Pages

Tuesday, December 29, 2009

Keluarga Besar Busu Manjang X Itam Ja'ilah


Busu Manjang merupakan cucu kepada Daeng Selili. Daeng Selili mempunyai empat isteri dan salah seorang isterinya Raja Tengah anak Sultan Muzafar Shah II. melaluinya wujudlah keturunan Daeng Selili di Perak, kebanyakannya tinggal di Kuala Kangsar di Kampung Sayung, Kota Lama Kanan dan Kiri. Dengan Raja Tengah DS mempunyai empat orang anak iaitu Daeng Osman, DaengNurjilisan (perempuan), Daeng Abdulah yang dikenali dengan Tok Anjang dan Tok Enggang dan yang keempat Daeng Mat Tara dan dikenali dengan Tok Tongkat atau Daeng Mohd Kader. Tok Tongkat beristerikan Bidan Jelibah dikurniakan beberapa orang anak iaitu Abdul Razak, Nur Satin(perempuan) Kanda Adam, Busu Manjang dan Khatib Panjang.

Busu Manjang mempunyai tiga orang isteri ia itu Itam Jailah, Ngah Sabiah dan Ngah saadiah. Melalui isteri pertamanya Itam Jailah dikurniakan lima orang anak iaitu Halimah, Ngah Karim, Anjang Saadiah,Uda Bait dan Fatimah, melalui isteri kedua Ngah sabiah cuma dua orang anak sahaja iaitu Andak Pauh dan Putih Lam, dengan Ngah Saadiah juga dua orang anak iatu Alang Ahmad dan Chu Esah.

Keluarga Busu Manjang dengan Itam Jailah.
anak pertamanya ialah Halimah yang meninggal di Makah semasa membuat haji,(pada masa dulu orang pergi ke Mekah menggunakan kapal layar dan berkeluarga berada dan warak. Halimah dikurniakan beberapa orang anak iatu Haji Mat Taib, Ngah Saenah,Alang Maarof, Pandak Mat Dom, Anjang Pekah, Haji Maakob, Hajah Tijah dan Mat Arof.

Keluarga Halimah binti Busu Manjang

Haji Mat Taib mempunyai beberapa orang anak iaituu Ngahg halimah, Alang Bee dan Pandak Ahmad. Keluarga Alang Bee tinggal di Sayung Masjid, Kuala Kangsar.

Ngah Saepah mempunyai beberapa orang anak iatu Sauyah, Alang Endut, Puteh Enah, Mohd Daud dan Haji Karim.
Saayah tinggal di Kati anakanaknya Sabatiah dan..... anak tunggal Sabatiah Kamarudin diKati
Keluarga Alang Endut bermustautin di Kuala Terap anak-anaknya Mak Wok, Wah dan Kak Ami Anak-anak Mak Wok iaitu Fuzi diPadang Changkat, Jamnah di Taipng dan Yong di Silibin Ipoh, Wah Naemah dan Mat om di Jengka Pahang. dan Kak Ami tinggal bersama anak menantu Suari dan suami Alias dan cucunya.Anaknya yang sulung Faridah pesara pekerja di hospital Ipoh tinggal diKampung Ahmad said, Ipoh,anak-anak yang pain Munir pesara tentera tinggal bewrdekatan dengan rumah ibunya dan yang lain bekerja di Kuala L:umpur.
Keluarga Mohd Daud pula banyak tinggal di Kuala Terengganu iaiatu kawasan Bukit Payung,
anaknya yang sulung Shamsul Arifin tinggal Atas Tol, kedua Moh Hamidi tinggal di Pengadang Baru, ketiga Sariah tinggal Atas Tol Kuala Tengganu, keempat Sulaiman(Budin) tinggal Jitra Kedah, seterusnya Inun Rodzaih (Fatimah) tinggal Bukit Chandan Nur Ishak tinggal di Neram Kuala Terengganu dan salah seorang cucu MDaud tinggal di Bukit Chandazn bernaba Seno dan seorang lagi cicitnya Azman bin Mohd Noor polis di Parit, Perak
Keluarga Haji Abdul Karim mempunyai seorang anak perempuan apayang penulis panggil Kak Bee isteri kapada Zulkifli tinggal bersama-sama anaknya di Talang Hilir Udin Kuala kangsar, Hosni seorang polis isterinya anak angkat Nohat, dan...... dan Satar Isteri Nohat tinggal di Kati, anaknya .....
Mana kala Puteh Enah berkampung di Kuala Terap anak tunggalnya Aishah berkeluarga di Kati anak-anak Aisah yang tua Halimah di Rangcangan Ijok, Mat Arif di Ipoh, Tajul Arifin di rancangan Seratok, Pahang dan Nor Ain isteri Zulkifle cucu Che Leah tinggal di bandar RaubPahang.

