SIAPA DEME' YANG KETURUNAN DAENG SELILI TU . . . . . PERTANYAAN SAYA PADA OPAHKU WAN UTEH
ZAWARIAH.
Ceghite'nye' Begini.
. . . :
Opah te'man ni
seorang Bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Lama Kiri. Beliau ini garang
macam Singa Betina. Kalau mengajar Ngaji AlQuraan pada anak cucunya tiga kali
sehari, lepas
Solat Subuh, lepas Solat Zohor dan Maghrib sampai le' Isyak. Kami ni Sekse' dibuatnye'. Tapi bile'
kami sudah Tua-Tongkih ni . . . .
Baghule' tahu paedahnye'. Mase' dulu le'paeh je' mengaji - rasa
macam kumbang putuih
tali. Kami ni ada tiga Ogahang, Abang
Men(Abd Jamil), Abang Chik(Abdullah) dan the last saye'le' Mohd Fuad. Deme' dua oghang tu abang sepuppu
saye'.
Saye' dengan
Abang Chik tu buaeh( Buas) le', sikit
je'. Kami ni suka beghonyih Sungai
Cempias ke Hujong Tanjong di kampong kami di Batu 29 3/4 Jalan Ipoh Kota Lama
Kiri Kuala Kangsar,
Perak. Kalau pasei
sungei Kome usah le' nak Celen kami ni
beghonyeh dari pagi sampe le' ke petang hari, biase' je' tu . . Tak makan nasi
satu hari pun tak ngape'. Janji makan buah le'mbe' konyah
buah pala mude' yang masam jadi manih yooo ! Ngagaw Udang Sampah dapat banyak, buat
udang bako setengah masak pun jadah juge', Sedaa. . . p !! . Untung le' masa
itu Allah S.W.T tidak
bale' kan kami dengan Sakit Perut.
Pade' satu
te'ngah hari Ghope'-ghope'nye' udah meto Opah Kami tu mencari kami. Di Sunge Hujong Tanjong ? Tak
ade' ? , Be'lah Kolak sungei pun memang tak Mandang ? Opah kami dapat sedap-
hati sikit(agaknye'
le') sebab lihat air sungai keroh dari hulu sungai Opah tahu kami
bermain " Perang Tanah Lumpur " di hulu sungai. Lepaih orang Bang di
Mesjid baghu le' kami beghanso balik ke rumah.
Sampai je di Ghomah, Berte'mpek lah Opah kami tu " Hey,
Anak Cucu Jin ! Baghu balik ke Ghomah
!!! Tak Ingat Nak Makan, Tak ingat Nak Minum di ghomah !!! . Tak ingat Nak Mengaji AlQuraan,
Haram nak ingat semua tu ye
? Hey !!! Pe'gi balek ke Ne'ge'ghi Tok Nenek Kome'
Pe'gi. . . !!! Kami kebingunggan ape'
pulak yang dikate' Opah Kami - JIN
tu ???
Beberapa hari
selepas tu saya ni tak kemana-mana, kerana saya ingin mencari jawapan, pasal
JIN. Saya tinggal di rumah atau di
sekitar rumah saja ( Buat-buat baik
konon, ada sebab . . . . ), sapu
sampah dibawah rumah, tolong pergi ke kedai belikan
keperluan dapur pesanan Wan Robidah ibu
saudara saya(Ibu kapada sepupu saya yang dua orang tu ) Bila ada peluang yang baik saya pun buka
bertanya pada Wan Robidah tu. Wan Robidah ini macam tahu-tahu sahaja
dengan peri-kelakuan saya masa itu.
Apa yang diberitahu olih Wan Robidah kepada saya :
" Kamu semua ini adalah
Keturunan Bugis dari Timur Indonesia kebanyakan Raja Bugis itu adalah
dari Keturunan Campuran Perkahwinan Jin dengan Manusia. Keturunan Nabi Sulaiman
dengan Ratu Balqis."
