Pages

Thursday, December 22, 2011

Kelulusan Penubuhan Koperasi Keluarga Imam Kolah

Bersama ini disertakan salinan surat kelulusan penubuhan Koperasi Imam Kolah....untuk makluman semua yg berkaitan....

Rujukan: SKM.PK:1/5/2/JLD.65/( )
Tarikh: 19/12/2011

Jawatankuasa Penaja
KOPERASI KELUARGA IMAM KOLAH KUALA KANGSAR BERHAD (Dalam Penubuhan)
Mohd Nazri Bin Abas (490528-08-5415)
No.25A, Kg. Pauh,
Sayong,
33040 Kuala Kangsar
PERAK


Tuan


KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHAN
KOPERASI KELUARGA IMAM KOLAH KUALA KANGSAR BERHAD (Dalam Penubuhan)


Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan bertarikh 01/12/2011 berkaitan perkara di
atas.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya bersetuju meluluskan penubuhan Koperasi tuan
dengan syarat-syarat berikut:-
2.1 Koperasi ini hendaklah dinamakan Koperasi Keluarga Imam Kolah Kuala Kangsar
Berhad.
2.2 Tempoh sah kelulusan penubuhan adalah tiga bulan bermula dari tarikh surat kelulusan
dan mesyuarat agung permulaan hendaklah diadakan dalam tempoh tersebut.
2.3 Bilangan anggota Koperasi hendaklah sekurang-kurangnya 50 orang.
2.4 Sasaran bakal anggota ialah ahli keluarga
2.5 Fungsi utama koperasi ialah Pertanian
2.6 Aktiviti di bawah hendaklah dimasukkan dalam Undang-undang Kecil Koperasi sebagai
aktiviti yang akan dilaksanakan sebaik didaftarkan:-
2.6.1 Tanaman
2.6.2 Perikanan
2.6.3 Ternakan
2.7 Kawasan operasi koperasi ialah daerah Kuala Kangsar dan daerah Kinta, Perak
(Nota : Kawasan operasi melebihi satu negeri hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran
daripada Ibu Pejabat SKM).
2.8 Tahun kewangan koperasi bermula pada satu haribulan Mei dan berakhir pada tiga
puluh hari bulan April setiap tahun.
2.9 Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) hendaklah dihadiri oleh sekurang-kurangnya 50

orang bakal anggota.
2.10 Koperasi hendaklah menggunakan Undang-undang Kecil seragam yang disediakan oleh
SKM.
2.11 Dokumen pendaftaran koperasi yang lengkap berserta fi pendaftaran sebanyak
RM100.00 (kecuali sekolah) menggunakan wang pos/bank draft atas nama Kumpulan
Wang Operasi SKM hendaklah dikemukakan kepada Kuala Kangsar tidak lewat daripada
satu bulan selepas mesyuarat agung permulaan diadakan.
2.12 Tuan hendaklah sentiasa menggunakan perkataan (Dalam Penubuhan) dalam semua
urusan sehingga koperasi didaftarkan.
2.13 Tuan tidak dibenar mengutip wang dan menjalankan apa-apa perniagaan sebelum
Koperasi didaftarkan.


3. Kelulusan penubuhan ini akan terbatal dengan sendirinya jika para 2.2 tidak dipatuhi.


4. Sekiranya pihak tuan memerlukan bantuan atau memerlukan keterangan lanjut, tuan boleh
berhubung terus dengan Encik/Puan/Cik SALWANI BINTI ABDUL MAJID di pejabat SKM Wilayah Kuala
Kangsar melalui talian telefon 05-7761532


Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


Saya yang menurut perintah,
(HJ MUSA BIN NASRI)
Pengarah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Negeri PERAK


s.k
i. Y.bhg Datuk Pengerusi Eksekutif
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Kuala Lumpur
(up: Bahagian Statutori dan Pendaftaran)


ii. Penolong Pengarah
SKM Wilayah/Daerah/ Kuala Kangsar
(surat cetakan komputer tanda tangan tidak diperlukan)

Cadangan Aktiviti Ekonomi Kooperasi

CADANGAN AKTIVITI EKONOMI KOPERASI

Antara projek yang telah dibincangkan dan dicadangkan untuk dilaksanakan oleh koperasi adalah memajukan tanah terbiar milik ahli keluarga Imam Kolah dengan tanaman kelapa sawit / getah / atau lain lain tanaman yang ada pasaran secara pajakan atau usahasama berdasarkan persetujuan dari kedua pehak antara koperasi dan pemilik tanah terbiar tersebut.

