Pages

Tuesday, March 8, 2011

Mesyuarat Keluarga Imam Kolah/Daeng Shafie

Teks Ucapan Pengerusi



Tujuan kita berhimpun hari ini untuk mengautkan siratulrahim kekeluargaan keluarga
besar Imam Kolah. Dengan kesempatan ini kita mengadakan bacaan tahlil untuk
arwah moyang kita Imam Kolah dan Anjang Sadiah dan arwah-arwah keluarga
Imam Kolah dan pasangannya sama isteri atau suaminya khasnya. kepada
Nabi Muhammad SAW. para ambia, keluarganya, para sahabatnya,para watabi'i
dan watabi'i, para muslimin dan muslimat, walmukminin dan walmukminat di pimpin
oleh uztad......... alafatihah .....

Kita berhimpun kerana kekeluargaan Imam Kolah.   Siapa sebenarnya Imam Kolah,
namanya hanya  samaran saja, nama sebenar moyang kita ini Daeng Imam
Shafie,   Apabila dikaitkan dengan Daeng bermakna dia orang bugis.  Daeng Imam
Shafie bin Imam Tanjung (Daeng Sura) bin Daeng Abdullah bin Daeng Selili.

Imam Kolah beristerikan Anjang Saadiah,  juga orang bugis Anjang
Sadiah binti Busu Manjang bin Daeng Mat Tara atau lebih dikenali dengan
Tok Tongkat bin Daeng Selili.  Orang-orang zaman dahulu suka berkahwin dengan
keluarga jadi moyang kita kahwin dua pupu.

Imam Kolah mempunyai empat adik beradek Tuan Ismail,  Imam Kolah ,  Pandak
Khamis dan Pan Nawi.  Saya masih lagi mengesan keluarga-keluarga ini, sesiapa
yang mengenali mereka harap sampaikan pesan saya untuk mencari dan
menganalinya.  Saya masih samar-samar lagi di antaranya keluarga Tuan Ismail
seperti Abdul Razak dan Itam Yakub., Keluarga Pandak Khamis nama seperti
Alang Jeliah dan keluarga Pan Nawi nama seperti  Ngah Mudik dan Mantera.

Datuk nenek kita orang Bugis bernama Daeng Selili atau nama gelarannya
La Maddu Kelleng di Wajo pulau Selawasi (Makasar Indonesia). Keluarga ini
merupaka raja di daerah Wajo bergelaran Arung Sengkang. Terdapat beberapa
versi cerita kedatangannya ke Perak kerana kedatangan mengikut cerita mulut dari
keturunannya yang saya kenal.

Versi pertama apabila Belanda menyerang Selawasi pada abad ke 18. iaitu di
daerah Wajo, semua waris lelaki keturunan raja Wajo dibunuh oleh Belanda.  Jadi
raja Wajo menyeludup keluar anaknya dan terus ke Mekah untuk belajar Agama.
Apabila sudah dewasa balik ke Wajo singgah di Aceh.  Pada masa itu Perak di
bawah pengaruh Aceh meminta bantuan untuk menghapuskan lanun.  Raja Aceh
menugaskan Daeng Selili ke Perak.  Di Pulau Sembilan Daeng Selili berjumpa
dengan lanun, yang menghairankan semua rentak pendekar sama dan senjata
yang digunakan pun sama bentuk. Oleh kerana sama mereka berbual
rupa-rupanya mereka bersaudara, menjadi lanun kerana menyerang semua
kapal belanda dan Daeng Selili ditugaskan oleh raja Aceh.  Apabila mengadap
sultan Perak Sultan Mansur Shah. Daeng Selili diberi gelaranan " Maharalela
Pancung Tak Bertanya" demudian dijodohkan dengan adinda sultan bernama
Raja Tengah. Saudara yang menjadi lanun berjanji taat setia kepada Sultan diberi
gelaran Nakhota Hitam.

Versi kedua pula  anak Sultan Muzaafar Shah seorang putri bernama Raja Su
jatuh gering dipatuk oleh ular, seperti biasa macam cerita raja-raja dulu sesiapa
dapat memulihkan anaknya dijodoh dengan putri sultan.  Daeng Selili baru balik
dari Mekah dapat memulihkan putri sultan maka dijodohkan dengan puterinya
Raja Su.   Bagaimanapun mungkin orang yang sama. Raja Tengah dan Raja Su,
dapat empat orang anak iaitu Daeng Abdullah atau Tok Enggang, Daeng Osman
Datok gelaran Maharaja Lela, Daeng Nur Salitin dan Daeng Mat Kader gelaran
Tok Tongkat.   Daeng Selili mempuyai banyak gelaran selain dari Maharala Lela
Pancung Tak Bertanya iaitu  Mufti Besar dan Daeng Celak.

Memperkenalkan keluarga Imam Kolah dengan isterinya Anjang Saadiah pertama
Hajah Inah bersuamikan Haji Daud anak-anaknya Hj Saad, Abdul Hamid dan
Mat Jihin,  kedua Andak Sariah  ( suaminya tak ada maklumat) anak-anaknya
Mat Noh, Hassan dan Robaayah,   ketiga Haji Latif  beristeri Teh Mahwi
anak-anaknya Haji Majid, Rokiah, Haji Abas dan Roshidah   keempat  Ibrahim
(is. na) anak-anaknya haji Ali Osman, Jamari, Saedah, Putih Rahimah dan
Itam Razak,   Kelima Itam Abu Bakar (is. na) anak-anaknya Abdul Rahman.
Mat Ali,  Alang Taharin, Mahadi. Anjang Abdul Rahim dan Mat Som.
Keenam Putih Tijah bersuamikan Uteh ana-anaknya  Umi Kelsom, Ainah dan
Hashimah.   Ketujuh  Timah (su..na) anak-anaknya Teh Som dan Meah.  Kelapan
Mahmud beristerakan Saripah anak-anaknya Mat Adam, Maimunah dan Sauyah.
Bongsu Chu Yan anak-anaknya Abu Kassim, Hannan, Zamri, Anson dan
Sulaiman.   Ramai antara ahli keluarga ada di sini dan cuba-cubalah berkenalan
antara satu dengan yang lain.

Akhirnya sebagai satu badan untuk mengukuhkan kemesraan kekeluargaan semua ahli
hendaklah kita berkenalan antara satu dengan lain. Salah satunya cara bercerita keluarga,
kunjung mengunjung,  bertanya kabar dan cara-cara lain yang difikirkan. Sebagai
pertubuhan bagi pihak semua keluarga saya memohon sumbangan untuk perbelanjaan
urusetia,  mesysuarat dan lain-lain. Pihak bendahari akan menguruskan hal kewangan.


bersambung masih dalam proses

1 comment:

  1. Salam . pembetulan pada anak2 Allahyarham Bongsu Chu Yan ,
    Mohd Kassim - Abu Kassim
    Nazri - Zamri

    ReplyDelete