Pages

Tuesday, January 20, 2009

Hj Latih bin Imam Kolah

Haji Latih berkeluarga dengan Teh Mahwi mereka berdua asalnya orang sayong, rumah asal mereka di seberang paya sayong tengah tetapi kenanya anak meraka berhijrah keluar yang sulung Haji Majid ke Krian Nibong Tebal dan membina keluarga besar di sana ,yang kedua Abas ke Talang dan yang tinggal di Sayong ialah keluarga Rasidah dan Kiah.

Anak sulung Haji Abdul Majid beristeri dua. Yang pertama, orang Sayong. Mereka mendapat dua orang anak iaitu Sulaiman dan Jamaliah. Selepas mati isteri pertama, Haji Abdul Majid merantau ke Nibong Nebal, sebuah bandar di selatan Seberang Perai, Pulau Pinang. Bandar ini dahulu digelar sebagai Krian kerana bersempadan dengan daerah Krian di bahagian utara negeri Perak. Terdapat sebatang sungai iaitu Sungai Krian yang memisahkan bandar Nibong Tebal di negeri Pulau Pinang dengan bandar Parit Buntar di negeri Perak. Haji Abdul Majid telah meneroka beberapa bidang tanah berdekatan Sungai Krian iaitu di kedua-dua belah tebingnya. Satu kampung bernama Tanjung Berembang manakala satu kampung lagi bernama Teluk Ipil. Beliau memiliki ladang kelapa dan sawah padi di Tanjung Berembang tetapi menetap di Teluk Ipil. Sekarang, waris-waris beliau telah menukarkan ladang kelapa menjadi ladang kelapa sawit.

Haji Abdul Majid telah berkahwin dengan Salasiah Binti Arob, orang asal Kampung Teluk Ipil. Mereka dikurniakan tujuh orang anak iaitu Noriah, Abdul Aziz, Badiozaman, Sabariah, Zambri, Mohd Ederis dan Razali. Haji Zambri lebih dikenali sebagai 'awang' di kalangan orang Kampung Teluk Ipil. Bagaimanapun, seawal usia remaja, beliau mengikut kakaknya, Sabariah, ke Singapura. Sabariah pada waktu itu berkahwin dengan Encik Embi, seorang askar yang bekerja dengan British Army sebelum negara merdeka pada tahun 1955. Sabariah kembali ke Nibong Tebal pada tahun 1965. Haji Zambri kemudiannya merantau ke Sabah dan berjaya sebagai usahawan lalu menerima gelaran dato'. Beliau berkahwin dengan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Hajjah Khadijah Mohd Shahid dari Taiping, Perak. Sekarang, beliau menetap di Subang Jaya, Selangor dan pernah menjadi imam di salah sebuah masjid di sana. Haji Mohd Ederis dan Sabariah menetap di Nibong Tebal. Bagaimanapun, ramai di kalangan ahli keluarga tersalah anggap bahawa Mohd Ederis tinggal di Parit Buntar kerana kawasan perumahan yang didudukinya terletak di jalan sempadan yang memisahkan dua bandar berlainan negeri itu. Haji Razali pula menetap di Ampang Ulu Klang (AU3), Kuala Lumpur. Badiuzaman di Sungai Bakap, Seberang Perai. Noriah dan Abdul Aziz sudah meninggal dunia akibat sakit serangan angin ahmar.


Anak kedua ialah Haji Abas menetap di Talang Hilir KKangsar anak-anaknya Fatimah di Jalan Baru KK, Hj Ramlli beristeri dua di Bukit Mertajam, Hj Zubairi juga beristeri dua di Teluk Intan, Hj Ahmad Noorhani (penulis) lebih di kenali dengan An menetap di Bukit Chandan Kuala Kangsar, Hj A.Rani di Kuang Selangor, Hj Nazri di Seremban, Hj NooZaharah di Ampang Kuala Lumpur dan A.Shaari di Petaling Jaya KL.

Anak ketiga IKolah ialah Rokiah anak-anaknya tiga orang iaitu Adnan di Rumah Awan KK, Salehudin di Sayong dan Mad Radzi di Pucung KL.

Anak keemat IKolah ialah Rashidah anak-anaknya Yong Za menetap di Talang Hilir, Mahiyah di Kampung Jana di Taiping, Rahimah di Sayong dan Satariah di Taman jasa KK.
Anak bongsu IKolah iah Saadiah tidak mempunya anak tapi mempunya anak angkat Sabariah yang menetap di Serdang Selangor.


Keluarga Hj Majid di Kuala Kangsar

Menceritakan keluarga Haji Sulaiman Haji Majid bertemu jodoh denga Zalpa juga ada sangkut paut kekeluargaan menetap di Talang jalan Datok sagor KKangsar anaknya yang sulung Muhaiyudin bertemu jodoh dengan orang Sayong juga duduk berdekatan dengan rumah tua Hj Leman kedua Anuar dua kali kahwin cuma kekal satu saja menetap di Seremban, Jawahir banyak kali kahwin dan hanya satu saja yang kekal Cikgu Noraini orang Kedah menetap di seksyen 9 Shah Alam, Ahmad Nasarudin dan Ahmad Hasni menetap di Shah Alam dan Zuzana bertemu jodoh dengan orang KK tapi menetap di Bagi Selangor.

Menceritakan keluaga Jamaliah Hj Majid mbertemu jodoh dengan orang Bendang Kering KK Haji Zamlop bekerja sebagai kastam di PP. Mereka dikurniakan lia orang anak yang tua apa yang kami panggil sebagai Pa sahaja(meninggal) semasa hayat duduk di rumah tuanya di Talang Simpang Tiga dikurniakan beberapa oang anak yang kami gelar Na seorang guru Ani seorang kerani di Pjb Risda KK, Baba kembar Ani tinggal di rumah tua dan Ridwan seorang pelukis seni kalau tak silap merantau ke negara Teluk Arab. Anak kedua Jamaliah Zamlop perempuan bernama Zaini seorang bidan kerajaan menetap di Labuan Sabah bertemu jodoh denga orang Labuan ada anaknya di Kuala Lumpur bernama Ibrahim dan ada juga di Labuan, anak ketiganya Md Nazri seorang kerana menetap di KLumpur dan Basharudin mengangur kerana sakit kemalangan kerata bertemu jodoh dengan Sofiah sekeluarga jauh dan yang bungsu ialah Zahari seorang pegawai kanan kerajaan bahagian KajiBumi(Geologi) ketua pengarah negeri Selangor bertemu jodoh dengan seorang Daktor di HKerajaan di Selangor.

No comments:

Post a Comment