CADANGAN PROJEK EKONOMI KOPERASI

Dicadangkan kita bermula dengan memajukan tanah terbiar yang dimiliki oleh ahli keluarga Imam Kolah di Sayong, Kuala Kangsar. Jadi sesiapa yang mempunyai tanah terbiar di Sayong dan berminat untuk memajukan tanah terbiar tersebut dengan koperasi, sila maklum dan beri maklumat mengenai tanah tersebut kepada Tuan Setiausaha En. Mohd Azhar bin Mat Nor dialamat No.25A, Kg. Pauh Sayong, 33040 Kuala Kangsar.

CADANGAN PROJEK EKONOMI KOPERASI

Cadangan lain yang telah dicadangkan adalah Projek Homestay. Jadi ahli-ahli yang ada rumah diSayong, Kuala Kangsar yang maseh elok tapi tak didiami oleh sesiapa dan boleh dibaikpulih dan berpotensi untuk dijadikan homestay dan berminat nak usahakan bersama koperasi secara pajakan atau usahasama, sila maklumkan kepada Tuan Setiausaha Koperasi, En. Mohd Azhar.

Wednesday, December 21, 2011

Kooperasi Keluarga Imam Kolah/Anjang Saadiah Kuala Kangsar Berhad

PENUBUHAN KOPERASI KELUARGA IMAM KOLAH DAN ANJANG SAADIAH KUALA KANGSAR BERHAD

Untuk makluman semua, kita telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Koperasi Keluarga Imam Kolah dan Anjang Saadiah Kuala Kangsar Berhad pada 1/12/2011 dan sedang menunggu kebenaran daripada Suruhan Jaya Koperasi Malaysia (SKM)Negeri Perak untuk meneruskan proses pendaftaran koperasi tersebut. Permohonan telah dibuat oleh 3 orang ahli keluarga mewakili JK Penaja ia itu: En. Mohd Nazri bin Abas, En. Mohd Azhar bin Mat Nor dan En. Abdul Jalil bin Mohamed Nor

Bagi tujuan pendaftaran Jawatankuasa Penaja yang akan dilantik seramai 15 orang akan menjalankan fungsi nya dengan segera saperti berikut:

1. Mengenalpasti aktiviti utama
2. Menyediakan Undang-undang Kecil koperasi
3. Menyediakan aturan kegiatan, antara lain telah dicadangkan:
Yuran pendaftara menjadi ahli koperasi --RM 10.00
Syer minima untuk menjadi ahli koperasi – RM 100.00
4. Mendaftarkan bakal anggota sekurang kurangnya 50 orang, telah dicadangkan:

Setiap keluarga besar ( anak Imam Kolah ) mengenalpasti sekurang kurangnya 10 orang bakal anggota dari keluarga tersebut untuk didaftarkan.
5. Mengaturkan sesi penerangan kepada bakal anggota koperasi. Penerangan akan diberi oleh pejabat SKM.
6. Mengadakan Mesyurat Agung Permulaan


Dengan adanya Minit Mesyurat Agung Permulaan maka permohonan untuk mendaftarkan koperasi boleh dikemukakan kepada SKM Negeri.

Penubuhan Kooperasi Keluarga Imam Kolah Berhad

Jawatankuasa Keluarga Imam Kolah telah mengadakan mesyuarat ke 7 di rumah Haji Shaari bin Mat Adam pada 19hb Nov. telah bersetuju menubuhkan kooperasi keluarga dengan nama Kooperasi Keluarga Imam Kolah dan Anjang Saadiah Malaysia Berhad. Jawatankuasa Penaja kooperasi di pengerusi oleh Tn Hj Mohd Nazri bin Abas,Setiausaha ; En Mohd Azhar bin Mat Nor, Bendahari en. Abdul Jalil Mat Nor dan beberapa orang jawatankuasa penaja Hj Shaari Mat Adam, Hj Ahmad Noorhani Abas, Hj Abdul Rani Abas, En Ahmas Satar Mahadi, Hj Mohd Hasim Taharin, Mohd Zailan Tasi, Us Fairus Hashim, En Jaafat Mat Isa dan Abdullah Shahimi Zambri. Masyuarat Agong Keluarga Imam Kolah untuk mengesahkan penubuhan dan melantik Ahli Lembaga akan diadakan selewat-lewat bulan April 2012. Satu mesyuarat jawatan kuasa penaja akan diadakan pada 4hb Dis ini di Kuala Kangsar di rumah pengerusi keluarga Lot 1945, Changkat Berangan Bukit Chandan, Kuala Kangsar

