Ianya adalah berkait dengan moyang saya juga iaitu Daeng Selili yang lebih dikenali sebagai Haji Besar dan Daeng Hanasah yang lebih dikenali sebagai Nakhoda Hitam dan La Tata Ambralla. Kedua-dua tokoh ini merupakan watak penting dalam sejarah Perak sekitar abad ke-18 tidak lama dahulu. Ceritanya begini,
Semasa dalam pelayaran balik dari Makkah setelah menunaikan fardu haji, beliau (Daeng Selili) telah singgah di Pulau Sembilan yang terletak di Kuala Sungai Perak. Disitulah Daeng Selili bertemu dengan seorang Panglima Bugis yang sangat ditakuti oleh orang-orang Belanda bernama Nakhoda Hitam. Orang-orang Belanda menganggap Nakhoda Hitam itu sebagai perompak laut yang sangat kejam dan ganas tetapi yang sebenarnya Nakhoda Hitam adalah seorang pahlawan yang sangat dihormati oleh orang-orang Bugis dan lain-lain bangsa Bumiputera di Nusantara kerana keberaniannya. Beliau dikatakan hanya menyerang dan merompak kapal-kapal Belanda sahaja. Nakhoda Hitam lebih suka menentang Belanda dimana-mana juga di perairan Nusantara tetapi dihari-hari kebelakangan, beliau lebih suka menetap di sekitar Pulau Sembilan sahaja untuk menentang dan menyerang kapal-kapal Belanda yang datang ke negeri Perak untuk membeli bijih timah. Nakhoda Hitam dipercayai tidak lagi balik ke negara asalnya iaitu Tanah Bugis setelah negeri itu ditakluk oleh Belanda semenjak dari tahun 1667. Ketika Daeng Selili sampai di Pulau Sembilan, beliau telah ditentang oleh Nakhoda Hitam. Nakhoda HItam itu dikatakan La Tata Ambralla, seorang panglima Bugis yang sangat terkenal didalam sejarah. La bererti Lelaki, Tata bererti perkasa dan Ambralla bererti Laksamana lelaki perkasa. Peristiwa berlaku bila Daeng Selili yang juga digelar Haji Besar berhenti berehat di Pulau Sembilan untuk menunaikan sembahyang dan berehat seketika dalam perjalanan pulang dari Mekah ke Sulawesi. La Tata menyangkakan Daeng Selili seorang perisik upahan Belanda lalu mengambil tindakan untuk menyerang Daeng Selili. Sebenarnya Daeng Selili dihantar ke Makkah oleh bapanya kerana beliau terlalu bengis dan bapanya berbuat demikian untuk menginsafkannya. Perdamaian berlaku bila La Tata terlihat keris bersarungkan emas dan mempunyai bentuk pajar saleh (mengikut tulisan Petri Noor Jaliah) atau Khalid (mengikut tulisan A Halim Nasir) di buntutnya yang dipakai oleh Daeng Selili yang menunjukkan beliau berketurunan Raja Bugis. Maka sudah pasti beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Belanda sekaligus menghapuskan tanggapan La Tata sebelum ini. Daeng Selili kemudiannya mengambil keputusan untuk menetap di Pulau Sembilan.
Asalnya Daeng Hanasah menyangkakan bahawa Daeng Selili itu adalah sekutu Belanda tetapi setelah melihat keris yang tersarung padanya, tahulah Daeng Hanasah bahawa Daeng Selili itu adalah saudara kandungnya yang sudah lama tidak ditemuinya. Kedua-duanya kemudian mengadap Sultan Perak pada waktu itu lalu membantu Sultan untuk mentadbir kerajaan.
salam.nakhoda hitam ialah daeng hanasah atau petta tosiangka. la tata amrala ialah orang berlainan. la tata amrala ialah panglima hitam. bukan nakhoda hitam. la tata amrala atau keraeng lakiung atau la banna to asa adalah panglima perang daeng selili. makam nya juga ada di kula kangsar.jangan terkeliru di situ....
ReplyDeleteAssalammualaikum,
ReplyDeleteData-data yang ada diPerak akan membuat anak cucu Daeng Selili bertambah sesat.Terutamanya anak cucu dari perkahwinan Daeng Selili dengan Raja Su.Ini disebabkan cerita yang mahu dibentangkan tiada kena mengena dengan cerita mulut kemulut diPerak nie. Pergi cari Lontara Sukunna Wajo dan cari Pak Perbicara yang ada diSusel bukan menulis tanpa fakta yang sah. Cari rahsia siapa sebenarnya Peta To Siangka, Daeng Hanasah, Panji Alam,La Bana To Asak dan juga La Maddukkelleng. Dan jangan lupa juga Laksamana Nakhoda Hitam itu adalah jawatan serupa juga Dato Sagor dan Dato Maharajalela. Mereka itu Lima orang yang berbeza, siapa sebenarnya anak dan siapa sebenarnya bapa? Cuba cari tahun dan tarikh lahir mereka dalam Lontara Sukunna Wajo'. Data yang dibentang olih Pak De dan juga Daeng Janggut tidak tepat dan memalukan keturunan sendiri.Wassalam.
Salam Pak De,
ReplyDeleteRasernyer kalau nak tunggu jumpa Pk Perbicara diWajo lambat lagi kuttt...nak cari Lontara Sukunna Wajo pun mungkin tak jumpa. Olih itu bior ler teman selesaikan sedikit kekusutan yang sedia ada dan ramai tidak tahu rahsia ini. Petta To' Siangka dan Daeng Hanasah adalah anak tiri kepada La Maddukkelleng @ Daeng Selili; Panji Alam dan La Banna To' Asak adalah anak kepada La Maddukkelleng bersama We Camba. Olih itu mereka berempat adalah adek beradek tiri dari satu ibu. Panji Alam dan La Banna To' Asak masing-masing ada seorang anak dan diperlihara olih Daeng Hanasah tetapi anak kepada To' Asak telah membawa diri keKg Makassar Pahang. Adilnya Daeng Selili, beliau berikan jawatan Laksamana Nakhoda Hitam/ Mahkota Alam kepada Daeng Hanasah kerana anak tirinya berlaku adil dan jujur. Petta To' Siangka tiada anak diPerak, beliau meninggal dunia diSusel/Wajo'. Mereka ini mempunyai nama yang berbagai, Panji Alam ada nama yang sebenar,tapi biaor ler rahsia buat masa ini.Wassalam.
salam Pak De,
ReplyDeleteada lagi beberapa riwayat & kajian yang mengatakan Daeng Selili ini adalah jg keturunan Rasulullah melalui Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani & Sayidina Hassan(cucu Baginda Rasul) yang ramai di rantau Asia khususnya Kepulauan Melayu. Antara rujukan : http://www.freewebs.com/datu_luwu/ahlulbait.htm dan http://www.freewebs.com/datu_luwu/salahsilahalhassani.htm .. wallahu'alam