Pages

Wednesday, May 18, 2011

Siapa anak cucu cicit Imam Kolah (accik)

Imam Kolah bin Imam Tanjung bin Daeng Abdullah bin Daeng Selili. Isteri Imam Kolah ialah Anjang Saadiah bin Busu Manjang bin Mat Tara (Tok Tongkat) bin Daeng Selili

Imam Kolah dengan Anjang Saadiah dikuniakan sembilan orang anak, iaitu Hajah Enah, Andah Sariyah, Haji Lateh, Uda Ibrahim, Itam Abu Bakar, Mat Taib, Putih Tijah, Timah (Peah), Mahmud dan Chu Osman.

Bermmulakan Hajah Enah bersuamikan Mat Daud mereka mempunyai empat orang anak iaitu Long Tipah bersuamikan Maarof, Haji Saad beristerikan Hajah Rahmah, Abdul Hamid beristerikan Normah dan Mat Jihin beristerikan Mariam. Anak cucu keluarga ini adalah accik. Antara mereka yang pakde kenal Ahmmad Kecik anak Long Tipah, Raesah, Hasan Basri, Hamimah Arbidah anak Hj Saad dengan Hajah Rahmah, Keluarga Abdul Hamid yang saya kenal Salmah Yeop Harun dan keluarga Mat Jihin Zalimah dan Zubairi.

Keluarga Andak Sariyah dengan anak cucunya dari anak-anak Mat Noh dengan Anjang Tijah seperti Samsudin, Kamarudin, Rahmah, Mat Nordin; anak-anak Hasan dan anak-anak Robaayah

Keluarga Hj Lateh dengan Teh Mahwi pula dari ana-anak cucu Haji Majid, Abas, Rokiah dan Rasidah. Antaranya Haji Zambri, Badiozaman, Noriah, Sulaiman, Jamaliah, Ederis dan adik-adiknya.Keluarga ini ada beberapa orang pesonaliti seperti Datok Zainal Abidin dan penulis drama TV dan Radio Puan Maizura Ederis. Anak cucu Abas ialah pakde, Ramli, Zubairi, Nazri, Rani, Nor dan Fatimah. Anak-cucu Rokiah cuma cuma dari tiga keluarga sahaja iaitu keluarga Adenan, Sallehudin dan Mat Radzi.Dari keluarga Rasidah dari empat orang ananya iaitu Kamariah (Yong Za) Mahiah, Yang Rahimah dan Satariah. Mereka ini terdiri beberapa orang tokoh seperti Datok Dr Hashim Tajudin dan Datok Husaini Sulaiman.

Keluarga Uda Ibrahim terdiri daripada keluarga Ali Osman, Yang Jemari, Anjang Sidah, Putih Rahmah dan Itam Razak.Mereka yang saya kenali hanya beberapa sahaja seperti sebahagian keluarga Ali Osman iaitu Mat Tajudin, keluarga Yang Jemari hanya Cikgu Sudan, Cikgu Kader serta abang sulung meraka Hj Mat Not di Sungai Siput Utara, Yang lain dari keluarga Putih Rahimah seperti keluarga Zalimah dan Latifah.

Keluarga Itam Abu Bakar beristerikan Ngah Masa berdiri beberapa keluarga iatu Mat Ali, Ngah nordin, Alang Tahrim, Anjang Rahim, Mahadi dan Mat Som.

bersambung...

Monday, May 16, 2011

Pakdenoran cucu Abu Kasim bin Alang Ahmad

Keluarga Abu Kasim bin Alang Ahmad tinggal di Sayung Lembah, Kuala Kangsar. Keturunan AKasim adalah dari Bugis daripada Daeng Selili yang bergelar Maharaja Pancung Tak Bertanya, pembesar diraja kesultanan Perak.

