Monday, May 16, 2011
catitan ringkas Imam Kolah
Orang zaman dahulu kalau bergelar Imam memang hebat. Diceritakan Imam Kolah memnunai haji tiga kali dan akhirnya meninggal di Mekah. Tetapi setiap tempat dia pergi akan manjadi Imam dan mengajar agama. Di situlah dia membena keluarga yang baru Di ceritakan singgah di Kampung Gajah dan membina keluarga disana dan meninggalkan keturunannya. Apabila sampai di Sayung Kuala Kangsar, membina keluarga daru dengan berkahwin dengan anak Busu Manjang Anjang Saadiah. Sekarang keluarga Imam Kolah dengan Anjang Saadiah memang ramai di Kuala Kangsar terutama nya di sayung. Pasangan ini mempunyai lapan anak dan anak-anaknya berkeluarga besar dan mereka membina satu komuniti besar. Anak-anaknya di Kuala Kangsar Hajah Inah, Andak Satiyah, Haji Latif, Uda Ibrahim, Itam Abu Bakar, Putih Tijah, Paeh (Timah), Mahmud dan Chu Osman.Anak Imam Kolah di Ksmpung Gajah hanya Tok Ali. Kami di Sayung masih lagi mencari sama ada Imam Kolah di Kampung Gajah dengan Sayung adakah orang sama disebabkan zaman dahulu tiada rekod dan perhubungan susah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment