Ahmad Satar Mahadi
Info Maklumat-Makna perkataan Sultan dan asal-usulnya yang kita perlu tahu
.............
Sultan pada makna Bahasa Arab adalah kata nama yang membawa maksud Kekuatan, Kekuasaan, Kedudukan Pemerintah-pemerintah Islam tanpa menuntut jawatan Khalifah. Apabila dihimpuhkan Wilayah-wilayah takluk pemerintahan Sultan lalu dipanggil Kesultanan. Manakala Sultan pada istilah Bahasa membawa maksud; Pemakaian Gelaran Kebesaran Daulah manusia Agung yang menjadi Ketua Pimpinan orang-orang yang beriman ( Amirul Mukminin ).
Sultan atau Ketua Pimpinan orang-orang yang beriman yang pertama diberi gelaran SULTAN ialah Ketua Turkmen Maulana Sheikh Mahmud Ghazmi yang memerintah antara tahun 998-1030 Masihi, kemudian gelaran Sultan itu dipakai oleh pemerintah Turki Seljuk, kemudian Empayar Gugusan Kepulauan Melayu. Lepas itu barulah Turki Uthmaniyyah dan Empayar Turki Uthmaniyyah ke 3.
Sebelum Malaysia merdeka Sultan menjadi ketua Negara atau Negeri dan berkuasa dalam mentadbir Negara atau Negeri yang di perintahnya. Selepas merdeka jawatan mentadbir Negara atau Negeri di ambil-alih olehPm untuk Negara dan MB untuk Negeri. Sultan menjadi Ketua Agama pada Negara atau Negeri yang diperintahnya. Mengikut perjanjian yang dibuat oleh Sapurba dengan Demang Lebar Daun Sultan tidak boleh derhaka dengan Rakyat dan Rakyat tidak boleh Derhaka dengan Sultan. Itu sebabnya Sultan/Raja dengan Rakyat berpisah tiada.
Sekiranya penjelasan di atas tidak tepat atau salah sila diperbetulkan supaya kita tidak keliru dan terkeliru.
Wallahuallam,aamiin
ReplyDeleteAhmad Satar Mahadi Alat-alat kebesaran Negeri Perak adalah dari alat-alat Kebesaran Kesultanan Melaka kecuali Mustika Embun atau batu Geliga Embun yang di beri oleh Tok Temong.
Ahmad Satar Mahadi Di sini ade perbezaan Sembah Derhaka dengan Derhaka, yang kita kena tahu. Sembah Derhaka bahasa Istana bermaksud tidak setuju dan Derhaka bermaksud mealawan titah perintah Sultan.
Ahmad Satar Mahadi Dan Keris Gading yang di hadiahkan Daeng Upu Tanderi Burng Raja Bugis( bapa Daeng Selili ) kpd Sultan Mudzaffar Shah 3