SIAPA KETURUNAN DAENG SELILI DI PERAK
Selepas mengamankan Negeri Perak belia menjadi pembesar
kesultanan Perak. Dengan gelaran Datok
Maharajalela Pancung Tak Bertanya. Jawatan ini boleh menghukum sesiapa saja
tanpa memberitahu atau meminta kebenarank Sultan. Selain daripada itu kerana ilmu
agamanya tinggi dan mempunyai
pengatahuan luas hal hal adat Melayu dan Bugis diberi gelaran Haji Besar
dan menjadi Mufti pertama negeri Perak.
Ketika kekanda sulatan Muzaffar Shah Raja Su sakit kerana dipatuk ular tiada siapa
boleh mengubatnya walaupun ramai Pawang diRaja mencubanya Akhirnya Daeng Selili cuba memulihkan atau menawarkan bisa ular dan berjaya dengan
ini Sultan menunaikan janjinya sesiapa yang boleh mengubatnya akan
dinikahkannya. Dengan cerita lain mengenalkan jasanya mengamanankan negeri
daripada lanun Daeng Selili di nikahkan dengan kekanda sultan
Muzaffar bernama Raja Tengah. Walau nama berbeza dan sebab pun berbeza tapi
berkaitan dengan kesultanan Perak Sultan Muzaffar ,anak Sultan Mansur Alaudin Shah dianggap orang yang sama
Daeng Selili dangan Raja Su/Tengah dikurniakan empat orang
anak iaitu Daeng Abdullah menjadi Penghulu Dalam atau dikenal Tok Enggang, Daeng
Osman dengan gelaran Tok Janggut menjadi pembesar kesultanan Perak dengan gelaran
Maharalela ke 2, Daeng Abdul Kader, diberi gelaran Maharajalela ke3, lebih
dikenali dengan Tok Tonggkat atau Daeng Mat Tara, dan keempat perempuan Daeng
Nurjalisan dengan gelaran Tok Bakul. Daripada mereka keempat ini bermulanya
keturunan Daeng Selili di Perak
Kebanyakan mereka ini tinggal di Kuala Kangsar sekitar
kampong Sayung, Kota Lama Kanan dan Kiri, Padang Changkat Bukit Chandan, Lambor Senggang dan Parit sekitar Bota Kiri dan Kanan, Teluk Intan sekitar Pasir Salak, Pualu
Tiga dan lain lain sepanjang Lembah Sungai Perak. Nama datuk moyang yang paling popular seperti Busu Manjang, , Uda Tahir, Kanda Adam, Tok
Tongkat, Pandak Lam, Kulup Shah dan lain lain. Keturunan Daeng Selili kini
merupakan generasi ke 10, 11 dan seterusnya dianggarkan lebih kurang 200,000
orang.
- s.
- Mohamed Amin A. Aziz Saya keturunan Daeng Selili daripada susun atur Kulup Shah melalui jalur Osman Bashah sebelah ibu saya Rahmah. kalau ada yang lain boleh perkenalkan diri.
- Norwawi Abdulrashid susur galur teman pon gitu jugak..moyang nama cu kasim bin uda tahir bin osman bin daeng selili konom2nya arwah ayah kata semua istana kenal cu kasim ..wallahuallam ..mereka ni dari galur moyang tujuh...
bersambung