Pages

Tuesday, December 8, 2009

Sejarah Ringka Daeng Selili

Daeng Selili adalah satu nama yang cukup gah di negeri Perak. Beliaulah yang dikatakan
memerangi lanun di Pulau Sembilan, mencadangkan sistem penggiliran Sultan Perak ( adat
Temenggung ), merupakan mufti Negeri Perak yang Pertama, dan mendapat lesen besar
mengalahkan James Bond dengan gelaran Orangkayakaya Maharajalela Pancung Tak Bertanya.

Daeng Selili juga dikatakan sahabat baik "Daeng Kuning" yang juga moyang kepada pengasas Seni Silat Gayung.Almarhum dikatakan ghaib sewaktu hendak disemadikan di Padang Changkat, Kuala Kangsar dan disepakati jasadnya digantikan dengan sebatang tongkat milik beliau.

Mencari maklumat tentang Daeng Selili di internet memberikan banyak cerita yang berbeza-
beza. Salasilah Kerajaan negeri Perak hanya menyatakan bahawa Daeng Selili berkahwin
dengan Raja Su binti Almarhum Raja Mansur, adinda kepada Sultan Muzaffar Shah III yang
memerintah negeri Perak pada tahun 1728-1752. Keturunan Daeng Selili memegang gelaran
Maharajalela di negeri Perak Darul Ridzwan. Namun kalau dilihat kepada forum-forum yang
membincangkan tentang sejarah Melayu, banyak hal-hal lain yang di ceritakan, yang
merupakan cerita-cerita yang diperturunkan oleh orang-orang terdahulu dan tidaklah
termasuk dalam sejarah rasmi. Walaubagaimanapun, saya mendapati beberapa persamaan pada cerita-cerita ini. Beberapa nama yang biasa didengar kerap muncul. Nama-nama seperti
Megat Terawis, Bugis, Daeng 5 bersaudara selalu disebut dalam cerita-cerita ini. Namun
ianya tiada dalam sejarah rasmi negeri Perak.

Sewaktu saya memulakan pengkajian silsilah, nama Daeng Selili muncul apabila dikatakan
berperang dengan moyang saya yang bernama Daeng Hanasah/Nakhoda Hitam yang dikatakan lanun yang berleluasa di perairan negeri Perak. Diperihalkan bahawa kedua mereka ini bersaudara, bahawa mereka ini keturunan Bugis Luwu dan bapa mereka adalah sultan Aceh yang beristerikan putri kepada Pajung Luwu. Tetapi seperti diceritakan di blog saya
terdahulu, fakta-fakta seperti inilah yang menyebabkan saya banyak membaca dan berfikir,
kerana terlalu banyak yang tidak konsisten. Maka inilah cerita versi baru setelah
dikajiselidik berdasarkan beberapa sumber, termasuklah Lontara Sukkuna Wajo....

Alkisahnya pada tahun 1998, Kerajaan Indonesia telah menganugerahi seorang pahlawan
nasional mereka dengan "Bintang Patra" dan "Bintang Mahaputra Aripradana" sebagai
penghargaan kepada jasa beliau yang berjuang memerdekakan Tanah Wajo dari penjajahan
kolonial Belanda. Disebalik perjuangan ini juga, tokoh ini sebenarnya juga telah berjuang
untuk menghapuskan dominasi orang-orang barat di Sulawesi Selatan. Sejarah berulang
kembali apabila keturunannya yang bergelar Dato' Maharajalela juga gugur kerana berjuang
menentang penjajahan Barat di Tanah Melayu........ Pejuang yang menerima anugerah
kerajaan Indonesia itu sebenarnya adalah Daeng Selili.

Daeng Selili sebenarnya adalah pejuang yang menerima julukan "Petta Pammadarekaengngi
Wajona To Wajoe". Beliau adalah La Maddukelleng yang dikatakan lahir pada tahun 1703
Masehi. Ayahnya bernama La Mata Esso Arung Peneki bin Sangkuru Mulajajie Arung Peneki
Mula Sellengnge Arun Matoa Wajo XII ( 1607-1610 ). Ibunya, Tenri Angka Arung Singkang,
saudara kandung La Salewangeng To Tenrirua Arung Matoa Wajo XXX ( memerintah 1715-1736 ).