Keluarga Pandak Mat Dom pula meninggalkan beberapa orang anak iaitu Mat Baharom, Alang Maarof, Haji Yahaya, Haji Mansur, Mariam dan Ngah.
Keluarga Alang Maarof berkisar di Kampung Laksa Kuala Kangsar, belakang Sekolah Menengah Chong Wah, Kuala Kangsar.; Cuma beberapa keluarga yang masih ada iaitu keluarga Kelsum, keluarga Rokiah(arwh) keluarga Ismail (arwh) Keluarga Sharun(awrh) keluarga Husin (arwh).
Keluarga Rokiah ndan Ismail ada yang jadi guru berkhidmat di Kuala Kangsar, Sorang lagi anak Alang maarof , Ibrahim pesara RRI tnggal di Kuang Selangor.Keluarga Haji Mansur bermustautin di Kuala Lumpur dan salah seorang anaknya menjdii pegawai polis.

Keluarga Hajah Tijah mempunya anak Leah, Alang Dain, Jaridah, din dan Husin.
Keluarga Leah berkampung di Chua Hilir, Kati, Kuala Kangsar. Yang masih berada di sana ialah cucunya anakanak Abdul Hamid cikgu Ali bin Abdul Hamid (pesara) Ahmad Fuad pegawai imegrasyen di Johor Baru dan Lop Ahmad Anak kedua Che Leah, Aishah bersuamikan Abdul Aziz, anak-anaknya Zulkifli di Jengka 8 Pahang, Maheran di Changkat Jambu, Habsah tinggal tua, Uztad Mansalman guru KAFA Changkat Payung, Kati beristerikan anak angkatpenulis Salbiah, cikgu Abdul Aziz Omar mengajar di SK Lubuk Merbau tinggal Liman Kati, Alawiyah di Kampung Melayu Subang, Selangor, Sabiah berdekatan dengan rumah tua dan Anisah mengikut suamipegawai penjara di Alor Star. Keluarga yang lain Alang Dain, Jaridah. Din dan Husin berkampung di Paya Renggam Padang Rengas dan seorang anaknya mengusahan perkhimatan bas sekolah dan yang lain terputus hubungan.

Haji Mat Arof cuma mempunya seorang anak sahaja iaitu Mohd Shaarin. Hajiarwh ini mempunya beberaspa orang anak, iatu Hishamudin tinggal di Chuar Kati mempunyai beberapa orang anak iaitu Hamimi seorang guru di Tasik Putri Selangor, Bakri berniaga di Kepala Batas PPinang dan beberapa orang anak perempuan, anak Shaarin yang lain Zainal Badri pesara pegawwai Pertonas bermustautuin di Pulau Pinang dan anak-anaknya tinggal di Kuala Lumpur seorang menjadi guru Azlina, seorang pegawai Petronas Shamsul Bahar,dan seorang lagi berniaga di KL. Seorang lagi anak Haji Shaarin Nazran tinggal di Shah Alam Selangor bersara dari seorang pegawai ekskutif syarikat swasta. Dua orang anaknya jurutera Petronas Azmi dan Azman dan dua lagi anaknya masih lagi belajar di IPTA. Anak bongsunya Mariam Aznin pesara kerajaan tinggal di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, mempunyai anak seorang jurutera syarikat swasta di HighTech. Kulim Nurul Ihsan, seorang lagi pensyarah di UiTM Shah Alam Nur Maizura dan seorang lagi pegawai bank diCIMB Kuala Lumpur Nurul Affendi dan dua orang lagi masih menganggur berijazah jurutera dan ICT.


p/s para bloger yang membaca blog ini cuba respon membetulkan jika ada fakta yang salah dalam ruangan komen.