Secara ringkas AKasin bin Alang Ahmad bin Busu Manjang bin Tok Tongkat bin Daeng Selili. Tok Tongkat nama sebenarnya Daeng Mat Tara. Busu Manjang mempunya tiga orang isteri, ibu Alang Ahmad adal dari isteri ketiganya. Alang Ahmad beristerikan Ngah Pungut dikurniakan enam orang anak, yang sulung Abu Kasim, Enggok, Hapipah, Teh 'Esah, Bahyah dan Mahiyah.

Abu Kasim berkahwin dengan Siti Mariam dikatakan penghulu Mat Aris orang dari Negeri Sembilan merantau ke Utara Perak membina petempatan di Semanggul. Mereka dikuniakan empat orang anak dan seorang anak angkat dari Bagan Serai. Anak-anaknya Abdul Jalil (anak angkat) Esah, Rodziah, Mat Idris dan Hendun.

Kesemua anak-anak Abu Kasim tinggal di Kuala Kangsar, di kampung Talang, manakala anak lelakinya Mat Idris pencen pegawai Penjara tinggal di Taiping. Manakala keluarga sebelah Siti Mariam tinggal di Semanggul dan Batu Batu Kurau dan keluarga Abu Kasim tinggal di Sayung, Kuala Kangsar.

Saya pakdenoran adalah cucu Abu Kasim, cicit Alang Ahmad berketurunan Bugis Wajo. Saya dari anak Abu Kasim perempuan Esah tinggal di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

catitan ringkas Imam Kolah

Orang zaman dahulu kalau bergelar Imam memang hebat. Diceritakan Imam Kolah memnunai haji tiga kali dan akhirnya meninggal di Mekah. Tetapi setiap tempat dia pergi akan manjadi Imam dan mengajar agama. Di situlah dia membena keluarga yang baru Di ceritakan singgah di Kampung Gajah dan membina keluarga disana dan meninggalkan keturunannya. Apabila sampai di Sayung Kuala Kangsar, membina keluarga daru dengan berkahwin dengan anak Busu Manjang Anjang Saadiah. Sekarang keluarga Imam Kolah dengan Anjang Saadiah memang ramai di Kuala Kangsar terutama nya di sayung. Pasangan ini mempunyai lapan anak dan anak-anaknya berkeluarga besar dan mereka membina satu komuniti besar. Anak-anaknya di Kuala Kangsar Hajah Inah, Andak Satiyah, Haji Latif, Uda Ibrahim, Itam Abu Bakar, Putih Tijah, Paeh (Timah), Mahmud dan Chu Osman.Anak Imam Kolah di Ksmpung Gajah hanya Tok Ali. Kami di Sayung masih lagi mencari sama ada Imam Kolah di Kampung Gajah dengan Sayung adakah orang sama disebabkan zaman dahulu tiada rekod dan perhubungan susah

Wednesday, May 11, 2011

Sejarah Ringkas Imam Kolah

Imam Kolah adalah nama glamournya nama sebenarnya ialah Imam Shafie bin Daeng Abdullah guna nama gelaranya Imam Tanjung. Imam Tanjung bin Daeng Abdullah dengan gelaran Tok Enggang bin Daeng Selili nama gelaranya Maharaja Pancung Tak Bertanya. Ke tokohan Imam Kolah sangat hebat dan banyak meninggalkan ilmu agama yang ada pada beberapa keturunananya. Ramai juga keturunannya merupakan tokoh-tokoh tertentu dalam bidang sesial dan keagamaam
Mereka datang dari Hilir Perak memalui sungai dan membenana petempatan di tebing sungai.
Tempat asalahnya di sebuah surau lama di Sayung Tengan berkedatan sekarang stesyen mini minyak di Sayung Tengah, surau asal telah dirobohkan dan diganti dengan baru.
Imam Kolah membawa satu tempayan berisi emas urai untuk membena petempatanan di Sayung. Tempayan bahasa tempatan, pedena bahasa bugis dan kami anak cucu cicit nya masih menggunakan nama pedena. Pedena itu untuk diisi air untuk mengambil wuduk air sembahyang, ini mungkin namanya dipanggil Imam Kolah.
Apabila masjid baru dibina di tempat baru sekarang pedena dipindahkan ke masjid untuk menjadi kolah mengambil air sembahyang. Pembinaan masjid diubahsuai beberapa kali hingga pedena itu pecah dan serpihan ditabur di kawasan masjid. Ada beberapa keluarga ada menyimpan serpihan pedena itu buat kenangan datuk moyang.
Pakde sebaya dengan sepupu pakde pernah mandi air pedena di masid itu, tapi semasa kecil dahulu ayah pakde dan adik berdik sebaya dengan ayah selalu bawa anak cucu mandi air pedena.
Jika ada kesempatan ziarahlah masjid baru dan tapak lama surau Imam Kolah di Sayung Tengah
Di kawasan setempat ramai di antara penduduk tahu akan Imam Kolah tetapi mereka tak tahu siapa keturunannya, oleh itu kita ziarah dan kalau ada orang tanya katakan kita ini anak cuc cicit Imam Kolah.

