Pages

Friday, June 25, 2010

Pusara Tok Tongkat Daeng Mat Tara

Pakde syorkan sesiapa ada masa lapang tolonglah menziarahi kubur datok nenek kita di Kuala Sayung Tengah dengan menghadiahkan alfatihah. Mengikut kaji selidik pakde hanya lima orang saja anak Tok Tok Tongkat iaitu Abdul Razak, Kanda Adam, NurSatin, Busu Manjang dan Khatib Panjang.

Keturunan Tok Tongkat terdiri daripada Abdul Razak dengan anak cucunya dari Putih Aziz, Mat Dani, Itam Yaakub dan Kulup Lihun, Tok Nursatin pakde tahu dan masih mengesan, Keluarga Kanda Adam dengan ramai anaknya terdiri dari anak cucu Busu Tijah, Anjang Zainab, Putih Siah, Tok Uda Ismail, Alang Ibrahim, Ngah Enjah, Tok Peduka Tua, Long Sedari, Imam Dualin dan Daeng Itam Saik. Daripada Busu Manjang juga anak Tok Tongkat terdiri daripada anak cucu Alang Ahmad, Chu Esah, Andak Pauh, Putih Lam, Anjang saadiah, Uda Bait, Ngah Karim dan Fatimah, anak yang lain ialah Khatib Panjang terdiri dari pada anak cucu Moyang Tabung.

Tuesday, June 22, 2010

Sebahagian Pengaruh Bugis di Perak.

















Lihatlah ciri-ciri rumah kutai yang terdapat Perak terutamanya di Sayung, Talang dan Kotala Kiri dan Kanan





Daeng Selili adalah nama besar bagi orang-orang Melayu Perak terutama meraka yang tinggal di daerah bandar Kuala Besar seperti kampung kampung di sepanjang sungai Perak. Daeng Selili yang berasal dari raja Bugis dari Makasar dikenali dengan berbagai nama yang termasyhor "Maharaja Lela Pancung Tak Bertanyaa" "Mufti Perak Pertama" "Daeng Celak", "Haji Besar".

Salaah satu pengaruh yang terbesar ialah mencipta sistem penggiliran menjadi sultan di negeri Perak. Sistem heirarki yang masih terpakai hingga hari dinamakan adat temenggong. Dipuncak sistem ini ialah Sultan, Raja Muda, Raja DiHilir, Raja Kechil Sulung, Raja Kechil Bungsu, dan beberapa orang besar istana terutamanya Raja Bendahara, Temenggong, Raja Laksamana dan Shahbandar. Yang lain ialah orang besar lapan, orang besar enam belas.

Satu lagi pengaruh Bugis yang dibawa oelh Daeng Selili yang agak penting ialah pembinaan rumah kutai Perak. Terdapat beberapa ciri rumah kutai perak yang tidak dapat di negeri-negeri lain, rumah kutai di perak banyak terdapat di sepanjang sungai perak terutama di mukin Sayung dan mukim Kota Lama Kanan dan Kota Lama Kiri.



Tuesday, June 1, 2010

Menziarahi Pusara Daeng Sedili, Tok Tongkat dan Kampung Sayung












Pusara Daeng Sedili di Padang Changkat, Bukit Chandan, Kuala Kangsar



Pakdenoran dengan Salehudin keturunan Tok Tongkat penjaga pusara Tok
Tongkat di Kampung Kuala Sayung Hilir, Kuala Kangsar



Pusara Tok Tongkat


Pusara Bidan Jalibah








Rumah peninggalan Pak Ngah Kijang berkuturunan Daeng Sedili

Rumah salah seorang Keturunanan Daeng Sedili




Rumah-rumah tradisional dan separauh moden di Kampung Sayung yang
kebanyakan diduduki kerurunan Daeng Sedili