Saturday, December 26, 2009

PerbincanganAwal Daeng Selili

Perjumapaan di rumah penulis dari kiri Daeng Razali, penulis, En, Fuad dan En Sallehudin



Keris pesaka simpanan En. Fuad Osman di Padang Changkat


Kepala naga di tongkat simapan En Ahmad Satar



Tongkat Pesaka



En Ahmad Satar dengan Tongkat Pesaka



Pada pertengahan Disember pakdenoran telah membuat perbincangan awal bagi menentukan kedudukan kelauarga dalam salasilah Daeng Selili. Pebincangan pertama diadakab di rumah Ahmad Satar Mahadi diserta Azmi Kader, Halim Aziz, Khairul Azhar, Raja Azmi, Taharim Ibrahim dan beberapa orang lagi dalam keluarga besar Daeng Selili. Di situ Ahmad Satar mengesahkan bahawa anak cucu Imam Kolah adalah keturunan Daeng Selili dengan menunjukan bukti bahawa dia mendapat tongkat warisan Tok Tongkat. Perbincangan berikut di rumah Fuad Osman di Padang Changkat di hadiri penulis, Ahmad Satar,Azmi dan DR Sulaiman perbincngan berkisar mengenai kekeluargaan Daeng Selili. Di sana kami dapat beberapa panduan mengenai kehidupan Daeng Selili antaranya kekeluarga DS mendapat detik istemewa jika bertemu walau pun tidak mengenali anrtara satu dengan lain kalau berinteraksi akan merasa kekeluargaan, anak cucu DS tidak boleh tiga perkara iaitu berkawan dengan anak raja, berkahwin dengan anak raja dan menjadi hamba raja dan lain-lain lagi akan sisambung kemudian.

Pertemuan berikut di rumah penuli disertai Fuad Osman dan Sallehudin Yang Razali juga berkisar mengenai kekaluargaan DS dan Sallehudin mendqpat beberapa bakat dari pesonaliti DS hinggakan beberapa anak-anaknya dipakalkan Daeng. Seeterunya di rumah pesaka Ngah Kijang di Sayong Lembah perbincangan berkisar kehidupan pesenoliti Daeng Selili dan bakat terunanan Daeng Selili pada terunanannya. Perbincangan ini diserta emapt orang anak Ngah Kijang iaitu Norizan, Razman, Fadlillah dan seorang lagi, penulis, Ahmad Satar, Taharim Ibrahim, dan Halim bersama isterinya.

Thursday, December 10, 2009

Datok Nenek Pakdenoran

Mengikut kajian yang saya buat perpandukan beberapa orang ketuurunan Daeng Selili kini dipertunjukan pokok terunanan Imam Kolah dan Anjang Saadiah, maka semua anakcucu mereka adalah dari keturunan Bugis Daeng Selili. Perlu diingat daeng selili mempunya beberapa orang isteri dan ramai anak maka ramailah keturunan Bugis Daeng selili yang lain seperti keturunan Daeng Hasanah, Daeng Osman, Daeng Abdullah, Daeng Mat Tara (ToknTongkat) Daeng Nurjilisan dan beberapa orang lagi seperti Abdul Razak, Nur Satin dan Kanda Adam.
Sesiapa yang ingin mengetahui asal keturunan boleh menghubung saya melalui ruang komen dan serta alamat email untuk saya memperkenalkan www.geni.com atau terus ke emai saya ahmadckk@gmail.com







Tuesday, December 8, 2009

Daeng Selili Haji Besar

Ianya adalah berkait dengan moyang saya juga iaitu Daeng Selili yang lebih dikenali sebagai Haji Besar dan Daeng Hanasah yang lebih dikenali sebagai Nakhoda Hitam dan La Tata Ambralla. Kedua-dua tokoh ini merupakan watak penting dalam sejarah Perak sekitar abad ke-18 tidak lama dahulu. Ceritanya begini,