Saya pendekkan cerita itu, Saya ceritakan peristiwa Daeng
Selili mula sampai ke Negeri Perak.
Cerita Lisan Wan Robidah pada saya :
Pada suatu hari dalam pelayaran selepas Musim Haji di Mekah
nak balik ke Makasar. Moyang kamu bila
telah hampir-hampir tiba ke hilir di Kuala Sungai Perak, hari sudah petang angin
bertiup kencang
cuaca suram gelap macam nak hujan, biasanya. Kelasi- kelasi
Jong turunkan Layar, Jong belayar
teruskan belayar. Tiba-tiba ombak laut semangkin besar Jong di rapatkan ke
pesisiran Tanah Besar ini.
Bila tiba ke Beting di Laut Perak ombak laut semangkin besar
bergelora hingga Jong Moyang Kamu tu
dipenuhi air laut habis bersepah muatan didalam jong dilarikan air. Moyang Kome' tu mulalah berseru
" Beso beno ke'
? Ke'rajan oghang disini . . . . . Sudah terkerap habis harta aku ni !!!
"
Moyang Kamu tu bukan sembarangan orang. Dia dibesarkan di Tanah Mekah dan seluruh
Tanah Arab, bolih dikatakan pelbagai
ilmu yang telah dipelajari dan pelbagai pengalaman keadaan susah-senang
telah biasa ditempuhi. Ilmu Agama Islamnya tinggi, Ilmu Bela diri dan Ilmu Bela Agama sangat di
kagumi melengkapi Ilmu Dunia dan Ilmu Akhirat.
Lalu Moyang Kamu berdoa menongkah Ujian yang datang itu.
Doanya diberkati Allah dan mendapat karamah dan berkat yang disandarkan kepada
doa Rasulullah dan diserukannya juga asal usulnya dari
Nabi Sulaiman,
Daeng Selili dengan juak-juak di selamatkan olih Ikan Yu. Jong dan harta semuanya dapat diselamatkan.
Setelah kebah mereka dari lenguh badan, Moyang Kamu beritahu
mahu menghulu mudik ke Ulu Perak. Nak tinjau kerajan apa yang menyebabkan
mereka mendapat geroh. Moyang Kamu mudik kehulu
pada sebelah malam hari.
Singgah-menyinggah lah mereka itu di kiri kanan sungai, Jong mereka
sorokkan di setiap kuala sungai apabila hari mula kesiangan. Supaya pergerakan
mereka tidak dapat diperhati
olih Orang Perak. Mereka pergi menangkap ikan dan mecari
sayur pucuk kayu untuk dimakan. Hinggalah tiba ditebing Sg Cermin Moyang Kamu
dengan juak-juaknya berehat lama disitu.
Diantara Juak-juak Bugis bersampan pergi membuat tinjauan
ditebing-tebing hulu, Mereka terpandang kepada sekumpulan perempuan berbaris
sedang buat kerja sambut-menyambut beri dan menerima
Bacok ( Dua Ruas Buluh Besar di gunakan untuk bekas
mengangkat Air). Setelah berkenalan dan bertanya khabar kepada
seorang yang agak tua sedikit ditempat itu, barulah mereka ketahui bahawa
perempuan-perempuan itu kerjakan mengisi air tempayan di
Istana. Air itu buat memandikan Jenazah Puteri kekanda kepada Sultan yang telah
Mangkat. Pada tengahari Puteri Kekanda
Sultan terkena
musibah ketika bermain-main dengan Inang Bentara ditebing
sungai lalu kakinya dipatuk Ular.
