Pages

Monday, September 10, 2012






Info Maklumat-Asalnya nama Negeri Perak........

Terdapat berbagai cerita atau tradisi lisan yang meriwayatkan tentang pengasas Kerajaan Perak. Hikayat Merong Mahawangsa menyebut tentang bagaimana anak Raja Merong Mahapudisat membuka Kerajaan Perak dengan cara memanah, busar panahnya itu diber nama Indera Sakti. Hai indera Sakti, jatuhlah engkau ke bumi, di mana engkau jatuh di situlah aku perbuat negeri dan kota parit tempat aku diam. Tempat jatuh busar panah itu di namakan Pulau Indera Sakti, setelah dibina kota istana dan menjadi sebuah negeri, maka dinamai dengan nama negeri Perak kerana jasa anak panah itu yang matanya Perak.

Cerita daripada Hikayat Merong Mahawangsa bercanggah dengan Misa Melayu yang menyebutkan Sultan Perak yang ke 15. Sultan Iskandar Dzulkarnain ( 1756-1770 ) membangunkan Cempaka Sari yang terletak di Kuala Sungai Kinta, yang kemudian diubah baginda namanya kepada Pulau Indera Sakti.

Terdapat juga legenda tentang Semang Putih yang dikaitkan asal usul Sultan Negeri Perak ini. Namun demikian fakta sejarah sepakat menyatakan bahawa Sultan Mudzaffar Shah adalah Sultan Perak yang pertama, yang ditabalkan di Tanah Abang di Teluk Balakong Parit pada tahun 1528. Walaupun terdapat percanggahan tentang bagaimana Raja Mudzaffar sampai di Perak.

Beginilah serba ringkas dan diringkaskan asalnya nama Negeri Perak, sekiranya pembaca ada fakta lain diharap dan dimaklumkan supaya kita boleh berkongsi maklumat.

Wallahuallam,wassallam,aamin.

No comments:

Post a Comment