Pages

Wednesday, January 21, 2009

Keluarga Hj Majid di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Haji Majid merupakan generasi ketiga Imam Kolah. Beliau adalah anak sulung kepada Haji Latih bin Imam Kolah. Lahir pada 1893 dan pernah berkahwin dengan perempuan asal Sayong, Kuala Kangsar. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Sulaiman dan Jamaliah.

Setelah kematian isterinya di Sayong, Haji Majid merantau ke Seberang Perai, Pulau Pinang (Dahulu dikenali sebagai Province Wellesly). Beliau hanya berbasikal dengan kawan rapatnya, Haji Sulaiman, lalu tiba di daerah Nibong Tebal. Daerah ini terletak di selatan Seberang Perai dan bersempadan dengan negeri Perak Darul Ridzuan. Di sana, beliau telah bertemu jodoh buat kali kedua dengan Salasiah Binti Arob dari Kampung Teluk Ipil. Salasiah lahir pada tahun 1913, menjadikan perbezaan usia antara mereka sejauh 20 tahun.

Haji Majid membina penempatan di sekitar daerah ini dengan cara meneroka tanah berhampiran tebing Sungai Krian. Kawasan ini dipenuhi hutan nipah. Seterusnya, beliau membesarkan keluarga di kiri kanan sungai berkenaan. Di satu tebing, kampungnya bernama Teluk Ipil manakala di seberangnya, bernama Tanjung Berembang. Haji Majid merupakan seorang peneroka yang gigih dan melakukan pelbagai kerja kampung seperti bertani dan sebagainya. Antaranya, mengusahakan sawah padi dan kebun kelapa (kini ditukarkan menjadi ladang kelapa sawit oleh waris-warisnya). Selain mengumpul harta dengan cara meneroka tanah, beliau juga gemar membeli tanah daripada orang lain. Dikatakan, dia pernah membeli kereta untuk dijadikan teksi. Tetapi usaha itu tidak berjaya lalu menjual semula kereta itu. Menurut ingatan anak ketiga, Badiozaman, rekabentuk kereta itu sama seperti kereta yang dipandu oleh pegawai-pegawai British pada ketika itu. Pletnya, kalau tidak silap, P 58. Haji Majid juga dianggap sebagai 'orang kuat masjid' dan sering berbuka puasa di masjid bersama kawan rapatnya, Jamaludin. Malah, namanya turut dikenali dan dihormati oleh ramai orang di daerah itu sekalipun tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam masyarakat.

Pasangan Haji Abdul Majid dan Hajjah Salasiah dikurniakan tujuh orang anak.

Anak sulung bernama Noriah yang berkahwin dengan seorang guru bernama Abu Bakar Bin Degak. Mereka dikurniakan 11 anak. Anak sulung, Khairani bekerja sebagai guru dan berkahwin dengan Sufian. Keluarga ini agak berjaya juga. Seterusnya, Datuk Zainal Abidin yang pernah menjadi Pengarah Bahagian Pembangunan Finas dan menetap di Gombak Kuala Lumpur. Datuk Zainal telah kematian isteri pertama,Wan Fauziah, seorang guru. Kini berkahwin kali kedua dengan Sharifah Raihan, seorang pegawai kanan Kementerian Kebudayaan dan Warisan. Anak yang lain-lain bernama Maizon, Atan Bidayah, Samsudin, Nurliza, Zarina, Azman, Azam, Rozana dan Dr Norehan. Mereka berkeluarga di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perlis. Atan Bidayah pernah menetap di Jepun dan Filipina kerana mengikut suaminya, Halimi, pegawai kedutaan. Kini, Halimi seorang ahli perniagaan dan menetap di Subang Jaya, Selangor.


Anak kedua bernama Abdul Aziz. Tetapi lebih dikenali sebagai "Jid" di kalangan generasi tua dan "Pak Ngah Jid" di kalangan generasi muda. Beliau berkahwin dengan Satariah Binti Embi tetapi tidak dikurniakan anak kerana Satariah meninggal dunia akibat penyakit demam kepialu selepas beberapa bulan berkahwin. Kemudian, Abdul Aziz berkahwin untuk kali kedua dengan perempuan bernama Satariah juga iaitu Satariah Binti Mat. Mereka dikurniakan lapan orang anak iaitu Fadhilah, Fauzi, Sharudin, Basri, Adnan, Nora, Dr Nazri dan Dr Masniza. Kebanyakannya bekerja dengan hospital kerajaan samaada menjadi doktor, doktor pakar dan jururawat.

