LAPORAN DAN CADANGAN DARIPADA WAKIL KELUARGA HAJI LATEH
Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam mesyuarat yang akan diadakan di Tasek Raban, atas sebab yang tidak boleh dielakkan. Walau bagaimanapun bersama ini saya sertakan sedikit laporan dan cadangan untuk diberi perhatian yang sewajarnya.
1. Pada keseluruhannya program kita adalah amat berjaya disemua perikat sama ada diperengkat perancangan, pengelolaan, pengawalan, pelaksanan, sambutan dan sebagainya. Dari segi pelaksanaan di peringkat jawatankuasa, satu pujian harus diberi, terutama ahli jawatankuasa yang mengendalikan makanan, sungguh memuaskan , hingga tak putus makanan hingga ke akhir program.Tetapi ada satu yang agak kurang dapat sambutan yang menggalakkan, iaitu dari segi penyertaan bagi segelintir keluarga pelapis Imam Kollah. Satu kajian harus dijalankan dan cuba atasi masalah tersebut. Jika masalahnya adalah disebabkan wakilnya tidak mampu bergerak cergas maka ianya harus diganti dengan wakil yang lain, sama ada dipilih oleh beliau sendiri atau dilantik oleh ahli jawatankuasa. Ahli Jawatankuasa mempunyai hak untuk melantik wakil yang sesuai. Kita tidak boleh menyalahkan wakil tersebut, mungkin beliau mempunyai masalah tertentu.
2. Kejayaan sesuatu program, selain terletak kepada ahli jawatankuasa yang komited, ia juga terletak kepada sumber kewangan yang mencukupi. Sehubungan itu terdapat dua individu yang terdiri daripada keluarga Haji Lateh yang telah menyumbangkan derma kewangan yang agak besar iaitu sebanyak tiga ribu ringgit. Adalah wajar sebagai menghargai sumbangan itu, kita memberi cenderahati dalam apa jua bentuk untuk dijadikan satu kenangan yang manis. Sebagai contoh kita memberi satu labu sayong yang ditempah khas untuk tujuan ini, dengan kata-kata perhargaan yang sedap dibaca. Nama penderma tersebut adalah, Mohd. Ashari bin Abas(Cucu Hj. Lateh) dan Yang bhg. Dato Haji Zainal Abidin bin Abu Bakar (Cucu Hj. Abd. Majid).
3. Saya setuju sangat cadangan untuk mengadakan majilis seperti ini, dibuat dua tahun sekali. Ini dapat memberi peluang, dan harus digalakan, mengadakan Hari Keluarga peringkat anak-anak Imam Kollah sahaja. Ini juga satu jalan bagi merapatkan silaturrahim sesama ahli keluarga, disamping dapat memperbanyakkan lagi peserta Hari Keluarga Imam Kollah yang akan kita adakan pada dua tahun sekali itu, kerana hubungan telah terjalin sesama ahli keluarga.
Sekian, terima kasih.
……………………………………
(Hj. Abdul Rani Hj. Abas)
No comments:
Post a Comment