Semasa dalam pelayaran balik dari Makkah setelah menunaikan fardu haji, beliau (Daeng Selili) telah singgah di Pulau Sembilan yang terletak di Kuala Sungai Perak. Disitulah Daeng Selili bertemu dengan seorang Panglima Bugis yang sangat ditakuti oleh orang-orang Belanda bernama Nakhoda Hitam. Orang-orang Belanda menganggap Nakhoda Hitam itu sebagai perompak laut yang sangat kejam dan ganas tetapi yang sebenarnya Nakhoda Hitam adalah seorang pahlawan yang sangat dihormati oleh orang-orang Bugis dan lain-lain bangsa Bumiputera di Nusantara kerana keberaniannya. Beliau dikatakan hanya menyerang dan merompak kapal-kapal Belanda sahaja. Nakhoda Hitam lebih suka menentang Belanda dimana-mana juga di perairan Nusantara tetapi dihari-hari kebelakangan, beliau lebih suka menetap di sekitar Pulau Sembilan sahaja untuk menentang dan menyerang kapal-kapal Belanda yang datang ke negeri Perak untuk membeli bijih timah. Nakhoda Hitam dipercayai tidak lagi balik ke negara asalnya iaitu Tanah Bugis setelah negeri itu ditakluk oleh Belanda semenjak dari tahun 1667. Ketika Daeng Selili sampai di Pulau Sembilan, beliau telah ditentang oleh Nakhoda Hitam. Nakhoda HItam itu dikatakan La Tata Ambralla, seorang panglima Bugis yang sangat terkenal didalam sejarah. La bererti Lelaki, Tata bererti perkasa dan Ambralla bererti Laksamana lelaki perkasa. Peristiwa berlaku bila Daeng Selili yang juga digelar Haji Besar berhenti berehat di Pulau Sembilan untuk menunaikan sembahyang dan berehat seketika dalam perjalanan pulang dari Mekah ke Sulawesi. La Tata menyangkakan Daeng Selili seorang perisik upahan Belanda lalu mengambil tindakan untuk menyerang Daeng Selili. Sebenarnya Daeng Selili dihantar ke Makkah oleh bapanya kerana beliau terlalu bengis dan bapanya berbuat demikian untuk menginsafkannya. Perdamaian berlaku bila La Tata terlihat keris bersarungkan emas dan mempunyai bentuk pajar saleh (mengikut tulisan Petri Noor Jaliah) atau Khalid (mengikut tulisan A Halim Nasir) di buntutnya yang dipakai oleh Daeng Selili yang menunjukkan beliau berketurunan Raja Bugis. Maka sudah pasti beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Belanda sekaligus menghapuskan tanggapan La Tata sebelum ini. Daeng Selili kemudiannya mengambil keputusan untuk menetap di Pulau Sembilan.

Asalnya Daeng Hanasah menyangkakan bahawa Daeng Selili itu adalah sekutu Belanda tetapi setelah melihat keris yang tersarung padanya, tahulah Daeng Hanasah bahawa Daeng Selili itu adalah saudara kandungnya yang sudah lama tidak ditemuinya. Kedua-duanya kemudian mengadap Sultan Perak pada waktu itu lalu membantu Sultan untuk mentadbir kerajaan.

Sejarah Ringka Daeng Selili

Daeng Selili adalah satu nama yang cukup gah di negeri Perak. Beliaulah yang dikatakan
memerangi lanun di Pulau Sembilan, mencadangkan sistem penggiliran Sultan Perak ( adat
Temenggung ), merupakan mufti Negeri Perak yang Pertama, dan mendapat lesen besar
mengalahkan James Bond dengan gelaran Orangkayakaya Maharajalela Pancung Tak Bertanya.

Daeng Selili juga dikatakan sahabat baik "Daeng Kuning" yang juga moyang kepada pengasas Seni Silat Gayung.Almarhum dikatakan ghaib sewaktu hendak disemadikan di Padang Changkat, Kuala Kangsar dan disepakati jasadnya digantikan dengan sebatang tongkat milik beliau.

Mencari maklumat tentang Daeng Selili di internet memberikan banyak cerita yang berbeza-
beza. Salasilah Kerajaan negeri Perak hanya menyatakan bahawa Daeng Selili berkahwin
dengan Raja Su binti Almarhum Raja Mansur, adinda kepada Sultan Muzaffar Shah III yang
memerintah negeri Perak pada tahun 1728-1752. Keturunan Daeng Selili memegang gelaran
Maharajalela di negeri Perak Darul Ridzwan. Namun kalau dilihat kepada forum-forum yang
membincangkan tentang sejarah Melayu, banyak hal-hal lain yang di ceritakan, yang
merupakan cerita-cerita yang diperturunkan oleh orang-orang terdahulu dan tidaklah
termasuk dalam sejarah rasmi. Walaubagaimanapun, saya mendapati beberapa persamaan pada cerita-cerita ini. Beberapa nama yang biasa didengar kerap muncul. Nama-nama seperti
Megat Terawis, Bugis, Daeng 5 bersaudara selalu disebut dalam cerita-cerita ini. Namun
ianya tiada dalam sejarah rasmi negeri Perak.

