Pages

Thursday, November 8, 2012



Majlis Keluarga Haji Latif/Teh Mahwi

Hari keluarga Hj Latif/Teh Mahwi telah diadakan pada 2hb September 2012 di Masjid Almukminun, Subang Jaya 2, Selangor. Majlis tersebut telah dihadiri lebih kurang 100 orang ahli keluarga.




 saf utama jemputan khas AJK Masjid


ahli keluarga  



ketayap putih Hj Radzi, bersonhkok Hj Rani, terlindung ketayap putih Hj Halim 



membaca tahlil diketuai Imam Masjid 


mengaminkan doa 


 jemputan khas AJK masjid


Hj Halim dan Hj Radzi


jamuan makan kelitanan Hj Sufian dan Uz Azman 


baju merah En Ahmad Satar 


Hj Nazri bersama Hj Halim 


Hj Radzi, Hj Rani dan tetamu 


Hj Zambri (Awang) bersama tetamu sambil makan 


tetamu keluarga 


Datok Huasaini dan adikadiknya sambil jamu selera
En Rosli dan Roslan 


En Rahim dengan anaknya 


Hj Suffian 


anak Hj Zambri ( X tahu namanya) 


en azlan dengan anak anaknya hadir ke majlis keluarga 


Pn Salamiah, suami En Azman dan anak penuntut di Jordan dari keluarga Rokiah 



Hj Halim Isteri Hjh Saabariah  dengan keluarga hadir ke majlis keluarga
dari kelurga Saadiah 


brbrrapa keluarga emas turun dari Kuala Kangsar hadir
kelihatan Hjh Satariah dengan anaknya dan Mahiah 


berbual bual sesama keluarga
En Roslan, Hj Rani, En Mat Satar, HjhRahimah, n Rosli dan Hj Radzi  


berbual sesama keluarga Hj Mahiah (di tengah tengah) 


anak anak dara En Rahim 


sebahagian keluarga Hj Majid hadir 


Ahli keluarga Khairani yang hadir 


berbual sesama keluarga
keluarga rasidah, keluarga Rokiah dan keluarga Abas 


mensyuarat keluarga 


sebahagian ahli keluarga bermusyuarat 


acara kuiz dan cabutan bertuah 


golongan uztazah yang hadir 


En Rahim, En mat satar dan Uz Azman 


Pengerusi baru tahun 2013, Uz Azman Abu Bakar
dari keluarga Hj Majid

Wednesday, November 7, 2012



Tiga Sekeluarga Daeng Selili







Tiga sekeluarga Daeng Selili berjumpa di rumah Pakde (penulis) beramah mesra dan berkenalan sesama keluarga. Dari kiri Hafis Shahibuddin, Razman Abu Bakar, Maizul Sham Mohammad, penulis (Pakde) dan Mohd Ariffin Abu Bakar. Mereka bertiga Hafis, Razman dan Ariffin mewakili keluarga TokTongkat Daeng Mat Tara, Maizul Sham mewakili leluarga Daeng Osman dan penulis mewakili keluarga Daeng Abdullah. Daeng Selili dengan Raja Tengah (Raja Su) mempunyai empat  orang anak iaitu Daeng Abdullah dengan Tok Enggang, Daeng Osman dengan gelaran Maharaja Lela 11 , Daeng Nujalisan dan yang akhir Daeng Mat Tara atau Daeng Kadir dengan gelaran Tok Tongkat

Tuesday, November 6, 2012

Perhimpunan Ahli Keluarga Yeop Mohd Nasir






Pakde dan En Ahmad Satar  telah menghadiri Himpunan Keluarga Yeop Mohd Nasir di Taman Rekresi JPS di Kota Lama Kiri pada 27 Oktober lalu. Kehadiran Pakde dan En. Satar atas jemputan pengerusi penaja Tn Hj Ir. Maslan Osman; Kehadiran keluarga di anggarkan seratus ahli keluarga kecil dan besar Semua ahli keluarga diberi peluar berucapan melalu wakil keluarga. Mereka dapat berkenal mesra sesama keluarga dan nampaknya mereka berbual panjang. Pakde dapat bekenalan dengan beberapa ahli keluarga  Maizul Sham, Taharim,  Sharul Nizam, Danial, Hadi, Zainal Akmar dan lain lain.

Yeop Mohd Nasir bin Uda Mohd Latif bin Imam Osman bin Busu Taha bin Uda Tahir bin Daeng Osman bin Daeng Selili. Keluarga ini merupakan keturunan Daeng Selili.

