Pages

Wednesday, December 21, 2011

Kooperasi Keluarga Imam Kolah/Anjang Saadiah Kuala Kangsar Berhad

PENUBUHAN KOPERASI KELUARGA IMAM KOLAH DAN ANJANG SAADIAH KUALA KANGSAR BERHAD

Untuk makluman semua, kita telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Koperasi Keluarga Imam Kolah dan Anjang Saadiah Kuala Kangsar Berhad pada 1/12/2011 dan sedang menunggu kebenaran daripada Suruhan Jaya Koperasi Malaysia (SKM)Negeri Perak untuk meneruskan proses pendaftaran koperasi tersebut. Permohonan telah dibuat oleh 3 orang ahli keluarga mewakili JK Penaja ia itu: En. Mohd Nazri bin Abas, En. Mohd Azhar bin Mat Nor dan En. Abdul Jalil bin Mohamed Nor

Bagi tujuan pendaftaran Jawatankuasa Penaja yang akan dilantik seramai 15 orang akan menjalankan fungsi nya dengan segera saperti berikut:

1. Mengenalpasti aktiviti utama
2. Menyediakan Undang-undang Kecil koperasi
3. Menyediakan aturan kegiatan, antara lain telah dicadangkan:
Yuran pendaftara menjadi ahli koperasi --RM 10.00
Syer minima untuk menjadi ahli koperasi – RM 100.00
4. Mendaftarkan bakal anggota sekurang kurangnya 50 orang, telah dicadangkan:

Setiap keluarga besar ( anak Imam Kolah ) mengenalpasti sekurang kurangnya 10 orang bakal anggota dari keluarga tersebut untuk didaftarkan.
5. Mengaturkan sesi penerangan kepada bakal anggota koperasi. Penerangan akan diberi oleh pejabat SKM.
6. Mengadakan Mesyurat Agung Permulaan


Dengan adanya Minit Mesyurat Agung Permulaan maka permohonan untuk mendaftarkan koperasi boleh dikemukakan kepada SKM Negeri.

No comments:

Post a Comment