Pada mesyuarat yang diadakan pada 26hb September di Sayung Lembah beberapa keputusan telah dibuat:
Hari Majlis Keluarga diadakan pada 3hb September 2011 hari Sabtu jam dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang di Dewan Komuniti Sayung Lembah (Sayung Resot) (berkedakatan dengan masjid Sayung Lembah)
Mesyuarat akan datang pada 30hb Julai Hari Sabtu tempat akan ditentukan kemudian (sama ada di rumah Pakcu Sulaiman atau di River Resort Kuala Kangsar) jam 3.00 petang, semua AJK Keluarga dan Hari Keluarga di jemput menghadiri (mesti) (mungkin mesyuarat terakhir sebelum majlis hari keluarga)
1. Semua wakil keluarga mengumpulkan maklumat keluarga yang ingin (mesti) menyertai majlis keluarga dengan jumlah bilangan dan jumlah wang sumbangan kepada setiausaha Hari Keluarga pada mesyuarat akan datang.
2. Semua AJK bersetuju mengadakan satu pameran keluarga. Diharap semua ahli keluarga memberi atau mencari bahan pameran yang berkaitan sejarah bugis secara amnya dan berkaitan dengan Daeng Selili atau Imam Kolah secara khasnya. Bahan tersebut boleh jadi gambar-gambar lama ahli keluarga, gambar keluarga yang terbaru yang memperkenalkan keluarga sendiri, bahan sejarah seperti keris. lembing, tombak atau pakaian lama atau apa apa saja barang sejarah keluarga kita.
3. Ahli keluarga yang pandai mencipta grafik, boleh tolong AJK mencipta pelekat kerata,poster, bunting, stiker atau kad jemputan majlis hari keluarga. Bahan ciptaan boleh disampai kepada pengerusi melalui email pakdenoran atau blog ini. Bahan ini secepat mungkin sebab hendak diedarkan pada mesyuarat AJK akan datang.
4. Ahli keluarga yang jauh dan hendak menginap di Kuala Kangsar untuk menghadiri keluarga pada 3hb September ini, boleh membuat pesanan penginapan pada 2hbb Septembr ini melalui pengerusi keluarga pakdenoran tel. 0142573202 atau email pakdenoran@gmail.com Pesan secepat mungkin sebab takut semua homestay kehabisan pada hari tersebut
5. Semua ahli keluarga dijemput untuk menghadiri majlis tersebut tak kira kurang sihat atau kurang upaya kami AJK berjanji akan menjemput keluarga yang kurang mampu dan AJK juga berjanji akan membantu yuran sumbangan yang kurang mampu (yang penting hadir dan sumbangan setakat mana mampu)
pengerusi keluarga
hj ahmad noorhani
No comments:
Post a Comment