Tuesday, December 20, 2011

Hari Keluarga Itam Abu Bakar di tangguhkan

Halig Md Som Salam. saya bagi pihak jawatan kuasa hari keluarga Itam Abu Bakar ingin memklumkan bahawa hari keluarga Itam Abu Bakar yang dirancang pd 24 Dis 2011 ditangguhkan pada satu tarikh yg akan dimakluman kemudian.Ahli jawatan kuasa mohon maaf di atas kesulitan yg timbul.Terima kasih kepada keluarga2 yg telah bersetuju untuk hadir. Insyahallah kita akan adakan juga hari keluarga tersebut

Mencaari Siratulrahim

salam saya malihah binti Alisaa binti Putih Kamasinah binti Mat Ali Bin Itam bakar Bin Imam Kolah. Saya ingin mengenali sanak saudara kita dengan harapan dapat menghubungkan semula silatu rahim sesama kita.

Wednesday, November 30, 2011

Hari Keluarga Itam Abu Bakar

 Keluarga Itam Abu Bakar bin Imam Kolah akan mengadakan hari keluarga pada 24 Disember di Dewan Komuniti di Sayung Lembah dekat dengan masjid Sayung Lembah jam dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Di sini dilampir sinarai keluarga Itam Abu Bakar bin Imam Kolah



Itam Abu Bakar beristerikan Ngah Massa mendapat enam orang 1. Mat Ali, 2. Ngah Nordin 3. Alang Taharin, 4. Anjang Rahim 5. Mahadi, 6. Mat Som.

Mat Ali bersama dengan isterinya mendapat lima orang anak iaitu Putih Kamisah,  Haziah. Haridi, Zainal Abidin dan khairun.

Keluarga Mat Ali X ……

a.     Putih Kamisah x Hashim ……anak anaknya 1. Kadijah x………. 2. Aliasa x Salmah   3. Zulkifli x ………, 4. Laili x …..,  5, Thamarul x………., 6. Hafiz x ……., 7.  Fairuz x……., 8.Zuli x ……  9. Zami x……..
b.     Haziah X Zambri……anak anakny ..1. Shahami x ……2, Hafzah x ….
c.     Haridi x Zainab……..anakanaknya  1. Liza x …..  2. Esah x ……….,3. Idris x …..4. Mawa x…….. 5. Azman x……..6. Rizal x…..
d.     Zainal Abidin X ……anakanaknya …1. Mas Ayu x ……. 2. Mas Nawi x ….
e.     Khairun x Rahmah


Ngah Nordin dengan isterinya menpadat juga lima orang iaitu  Rogayah, Zainudin,  Hasri, , Arif Shah dan Umi Kelsom

                Keluarga  Ngah Nordin X………..
               
a.     Rogayah x Bidin . anak anaknya 1.Intan x …… 2. Din x ….
b.     Zainudin  x Zawiyah       anak anaknya 1. Jefrri x …….., 2. Norhayati x …….3. Nurlid x …..
c.     Zam Hasri x Ramlah    anak anaknya   1.Norzamila x….. 2. Norhayati x ……., 3. Nawawi x ….
d.     Arif  Shah x Tee      anak anaknya   1. Abdul Razak x …… 2. Azman x …. 3. Noraini x …….., 4. Marina x…..
e.     Umi Kelsum x Abdullah    anakanakny   1. Musafar x……  2. Faridah x Anuar   3. Norlin x …… 4. Nor Aisah x  Nazirin   5. Norlia x  Ramli  6.  Fadzil x Zan  7. Salmi x … 8. Azman



