Pages

Sunday, October 4, 2009

menziarahi saudara yang uzur

Pada hari raya pertama tahun ini saya (pakdenoran) dan keluarga telah pergi menziarahi kak bibi yang sakit di Nibong Tebal, bersama saya ialah Zainab dan ibunya kak Leha. Kak Bibi sakit mild stroke . Apabila kami sampai dia sedang tidur dan dapat mengenal kahadiran kami.; Apa yang mengejutkan kami apa bila dia sedar saya yang menziarahinya dia bangun dan saya tolong bangun dari tidurnya,, lagi mengejutkan lagi dia dapat mengenali Zainab dan ibunya Kak Leha sedangkan mereka tidak berjumpa selama lebih dari 30 tahun, tetapi pada masa mudanya dulu mereka memang berkanalan baik. Mereka sentiasa bersama dan kunjung mengunjung pada masa lalu kerana mereka adalah dua pupu sebelah bapa mereka, bapa kak Bibi Haji Majid dan mertua kak Leha Alang Taharim mereka ini sepupu sebaliknya pula anak Taharim Ridwwan suami kakLeha seorang polis semasa mudanya dulu bertugas di Serdang Kedah selalu datang ke NT begitu juga kak Bibi bila balik ke Kuala selalu singgah melawat bapa saudaranya ATaharim. Ini membuktikan bahawa pengingatan kak Bibi masih kuat walau fizikal tidak sihat.

Pada hari keempat saya pula ke Sayong meziarahi Nyah Din, juga kena mild stroke dan terlantar di hospital Perawi Kampung baru beberapa minggu lamanya, tapi kini dia sihat hampir 100%, ingatannya masih kuat dan fizikalnya juga kuat, tetapi psikologi terganggu sedikit iaitu di tidak mahu tinggal bersama dengan anak-anaknya. Semasa saya datang melawat kecergasan fizikal masih macam biasa dan fikiranya masih stabil cuba percakapannya kurang jelas. Saya bertanyakan apa ubat dimakan dia dapat menerangkan dengan betul semua ubat yang diambil sama ada dari hospital atau dibelinya dari kedai farmasi. Saya cuba ungkit cerita lama semasa dia muda dia masih ingat tahun berapa ibu bapanya meninggal dunia, dia juga cerita serba sedikit semasa bermulanya perang dunia kedua, katanya dia berada di Penang kerana abangnya Adnan bertugas sebagi polis di Balai Central Penang, selepas ibu bapanya meninggal dunia dia banyak masa tinggal bersama bapa saudaranya Abas, waktu itu penulis masih kecil dan tak ingat apa-apa. Walaupun umurnya sudah memcecak 85 tahun fizikal dan fikrannya masih cergas katanya ia mengamalkan bacaan surah fatihah 100 kali sehari dengan setiap waktu dua puluh kali dihadiahkan pada rasullah keluarganya sahabatnya, wali-wali allah, mulimin dan muslimat dan seluruh datok nenek samapi ke nabi adam, katanya ini pesanan dari kawannya Uztad Dhaham. Syukur kepada ALLAH.

Seterunya pada minggu kedua selepas hari raya saya pula menziarah abang tua Ramli di rumah anaknya Ros di Bandar Tun Husin Onn, Selangor, dia sakit air masuk paru san bernafas melalui lubang yang ditebuk oleh doktor di halkumnya. Dia juga boleh duduk dan baring sahaja tapi matanya masih jelas, pendengaran juga baik tetapi tutur katanya kurang jelas kena lubang di halkumnya. Syukur alhamdullah dijaga dengan baik oleh isteri tua dan anak-anaknya secara bergilir dan menetap di ruah Ros dibantu pembantu rumah orang Indon Cara rawatan pan penjaan harian berjadual dan bersistem siap dengan waktu makan ubat, bersuci dan bersolat.

Penulis ada lagi beberapa saudara yang uzur dan masa akan datang akan menziahinya, kalau ada lagi anak cucu Imam Kolah yang uzur beri tahu kepada saya, dan saya kan menziarahinya. Setahu saya abang Badiozaman Hj Majid uzur tinggal dengan anaknya di Sungai Bakap, pada waktu itu saya tak berkesempatan melawatnya.


2 comments:

  1. Salam,

    Tumpang tanya..kalau boleh nak tahu siapa Jamal Hj Majid yang dimaksudkan, setahu saya anak Hj Majid tiada yang bernama Jamal..

    Kak Bibi boleh bercakap dan berjalan???

    -org kg-

    ReplyDelete
  2. saudara anonymous,

    terlebih dahalu saya mengucapkan terima kasih kerana ada tindak balas dari saudara.

    tolong memperkenalkan diri, ini blog keluarga tak perlu berselindung, dan ini bukannya blog politik.

    ReplyDelete