Pages

Tuesday, December 29, 2009

Keluarga Besar Busu Manjang X Itam Ja'ilah


Busu Manjang merupakan cucu kepada Daeng Selili. Daeng Selili mempunyai empat isteri dan salah seorang isterinya Raja Tengah anak Sultan Muzafar Shah II. melaluinya wujudlah keturunan Daeng Selili di Perak, kebanyakannya tinggal di Kuala Kangsar di Kampung Sayung, Kota Lama Kanan dan Kiri. Dengan Raja Tengah DS mempunyai empat orang anak iaitu Daeng Osman, DaengNurjilisan (perempuan), Daeng Abdulah yang dikenali dengan Tok Anjang dan Tok Enggang dan yang keempat Daeng Mat Tara dan dikenali dengan Tok Tongkat atau Daeng Mohd Kader. Tok Tongkat beristerikan Bidan Jelibah dikurniakan beberapa orang anak iaitu Abdul Razak, Nur Satin(perempuan) Kanda Adam, Busu Manjang dan Khatib Panjang.

Busu Manjang mempunyai tiga orang isteri ia itu Itam Jailah, Ngah Sabiah dan Ngah saadiah. Melalui isteri pertamanya Itam Jailah dikurniakan lima orang anak iaitu Halimah, Ngah Karim, Anjang Saadiah,Uda Bait dan Fatimah, melalui isteri kedua Ngah sabiah cuma dua orang anak sahaja iaitu Andak Pauh dan Putih Lam, dengan Ngah Saadiah juga dua orang anak iatu Alang Ahmad dan Chu Esah.

Keluarga Busu Manjang dengan Itam Jailah.
anak pertamanya ialah Halimah yang meninggal di Makah semasa membuat haji,(pada masa dulu orang pergi ke Mekah menggunakan kapal layar dan berkeluarga berada dan warak. Halimah dikurniakan beberapa orang anak iatu Haji Mat Taib, Ngah Saenah,Alang Maarof, Pandak Mat Dom, Anjang Pekah, Haji Maakob, Hajah Tijah dan Mat Arof.

Keluarga Halimah binti Busu Manjang

Haji Mat Taib mempunyai beberapa orang anak iaituu Ngahg halimah, Alang Bee dan Pandak Ahmad. Keluarga Alang Bee tinggal di Sayung Masjid, Kuala Kangsar.

Ngah Saepah mempunyai beberapa orang anak iatu Sauyah, Alang Endut, Puteh Enah, Mohd Daud dan Haji Karim.
Saayah tinggal di Kati anakanaknya Sabatiah dan..... anak tunggal Sabatiah Kamarudin diKati
Keluarga Alang Endut bermustautin di Kuala Terap anak-anaknya Mak Wok, Wah dan Kak Ami Anak-anak Mak Wok iaitu Fuzi diPadang Changkat, Jamnah di Taipng dan Yong di Silibin Ipoh, Wah Naemah dan Mat om di Jengka Pahang. dan Kak Ami tinggal bersama anak menantu Suari dan suami Alias dan cucunya.Anaknya yang sulung Faridah pesara pekerja di hospital Ipoh tinggal diKampung Ahmad said, Ipoh,anak-anak yang pain Munir pesara tentera tinggal bewrdekatan dengan rumah ibunya dan yang lain bekerja di Kuala L:umpur.
Keluarga Mohd Daud pula banyak tinggal di Kuala Terengganu iaiatu kawasan Bukit Payung,
anaknya yang sulung Shamsul Arifin tinggal Atas Tol, kedua Moh Hamidi tinggal di Pengadang Baru, ketiga Sariah tinggal Atas Tol Kuala Tengganu, keempat Sulaiman(Budin) tinggal Jitra Kedah, seterusnya Inun Rodzaih (Fatimah) tinggal Bukit Chandan Nur Ishak tinggal di Neram Kuala Terengganu dan salah seorang cucu MDaud tinggal di Bukit Chandazn bernaba Seno dan seorang lagi cicitnya Azman bin Mohd Noor polis di Parit, Perak
Keluarga Haji Abdul Karim mempunyai seorang anak perempuan apayang penulis panggil Kak Bee isteri kapada Zulkifli tinggal bersama-sama anaknya di Talang Hilir Udin Kuala kangsar, Hosni seorang polis isterinya anak angkat Nohat, dan...... dan Satar Isteri Nohat tinggal di Kati, anaknya .....
Mana kala Puteh Enah berkampung di Kuala Terap anak tunggalnya Aishah berkeluarga di Kati anak-anak Aisah yang tua Halimah di Rangcangan Ijok, Mat Arif di Ipoh, Tajul Arifin di rancangan Seratok, Pahang dan Nor Ain isteri Zulkifle cucu Che Leah tinggal di bandar RaubPahang.