Alang Taharin dengan isterinya  mendapat tiga orang anak iaitu Ridzuan, Zambri  dan Mat Hashim

Keluarga Alang Taharin x ……..

a.     Ridzuan x Zaleha   anak anaknya   1. Zainab x Ibrahim   2. Zainal Abidin x…….. 3Zainudin x…….  4. Abdul Rahman x……   5. Rosmawati x……
b.     Zambri x Zawiah   anak anaknya   1.Nur Zila x Raja Ahmad  2. Tarmizi x Rosnani  3. Ahmad Hariri x  Kamariah  4. Fatimah x  Mohd Hatta    5. Nurmala x  Ibrahim  6. Zuraidah x  Mohd Johar  7 Nor Zihan x Mohd Nazri Koh
c.     Mohd Hashim x  Balkis     anaknya  1. Faizal


Anjang Rahim dengan isterinya mendapat empat orang anak iatu Abdul Hamid,  Nordin, dan Zaharah

Keluarga Anjang Rahim x…….

a.     Abdul Hamid x  Ani    anak anaknya    1. Mustafa Shah x ……  2. Salim x …
b.     Nordin x Sharifah Aini    anak anaknya 1. Mohd Suhaili x ….  2. Zunaidah x ….. 3. Suhaila x ………4. Nurzila x ……..5. Nurmala x ……  6. Intan Mahana x …
c.     Zaharah x Mohamad   anak anaknya 1. Mohd Hidzir x…… 2. Danial Islam x …..3. Shahrul nizam   4.  NurFazilah

Mahadi dengan isterinya Halimah mendapat tujuh orang anak iaitu Nik, Zaitun, Andak, Sariah, Ali Bashan , Norsiah dan Mat Satar

Keluarga Mahadi X Halimah

a.     Nik x Saharuddin     anak anaknya   1.Nor Aini x…..  2. Nor Ainon x……  3. Nor Azizah x…… 4. Zulkifli x …..
5.     Nor Azizan x ….. 6. Khairun Bahrin x …… &. Nor Aida
b.     Zaitun x Mustapha      anak anaknya     1. Khairul Azlan x…..  2.Shamsul Kamil x ….. 3. Rosmaliza x……
4.     Fairus x …….
c.     Ambitah x Mad Zailan      anak anaknya 1. Marina x …… 2. Zafarullah x ….. 3. Tariq x ….. 4. Mukhis x ….
5.     Malinda       6. Ashraf        7. Malina
d.     Sariah x Ahmad Khairi      anak anaknya    1. Suzy        2. Rizal     3. Sharin    4. Rohana
e.     Ali Basha x  Norlia       anak anaknya  1. Maizatul x…… 2. Syafie     3. Syurabil     4. Ibrahim     5. Sidiq
6.      Mardiahah     7. Iliyas    8. Saidah
f       Norsiah x Kharul Basha     anak anaknya    1.Syakmin    2. Syafika   
f.      Ahmad Satar x Ju   anak anak  1. Sufiah   2. Fatin    3.


Mat Som dengan isterinya Hajah Enah mendapat tujuh orang anak iaitu Othman, Halimah, Yahaya, Mustafa, Nora, Haliq, dan Noraini.

                Keluarga Mat Som X Enah
a.     Othman x Rahimah    anak anaknya    1. Nordiana    2.  Arman    3.
b.     Yahya x Mulyati anaknya     1. Abdul Jalil
c.     Halimah x Zainal     anak anaknya    1. Faizal     2. Fairus
d.     Mustapha x Norini    anaknya    1. Mohd Khairul
e.     Nora x Osman    anak anaknya    1. Nor Nekman     2. Nor Azman    3. Noren
f.      Haliq x …..   anak anaknya   1. Nadra   2Najiah     3. Aziad     4. Nazwan Faliq   5. Nasihan Sakinah
g.     Noraini x Dukur    anak anaknya    1. Kamaruzaman     2.Siti Azah     3. Badrul Zaman


Betulkan mana mana nama yang salah atau ejaan salah…pakde minta maaf.