Tuesday, May 10, 2011

La Maddu Kelleng

Daeng Selili lebih terkenal dengan La Maddu Keelleng di Makasar dan di Wajo, bermakna Raja Sihitam Manis, dengan ini banyak keturunannya berkulit gelap ia itu sihitam manis. Dengan ini keturunannya yang berkulit gelap mendapat keistemewaan daripda bakat-bakatnya. Yang buk

an berkulit gelap janganlah berkecil hati itu adalah bahagian masing-masing yang ditentukan ALLAH

Monday, May 2, 2011

jemputan hari keluarga imam kolah x anjang saadiah

JEMPUTAN KE MAJLIS HARI KELUARGA

Pengerusi dan AJK Keluarga, Pengerusi dan AJK Hari Keluarga, Wakil Keluarga dan Keluarga Imam Kolah x Anjang Saadiah menjemput semua ahli keluarga Imam Kolah x Anjang Saadiah hadir perhimpunan keluarga seperti di bawah

Tarikh. 3hb September 2011 hari Sabtu
Jam, 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat, Dewan Komuniti, Sayung Lembah, Kuala Kangsar
Kehadiran, Semua Ahli Keluarga Imam Kolah x Anjang Saadiah

NB. Penyertaan melalui wakil keluarga masing-masing

1. WK Hajah Inah Tuan Haji Mohd Zailan bin Mat Tasi tel; 05 3128 445
2. WK Andak sariyah Tuan Haji Shamsudin bin Maoh Noh tel: 012 5448 601
3. WK Haji Latif Tuan Haji Abdul Rani bin Abas: tel 019 2291 200
4. WK Itam Abu Bakar Encik Ahmad Satar bin Mahadi: tel: 012 5377 531
5. WK Uda Ibrahim Encik Abdul Jalil bin Mat Noor tel: 012 5035 050
6. WK Putih Tijah dan Timah Tuan Haji Abdul Rahim bin Ahmad tel: 012 5689 748
7. WK Mahmud Tuan Haji Hamzah bin Yeop Nat Siran tel: 012 5987 720
8. WK Chu Osman Encik Rosli bin Sulaiman tel: 019 5054 470

sebarang kemuskilan, sila hubungi Pengerusi Hari Keluarga Hj Zailan Mat Tasi tel: 05 3128 445, setiausaha En. Azhar bin Mat Noor tel: 017 5735 865 atau Pengerusi Keluarga Haji Ahmad Noorhani bin Abas(pakdenoran) tel 014 2573 202

Sumbangan dan derma melalui wakil keluarga sebanyak RM 50.00 satu keluarga kecil.

Takrif keluarga, setiap ketua keluarga beristeri dan anak-anak sahaja kalau bercucu merupakan keluarga besar.

Tarikh akhir sebulan sebelum majlis keluarga

Sumbangan tambahan dan lain-lain digalakkan

Pendaftaran awal digalakan