Pages

Wednesday, October 3, 2012









Info Maklumat-Sultan yang pertama di negeri-negeri Tanah Melayu dan Alam Melayu ( Asia Tenggara ).

1. Sultan Kedah Tua ( Kalaha ) yang pertama Phra Ong Maha Wangser pada tahun 1136 M. Di Islamkan oleh Sayid Sheikh Abdullah Qumairi dengan memakai nama Islam Mudzaffar Shah ( Sultan Mudzaffar Shah 1 ). Sayid Sheikh Abdullah Qumairi adalah Mufti Kedah dan Mufti Alam Melayu yang pertama.

2. Pemerintahan Kesultanan Sumatera hingga Mataram yang pertama Raja Samudera Merah Al-Malik Soleh pada tahun 1261 M.

3. Pemerintahan Kesultanan Brunei Darul Salam ( Borneo ) yang pertama Awang Alak Betatar pada tahun 1363 M. Di Islamkan oleh Syarif Ali Zainal Alam ( Sayid Baraqat ) nama Islamnya adalah Muhammad Shah ( Sultan Muhammad Shah ).

4. Pemerintahan Kesultanan Melaka yang pertama Sultan Muhammad Iskandar Shah pada tahun 1380 M.

5. Pemerintahan Kesultanan Kelantan Darul Naim yang pertama Sultan Iskandar Shah pada tahun 1418 M.

6. Pemerintahan Kesultanan Pahang Darul Makmur yang pertama Sultan Muhammad Shah pada tahun 1470 M.

7. Pemerintahan Kesultan Johor Darul Takzim yang pertama Sultan Mahmood Shah pada tahun 1511 M.

8. Pemerintahan Kesultanan PERAK Darul Ridzuan yang pertama Sultan MUDZAFFAR SHAH pada tahun 1528 M. Mufti Perak yang pertama adalah DAENG SELILI. yang membawa gelaran Maharaja Pancung Tak Bertanya.

9. Pemerintahan Kesultanan Terengganu Darul Iman yang pertama Sultan Zainal Abidin Shah pada tahun 1708 M.

10. Pemerintahan Kesultanan Selangor Darul Ehsan yang pertama Sultan Solahuddin Shah pada tahun 1756 M.

11. Pemerintah Kesultanan Perlis Indera Kayangan yang pertama Sultan Syed Husin Jamalullail pada tahun 1821 M.

12. Raja BUGIS pertama Islam ialah LAM DASILAH ( LAMDU SALAT ). Baginda masuk Islam pada tahun 1380 M persamaan 800 H. Beliau di Islamkan oleh Sayid Hussein Jamadil Kubra iaitu pengasas Wali Songo.
Adalah asal-usul RAJA-RAJA BUGIS itu dari seorang perempuan yang bernama SAT MALANGKAI yang berketurunan NABI SULAIMAN dengan PUTERI BALKIS ( Raja Jin ).

Semua raja/sultan di dunia ini adalah dari keturunan Iskandar Dzulkarnain, Nabi Sulaiman dan Nabi Muhammad saw. Keturunan Nabi Muhammad saw kebanyakkannya meletakan jawatan dan menjadi penasihat kepada sultan dan ada yang menjadi pendakwah dalam usaha mengembangkan Agama Islam.
Sila perbetulkan fakta di atas sekiranya ada kesilapan supaya kita tidak terkeliru dan bercelaru.
Walahuallam,aamiin.




  • Ahmad Satar Mahadi Daeng Selili berkahwin dengan Adik Raja Mudzaffar Shah 111 Raja Su/Raja Tengah dan menjadi Mufti Perak yang pertama pada tahun 1742 M.

  • Ahmad Satar Mahadi Akan naik keturunan Rasulullah saw sebagai Sultan atau Raja di Alam Melayu ini pada akhir zaman.

  • Sari Alis subhanallah!tinggi nya ilmu tuan Ahmad Satar Mahadi tentu nya byk bahan rujukan sejarah telah di gali,saya teruja ingin tahu dgn lebih byk susur galur sejarah kekeluargaan ini.


  • Ahmad Satar Mahadi Berkahwin dengan adik Sultan Mudzaffar Shah 3 ada sebab musababnya apabila Raja Su di patuh ular Tedung ( Hakikatnya ular itu adalah jelmaan Jin ) Sultan Mudzaffar Shah membuat tawaran seluruh Alam Melayu dan Dunia siapa yang dapat mengubati adiknya maka beliau akan di kahwinkan dengannya. Hanya Daeng Selili yang dapat mengubatinya apabila Raja Su pengsan begitu lama sekali . Walau apa pun patukkan ular itu hanya sebab musababnya sahaja, yang sebetulnya jodoh,pertemuan, ajal, maut, tanah perkuburan di tangan Tuhan, itu yang kita kena pegang dalam hidup ini.


  • Ahmad Satar Mahadi Pertabalan Sultan Perak adalah pertabalan Manusia dan Jin yang wajib di lakukan apabila nak jadi Sultan Perak dan Mahkota yang di buang di Beting Beras Basah oleh Raja Mudzaffar Shah adalah Mahkota di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman. Pertabalan Sultan Perak adalah yang paling unik di dunia kerana melibatkan Jin.


  • Sari Alis sungguh menakjubkan.....




    • Aishah Badiuzzaman Saya baca dgn penuh minat. syukran tuanAhmad Satar Mahadi



    • Ahmad Satar Mahadi Phra Ong Maha Wangser itu adalah Merong Mahawangsa dan Kerajaan Perak tak ada Tengku Mahkota kerana Mahkota itu dibuang ke laut oleh Raja Mudzaffar Shah 3 bukan kerana orang Parit tidak boleh sebut Tengku Mahkota.



                      penulis Ahmad Satar Mahadi dengan keiuarganya

1 comment: