Pages

Friday, October 26, 2012


Keluarga Abu Kassim bin Alang Ahmad bin Busu Manjang





Abu Kassim bertemu jodoh dengan Mariam binti Mat Arif dari Semanmggol, Bagan Serai dikurniakan beberapa orang anak, sebelum dikurniakan anak sendiri meraka mengambil anak angkat diberina Abdul Jalil. Belia dijodohkan dengan orang Sayong bernama Putih dikurnia dua orang anak perempuan iaitu Jamilah (istemewa kerana bisu) dan berkeluarga tinggal di Sayung, kedua Siah berkeluarga dengan Mior Ahmad dikurnia ramai anak seramai sebelas orang diantaranya Mieor Mohd Sabri seorang guru di Bagan Serai, Mior Jamil tinggal di rumah tua di Talang Hilir jalan Datok Sagor, Mior Halim bekerja sebagai ahli Bomba di Kuala Kangsar, dan beberapa orang sebagai anggota polos seperti datoknya Jalil seorang polis. Mereka yang jadi anggota polis ialah Jumat dan Razak.

Anak kedua psangan Abu Kassim dengan Mariam ialah Esah berkeluarga dengan Abas Haji latif keturunan Daeng Selili (boleh ikuti keluarga Hj Abas bin Hj Latif bin Imam Kolah  Jan. 2-- 2009)

Anak ketiga pasangan Abu Kassim Mariam ialah Mohd Ideris berkeluarga dengan Cik Tam bermustautin di Kemunting di Taiping. Mohd Ideris semasa hayatnya seorang pegawai Penjara di Taiping. Anak sulungnya Mohd Zahid tinggal di Simpang Tiga Talang, Kuala Kangsar dengan membuka kedai roti canai berdekatan dengan setesyen minyak Shell di Simpang Tiga Talang. Anak-anak pasangan Idris Cik Tamiaitu Abdul Rani dan Hariah di Kemunting Taiping dan Jariah tinggal di Simpang Changkat Jering Taiping, Hariah merupakan bekas penelia Kemas Taiping dan Jariah pesara kakitangan Hospital Taiping. Mereks semua telah berkeluarga dan beranak cucu. Anak yang bungsu pasanagn ini Mohamad Hafis seorang anggota polis di Bandar Tun Razak Selangor dan masih bertugas

Anak keempat pasangan Kasim Mariam ialah Rodiah berkeluarga dengan Hat, meraka bertuga di Jabatan kesihatan Kuala Kangsar , Rodiah seorang bidan kerajan di Kota Lama Kiri tahun 60 dan 70an manaka Hat seorang attenden Hospital Kuala Kangsar. Mereka ini dikurniakan dua orang anak sahaja. Baharudin merupakan seorang posman di Pejabat Pos Taing berkeluarga dengan Faridah Ibrahim tinggal di Kemunting Taiping. seorang lagi perempuan Zaini juga seorang bidan kerajaan berugas di Sungai Lesong Kampat bertemu jodoh dengan Shirin bermustautin di Sungai Lesung Kampar, juga merupa arwah dan beranak cucu di sana.

Anak bungsu pasangan Kasim Mariam ialah Hendun berkeluarga dengan Ali Cerut(nama gelaran) bermustautin di Talang Hilir jalan Datok Sagor. Psasngan ini dikurniakan ramai anak yang sulung Ismail nama gelaran Tee tinggal di Datok Keramat Kuala Lumpur berkeluarga dengan Kamariah. Ismail merupakan pesara tentera bermenantu dan bercucu. Adik-adiknya Baariah, Esah tinnggal di Pulau Pinang, Abdula Ghani berniaga ikan keli di pasar Kuala Kangsar, Abdul Aziz (puya) di Manjung, adik Su tinggal di rumah tua di Talang Hilir dan Mat Aris seorang kakitangan JPS di Taiping berkelurga dengan seoraqng guru.





             dari kiri Chu( Hendon) Nor Zaharah , Chor (Abdul Jalil), Cik (Mat Idris) Ngah (Esah )


                                        Abu Kassim bin Alang Ahmad bin Busu Manjang



                                      Mariam binti Mat Aris

No comments:

Post a Comment