Pages

Thursday, December 22, 2011

Kelulusan Penubuhan Koperasi Keluarga Imam Kolah

Bersama ini disertakan salinan surat kelulusan penubuhan Koperasi Imam Kolah....untuk makluman semua yg berkaitan....

Rujukan: SKM.PK:1/5/2/JLD.65/( )
Tarikh: 19/12/2011

Jawatankuasa Penaja
KOPERASI KELUARGA IMAM KOLAH KUALA KANGSAR BERHAD (Dalam Penubuhan)
Mohd Nazri Bin Abas (490528-08-5415)
No.25A, Kg. Pauh,
Sayong,
33040 Kuala Kangsar
PERAK


Tuan


KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHAN
KOPERASI KELUARGA IMAM KOLAH KUALA KANGSAR BERHAD (Dalam Penubuhan)


Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan bertarikh 01/12/2011 berkaitan perkara di
atas.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya bersetuju meluluskan penubuhan Koperasi tuan
dengan syarat-syarat berikut:-
2.1 Koperasi ini hendaklah dinamakan Koperasi Keluarga Imam Kolah Kuala Kangsar
Berhad.
2.2 Tempoh sah kelulusan penubuhan adalah tiga bulan bermula dari tarikh surat kelulusan
dan mesyuarat agung permulaan hendaklah diadakan dalam tempoh tersebut.
2.3 Bilangan anggota Koperasi hendaklah sekurang-kurangnya 50 orang.
2.4 Sasaran bakal anggota ialah ahli keluarga
2.5 Fungsi utama koperasi ialah Pertanian
2.6 Aktiviti di bawah hendaklah dimasukkan dalam Undang-undang Kecil Koperasi sebagai
aktiviti yang akan dilaksanakan sebaik didaftarkan:-
2.6.1 Tanaman
2.6.2 Perikanan
2.6.3 Ternakan
2.7 Kawasan operasi koperasi ialah daerah Kuala Kangsar dan daerah Kinta, Perak
(Nota : Kawasan operasi melebihi satu negeri hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran
daripada Ibu Pejabat SKM).
2.8 Tahun kewangan koperasi bermula pada satu haribulan Mei dan berakhir pada tiga
puluh hari bulan April setiap tahun.
2.9 Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) hendaklah dihadiri oleh sekurang-kurangnya 50

orang bakal anggota.
2.10 Koperasi hendaklah menggunakan Undang-undang Kecil seragam yang disediakan oleh
SKM.
2.11 Dokumen pendaftaran koperasi yang lengkap berserta fi pendaftaran sebanyak
RM100.00 (kecuali sekolah) menggunakan wang pos/bank draft atas nama Kumpulan
Wang Operasi SKM hendaklah dikemukakan kepada Kuala Kangsar tidak lewat daripada
satu bulan selepas mesyuarat agung permulaan diadakan.
2.12 Tuan hendaklah sentiasa menggunakan perkataan (Dalam Penubuhan) dalam semua
urusan sehingga koperasi didaftarkan.
2.13 Tuan tidak dibenar mengutip wang dan menjalankan apa-apa perniagaan sebelum
Koperasi didaftarkan.


3. Kelulusan penubuhan ini akan terbatal dengan sendirinya jika para 2.2 tidak dipatuhi.


4. Sekiranya pihak tuan memerlukan bantuan atau memerlukan keterangan lanjut, tuan boleh
berhubung terus dengan Encik/Puan/Cik SALWANI BINTI ABDUL MAJID di pejabat SKM Wilayah Kuala
Kangsar melalui talian telefon 05-7761532


Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


Saya yang menurut perintah,
(HJ MUSA BIN NASRI)
Pengarah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Negeri PERAK


s.k
i. Y.bhg Datuk Pengerusi Eksekutif
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Kuala Lumpur
(up: Bahagian Statutori dan Pendaftaran)


ii. Penolong Pengarah
SKM Wilayah/Daerah/ Kuala Kangsar
(surat cetakan komputer tanda tangan tidak diperlukan)

No comments:

Post a Comment