Pakdenoran telah membuat sedikit penyelidikan dan bertemu beberapa orang sepert DR Sulaiman Shaari, Encik Azmi Kadir,Encik Khairul Azhar, Encik Ahmad Satar, Megat Helmi, Mohamad Fuad(88) dan beberapa orang lain yang bersangkutan dengan Imam Kolah. Hasil penyelidikan bahawa Imam Kolah (IK) merupakan cicit Daeng Selili beristerikan dengan Raja Tengah anak Raja Mansor. Daeng Selili terkenal dengan beberapa gelaran itu Daeng Selili Haji Besar, Daeng Chelak dan Pancung Tak Bertanya ini semuanya ada cerita sebaliknya (akan diceritakan kemudian). Daeng Selili mempunya tiga isteri dan ramai anak. Disini cuma di ceritakan dua orang anak sahaja iaitu Daeng Abdullah dengan gelaran Tok Anjang atau Tok Enggang dan anaknya Daeng Sura iaitu bapa Imam Kolah dan Imam Tanjung. Manakala Imam Kolah beristerikan Anjang Saadiah Iaitu Anak Busu Manjang cucuDaeng Mat Tara lebih dikenali dengan Tok Tongkat dan namanya daeng Mohd Kadir cicit Daeng Selili dengan Raja Tengah jadi moyang Imam Kolah dan Anjang Sadiah ialah Daeng Selili. Jadi Pakdenoran dan setaraf dengannya merupakan keturunan keenam dengan Daeng Selili sebagai keluarga teras.
Apabila ada keluarga besar Daeng Selili mengetahui pakde salah seorang keturunan DS mereka menjemput pakde ke Selewasi Selatan menghadiri berjumpaan besar keturunan DS pada 20hb Disember ini di Sangkang Selewasi Selatan dan pakde telah mendaftar dan ingin pergi bersama-sama beberapa orang dari Kuala Kangsar ke sana (Insyaalah pakde akan dapat pergi).
Mengikut perancangan rombongan dari Perak ke Tawau Sabah pada 18.12. ini bertemu dengan kelaurga di Tawau di ketua Indra dan dari Tawau ke Nunukan dan Tarakan Kalimantan Timur dengan speedboat 2 kali selama 4 jam dan dari Tarakan naik kapal besar ke Parepare selama 10 jam (dengar kata kapal telah disewa untuk 700 orang dari Malaysia dan Kalimantan).
Sesiapa sahaja boleh melihat kajian pakde dan kawan-kawan pakde harap beri alamat email kepada pakde dan pakde boleh perkenalkan laman web www. geni.com
No comments:
Post a Comment