Sewaktu saya memulakan pengkajian silsilah, nama Daeng Selili muncul apabila dikatakan
berperang dengan moyang saya yang bernama Daeng Hanasah/Nakhoda Hitam yang dikatakan lanun yang berleluasa di perairan negeri Perak. Diperihalkan bahawa kedua mereka ini bersaudara, bahawa mereka ini keturunan Bugis Luwu dan bapa mereka adalah sultan Aceh yang beristerikan putri kepada Pajung Luwu. Tetapi seperti diceritakan di blog saya
terdahulu, fakta-fakta seperti inilah yang menyebabkan saya banyak membaca dan berfikir,
kerana terlalu banyak yang tidak konsisten. Maka inilah cerita versi baru setelah
dikajiselidik berdasarkan beberapa sumber, termasuklah Lontara Sukkuna Wajo....

Alkisahnya pada tahun 1998, Kerajaan Indonesia telah menganugerahi seorang pahlawan
nasional mereka dengan "Bintang Patra" dan "Bintang Mahaputra Aripradana" sebagai
penghargaan kepada jasa beliau yang berjuang memerdekakan Tanah Wajo dari penjajahan
kolonial Belanda. Disebalik perjuangan ini juga, tokoh ini sebenarnya juga telah berjuang
untuk menghapuskan dominasi orang-orang barat di Sulawesi Selatan. Sejarah berulang
kembali apabila keturunannya yang bergelar Dato' Maharajalela juga gugur kerana berjuang
menentang penjajahan Barat di Tanah Melayu........ Pejuang yang menerima anugerah
kerajaan Indonesia itu sebenarnya adalah Daeng Selili.

Daeng Selili sebenarnya adalah pejuang yang menerima julukan "Petta Pammadarekaengngi
Wajona To Wajoe". Beliau adalah La Maddukelleng yang dikatakan lahir pada tahun 1703
Masehi. Ayahnya bernama La Mata Esso Arung Peneki bin Sangkuru Mulajajie Arung Peneki
Mula Sellengnge Arun Matoa Wajo XII ( 1607-1610 ). Ibunya, Tenri Angka Arung Singkang,
saudara kandung La Salewangeng To Tenrirua Arung Matoa Wajo XXX ( memerintah 1715-1736 ).

Kerana inilah juga, La Maddukelleng juga dikenali dengan nama Arung Peneki dan juga Arung
Sengkang. ( Arung ialah gelaran sama seperti Raja/Pemerintah - Peneki dan Sengkang adalah nama-nama tempat ). Selili juga merupakan nama satu tenpat di Samarinda sekarang.

Menurut Lontara Sukkuna Wajo, La Maddukelleng memulakan perantauan dengan ratusan pegawai pada usia belasan tahun. Destinasi pertama beliau ialah Johor, kerana ingin bertemu
dengan saudaranya bernama Daeng Mattekko. Malangnya, setibanya beliau di Johor, didapati
saudaranya sudah dibunuh. Begitu juga dengan isteri Daeng Mattekko yang sedang mengandung... ( satu cerita yang mirip kepada satu karektor dalam sejarah Johor bernama
Megat Sri Rama, Laksamana Bintan ) Harta kekayaannya dirampas oleh To Pasarai, sepupu
Arungpone Batari Toja Daeng Talaga. La Maddukelleng juga menggunakan armada 40 buah
kapalnya membantu Daeng Perani dan saudara-saudaranya dalam peperangan di Johor dan
Kedah.

La Maddukelleng juga sebenarnya pernah mengalahkan dan memerintah Kerajaan Pasir (1726) -salah seorang isterinya merupakan anak kepada Sultan Pasir dan Kutai ( anaknya
dikahwinkan dengan Sultan Kutai ) malah dikatakan penguasaannya sampai ke kawasan
filipina sekarang. Beliau digelar "Gora'e/Bajak Laut" oleh Belanda kerana sentiasa
mengganggu kapal-kapal Belanda yang mengangkut rempah ratus dan hasil-hasil bumi yang
lain. Malah, La Maddukelleng merupakan musuh besar Belanda yang sentiasa mahu
menghapuskan beliau dan keluarganya.

Kerana inilah La Maddukelleng sentiasa berwaspada. La Maddukelleng dan armadanya datang ke Perak sewaktu zaman pemeintahan Sultan Muzaffar Shah III Perak bersama-sama dua orang anaknya yang bernama Petta Torawi dan Petta Tosiangka. Mengunakan strategi memerang lanun, beliau akhirnya berjaya menempatkan anak-anaknya di Perak tanpa memberitahu siapa sebenarnya mereka. Ini merupakan satu muslihat untuk mengkaburi mata musuh-musuhnya daripada terus memburu keluarganya dan memastikan kesinambungan perjuangan keturunannya.

