Imam Kolah adalah nama glamournya nama sebenarnya ialah Imam Shafie bin Daeng Abdullah guna nama gelaranya Imam Tanjung. Imam Tanjung bin Daeng Abdullah dengan gelaran Tok Enggang bin Daeng Selili nama gelaranya Maharaja Pancung Tak Bertanya. Ke tokohan Imam Kolah sangat hebat dan banyak meninggalkan ilmu agama yang ada pada beberapa keturunananya. Ramai juga keturunannya merupakan tokoh-tokoh tertentu dalam bidang sesial dan keagamaam
Mereka datang dari Hilir Perak memalui sungai dan membenana petempatan di tebing sungai.
Tempat asalahnya di sebuah surau lama di Sayung Tengan berkedatan sekarang stesyen mini minyak di Sayung Tengah, surau asal telah dirobohkan dan diganti dengan baru.
Imam Kolah membawa satu tempayan berisi emas urai untuk membena petempatanan di Sayung. Tempayan bahasa tempatan, pedena bahasa bugis dan kami anak cucu cicit nya masih menggunakan nama pedena. Pedena itu untuk diisi air untuk mengambil wuduk air sembahyang, ini mungkin namanya dipanggil Imam Kolah.
Apabila masjid baru dibina di tempat baru sekarang pedena dipindahkan ke masjid untuk menjadi kolah mengambil air sembahyang. Pembinaan masjid diubahsuai beberapa kali hingga pedena itu pecah dan serpihan ditabur di kawasan masjid. Ada beberapa keluarga ada menyimpan serpihan pedena itu buat kenangan datuk moyang.
Pakde sebaya dengan sepupu pakde pernah mandi air pedena di masid itu, tapi semasa kecil dahulu ayah pakde dan adik berdik sebaya dengan ayah selalu bawa anak cucu mandi air pedena.
Jika ada kesempatan ziarahlah masjid baru dan tapak lama surau Imam Kolah di Sayung Tengah
Di kawasan setempat ramai di antara penduduk tahu akan Imam Kolah tetapi mereka tak tahu siapa keturunannya, oleh itu kita ziarah dan kalau ada orang tanya katakan kita ini anak cuc cicit Imam Kolah.
No comments:
Post a Comment