Pages

Wednesday, January 9, 2013




SIAPA KETURUNAN  DAENG SELILI DI PERAK


Selepas mengamankan Negeri Perak belia menjadi pembesar kesultanan  Perak. Dengan gelaran Datok Maharajalela Pancung Tak Bertanya. Jawatan ini boleh menghukum sesiapa saja tanpa memberitahu atau meminta kebenarank  Sultan. Selain daripada itu kerana ilmu agamanya tinggi dan mempunyai  pengatahuan luas hal hal adat Melayu dan Bugis diberi gelaran Haji Besar dan menjadi Mufti pertama negeri Perak.
Ketika kekanda sulatan Muzaffar Shah  Raja Su sakit kerana dipatuk ular tiada siapa boleh mengubatnya walaupun ramai Pawang diRaja mencubanya  Akhirnya  Daeng Selili  cuba memulihkan atau menawarkan bisa ular dan berjaya dengan ini Sultan menunaikan janjinya sesiapa yang boleh mengubatnya akan dinikahkannya. Dengan cerita lain mengenalkan jasanya mengamanankan negeri daripada lanun Daeng Selili di nikahkan dengan kekanda sultan Muzaffar bernama Raja Tengah. Walau nama berbeza dan sebab pun berbeza tapi berkaitan dengan kesultanan Perak  Sultan Muzaffar ,anak Sultan Mansur Alaudin Shah dianggap orang yang  sama

Daeng Selili dangan Raja Su/Tengah dikurniakan empat orang anak iaitu Daeng Abdullah menjadi Penghulu Dalam atau dikenal Tok Enggang, Daeng Osman dengan gelaran Tok Janggut menjadi pembesar kesultanan Perak dengan gelaran Maharalela ke 2, Daeng Abdul Kader, diberi gelaran Maharajalela ke3, lebih dikenali dengan Tok Tonggkat atau Daeng Mat Tara, dan keempat perempuan Daeng Nurjalisan dengan gelaran Tok Bakul. Daripada mereka keempat ini bermulanya keturunan Daeng Selili di Perak

Kebanyakan mereka ini tinggal di Kuala Kangsar sekitar kampong Sayung, Kota Lama Kanan dan Kiri, Padang Changkat Bukit Chandan, Lambor Senggang dan Parit sekitar Bota Kiri dan Kanan, Teluk Intan sekitar Pasir Salak, Pualu Tiga dan lain lain sepanjang Lembah Sungai Perak.  Nama datuk moyang yang paling popular  seperti  Busu Manjang, , Uda Tahir, Kanda Adam, Tok Tongkat, Pandak Lam, Kulup Shah dan lain lain. Keturunan Daeng Selili kini merupakan generasi ke 10, 11 dan seterusnya dianggarkan lebih kurang 200,000 orang.





bersambung

No comments:

Post a Comment