Pages

Sunday, September 9, 2012




Info Maklumat- Asal-usul sultan Perak dan kemana hilang sultan Melaka......

Selepas Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511 Sultan Mahmud Shah pemerintahan terakhir Melaka melarikan diri bersama pembesar-pembesar ke Kampar, Sumatera melalui Negeri Johor dan bersemayam di sana. Pada tahun 1528 pembesar Perak mengadap Sultan Mahmud Shah untuk melantik salah seorang putera sultan menjadi Sultan Perak kerana ketika itu Perak tidak mempunyai sultan. Sultan Mahmud Shah memperkenankan permintaan tersebut.

Raja Muzaffar Shah anakanda yang sulung Sultan Mahmud Shah merajuk dan melarikan diri ke Pagar Ruyong kerana adindanda beliau di lantik oleh ayahandanya sebagai Sultan Johor. Rombongan diraja itu belayar membawa bersama alat kebesaran diraja Melaka seperti Keris Taming Sari, Nafiri, Nobat, Kempa Cop Mohor Halilintar, Lembuara ( lembing ), Pedang Corek Simandang Kini, Ular kepala dua yang di pakai di lengan permaisuri dan beberapa alat yang lain.

Rombongan ini di temani oleh Megat Terawis, mereka singgah di Siak, kemudian di Klang seterusnya ke Kuala Sungai Perak dengan pelayaran di kemudi oleh Nakhoda Tumi. Bagaimana pun bahtera Raja Muzaffar Shah dilanda angin ribut dan taufan yang amat dahsyat beserta ombak besar ketika melalui kawasan lubok pusar di Beting Beras Basah. Penunggu Beting Beras Basah meminta Raja Muzaffar Shah membuang Mahkota yang di pakai ke dalam laut, lalu beliau pun membuangkannya, dengan serta merta lalu air laut menjadi tenang kembali. Disin ada perjanjian antara Raja Muzaffar Shah dengan Kerajaan Jin di dasar laut. Itu sebab perak tidak ada Tengku Mahkota, hanya memakai geleran Raja Muda Perak. Bukan anggapan sesetengah orang yang menyatakan Perak tak ada Tengku Mahkota kerana orang Parit tidak boleh menyebut perkataan Mahkota, itu adalah pembohongan semata-mata. Pertabalan sultan Perak adalan Pertabalan Manusia dan Jin. Inilah pertabalan yang lain dari yang lain dan hanya Perak sahaja yang melakukan perkara tersebut di atas dunia ini.

Rombongan Raja Muzaffar Shah sampai di Kuala Kangsar ( nama asalnya Kuala Kurang Sa ) di sambutlah pembesar Perak yang di ketuai oleh Tun Saban, Tok Temong dan pembesar-pembesar lain. Kemudian bahtera di bawa mudik ke hulu dan ditabalkan Sultan Perak yang pertama di Tanah Abang dekat Parit, dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah 1. Pada masa hari keputeraan beliau, beliau telah di beri hadiah oleh Tok Temong Batu Geliga Embun dan Batu Geliga Embun menjadi salah satu alat kebesaran Negeri Perak Kalau orang tanya mana Sultan Melaka khabarkan pada mereka Peraklah Sultannya, Dan amat rugi kiranya kalau orang Perak tidak tahu mengenai Negeri Perak yang tersurat dan tersiratnya dan amat rugi kalau orang Melaka tak tahu ke mana hilang Sultannya....

Inilah serba ringkas dan di ringkaskan tentang asal-usul sultan negeri Perak.

Wallahuallam,aamiin.

No comments:

Post a Comment