Anak Hj Majid yang seterusnya adalah Badiozaman. Dan dikenali sebagai "Jaman" atau "Pak Lang Jaman". Beliau berkahwin dengan Cik Putih Binti Ali dari Sungai Bakap, Seberang Perai. Mereka dikurniakan lapan anak bernama Hamidah, Aisyah, Saemah, Nani, Normala, Sham, Suhana dan Suhaimi. Saemah menjadi jururawat dan kini mengikut suaminya, berhijrah ke Arab Saudi untuk bekerja sebagai pensyarah Universiti Jeddah. Hamidah dan Aisyah tinggal di Kuala Lumpur manakala yang lain-lain di Pulau Pinang.

Anak keempat, Sabariah bertemu jodoh dengan Embi yang pernah menjadi askar dengan British Army di Singapura. Sabariah dikenali sebagai "Bibi" atau "Mak Anjang Bibi" atau "Njang Bibi" di kalangan ahli keluarga. Mereka menetap di Singapura sejak sebelum merdeka (1955) dan kemudiannya kembali ke Nibong Tebal selepas negara merdeka (1965). Sabariah mempunyai dua anak bernama Abdul Manaf dan Anita. Abdul Manaf berkahwin dengan Fesah dari Besut, Terengganu. Mereka kini menetap di Kelantan dan bekerja di hospital kerajaan. Manakala Anita berkahwin dengan Abdullah dari Pulau Pinang dan menetap di Pulau Pinang. Anita juga bekerja di hospital kerajaan.

Anak kelima, Hj Zambri yang digelar 'awang' di kalangan ahli keluarga. Ada yang memanggilnya "Uda" manakala anak saudara memanggil "Pak Uda". Beliau seorang ahli perniagaan bergelar datuk. Berkahwin dengan Hajjah Khadijah Mohd Shahid dari Taiping. Khadijah adalah bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Kini mereka menetap di Subang Jaya, Selangor. Haji Zambri seorang yang warak dan menjadi imam sebuah masjid di Subang Jaya. Anak sulungnya, Darleena, bekerja di Amerika Syarikat dalam bidang pengurusan dana. Anak kedua, Yuhee Ansari bekerja di sebuah cafe. Anak ketiga, Fizah, dalam bidang kewangan dan sudah berkahwin serta mempunyai seorang anak. Anak bongsu, Muhammad Anuar, seorang peguam di sebuah firma guaman swasta.

Anak keenam, Haji Mohd Ederis yang lebih dikenali sebagai 'tan' di kalangan ahli keluarga dan orang kampung. Anak-anak saudara memanggilnya 'pak cik tan' atau 'cik tan'. Beliau berkahwin dengan Maimunah Jamaludin, yang merupakan anak sahabat baik Haji Majid. Pasangan ini merupakan pesara guru dan menetap di Nibong Tebal, Pulau Pinang iaitu di sebuah kawasan perumahan yang bersempadan dengan Parit Buntar, Perak. Ini membuatkan saudara mara jauh sering tersalah anggap bahawa dia tinggal di Parit Buntar. Mereka mempunyai lima orang anak. Anak sulung, Maizura, adalah bekas wartawan Berita Harian yang kini menjadi penulis bebas. Beliau menulis novel, skrip televisyen dan blog. Anak kedua, Marhaida, penolong pengurus media Berita Nasional Malaysia (Bernama). Anak ketiga, Zafran, bertugas sebagai GIS Analyst. Anak keempat, Zarifi, bertugas sebagai pegawai perancang bandar. Manakala yang bongsu, Muhammad Shafik, sebagai pengaturcaraan komputer (programmer). Kesemua mereka kini menetap di Kuala Lumpur. Maizura berkahwin dengan Hamidon, jurukamera TV3 dari Kedah. Mereka dikurniakan tiga anak Nur Syafiqah, 12, Muhammad Ehsan, 10 dan Siti Maisarah, 3 tahun. Pasangan ini menetap di Ampang Ulu Klang. Marhaida berkahwin dengan Najmi Mat Said, ahli perniagaan Teknologi Maklumat dari Bagan Serai, Perak. Mereka menetap di Taman Melati Utama, Setapak dan dikurniakan dua anak, Mifzal Najwan, 12, dan Liya Maisarah, 8 tahun. Zafran berkahwin dengan Siti Hayati, kakitangan Jabatan Perdana Menteri yang berasal dari Kuala Lumpur. Pasangan ini menetap di Putrajaya, Wilayah Persekutuan dan sedang menanti kelahiran anak pertama.


