara cari tapi untuk pengetahuan la Mohang Daeng Mangkona di Samarinda itu adalah pakcik beliau.