Pages

Friday, October 5, 2012







Pengertian MELAYU yang tersurat dan tersirat, yang perlu kita tahu..........


MELAYU yang tersurat;

Berbahasa ( pertuturan ) Melayu, mengamalkan ( adat resam ) Melayu, beragama Islam, ini banyak yang orang tahu.

MELAYU yang tersirat;

MELAYU ( Mim, Lam Aliff, Ya', Waw ). Mim itu adalah Muhammad, Lam Aliff ( asal dua huruf Lam dan Aliff ) Lam itu adalah Laailaaha Illallaah Muhammadur Rasulullah, Aliff itu adalah Allah swt, Ya' itu adalah Yakin, Waw itu adalah Warak atau Ikhlas. Muhammad yang mengTAUHIDkan diri kepada Allah swt lalu mengucap dua kalimah syahadah Laailaaha Illallaah Muhammadur Rasulullah dengan yakin dan ikhlas, ini yang banyak orang Melayu tidak tahu. Bila Muhammad ( diri kita ) mengucap dua kalimah syahadah maka kita kena tegakkan hukum Allah swt dan mengembangkan syiar Islam, sebalik kita menegakkan Bangsa melebihi Islam itu sendiri. Sedangkan kita sudah berjanji dengan Allah swt di Alam Ruh untuk menegakkan hukum Allah dan mengembangkan syiar Islam tapi sebalik bila kita lahir ke dunia yang fana ini. Inilah sebabnya Nabi Muhammad saw tidak memperjuangkan Bangsa sebaliknya Islam.
Sepatutnya orang Melayu Islam merasa lebih sensitif bila sebut fasal Islam bukan sekadar fasal Bangsa, Raja dan ketuanan Melayu sahaja.
Semua orang menyayangi Bangsanya , Rajanya tapi tidaklah sampai Islam itu di letakkan di bawah kedua-dua perkara tersebut. Amat silap kalau kita kata Melayu Islam, Islam Melayu kerana benda itu berbeza sama sekali, Melayu adalah Bangsa dan Islam itu adalah Agama.Bak kata Hang Tuah, Tak Hilang Melayu Di Dunia, memang betul Melayu itu tidak akan hilang tapi yang akan hilang dari Melayu itu sendiri adalah ISLAM sekiranya orang Melayu tidak mempertahankan Agama ISLAM dan tidak mengamalkan cara hidup sebagai orang ISLAM.
Hebatnya satu-satu BANGSA itu kerana ISLAMNYA bukan kerana BANGSANYA.....
Walahuallam,aamiin.



  • Ahmad Satar Mahadi Asal perkataan Melayu itu adalah Mala'u dan ditukar oleh Sheikh Qadir Jelani menjadi Melayu....

  • Ahmad Satar Mahadi Sheikh Qadir Jelani adalah Wali Kutub iaitu ketua semua Wali-wali yang seramai 4 ribu wali di dunia ini dan beliau adalah keturunan Rasulullah saw.Wali Kutub adalah setiap seratus tahun baru ada seorang.



    Encik Ahmad Satar bin Mahadi 

No comments:

Post a Comment