Anak anak Yeop Mohd Nasir ramai serama tiga belas orang jadi ada tiga belas keluarga semunya. Meraka ialah Ibrahim, Halimah, Yaakob, Ahmad, Khairuddin, Osman, Maimunah, Sofiah, Kasim, Khodijah, Teh, Ismail dan Mariam.

Di sini Pakde dapat mengesan beberapa ahli keluarga Yeop Mohd Nasir.  Keluarga Ibrrahim dengan isterinya  Soleh Pandak Wahab mempunyai beberapa orang anak iaitu Mohamad, Taharim , Hamdan dan Faridah.    Halimah dengan  Zuljifli anak anaknya; Maziah, Shaharuddin,  Razali,  Nani dan Rohani,   Yaakub dengan Harison anak anaknya  Kamal, Zainal Akmar dan Rosnita,     Ahmad dengan Zaharah anak anaknya Mohd Khidir, Danial Azlan, Shahrul izam dan Norhafizah,      Khairuddin  dengan Khalidah anak anak Abdul Halim, Ahmad Razman, Rashidi,  Zainal Azmi, Abdul Hadi, Rohani, Zulkifli, Rosnah dan Rosmah.       Keluarga Osman dengan Noriah dengan anak anaknya Mazlan, Zaiton, Mardiah,  Mohd Yunus, Mohd Fendi,  Mohd Fuad,  Abdullah Sani, Abdul Razak, Azizah, Umi Kalsom, dan Zainudin       Maimunah denganYahya anak anaknya  Hendun, Nuri, Zulkifle dan Mat Nor,       Mariam dengan Husni anaknya Shakirin       dan Sofiah meninggal muda

Generasi seterusnya hanya cucu Ibrahim  iaitu anak Mohammad dengan Zainah,  anak anaknya Maizul Sham,  Faizul Sham,  Yushanis,  Yuhanum dan Hairol Sham.


sebahagian ahli keluarga yang hadir





Maizul Sham
himpunan keluarga kawan pada harii raya qurban di kuala kangsar baru baru ini. generasi ke 8, 9,10,11 dan 12 daeng selili dari tahun 1743.

Friday, November 2, 2012




Info ini dipetik daripada    majinn.blogspot.com 
salam

tentang kesultanan perak nih..ade beberapa nama yang diulang sebut dalam apa yg aku baca..aku stat ngan Tok Temong.

cerita 1.

Mengikut buku sejarah 'Hulu Perak Dalam Sejarah' dan 'Sejarah Perak', tiada beberapa lama selepas Tun Saban meninggalkan Kampar (Sumatra) untuk kembali ke Tanah Melayu, beliau telah berhijrah ke Beredong Budi di Hulu Petani, kemudian berpindah pula ke Belum di Hulu Perak di mana beliau telah membuka sebuah kampung bernama Relap Reli. Tun Saban menjadi ketua di Belum dan seterusnya mangangkat seorang daripada adik perempuan beliau yang bernama Tun Perabu menjadi Ketua di tempat bernama Temong dan beliau dikenali dengan gelaran Tok Temong.

Ketika Tun Saban sampai di Perak, negeri ini belum beraja lagi. Kebanyakan penduduk-penduduknya terdiri daripada pedagang-pedagang dari Melaka, Selangor, Siak, Kampar dan Jambi. Di antara penduduk-penduduk ini ada seorang perempuan bernama Tok Masuka yang berasal dari Daik yang memelihara seorang bangsa Temusai bernama Nakhoda Kassim. Apabila Tok Masuka kembali ke rahmatullah, beliau berwasiat dan meminta tempat beliau digantikan dengan seorang Raja yang barasal dari anak cucu Sang Sapurba supaya zuriat Raja-raja yang turun dari Bukit Si-Gantung tiada terputus di Tanah Melayu. Tun Saban dan Nakhoda Kassim pun berangkat ke Kampar mengadap Sultan Mahmud Shah memohon supaya seorang putera Baginda menjadi Sultan Perak. 

Sultan Mahmud Shah telah meminta puteranya yang bernama Raja Mudzaffar menjadi Sultan Perak dan pada tahun 1528. Baginda telah ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama. Semasa pertabalan, Tok Temong telah membawa persembahan sejenis tangkal azimat bernama MASTIKA EMBUN. MASTIKA EMBUN ini telah dijadikan salah satu Alat Kebesaran di-Raja Perak dan diguna dalam Istiadat Pertabalan di-Raja Perak.