Apabila mendapat berita tersebut juak-juak Bugis itu pun
segera balik ke Tebing Sg Cermin. Untuk
di maklumkan kepada Daeng Selili kalau-kalau boleh di ikhtiarkan apa-apa
pertolongan kepada keluarga
Sultan Perak. Pada
firasat Daeng Selili, musibah yang terjadi adalah dari permainan sihir kerana
perbalahan sesama sendiri dalam keluarga DiRaja itu. Kalau mahu dicoba
pulihkan Puteri Kekanda Sultan itu,
Daeng Selili sendiri telah dapat rasakan seperti dirinya
terpanggil untuk memberikan pertolongan. Dari itu dua kemungkinan akan
berlaku padah baik atau pun padah jahat
yang akan pihak Daeng tempuhi
nanti. Kerana Panglima-panglima dan Pawang-pawang adalah
orang-orang Handalan di Negeri
Perak. Mereka itu bukan calang-calang
orang jika mahu ditewaskan ilmu-lmu mereka. Jika musibah itu pun
Handalan-handalan dihulu Perak ini tidak bolih pulihkan - itu
juga alamat diperlukan seseorang ilmuan yang memiliki pengalaman dan lebih
keistimewaan.
Daeng Selili dengan juak-juak Bugis telah pergi ke hulu,
sampai ketebing Sayong mereka naik ke tebing begerak ke Istana. Belum pun sampai ke tepi istana mereka sudah
menjadi tumpuan pehatian orang-
orang Sayong. Kelihatan orang-orang Sayong berbisik-bisik
sesama sendiri. Mereka agak curiga dengan kedatangan Moyang Kamu dengan
Juak-juaknya itu. Tiba di istana Moyang Kamu dengan juak-juaknya
disambut olih Toh Bentara
menjemput mereka naik ke Istana Raja. Hanya Moyang Kamu dengan Panglima
Kukut sahaja naik ke istana kelihatan mereka berdua itu sangat beradap dan
sopan. Setelah berikan
ucapan salam, sembah maklum ingin coba menghulurkan ikhtiar
pulihkan Puteri Kekanda Raja dan
dipersilakan duduk dihadapan majlis.
Dipendekkan Cerita :
Daeng Selili mohon jalankan ikhtiar, lalu disisir tujuh helai rambut
ditarik-tarik anak setelah berdoa, dari tujuh helai rambut itu - tiada satu pun
yang tercabut dari kepala Puteri itu.
Makluman dari Daeng Selili bahawa puteri ini belum mati -
hanya pengsan akibat bisa ular. Sebelum dimulakan upacara pemulihan seluroh
orang yang berada di sekitar istana dan kawasan tidak dibenarkan
mengganggu upacara tersebut.
Ke hadapan laman istana Daeng Selili seru dengan mentera
yang tidak dapat difahamkan. Tidak berapa lama Istana Sayong didatangi sangat
banyak ular. Setelah dilafaz-lafazkan mentera lagi seketika itu
mula beredar dari situ ular-ular itu, Hanya seekor sahaja
yang tunggu dihalaman setelah selesai mentera yang dilafazkan. Ular tersebut
segera naik ke istana mendapatkan ke kaki Puteri yang di patuk itu di
berikannya penawar pemulih dari bisa, setelah selesai ular
itu turun ke halaman dan terus beredar-lalu setelah tamat mentera Daeng Selili
dengan Ular itu.
Puteri yang masih terbujur itu pun di bacaan Surah Yasin
beramai-ramai dari mereka yang tahu hingga selesai berdoa memohon
keberkatan. Agak lambat sedikit
tidak-balas doa itu, mulalah orang-orang di
istana bersungutan mengadu-domba. Mulalah diketahui - ada
kebencian kepada mereka yang berikan pertolongan itu, tidak kurang juga mereka
yang bersyukur dan bersabar. Dalam kegelisahan menanti tiba-
tiba puteri tersebut bersin dan mula bergerak- gerak. Wanita
Ketua Bentara lalu bangunkan Puteri dai perbaringan lalu di berikan Santapan
Air Yasin dan Doa. Nampaklah puteri berkata-kata dan pandang-
memandang sekitarnya.
Lepas itu Moyang Kamu mohon diri, mahu bersiap-siap untuk
meneruskan belayar balik Makasar pada pagi besok. Tetapi Moyang Kamu itu
diminta hadir majlis Kesyukuran dan jamuan pada malamnya nanti.
