Pages

Sunday, April 12, 2009

Berita Keluarga Haji Abas bin Haji Latih

Dengan kehendak ALLAH dan rahsianya keluarga ini memerima beberapa ujian dan dugaan ALLAH terhadap maklohnya.

1. saudara tua saya (penulis) Haji Ramli pada bulan Disembar tahun lepas telah dimasukan ICU di hospital Pulau Pinang kerana masaalah jamtung dan paru selama sebulan dan kini dengan kehendak dan hikmah ALLAH telah hampir sembuh dan tinggal di rumahnya di Bukit Mertajam di bawah jagaan anak bongsunya seorang doktor.(Pada 1 Mei ini saudara adik beradiknya akan ke Bukit Mertajam untuk membuat sedikit kenduri kesyukuran)

2. pada bulan Julai tahun lepas 2008 isteri penulis telah disah mendapat kanser payu dara, pada bulan seterusnya menjalani pembedahan membuang payu dara kanan, menjalan kimotrapi dan radiotrapi beberapa kali dan kini telah sihat seperti biasa tetapi tinggal bersama anak menantu di Kuala Lumpur.

3. Pada bulan Disember sewaktu Nur Maizura bersiap sedia dan menanti surat dari pihak berkuasa untuk melanjutkan pelajaran PHD di New Zealand, dengan kehendak ALLAH anak keduanya Nuha mendapat demam panas dengan kesluruhan badannya merah. Anaknya itu di bawa keklinik dan dinasihatkan pergi hospital dan terus dibawa ke Hospital Pantai di Petaling Jaya. Di sana dimasukan wak selama lima hari dan disahkan oleh doktor pakar mendapat penyakit yang jarang diketemui iaiatu virus kawasaki. Penyakit ini melibatkan darah membeku hingga ke 800 dimana biasayan orang biasa setakat 150 ke 200 sahaja, disampning itu jantungnya didapati bengkak. Kos berbelanjaan semasa lima hari di Hospital pantai memcecah 18,000RM. Anaknya di keluarkan dari hospital dan menerima rawatan seminggu sekali dengan kos rawatan dan consultan 500RM seminggu. Pada masa kini kebekuan darahnya telah menurun dan bengkak jantung hampir pulih dan rawatan mingguan dua kali seminggu dengan bersyukur kepada ALLAH dia hampir pulih. Emaknya batalkan melanjutkan pelajaran diNZ sebaliknya membuat PHD didalam negara di UiTM.

4. pada bulan lepas haji Nazri mendapat cucu baru anak Intan di Teluk Intan, cucu baru ini dimasukan he ICU selama dua minggu di hospital Teluk Intan dan pada awal April ini dirujuk ke IJN Kuala Lumpur dengan hikmaH ALLAH cucunya ini sihat di rumah besannya di Teluk Intan

5. sepupu penulis apa yang kami panggil Nyah Din biasanya tinggal di rumahnya Sayong Lembah tapi kini kurang sihat kerana tua umurnya 80 tahun tinggal bersama anaknya Hasmi di Bidor.

4. sepupu penulis juga kak bibi yang menetap di Nibong Tebal talah diserang mild strok kini sedang dirawat di HBKL wak 16 tingkat 4.

6. Rani tinggal di Kuang Selangor juga kurang sihat kerana masalah jantung beberapa kali di masukan wak di hospital Sungai Buluh dan pada bulan sudah dirujuk ke IJN juga dibawah perhatian IJN tapi kini beransur pulih dengan pergerakan yang terbatas.


Jika ada lain-lain berita keluarga diharapkan dapat disampaikan kepeda saya melalui komen atau email ahmadckk@gmail.com

Saturday, April 11, 2009

Abdul Malik bin Zambri bin Hj Majid bin Hj Latih

Saya terjumpa salah seorang keluarga Imam Kolah tertinggal dan terpinggir rupa-rupa nya orang Singapura. Saya mengucap syukur dan terima kasih kepada keluarga tersebut yang mahu menghubungi saya melalui blog ini


