Pages

Friday, April 3, 2009

Keluarga Anjang Rahim bin Itam Razak bin Imam Kolah

Abdul Rahim merupakan anak keempat Itam Razzak rasanya tinggal di Kampung Boyan Taiping, dikurniakan beberapa orang anak pertama Abdul Hamid bersapangan dengan Ani juga tinggal di Taiping mempunya dua orang anak sahaja iatu Muzafarshah dan salim.

Kedua Nordin beristerihan Sharifah Aini dikurniakan enam orang anak juga tinggal di Taiping iaitu Suhaili, Zunaidah,Suhaila,Zila Mala dan Intan Mahana,

Anak ketiga Zaharah bersuamikan Muhamad tinggal di Taiping kapung Boyan, dikurniakan beberapa orang anak Mahadir, Dainalislam, Sharulmizan dan Nurfazilah. Sharul nizan berkerja di Ipoh jabatan perangkaan negara dan berulang alik dari Taipinh ke Ipoh setiap hari.

Saya harap salah seorang dari keluarga ini memberi respon kerana blog ini tidak lengkap diharqapkan tulis dalam komen atau email kepada saya ahmadckk@gmail.com

1 comment:

  1. As'kum
    04/04/2009
    Apa khabar semua.
    Saya Shahrul Nizam, anak kepada Allahyarhamah Zaharah (anak Mak Kiah Anjang).
    Sebenarnya penerangan salahsilah bagi pihak Allahyarham Rahim ini iaitu datuk saya telah dibuat banyak kali tapi nampaknya sentiasa jadi isu... mcam misteri pula. Saya rasa dengan penerangan ini, semua masalah selesai. Jika kekurangan kita akan perbaiki dimasa hadapan.
    Kisah Allahyarham Abdul Rahim (Datuk saya).
    Abdul Rahim ini beristerikan Allahyarhamah Rokiah bt Yeob Nuruddin. Datuk saya berasal daripada Sayong, Perak, manakala Opah pula berasal dari Parit, Perak juga.
    Daripada pasangan ini, mempunyai 4 orang anak. Salah seorang anaknya meninggal semasa kecil. Tiga orang anak-anaknya ialah:
    1) Allahyarham Abdul Hamid
    - sebelum ini tinggal di Keramat, KL.
    2) En. Nordin
    - masih tinggal di Taman Saujana, Taiping.
    3) Allahyarham Zaharah bt Abdul Rahim
    - tinggal di Kg. Boyan, Taiping.
    1) Salahsilah Allahyarham Abdul Hamid
    Bekas isteri beliau bernama makcik Ani dah masih hidup dan tinggal di Sayong, Perak. Cuma kadangkala tinggal bersama anak perempuannya iaitu Salina di Kajang, Selangor.
    Pasangan ini mempunyai 2 orang anak, iaitu:
    a) Muzaffar Shah
    Isteri beliau Rohaya dan mempunyai 5 orang anak, iaitu 4 lelaki dan bongsu perempuan. Kini tinggal di Bandar Enstek, Sepang (berhampiran KLIA)
    b) Salina
    Suami beliau adalah Muhammad dan juga mempunyai 5 orang anak, iaitu 3 perempuan manakala 2 lelaki. Kini tinggal di Kajang, Selangor.
    2) Salahsilah En. Nordin
    Isteri beliau ialah Ani. Pasangan ini mempunyai 6 orang anak. Kini tinggal di Taman Saujana, Taiping, Perak.
    Makluman anak-anak beliau:
    a) Mohd Suhaimi
    Beliau telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Kini tinggal di Semenyih, Selangor.
    b) Zuraida (Eda)
    Beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Kini tinggal di Bukit Mertajam, P.Pinang.
    c) Chela
    Beliau telah berkahwin. Kini tinggal di Damansara, KL.
    d) Uji
    Beliau telah berkahwin dan mempunyai 2 anak. Kini tinggal di Damansara, KL.
    e) Normala
    Beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Kini tinggal di P.Pinang.
    f) Intan
    Beliau telah berkahwin dan sedang mengandung. Kini tinggal di Taiping.
    3) Salahsilah Allahyarhamah Zaharah (Ibu saya)
    Ayah saya bernama Ahmad bin Yeob Nasir dan meninggal pada tahun 1983. Beliau berasal daripada Kuala Kangsar, Perak.
    Ibu saya meninggal dunia pada tahun 1995. Kami banyak berpindah mengikut kareer ayah, tapi selepas ayah meninggal dunia, kami menetap di Kg. Boyan, Taiping.
    Kami mempunyai 4 orang adik-beradik:
    a) Mohd Khidir Zulkarnaini
    Tinggal di Kg. Boyan, Taiping.
    b) Dainel Azlan
    Telah berkahwin dengan Kak Ju. Mempunyai 2 orang anak iaitu Norhani dan Hakimi. Kini menetap di Batu Gajah. Perak.
    c) Shahrul Nizam (saya)
    Kini bekerja dan menetap di Shah Alam, Selangor.
    d) Norfazilah
    Telah berkahwin dengan Nor Alfa. Mempunyai seorang anak iaitu Ahmad Zinnin. Kini menetap di Putrajaya.
    Itulah serba sedikit makluman keluarga Abdul Rahim. Insyaallah dari masa ke semasa kita boleh menambahbaikkan dan menyumbang lebih banyak maklumat keluarga.
    Insyallah dengan berkongsi maklumat keluarga dan penjumpaan keluarga, Silaturrahim kekal dan diredaiNya.
    TK

    ReplyDelete