CADANGAN AKTIVITI EKONOMI KOPERASI
Antara projek yang telah dibincangkan dan dicadangkan untuk dilaksanakan oleh koperasi adalah memajukan tanah terbiar milik ahli keluarga Imam Kolah dengan tanaman kelapa sawit / getah / atau lain lain tanaman yang ada pasaran secara pajakan atau usahasama berdasarkan persetujuan dari kedua pehak antara koperasi dan pemilik tanah terbiar tersebut.
CADANGAN PROJEK EKONOMI KOPERASI
Dicadangkan kita bermula dengan memajukan tanah terbiar yang dimiliki oleh ahli keluarga Imam Kolah di Sayong, Kuala Kangsar. Jadi sesiapa yang mempunyai tanah terbiar di Sayong dan berminat untuk memajukan tanah terbiar tersebut dengan koperasi, sila maklum dan beri maklumat mengenai tanah tersebut kepada Tuan Setiausaha En. Mohd Azhar bin Mat Nor dialamat No.25A, Kg. Pauh Sayong, 33040 Kuala Kangsar.
CADANGAN PROJEK EKONOMI KOPERASI
Cadangan lain yang telah dicadangkan adalah Projek Homestay. Jadi ahli-ahli yang ada rumah diSayong, Kuala Kangsar yang maseh elok tapi tak didiami oleh sesiapa dan boleh dibaikpulih dan berpotensi untuk dijadikan homestay dan berminat nak usahakan bersama koperasi secara pajakan atau usahasama, sila maklumkan kepada Tuan Setiausaha Koperasi, En. Mohd Azhar.
Dicadangkan kita bermula dengan memajukan tanah terbiar yang dimiliki oleh ahli keluarga Imam Kolah di Sayong, Kuala Kangsar. Jadi sesiapa yang mempunyai tanah terbiar di Sayong dan berminat untuk memajukan tanah terbiar tersebut dengan koperasi, sila maklum dan beri maklumat mengenai tanah tersebut kepada Tuan Setiausaha En. Mohd Azhar bin Mat Nor dialamat No.25A, Kg. Pauh Sayong, 33040 Kuala Kangsar.
No comments:
Post a Comment