Assalamualaikum wr.br.
Yg saya hormati Hj Ahmad (aka Pakdenooran) berikut adalah kenyataan keluarga Hj Zambri dgn
Isteri Pertama di Singapura .
Bernikah dgn Isteri pertama Hajah Umirah Bte Tarban (ktn Jawa) pada tahun 1960 dan berpisah
pada thn 1964. Dikurniakan hanya seorang anak lelaki - Abdul Malik Bin Zambri pada thn 1961.
Abdul Malik bernikah dgn Rohani bte Yatim pada thn 1982 dan dikurniakan 3 anak perempuan dan
seorang anak lelaki. -
1. Ustzh Nurdiyanti, 26 thn sedang mengajar di Sri Ayesha Islamic School di Bangi, sudah bernikah dgn Ahmad Firdaus seorang pegawai Eksekutif di KUIS, & mempunyai seorang anak lelaki
Ahmad Ilham Fatih. & telah bermastautin di Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Selangor.
2. Ustzh Nurul Yani 21 thn, seorang Guru Bebas di beberapa Instituisi Islam di Singapura.
3. Nur Atiqah 18 thn seorang mahasiswi di KUIS mengikuti jurusan Perakaunan.
4. Ahmad Noor Hakim 13 thn, Penuntut tingkatan 1 di Madrasah Aljuneid Al Islamiah (Singapura)
dan akan meneruskan Pengajian Islam di Mahadin Islamic Institute of Kuwait selama 5
tahun, dan akan berangkat pada September 2009, atas biasiswa penuh Kerajaan Kuwait.
Saya seorang Self Employed, masih bekerja di Singapura, dan bermastautin di Taman Pulai Indah Johor
Baru. Saya menjaga ibu saya yg masih sihat dan tinggal di Singapura. Isteri saya seorang suri rumah.
Ini saja yg dapat saya lapurkan, sila hubungi saya sekiranya ada sebarang soalan. wassalam.
Abdul Malik Bin Zambri (Zamree) rmh : 075586315 hp : 0173802471 atau hp sgp +6594523563.

Saturday, April 4, 2009

Keluarga Mahadi bin Itam Bakar bin Imam Kolah

Keluarga seterusnya anak kelima Itam Bakar ialah Mahadi beristerikan Halimah tinggal di Lubuk Merbau Kuala Kangsar. Pasangan ini dikurniakan tujuh orang anak yang sulung perempuan, yang dikenali sebagai Nik bersuamikan Saharudin tinggal di Lubuk Merbau mempunyai beberapa orang anak iaitu Nor Aini, Nor Ainon, Nor Azizah Zulkifli, Kamarul Baharin, dan Nor Aida.Anak-anaknya benyakan berkerja sebagai jrurrawat di hospital kerajaan dan ada juga tinggal bersama ibubapanya di Lubuk Merbau.

Kedua Zaitun bersuamikan Mustapha tinggal di Kampung Basong Kuala kangsar. Pasangan ini mempunyai beberapa orang anak pertaman Kamarul Azlan seorang pegawai kerajaan di Putra Jaya. Kedua Samsul Kamal, Rosmaliza dan Fairuz.

Anak Mahadi ketiga apa yang dipanggil sebagai Andak bersuamikan seorang pegawai polis Mat Zelan salah seorang anak cucu Imam Kolah piut kepada Imam Kolah cicit kepada Hjh Inah cucu kepada Hj Saad dan anak kepada Raesah tinggal di Taman Pewira Ipoh. Pasangan ini merupakan pasangan anak saudara dengan emak saudara.
Mereka dikuniakan tujuh orang anak Marina, Zafarullah seorang pegawai bank di CIMB bank di ibu pejabat Kuala Lumpur, Tariq, Muklis, Maslinda, Ashraf dan Malina.

Keempat Sariah bersuamikan Khairi mempunyai beberapa orang anak iaitu Suzy, Rizal, Sharin dan Rohana.

Kelima Ali Basha berpasangan bengan Norlia tinggal bersama ibunya di Lubuk Merbau. Ali Basha seorang kakitangan Plus di Kuala Kangsar di kurniakan lapan orang anak yang masih lagi bersekolah dan kecil Maizatul, Syafie, Suhabil, Ibrahim, Sidiq, Mardihah, Ilias, dan Saidah.

Seterusnya Nor Aisiah bersuamikan Kamarul Basha. Pasangan in cuma dua orang anak sahaja iaitu Syakmin ddan Syafika. Keluarga ini tinggal di Kampung Ceras Baru Kuala Lumpur.

Anak bongsu Mat Satar beristerikan Ju juga dua orang anak Mat Sufian dan Fatin.

Maaf terdapat kesalahan fakta dan informasi, sesiapa yang mengatahui keluarga ini sila buat respon di ruangan komen atau email kapada saya ahmadckk@gmail.com

Friday, April 3, 2009

Keluarga Anjang Rahim bin Itam Razak bin Imam Kolah

Abdul Rahim merupakan anak keempat Itam Razzak rasanya tinggal di Kampung Boyan Taiping, dikurniakan beberapa orang anak pertama Abdul Hamid bersapangan dengan Ani juga tinggal di Taiping mempunya dua orang anak sahaja iatu Muzafarshah dan salim.

Kedua Nordin beristerihan Sharifah Aini dikurniakan enam orang anak juga tinggal di Taiping iaitu Suhaili, Zunaidah,Suhaila,Zila Mala dan Intan Mahana,

Anak ketiga Zaharah bersuamikan Muhamad tinggal di Taiping kapung Boyan, dikurniakan beberapa orang anak Mahadir, Dainalislam, Sharulmizan dan Nurfazilah. Sharul nizan berkerja di Ipoh jabatan perangkaan negara dan berulang alik dari Taipinh ke Ipoh setiap hari.

Saya harap salah seorang dari keluarga ini memberi respon kerana blog ini tidak lengkap diharqapkan tulis dalam komen atau email kepada saya ahmadckk@gmail.com