Tok Temong telah datang menghadiri Istiadat Pertabalan Sultan Mudzaffar Shah dengan Tun Saban. Sebagai membalas persembahan Tok Temong, Sultan telah mengurniakan sebuah Puan bujur (bekas sireh) kepada Tok Temong, tetapi telah dikembalikan oleh Tok Temong. Tok Temong hanya berkehendakkan satu ikrar (janji) daripada Sultan, iaitu Baginda serta anak cucu Baginda hendaklah memerintah di sebelah kanan mudik Sungai Perak dan Tok Temong serta anak cucu beliau memerintah di sebelah kiri mundik Sungai Perak.

Dari itu didapati kota-kota Istana dan makam Sultan-sultan Perak di zaman dahulu terletak di sebelah kanan mudik Sungai Perak sehingga pemerintahan Almarhum Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah yang mula-mula membuat kota Istana dan makan di sebelah kiri mudik Sungai Perak.

Tok Temong telah meninggal dunia di Kampung Temong dan dimakamkan di Temong. Makamnya digelar Keramat Tok Temong dan diziarahi oleh tiap-tiap Sultan Perak selepas Baginda ditabalkan.

Makamnya terletak di kampung Temong Ulu, Mukim Chegar Galah di daerah Kuala Kangsar, iaitu kira-kira 11 km ke utara, di antara Jalan Kota Lama ke Kati, berhampiran Jambatan Iskandar. 

cerita 2.

Di Negeri Perak sebelum tahun 1520, ada dua orang Mubaligh Islam adik beradik yang datangnya daripada Mekah. Kedua Mubaligh Islam yang tersebut itu yang tua nya bernama Syed Ali dan yang muda nya bernama Syed Abdul Manaf. Maka kedua Mubaligh yang ulung itu telah mengIslamkan ramai orang-orang Melayu Perak pada ketika itu dan kedua Mubaligh tersebut terkenal dengan nama Keramat Mata Kucing dan Keramat Mata Sabun.

Di Negeri Perak pada masa yang tersebut, Raja nya belum bergelar Sultan, hanya dengan nama HALUAN. Maka Haluan Negeri Perak pada masa itu bernama Tok Masuka dan orang-orang besarnya diantaranya bernama Tun Saban, Nakhoda Kassim, Puteri Darah Putih anak Penghulu Semang, Hulu-Perak. Didalam pemerintahan Haluan Paduka Tok Masuka pada masa itu maka mulalah ramai orang Melayu Perak menukarkan ugama mereka daripada Hindu dan ugama Buddha kepada Ugama Islam. Dengan adanya Ugama Islam yang baru muncul itu maka banyaklah adat-adat istiadat yang terkenal dengan nama Adat Istiadat Gangga Nagara diubah satu demi satu, daripada upacara acara Hindu kepada acara mengikut syariat Islam. Dengan campur tangan kedua Keramat Mubaligh Islam Arab itu berkenaan dengan masyarakat Melayu Perak yang dinamakan Adat Istiadat Melayu Perak. Ini telah secara tidak langsung menjadikan Tun Saban, pembesar Perak ketika itu tidak senang hati.

Pada suatu hari,, Tun Saban telah memberi perintah supaya kedua Keramat Mubaligh Islam itu dibunuh. Seorang puteranya yang bernama Tun Kelewang menyahut perintah tersebut. Maka Tun Kelewang pun mengambil senjatanya dan turun menuju ketempat dua Keramat Islam itu, maka tujuan nya ialah untuk menamatkan riwayat kedua Keramat Mubaligh Islam yang tersebut. Mana-mana rakyat yang tahu akan peristiwa yang bakal berlaku tersebut menunggu-nunggu akan peristiwa ngeri itu berlaku.

Didalam perjalanan Tun Kelewang di tengah jalan, dengan tak semena mena berbunyilah halalintar membelah bumi dengan kuatnya, didalam kilat menyabung itu Tun Kelewang pun terkena petir dan gugurlah kebumi lalu mati lah ia disitu juga. Maka petir itulah senjata yang didatangkan Allah swt bagi membunuh musuh kepada kedua Keramat itu. Dengan kematian Tun Kelewang yang diluar jangkaan dan dugaan, semenjak itu orang-orang Perak baharulah mengatakan dua Mubaligh Islam itu Keramat.