Anak bongsu Haji Abdul Majid bernama Haji Razali. Saudara mara lebih mengenalinya sebagai "Dali" manakala anak saudara memanggilnya, "Pak Su Dali". Beliau berkelulusan perakaunan dari Institut Latihan Rida, Jalan Othman, Petaling Jaya (sekarang dikenali sebagai UITM Shah Alam). Pernah bertugas sebagai akauntan di Shell Malaysia selama lebih 20 tahun. Kini, beliau menetap di Ampang Ulu Klang dan masih bujang.

Haji Majid meninggal dunia pada tahun 1951 ketika berusia 58 tahun. Kematiannya berpunca daripada demam beberapa hari. Tidak diketahui samada beliau berpenyakit kritikal atau tidak di sepanjang hayatnya. Bagaimanapun, selepas kematiannya, hubungan anak-anaknya daripada isteri kedua di Nibong Tebal dengan anak-anak isteri pertama di Kuala Kangsar masih berterusan dengan erat. Semua cucu Haji Majid dari Nibong Tebal mengenali Sulaiman yang dipanggil "Pak Lang Leman" manakala Jamaliah dipanggil "Nyah Meliah". Masing-masing saling ziarah menziarahi sehingga lah Sulaiman dan Jamaliah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.

Hajjah Salasiah pula menunaikan haji pada tahun 1971 dan meninggal dunia ketika berusia 73 tahun akibat sakit tua. Tarikh dan masa yang tepat ialah pada hari Jumaat, 5 Disember 1985, jam 11 pagi. Hajjah Salasiah meninggalkan 51 orang cucu. Kedua-dua jenazah mereka dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Teluk Ipil.

4 comments:

  1. Salam Pak Uda Noran,

    Saya sudah update maklumat tentang keluarga Haji Abdul Majid (generasi ketiga Imam Kolah). Tetapi maklumat ini hanya berdasarkan pergaulan dan cerita-cerita biasa, bukan wawancara secara formal. Berkemungkinan ada maklumat tidak tepat.

    Terima kasih kerana mengusahakan blog ini utk maklumat kepada generasi akan datang.

    ReplyDelete
  2. saya nk bekenalan ngn,zarifi ,blh x???
    sy secret admire mse kt UTM dlu .. hehehehe ;)

    I LOVE U , ZARIFI ..

    Muaxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx !!!!

    ReplyDelete
  3. Assalmu'alaikum warahmatullah..
    Saya ucapkan terimakasih kpd Pakde Noran dan lain-lain di atas initiatif mengadakan blog seumpama ini. Saya Rozana Abu Bakar anak ke-11 dari 12 beradik. AlFatihah untuk ibunda kami (kembali ke rahmatullah pd Mei2005) Noriah Bt Abdul Majid B Abdul Latih/f dan ayahanda(kembali ke rahmatullah pd Dec2004) Abu Bakar B Degak. Salam kasihsayang utk barisan kekanda saya yang dikasihi.. Khairani, Zainol Abidin, Maizom, Atan Bidayah, Samsudin, Abdul Manaf, Norliza, Zarina, Azman, NoorAzam dan adinda saya Norihan. Salam ukhuwah untuk semua pembaca blog ini khasnya utk anak-cucu keturunan Imam Kolah, semoga kita semua dirahmati Allah dunia dan akhirat, amin.

    ReplyDelete
  4. Salam kepada Rozana.
    terima kasih kerana memberi maklumat yang sangat-sangat saya perlukan. saya harap maklumat keluarga harus lebih terperinci sedikit seperi nama pasangannya (spouse) tempat tinggal,tempat kerja (takperlu nama jawatan)( jika mahu boleh tulis) nama anak-anak jika berkeluarga nama pasangan , anak-anak dan tempat tinggal dan kerja.

    ReplyDelete