La Maddukelleng sendiri kembali ke Wajo, meneruskan perjuangannya menentang penjajah
Belanda namun datang sekali sekala ke Perak. Anak-anaknya ditinggalkan di Perak, memegang jawatan penting dalam kerajaan Perak, berkahwin dengan anak-anak raja, tanpa pengetahuan Belanda. Keturunannya jugalah yang memegang jawatan Sultan Perak sehingga sekarang, hasil dari perkahwinan cucu Petta Tosiangka/Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam/Daeng Hanasah dengan almarhun Sultan Ahmaddin Shah, Sultan Perak ke 18.

Alfatihah untuk semua mereka ini.

(Menurut Lontara yang sudah dikemaskinikan, dalam susur "Limpo Batang" Lontara Sukkuna
Wajo, nama khaz sudah dimasukkan dan sekarang bergelar Andi Khairul...... )

Friday, December 4, 2009

IMAM KOLAH X ANJANG SADIAH

Pakdenoran telah membuat sedikit penyelidikan dan bertemu beberapa orang sepert DR Sulaiman Shaari, Encik Azmi Kadir,Encik Khairul Azhar, Encik Ahmad Satar, Megat Helmi, Mohamad Fuad(88) dan beberapa orang lain yang bersangkutan dengan Imam Kolah. Hasil penyelidikan bahawa Imam Kolah (IK) merupakan cicit Daeng Selili beristerikan dengan Raja Tengah anak Raja Mansor. Daeng Selili terkenal dengan beberapa gelaran itu Daeng Selili Haji Besar, Daeng Chelak dan Pancung Tak Bertanya ini semuanya ada cerita sebaliknya (akan diceritakan kemudian). Daeng Selili mempunya tiga isteri dan ramai anak. Disini cuma di ceritakan dua orang anak sahaja iaitu Daeng Abdullah dengan gelaran Tok Anjang atau Tok Enggang dan anaknya Daeng Sura iaitu bapa Imam Kolah dan Imam Tanjung. Manakala Imam Kolah beristerikan Anjang Saadiah Iaitu Anak Busu Manjang cucuDaeng Mat Tara lebih dikenali dengan Tok Tongkat dan namanya daeng Mohd Kadir cicit Daeng Selili dengan Raja Tengah jadi moyang Imam Kolah dan Anjang Sadiah ialah Daeng Selili. Jadi Pakdenoran dan setaraf dengannya merupakan keturunan keenam dengan Daeng Selili sebagai keluarga teras.

Apabila ada keluarga besar Daeng Selili mengetahui pakde salah seorang keturunan DS mereka menjemput pakde ke Selewasi Selatan menghadiri berjumpaan besar keturunan DS pada 20hb Disember ini di Sangkang Selewasi Selatan dan pakde telah mendaftar dan ingin pergi bersama-sama beberapa orang dari Kuala Kangsar ke sana (Insyaalah pakde akan dapat pergi).
Mengikut perancangan rombongan dari Perak ke Tawau Sabah pada 18.12. ini bertemu dengan kelaurga di Tawau di ketua Indra dan dari Tawau ke Nunukan dan Tarakan Kalimantan Timur dengan speedboat 2 kali selama 4 jam dan dari Tarakan naik kapal besar ke Parepare selama 10 jam (dengar kata kapal telah disewa untuk 700 orang dari Malaysia dan Kalimantan).

Sesiapa sahaja boleh melihat kajian pakde dan kawan-kawan pakde harap beri alamat email kepada pakde dan pakde boleh perkenalkan laman web www. geni.com

Monday, November 30, 2009

Keluarga Uzur Hj Sabariah

Hjh Sabariah bt Hj Abd Majid















|

Zainol Abidin Abu Baka





Salam sejahtera,
Sesiapa saudara mara yang ingin menziarahi Puan Hjh Sabariah bt Hj Abd Majid bin Hj Abd Latih yang mengalami stroke bolehlah menghubungi anak-anaknya Abd Manaf hp. 0139388684 atau Anita hp. 0125245619. Keadaannya sihat tetapi tidak boleh bertutur dengan jelas, tidak boleh berjalan dan menguruskan dirinya. Anak-anaknya itu bergilir-gilir menjaganya berulang alik samada di Pulau Pinang atau Kota Bharu.
Sama-samalah kita berdoa yang terbaik untuknya.

signed

z@@b





Wednesday, October 28, 2009

KELUARGA HAJI LATIF-TEH MAWI

Gambar-gambar ini diambil oleh Nur Aiza semasa hari keluarga.