Kerana inilah juga, La Maddukelleng juga dikenali dengan nama Arung Peneki dan juga Arung
Sengkang. ( Arung ialah gelaran sama seperti Raja/Pemerintah - Peneki dan Sengkang adalah nama-nama tempat ). Selili juga merupakan nama satu tenpat di Samarinda sekarang.

Menurut Lontara Sukkuna Wajo, La Maddukelleng memulakan perantauan dengan ratusan pegawai pada usia belasan tahun. Destinasi pertama beliau ialah Johor, kerana ingin bertemu
dengan saudaranya bernama Daeng Mattekko. Malangnya, setibanya beliau di Johor, didapati
saudaranya sudah dibunuh. Begitu juga dengan isteri Daeng Mattekko yang sedang mengandung... ( satu cerita yang mirip kepada satu karektor dalam sejarah Johor bernama
Megat Sri Rama, Laksamana Bintan ) Harta kekayaannya dirampas oleh To Pasarai, sepupu
Arungpone Batari Toja Daeng Talaga. La Maddukelleng juga menggunakan armada 40 buah
kapalnya membantu Daeng Perani dan saudara-saudaranya dalam peperangan di Johor dan
Kedah.

La Maddukelleng juga sebenarnya pernah mengalahkan dan memerintah Kerajaan Pasir (1726) -salah seorang isterinya merupakan anak kepada Sultan Pasir dan Kutai ( anaknya
dikahwinkan dengan Sultan Kutai ) malah dikatakan penguasaannya sampai ke kawasan
filipina sekarang. Beliau digelar "Gora'e/Bajak Laut" oleh Belanda kerana sentiasa
mengganggu kapal-kapal Belanda yang mengangkut rempah ratus dan hasil-hasil bumi yang
lain. Malah, La Maddukelleng merupakan musuh besar Belanda yang sentiasa mahu
menghapuskan beliau dan keluarganya.

Kerana inilah La Maddukelleng sentiasa berwaspada. La Maddukelleng dan armadanya datang ke Perak sewaktu zaman pemeintahan Sultan Muzaffar Shah III Perak bersama-sama dua orang anaknya yang bernama Petta Torawi dan Petta Tosiangka. Mengunakan strategi memerang lanun, beliau akhirnya berjaya menempatkan anak-anaknya di Perak tanpa memberitahu siapa sebenarnya mereka. Ini merupakan satu muslihat untuk mengkaburi mata musuh-musuhnya daripada terus memburu keluarganya dan memastikan kesinambungan perjuangan keturunannya.

La Maddukelleng sendiri kembali ke Wajo, meneruskan perjuangannya menentang penjajah
Belanda namun datang sekali sekala ke Perak. Anak-anaknya ditinggalkan di Perak, memegang jawatan penting dalam kerajaan Perak, berkahwin dengan anak-anak raja, tanpa pengetahuan Belanda. Keturunannya jugalah yang memegang jawatan Sultan Perak sehingga sekarang, hasil dari perkahwinan cucu Petta Tosiangka/Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam/Daeng Hanasah dengan almarhun Sultan Ahmaddin Shah, Sultan Perak ke 18.

Alfatihah untuk semua mereka ini.

(Menurut Lontara yang sudah dikemaskinikan, dalam susur "Limpo Batang" Lontara Sukkuna
Wajo, nama khaz sudah dimasukkan dan sekarang bergelar Andi Khairul...... )

7 comments:

  1. yang menggunakan nama merah silau tu siapa?
    kalau tidak silap apa yang dipaparkan disini tidak sama denan karya merak silau

    ReplyDelete
  2. Salaam Pak De,
    Tahun 2010 telah hampir masuk bulan yang ke 5 nie masih tidah ada article baru ke. Sungguh kalau ada kelapangan Pak De eloklah mula menulis kembali ya.
    Terima kasih.