Monday, September 19, 2011

Keluarga Hajah Aminah binti Imam Kolah

Keluarga Hajah Aminah binti Imam Kolah

Hajah Aminah binti Imam Kolah bin Imam Tanjung bin Daeng Sura bin Daeng Abdullah bin Daeng Selili

Hajah Aminah bersuamikan Haji Daud mendapat beberapa orang anak; Long Tipah, Hj Saad. Abdul Hamid   dan Mat  Jihin

Long Tipah bersuamikan Maarof mempunyai  seorang anak namanya Ahmad Kecik.

Haji Saad beristerikan Hajah Rahmah mendapat tujuh orang anak; Raesah, Hamimah, Arbidah, Azizah, Sofia  
Hassan Basri, Jahariah dan Rokiah

Abdul Hamid beristerikan Normah mendapat dua orang anak iatu Yeop Harun dan Pandak Ahmad

Mat Jihin beristerikan Mariam mempunyai empat orang anak; Zubairi, Zalimah, Mat Daud dan Halimah

Long Tipah

Ahmad Kecik x Maarof  anak-anak ; Kamsinah, Abdullah, Zawiyah,  Fatimah,  Mohd Yusof, Ismail

Haji Saad x Hjh Rahmah

Raesah x Mohd Tasi anak-anak;  Zailan, Tom Saadiah, Zaini Sabariah, Zainal Abidin,  Fauziah,  nor Azwa,  Mohd                                                            Ghazali, Tajudin,     Mohd Johari, Rozana.

Hamimah x Nazarudin anak-anak; Hendon, Harun, Zainal Abidin, Sharifudin, Ros

Arbidah x Us Daham anak-anak ; Asma, Hilal, Masidah, Fadilah, Fairus, Omar Syarifudin

Azizah x Saleh anak-anak ; Sufian, Ibrahim, Faizal, Azian
Ros x Mohd Hakir

Sofiah x Mohd Hashim anak-anak;  Mohd Khusairi, Azimah, Normah, Murad,  Nor Asmah, Suhaimi,    Hishamuddin

Abu Hassan Basri x Zauwiyah anak-anak; Nor Shidah. Nor Shamsiah, Ahmad Kamal, Sham, Azlan, Khairul                                                                          Azmi, Liza, Shadura, Roziah,

Jahariah x Zamin

Rokiah x Ismail anak-anak; Umi Kalsom, Jamaiyah, Redzuan, Nor Afendi, Mohd Irhan,Hayati, Mariatun, Amirudin

Abdul Hamid

Yeop Harun x Maimunah anak-anak; Idris, Zaleha, Salmah,  Mohd Azmi dan Zambri

Pandak Ahmad  x  ………….    anak-anak; Zulkifli

Mat Jihin

Zubairi x Kamsiah anak-anak; Tarmizi, Zulkily,  Nor Azizi, Azizah

Zalimah x Mat Ali anak-anak …….

Mad Daud x Yah anak-anak; Nazri, Ismail, Sulaiman

Halimah x Mohd Taridi anak-anak;  Yong Zaharah, Mohd Razali  2.Halimah x mat Lazim, Khazamah, Azizan (Ezan Zahari)

Wednesday, September 14, 2011

Tok Tongkat Daeng Mat Tara

Ramai antara penduduk Kuala Kangsar terutamanya duduk di sepanjang sungai Perak mengakui mereka dari keturunan Tok Tongkat. Sebenarnya namanya Daeng Abdul Kader bin Daeng Selili (Maharaja Lela Pancung Tak Bertanya atau Mufti Besar) nama gelarannyaTok Seri Maharaja Lela II beristerikan Bidan Jelibah.

Mereka dikurniakan beberapa orang anak iaitu Tok NurSatin (perempuan); Daeng Kanda Adan gelaran Tok Jana Tan; Busu Manjangl Tok Kehor Tok Enggang dan Khatib Panjang.

Tok Tongkat daeng mat Tara mempunya beberapa orang adik beradik ok Nur Jelisin gelaran Tok Bakul; Tok Seri Indera Lela Seri Penghulu Daeng Abdullah dan Tok Seri Maharaja Lela III Daeng Osman.

Keturunan mereka ramai di Mukim Sayung, Kota Lama Kiri dan Kota Lama Kanan

Tuesday, September 13, 2011

Gambar pilihan semasa Hari Keluarga Imam Kolah

Gambar Gambar Merakamkan Kehadiran Majlis Hari Keluarga Imam Kolah tahun 2011