Setelah selesai Majlis Kesyukuran pada malam itu. Sultan
Muzafar Shah dan Pembesar-Pembesar Sayong bertanyakan dari mana asal dan
kemanakah tujuan seterusnya Rombongan Daeng seturusnya.
Telah maklumlah Orang Istana dan Orang Sayong, Daeng Selili(
Orang Bugis) dalam perlayaran balik ke
Makasar setelah habis menuntut ilmu Agama Islam di Tanah Suci Mekah Mukarramah.
Berita ini telah
disampaikan olih Pengintip Pulau Tiga bagi pihak Sutan
Muhammad Shah ( semasa itu Kerajaan Perak Terbahagi dua - Perak mempunyai dua
orang Sultan dari Seibu-sebapa dalam satu zaman). Sultan dengan
Pembesar-Pembesar berbesar hati sekiranya Daeng Selili
menerima Anugerah Di Raja kan, beliau di Sayong itu. Tetapi Daeng Selili tidak bermaksud
mahukan sebarang anugerah dari apa yang diusahakan.
Melainkkan masih memohonkan keberkatan Allah Taala untuk
beliau menyampai Ilmu Islam supaya di terima dan ramai penganutnya.
Sekiranya itu tidak diterima Daeng, lalu Sultan mahu
disemendakan(menikahkan) Kekandanya yang telah dipulihkan itu dengan Daeng
Selili. Daeng Selili bebas memilih tanah permastautinnya di daerah sini.
Selepas pernikahan itu Daeng Selili bebas keluar masuk ke
Perak ini. Tidak berapa lama Sultan Muzafar Shah telah di pujuk Adinda Baginda
Sultan Muhammad Shah supaya balik bersemayam ke Brahman
Indera kembali. Keamanan dan Kedamaian Negeri Perak telah pulih semula.
Selama Moyang kamu ( Daeng Selili ) berkahwin dengan Raja
Puteh, Beliau sering sahaja keluar-masuk di Negeri Perak. Beliau kerap pergi
menunaikan Fardhu Haji. Kami kenali beliau dengan " TOK HAJI BESAR"
Hingga kehilangan pengenalan Daeng Selili itu. Dari
persemendaan Moyang Kamu itu mereka dianugerahkan dengan Empat Orang Anak iaitu
Tok Lela Osman, Tok Bakul Nor Jelisin dan Tok Tongkat Muhammad Tara
Tok Anjang Abdullah.
Dari Salasilah yang dibuat Olih Che Gu Tun Raden Ahmad b.
Tun Raden Md Derus(Manjang):
beliau bersama Pensyarah Wanita Inggeris, Australia telah
buat kajian ke Muzium Indonesia.
. | ||||||||||||||||||||
KERABAT DIRAJA BUGIS MAKASAR INDONESIA Daeng Relendrong Latak Raja Luak Bugis Sulawesi | | Daeng Lamadu Solat/Saleh | | Daeng Upu Tendri Burung (Daeng Dala) | | Kemasi (Riau) Perani (Mangkat 1723 di Kedah)) Menambun (Mempewah Pulau Jawa) Merewa 1719 (Johor) Chelak 1745 (Perak-Selangor) | | Daeng Lamadu Solat/Saleh | | Isteri 1 - Tengku Mandak @ Tengku Puan 1- Tengku Putih 2- Tengku Hitam isteri 2 bukan gahara IMAM PADUKA TUAN HAJI BESAR TENGKU/DAENG SELILI | | Isteri Raja Puteh/Tengku Tengah bt Yang Dipertuan Muda Pulau Tiga Raja Mansur Daeng Osman Daeng Nor Jelisim Daeng Mohamad Tara Daeng Abdullah |
Assalaamu 'alaimum waRahmatulLaahhi waBarokatuh, . . . . . Sekian, Terima kasih.
cerita lisan dari Encik Ahmad Fuad Osman dari Changkat Negara, Bukit Chandan