Dengan kehendak ALLAH dan rahsianya keluarga ini memerima beberapa ujian dan dugaan ALLAH terhadap maklohnya.
1. saudara tua saya (penulis) Haji Ramli pada bulan Disembar tahun lepas telah dimasukan ICU di hospital Pulau Pinang kerana masaalah jamtung dan paru selama sebulan dan kini dengan kehendak dan hikmah ALLAH telah hampir sembuh dan tinggal di rumahnya di Bukit Mertajam di bawah jagaan anak bongsunya seorang doktor.(Pada 1 Mei ini saudara adik beradiknya akan ke Bukit Mertajam untuk membuat sedikit kenduri kesyukuran)
2. pada bulan Julai tahun lepas 2008 isteri penulis telah disah mendapat kanser payu dara, pada bulan seterusnya menjalani pembedahan membuang payu dara kanan, menjalan kimotrapi dan radiotrapi beberapa kali dan kini telah sihat seperti biasa tetapi tinggal bersama anak menantu di Kuala Lumpur.
3. Pada bulan Disember sewaktu Nur Maizura bersiap sedia dan menanti surat dari pihak berkuasa untuk melanjutkan pelajaran PHD di New Zealand, dengan kehendak ALLAH anak keduanya Nuha mendapat demam panas dengan kesluruhan badannya merah. Anaknya itu di bawa keklinik dan dinasihatkan pergi hospital dan terus dibawa ke Hospital Pantai di Petaling Jaya. Di sana dimasukan wak selama lima hari dan disahkan oleh doktor pakar mendapat penyakit yang jarang diketemui iaiatu virus kawasaki. Penyakit ini melibatkan darah membeku hingga ke 800 dimana biasayan orang biasa setakat 150 ke 200 sahaja, disampning itu jantungnya didapati bengkak. Kos berbelanjaan semasa lima hari di Hospital pantai memcecah 18,000RM. Anaknya di keluarkan dari hospital dan menerima rawatan seminggu sekali dengan kos rawatan dan consultan 500RM seminggu. Pada masa kini kebekuan darahnya telah menurun dan bengkak jantung hampir pulih dan rawatan mingguan dua kali seminggu dengan bersyukur kepada ALLAH dia hampir pulih. Emaknya batalkan melanjutkan pelajaran diNZ sebaliknya membuat PHD didalam negara di UiTM.
4. pada bulan lepas haji Nazri mendapat cucu baru anak Intan di Teluk Intan, cucu baru ini dimasukan he ICU selama dua minggu di hospital Teluk Intan dan pada awal April ini dirujuk ke IJN Kuala Lumpur dengan hikmaH ALLAH cucunya ini sihat di rumah besannya di Teluk Intan
5. sepupu penulis apa yang kami panggil Nyah Din biasanya tinggal di rumahnya Sayong Lembah tapi kini kurang sihat kerana tua umurnya 80 tahun tinggal bersama anaknya Hasmi di Bidor.
4. sepupu penulis juga kak bibi yang menetap di Nibong Tebal talah diserang mild strok kini sedang dirawat di HBKL wak 16 tingkat 4.
6. Rani tinggal di Kuang Selangor juga kurang sihat kerana masalah jantung beberapa kali di masukan wak di hospital Sungai Buluh dan pada bulan sudah dirujuk ke IJN juga dibawah perhatian IJN tapi kini beransur pulih dengan pergerakan yang terbatas.
Jika ada lain-lain berita keluarga diharapkan dapat disampaikan kepeda saya melalui komen atau email ahmadckk@gmail.com
Salam Cikgu sekolah mana dulu? Saya orang Kuala
ReplyDeleteCikgu tidak teringin untuk berkongsi ilmu dengan menulis? Rugi rasanya ilmu hebat Sastera Melayu itu lagipun anak bangsa makin kebaratan sekarang......
ReplyDeleteSalam buat semua,
ReplyDeleteUntuk makluman, Mak Anjang Bibi (Sabariah Majid), pada 3 Mei, telah dibenarkan keluar dari HKL. Kini berada di Kelantan bersama anak sulungnya,Abdul Manaf. Beliau masih belum sembuh dari penyakit stroke.
sekarang ALHAMDULILLAH,,,,
ReplyDeleteatok saya SALLEHUDDIN merupakan sepupu kepada penulis yang dipanggil Nyah Din kembali sihat semula..sekarang beliau di rumah pak cik saya azidin di kampung gajah....alhamdulillah
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSaya ialah Muhamad Khairul Anwar Bin Mat Azidin.
Anak sulung kepada Mat Azidin. Cucu kepada Tok Sallehudin Bin Othman dan Opah Zainab Mat Yasin.
Sekarang menetap di Kuala Lumpur.
Saya rasa bangga dan terharu dengan usaha untuk mencatat sejarah tentang keluarga besar ini. Sekiranya perlu sebarang bantuan, emel ke : aaya_fayaad@yahoo.com
Terima kasih
Asslamualaikum..
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi membuat salasilah keluarga ini..
Saya sebagai anak kepada Allahyarham Haji Aziz Bin Haji Majid ingin menambah salasilah bagi mengeratkan tali silaturahim keluarga ini..
Di sini saya ingin menjelaskan salasilah keluarga kami..
Untuk pegetahuan pakcik,ayah saya iaitu Haji Aziz mempunyai 8 orang anak hasil dari perkahwinan bersama Satariah bt Mat..Berikut disenaraikan nama anak-anak beliau:
1-Padillah
2-Mohd Fauzi
3-Mohd Sharuddin
4-Baseri
5-Mohd Adnan
6-Noraini
7-Mohd Nazri
8-Marniza
Saudari Padillah,54 tahun sekarang bertugas sebagai jururawat di Hospital Ipoh.Beliau telah berkahwin dengan Ahmad Shaufian b. Ahmad Kassim dan kini dikurniakan 6 orang anak.
Saudara Mohd Fauzi juga telah berkahwin dan dikurniakan 9 orang anak. (termasuk anak dari isteri pertama)
Saudara Sharuddin pula dikurniakan 4 orang anak.Isterinya kini sedang mengandung anak yg ke-5.
Baseri pula mempunyai 3 orang anak.
Mohd Adnan dikurniakan 4 orang anak.
Norain pula mempunyai 3 orang anak.Beliau kini seorang ibu tunggal.
Mohd Nazri pula kini bertugas sebagai seorang doktor Pakar Mikrobilogi HKL.Beliau juga telah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Marniza juga bertugas sebagai doktor di Hospital Sg Buloh.Kini,telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Sarah Nabila.