Keluarga Pandak Mat Dom pula meninggalkan beberapa orang anak iaitu Mat Baharom, Alang Maarof, Haji Yahaya, Haji Mansur, Mariam dan Ngah.
Keluarga Alang Maarof berkisar di Kampung Laksa Kuala Kangsar, belakang Sekolah Menengah Chong Wah, Kuala Kangsar.; Cuma beberapa keluarga yang masih ada iaitu keluarga Kelsum, keluarga Rokiah(arwh) keluarga Ismail (arwh) Keluarga Sharun(awrh) keluarga Husin (arwh).
Keluarga Rokiah ndan Ismail ada yang jadi guru berkhidmat di Kuala Kangsar, Sorang lagi anak Alang maarof , Ibrahim pesara RRI tnggal di Kuang Selangor.Keluarga Haji Mansur bermustautin di Kuala Lumpur dan salah seorang anaknya menjdii pegawai polis.

Keluarga Hajah Tijah mempunya anak Leah, Alang Dain, Jaridah, din dan Husin.
Keluarga Leah berkampung di Chua Hilir, Kati, Kuala Kangsar. Yang masih berada di sana ialah cucunya anakanak Abdul Hamid cikgu Ali bin Abdul Hamid (pesara) Ahmad Fuad pegawai imegrasyen di Johor Baru dan Lop Ahmad Anak kedua Che Leah, Aishah bersuamikan Abdul Aziz, anak-anaknya Zulkifli di Jengka 8 Pahang, Maheran di Changkat Jambu, Habsah tinggal tua, Uztad Mansalman guru KAFA Changkat Payung, Kati beristerikan anak angkatpenulis Salbiah, cikgu Abdul Aziz Omar mengajar di SK Lubuk Merbau tinggal Liman Kati, Alawiyah di Kampung Melayu Subang, Selangor, Sabiah berdekatan dengan rumah tua dan Anisah mengikut suamipegawai penjara di Alor Star. Keluarga yang lain Alang Dain, Jaridah. Din dan Husin berkampung di Paya Renggam Padang Rengas dan seorang anaknya mengusahan perkhimatan bas sekolah dan yang lain terputus hubungan.

Haji Mat Arof cuma mempunya seorang anak sahaja iaitu Mohd Shaarin. Hajiarwh ini mempunya beberaspa orang anak, iatu Hishamudin tinggal di Chuar Kati mempunyai beberapa orang anak iaitu Hamimi seorang guru di Tasik Putri Selangor, Bakri berniaga di Kepala Batas PPinang dan beberapa orang anak perempuan, anak Shaarin yang lain Zainal Badri pesara pegawwai Pertonas bermustautuin di Pulau Pinang dan anak-anaknya tinggal di Kuala Lumpur seorang menjadi guru Azlina, seorang pegawai Petronas Shamsul Bahar,dan seorang lagi berniaga di KL. Seorang lagi anak Haji Shaarin Nazran tinggal di Shah Alam Selangor bersara dari seorang pegawai ekskutif syarikat swasta. Dua orang anaknya jurutera Petronas Azmi dan Azman dan dua lagi anaknya masih lagi belajar di IPTA. Anak bongsunya Mariam Aznin pesara kerajaan tinggal di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, mempunyai anak seorang jurutera syarikat swasta di HighTech. Kulim Nurul Ihsan, seorang lagi pensyarah di UiTM Shah Alam Nur Maizura dan seorang lagi pegawai bank diCIMB Kuala Lumpur Nurul Affendi dan dua orang lagi masih menganggur berijazah jurutera dan ICT.


p/s para bloger yang membaca blog ini cuba respon membetulkan jika ada fakta yang salah dalam ruangan komen.





1 comment:

  1. Salaam Pakde,

    Bagaimana tentang persoalan yang yang saya timbul tempoh hari mengenai ada yang mengatakan Khatib panjang itu anak Busu manjang? Saya juga diberitahu oleh Maizul bahawa ada perbincangan sedikit mengenai hal ini di tawau ....boleh Pakde buat pencerahan sedikit?

    -Azmi-

    ReplyDelete