KELUARGA IMAM KOLAH/ANJANG SAADIAH
Notis Mesyuarat
Kepada
Semua AJK Kaluarga Imam Kolah/Anjang Saadiah, wakil Keluarga dan AJK Majlis hari Keluarga serta ahli keluarga jemputan hadir pada hari Sabtu 30hb April 2001 di rumah Hjh Som Ngah Noordin jam 3.00 petang.
Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan aluan Tuan Rumah dan bacaan Tahlil.
2. Ucapan aluan Pengerusi/Setiausaha Keluarga Imam Kolah/Anjang Saadiah.
3. Mesyuarat Majlis Hari Keluarga.
1, Ucapan Pengerusi Hari Keluarga..
2. Memperingati rancangan Hari Keluarga.
a. tarikh ditentukan pada mesyuarat pertama hari keluarga.
b. kehadiran dianggarkan antara 500 ke 800 keluarga.
c. pertandingan bacaan dan laungan azan bagi kanak bawah 12 tahun.
d. bercerita kisah keluarga seca ringkas bagi setiap keluar.
e. tazkirah keluarga.
d. yang telah diperstujui a. masa: sehari penuh jam 9.00pg hingga 6.00ptg.
b. tempat majlis di kawasan Masjid Sayung Tengah, Kuala Kangsar.
3. Memperingati tugas-tugas AJK.
a. Tmbalan Pengerusi : Tn Hj Shamsuddin bin Mohd Noh.
b. Setiausaha: En. Mohd Azhar bin Mohd Noor.
c. Bendahari: Tn Hj Mohd Hashim bin Alang Thaharim.
e. JK. Agama : Ustz Fairuz bin Hashim.
f. Jk. Pendaftaran : En. Mohd Nor bin Hassan.
g. JK Penyambut Tetamu : En Ahmad Satar bin Mahadi.
h. JK Persiapan Tempat : En Mohd Azhar bin Mohd Nor.
i. Jk.Jamuan: En. Mohd Azhar.bin Mohd Noor
j. JK. Keselamatan : Tn Hj Hamzah bin Yeop Mat Siran.
k. Multimedia; En. Azwan bin Ahmad Noorhani,
l. Juru Acara: Tn Hj Shaari bin Mat Adam.
m. Kebersihan: En. Faafar bin Mat Isa.
4. Hal-hal berbangkit.
a. Keluarga Hjh Inah.
b. Keluarga Andak Sariah.
c. Keluarga Haji latif.
d. Keluarga Uda Ibrahim.
e. Keluarga Itam Abu bakar.
f. Keluarga Puteh Tijah.
g. Keluarga Timah.
h. Keluarga Mahmud.
i. Keluarga Chu Osman.
5. Ucapan penangguhan oleh pengerusi/setiausaha keluarga.
Panduan
Tarikh Majlis Keluarga: Dicadangkan pada 17hb September 2011 Sabtu hari raya ke 19. Atau ada cadangan lain.
Tempat: Kawasan masjid Kampung Sayung Tengah, KualaKangsar. Pengerusi dan Setiausaha Hari Keluarga memaklumkan kepada Pengerusi Imarak, Tuan Imam dan Ketua Kampung Sayung Tengah. Juga mintak kerjasama penduduk sekeliling masjid. Semua AJK Hari Keluarga cubalah meninjau kawsan masjid tersebut.
Kehadiran; Setiap keluarga besar dianggarkan 80 ke 100 orang,keluarga sedehana 60 ke 80 orang dab keluarga kecil bawah 40 orang jadi anggaran 500 ke 600 orang. Digalakkan setiap keluarga bawa anak-anak hadir.
Program: Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran; bacaan yassin dan tahlil; persembahan kanak, bercerita keluarga dan tazkirah keluarga. Disediakan hadiah kemenangan program kanak kanak disyorkan semua perserta dapat hadiah tidak ada yang kecil hati kerana tak dapat.
Kewangan: Nampaknya program ini berbelanja besar dirasakan memadailah sumbangan peserta ahli keluarga RM 40 dewasa dan RM 15.00 remaja kalau ada lebih dibawa kepada tahun hadapan. Juga beli hadiah cendera hati kepada Tuan Pengerusi Masjid, Tuan Imam dan Ketua Kampung kerana member kerjasama menjayakan majlis.
JK. Agama: Mengetuai membaca tahlil dan doa; Mencari pembaca ayat-ayat suci dai Al- Quran Kareem; Memberi tazkirah , tajuk cadangan “ Nilai dan Fadzilat mempereratkan siratulrahim sesama keluarga”.
JK.Pendaftaran: Membuka kaunter pendaftanan; empat meja; empat pembantu; Slip pendaftaran; slip tanda nama sendiri dan keluarga; pen dan kertas; Pen marker(untuk tulis tanda nama).
JK. Penyambut Tetamu: Sekurang-kurangnya dua pembantu lain; pakaian kemas baju melayu dan baju kurang.
JK. Persiapan Tempat: Menempah kemah; menentukan tempat; enam khemah; kerusi 100; tikar dan alas tempat duduk; atur susun meja dan kerusi.
JK Makanan : menentukan menu. Pagi—kopi o, teh susu, behun goring, nasi lemak; tengah hari----- nasi putih, ayam goring, ayam masak gulai, sayur labu, berbagai jenis sambal, berbagai jenis ulam, ikan goring dan sebagainya; petang--- air sirap bandung, kueh mueh berbagai jenis.
Menempah kafetria dan menyiapkan meja buffe dua set, satu bagi lelaki dan satu bagi perempuan.
JK. Keselamatan: Melantik beberapa orang pembantu, menetukan kawasan letak kerata, menentukan tempat kanak-kanak dan bayi berserta ibunya,memantau keselamatan kanak-kanak.
JK Multimedia: Melantik beberapa orang juru kemara dan shooting berbagai tempat dan situasi, adakan seorang juru vedio.
JK.Juruacara(MC) Melantik beberapa orang pembantu, melantik jurucara bagi program tazkirah, pertandingan untuk kanak membaca alfatihah dan azan, bercerita keluarga.
JK Kebersihan: Melantik beberapa orang pembantu untuk membersihkan kawasan, menyediakan penyapu dan alatan kebersihan (pinjam drpd masjid), mempastika kita tinggal kawasan masjid bersih seperti sedia kala.
Wakil Keluarga: Melantik beberapa ahli keluarga untuk menyampaikan maklumat keluarga; mendaftar ahli keluarga yang ingin menyertai majlis; kumpul wang sumbangan dan salurkan kepada bendahari, memaklumkan kepada setiausaha bilangan yang ingin menyertainya, sentiasa menghubungi setiausaha atau pengerusi hari keluarga
Pakde harap ahli-ahli keluarga yang terlibat dan ahli-ahli keluarga jemputan dapat pada hari tersebut, harap hadir insyallah
ReplyDelete