    Khairul Azhar Ramli (Jaa)
    Riyadh 20th April 2010

    ReplyDelete
  3. salam Pak De,
    ada lagi beberapa riwayat & kajian yang mengatakan Daeng Selili ini adalah jg keturunan Rasulullah melalui Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani & Sayidina Hassan(cucu Baginda Rasul) yang ramai di rantau Asia khususnya Kepulauan Melayu. Antara rujukan : http://www.freewebs.com/datu_luwu/ahlulbait.htm dan http://www.freewebs.com/datu_luwu/salahsilahalhassani.htm .. wallahu'alam; Rozana Abu Bakar(atau Bt noriah binti 1.Abdul Majid bin 2.Abdul Latif/Lateh bin 3.Imam Kolah bin 4.Daeng Sura bin 5. Daeng Abdullah bin 6.**Daeng Selili/Daeng Sedili Pajung Luwuk/Maharaja Tan Lela Pancung Tak Bertanya)

    ReplyDelete
  4. Salam Pak De,

    Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut apa kaitan Daeng Selili dengan Tun Seri Wani dan siapakah Tuk Temong. Untuk pengetahuan Pak De, saya merupakan salah seorang cicit kepada Teh Kelsom (bidan diraja). Diharap Pak De dapat huraikan salasilah tersebut. Terima kasih Pak De

    ReplyDelete
  5. salam Pak de,

    arwah ibu saya mengatakan dia keturunan bugis dari daeng selili...memang saya ada ramai saudara mara yang tinggal di kg padang changkat kuala kangsar perak.....adakah benar penduduk yg tinggal di kg padang changkat adalah keturunan daeng selili...harap pak de dapat huraikan salasilah tersebut.....

    ReplyDelete
  6. AHLUL BAIT, CELAH ANTARA SUNNI DAN SYIAH

    Dlm Al Quran yang menyebut ‘ahlulbait’, rasanya ada 3 (tiga) ayat dan 3 surat.

    1. QS. 11:73: Para Malaikat itu berkata: “Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah”.

    2. QS. 28:12: Dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mau menyusukan(nya) sebelum itu; maka berkatalah Saudara Musa: ‘Maukahkamu aku tunjukkan kepadamu ‘ahlulbait’ yang akan memeliharanya untukmu, dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?

    3. QS. 33:33: “…Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu ‘ahlulbait’ dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”.

    Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya QS. 33: 28, 30 dan 32, maka makna para ahlulbait adalah para isteri Nabi Muhammad SAW.

    Sedangkan ditinjau dari sesudah ayat 33 yakni QS. 33:34, 37 dan 40 maka penggambaran ahlulbaitnya mencakup keluarga besar Nabi Muhammad SAW. para isteri dan anak-anak beliau.

    Jika kita kaitkan dengan makna ketiga ayat di atas dan bukan hanya QS. 33:33, maka lingkup ahlul bait tersebut sifatnya menjadi universal terdiri dari:

    1. Kedua orang tua Saidina Muhammad SAW.

    2. Saudara kandung Saidina Muhammad SAW.

    3. Isteri-isteri beliau.

    4. Anak-anak beliau baik perempuan maupun laki-laki. Khusus anak lelaki beliau yang berhak menurunkan ‘nasab’-nya, sayangnya tak ada yang hidup sampai anaknya dewasa.

    Bagaimana tentang pewaris tahta ‘ahlul bait’ dari Bunda Fatimah?. Ya jika merujuk pada QS. 33:4-5, jelas bahwa Islam tidaklah mengambil garis nasab dari perempuan kecuali bagi Nabi Isa Al Masih yakni bin Maryam. ya jika merujuk pada Al Quran maka anak Bunda Fatimah dengan Saidina Ali tidaklah bisa mewariskan nasab Saidina Muhammad SAW.
    Bagaimana Saidina Ali bin Abi Thalib, anak paman Saidina Muhammad SAW, ya jika merujuk pada ayat-ayat ahlul bait pastilah beliau bukan termasuk kelompok ahlul bait. Jadi, anak Saidina Ali bin Abi Thalib baik anak lelakinya mapun perempuan, otomatis tidaklah dapat mewarisi tahta ‘ahlul bait’.

    Kesimpulan dari tulisan di atas, maka pewaris tahta ‘ahlul bait’ yang terakhir hanya tinggal bunda Fatimah. Berarti anaknya Saidina Hasan dan Husein bukanlah pewaris tahta AHLUL BAIT.

    Dengan demikian sudah waktunya kita menutup debat dan perbincangan masalah Ahlul Bait ini. Fihak-fihak baik kelompok sunni, habaib maupun kelompok syiah yang selama ini saling mengklaim bahwa mereka adalah keturunan ahlul bait itu, sebenarnya ridak ada haknya sebagai pewaris ahlul bait akibatnya telah menimbulkan peruncingan hubungan sesama Muslim.

    ReplyDelete
  7. berbelit nak translate bila tengok nama tu .... @_@

    ReplyDelete