Seorang dari keluarga kita merupakan seorang wira negara, telah berkhidmat dengan pasukan tentera di zaman dharurat melawan komunis, nama nya Zainudin Bin Ngah Nordin berumur lebih 80 tahun, tinggal di PPRT Bekan Batu, Batu 4 Jalan Ipoh. Pangkat terakhir dalam tentera Sargeant Major. Pakde ada keluarga sudi menziarahi untk mempereratkan persaudaraan kekeluargaan.
Seorang lagi keluarga kita umur dah lanjut berusia lebih 80 yahun, namanya Saleha binti Pandak Wahab, tinggal di Kota Lama Kiri, Opah kepada saudara kita Maizul Sham
Berbaju batik ialah satu-satunya cucu Imam Kolah yang masih hidup sihat dan waras, namanya Sulaiman bin Chu Osman bin Imam Kolah, tinggal di Sayung Masjid, Kuala Kangsar. Bolehlah anak cucu cicit panggil dia dengan pakcu atau tokki Sulaiman, diharapkan kita menhormati dan menziarah semasa pakcu masih hidup.
Salah seorang cicit Imam Kolah yang tertua dan masih sihat dan waras, umurnya mencecah lebih 80 tahun, namanya Haji Sallehudin anak Rokiah binti Haji Latif bin Imam Kolah, tinggal di Sayung Lembah, Kuala Kangsar. Elok juga kita menziarahi orang tua ini untuk mempererat siratulrahim sesama keluarga.
dari kiri ke kanan : Khairul Aman, Nurul Azwan, En Ahmad Satar, Haji Ahmad Noorhani (pakdenoran). En. Fauzi Abd Aziz, Haji Abdul Rani dan Khairul Fahmi.
dari kiri ke kanan: Datok Dr Mohd Hashim Ahmad Tajudin, bloger, Haji Mohd Nazri Abas dan Datok Ahmad Hisaini Sulaiman
bersambung
No comments:
Post a Comment