Pages

Friday, June 25, 2010

Pusara Tok Tongkat Daeng Mat Tara

Pakde syorkan sesiapa ada masa lapang tolonglah menziarahi kubur datok nenek kita di Kuala Sayung Tengah dengan menghadiahkan alfatihah. Mengikut kaji selidik pakde hanya lima orang saja anak Tok Tok Tongkat iaitu Abdul Razak, Kanda Adam, NurSatin, Busu Manjang dan Khatib Panjang.

Keturunan Tok Tongkat terdiri daripada Abdul Razak dengan anak cucunya dari Putih Aziz, Mat Dani, Itam Yaakub dan Kulup Lihun, Tok Nursatin pakde tahu dan masih mengesan, Keluarga Kanda Adam dengan ramai anaknya terdiri dari anak cucu Busu Tijah, Anjang Zainab, Putih Siah, Tok Uda Ismail, Alang Ibrahim, Ngah Enjah, Tok Peduka Tua, Long Sedari, Imam Dualin dan Daeng Itam Saik. Daripada Busu Manjang juga anak Tok Tongkat terdiri daripada anak cucu Alang Ahmad, Chu Esah, Andak Pauh, Putih Lam, Anjang saadiah, Uda Bait, Ngah Karim dan Fatimah, anak yang lain ialah Khatib Panjang terdiri dari pada anak cucu Moyang Tabung.

No comments:

Post a Comment