Satelah mati Haluan Tok Paduka Masuka Perak didalam lingkungan tahun 1525, maka kedua Kerabat iitulah yang memberitahu kepada Tun Saban, supaya, iaitu :-

1. Nama gelaran HALUAN digantikan dengan nama gelaran SULTAN.

2. Kerana Tok Masuka tidak mempunyai zuriat anak lelaki, maka Sultan pertama Negeri Perak hendaklah diambil Raja Muzzaffar Shah, iaitu putera kepada Sultan Mahmud Shah, Kampar (Sumatera), bekas Sultan Melaka yang akhir, ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama dan ulung.

Tun Saban mahu tidak mahu terpaksa menurut kata sebagaimana yang dikehendaki oleh kedua Mubaligh Islamm itu, terpaksalah dilaksanakan juga. Pada tahun berikutnya berlakulah peristiwa Pertabalan Kesultanan Negeri Perak dan nama Haluan Negara (Gangga Negara) ditukarkan kepada nama Negeri Perak. Raja Muzzaffar Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang Pertama dengan gelaran Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah 1.

Daripada ajaran Islam kedua Mubaligh Islam itu maka ada lima Orang Besar Perak menjadi alim didalam Ilmu Ketuhanan. Maka empat yang menjadi Keramat dan seorang menjadi Rijaibul'Ghaib, maka Orang Besar yang menjadi Keramat itu ialah :-

1. Nakhoda Kassim, yang terkenal dengan nama Keramat Beting Beras Basah.

2. Isteri Nakhoda Kassim yang bernama Puteri Darah Putih anak Penghulu Semang.

3. Anak angkat Nakhoda Kassim yang dikenali dengan nama Tok Pelandok.

4. Isteri Tok Pelandok, anak nagkat Puteri Darah Putih, terkenal dengan nama Keramat Tok Temong.

Tun Sabah yang dahulunya memusuhi kedua Keramat Arab yang tersebut, akhirnya menjadi sahabat karib Keramat Mata Sabun dan Keramat Mata Kucing. Walau bagaimana berlaku perbelahan dan persengkataan dengan Sultan Perak ketika itu dan Tun Saban telah di bunuh oleh Megat Terawis atas perintah Sultan. Namun ada orang yang mengatakan Tun Saban tidak mati malah beliau telah ghaib menjadi Rijaibul'Ghaib.

Bermula daripada tahun era berikutnya Negeri Perak telah di perintah oleh Sultan mengikut salahsilah Undang-Undang 99 Negeri Perak. Sahingga kini Negeri Perak telah diperintah oleh 34 orang Sultan......

dalam cerita di atas ade kemusykilan tentang Tok Temong yang aku bace..

kalo ikot cerita 1, Tok Temong adalah Tun Perabu, adek ppuan Tun Saban yang menjadi ketua di Belum. Tun Perabu dilantik oleh Tun Saban untuk menjadi ketua di kawasan Temong, di Perak..
ikot cerita 2, Tun Saban, Nakhoda Kassim, Puteri Darah Putih adalah orang2 besar yang turut berada semasa pemerintahan Haluan Perak ketika itu, Tok Masuka..Haluan adalah nama yang digunakan merujuk kepada ketua pemerintah pada masa itu yang akhirnya ditukar kepada SULTAN..terjadi peristiwa dimana Tun Kelewang yang diperintah supaya menamatkan riwayat 2 orang mubaligh Islam, telah terkorban dipanah petir semasa dlm perjalanannye..rakyat menyatakan bahawa mubaligh2 Islam itu adalah keramat, dan sebelom meninggalnya Tok Masuka, mubaligh2 ini berpesan agar nama HALUAN ditukar kepada SULTAN..Daripada ajaran Islam kedua Mubaligh Islam itu maka ada lima Orang Besar Perak menjadi alim didalam Ilmu Ketuhanan. Maka empat yang menjadi Keramat dan seorang menjadi Rijaibul'Ghaib, maka Orang Besar yang menjadi Keramat itu ialah :-

1. Nakhoda Kassim, yang terkenal dengan nama Keramat Beting Beras Basah.

2. Isteri Nakhoda Kassim yang bernama Puteri Darah Putih anak Penghulu Semang.

3. Anak angkat Nakhoda Kassim yang dikenali dengan nama Tok Pelandok.

4. Isteri Tok Pelandok, anak nagkat Puteri Darah Putih, terkenal dengan nama Keramat Tok Temong.

dari mana asal Tok Temong sebenarnya masih was2..cuma yang penting adalah nama2 yang disebut sudah pasti wujud, jika tidak takkan timbul cerita2 yang mengaitkan nama2 ini..