Pages

Saturday, May 1, 2010

Daeng Selili dengan Raja Tengah

Semasa Daeng Selili berada di Perak dan berkhidmat dengan Sultan Perak, mengenang jasanya Sultan Perak mengawinikan DS dengan adiknya Raja Tengah. Mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Daeng Abdullah dengan gelaran Tok Anjang, Daeng Osman dengan gelaran Seri Maharaja, Daeng Mohammad Kader @ Daeng Mat Tara dengan gelaran Tok Tongkat dan yang akhirnya Daeng Nurjilisan (perempuan)

Daeng Tok Anjang dikurniakan seorang anak bernama Daeng Sura ialah bapa kepada Imam Kolah merupakan darah keturunan waris teras penulis. Anak Imam Kolah anaknya Haji Latif, cucunya Haji Latif Abas merupakan ayah penulis (Pakdenoran)

Manaka Daeng Osman atau Tok Seri Maharaja Lela merupakan orang kuat Istana sampai beberapa keturanan menjadi Temenggong dan Penghulu Mukim di daerah Kuala Kangsar. Tok Maharaja Lela berkahwin dengan Toh Kemala Dewi dikurniakan lapan orang anak iaitu Long Loya bersuamikan Bendahara Peduka Raja dengan bermulanya keturan Megat dengan pertama Megat Kassim dan Megat Metaha, Anak kedua Maharaja Lela kedua Ngah Manan, ketiga Alang Maimunah, keempat Andak Radiah, kelima lelaki Anjang Sari, keenam Uda Tahir, ketujuh Busu dan yang bungsu kelapan Nuteh bersuamikan Raja Muda Chulan.

Anak Daeng Selili seterusnya Daeng Nur Jalisan bersuamikan Tok Pandak dikurniakan dua orang anak iatu Dol Fatah dan Imam Muhamad.

Seterusnya anak Daeng Selili ialah Daeng Muhamad Tara @ Daeng Muhamad Kader lebih dikenali dengan Tok Tongkat. Daeng Mat Tara dengan pangkat Tok Maharaja Lela beristerikan Bidan Jalibah dikuniakan beberapa orang anak antaranya Abdul Razak, Nursatin, Kanda Adam, Busu Manjang dan Khatib Manjang.Busu Manjang merupakan datuk nenek menulis.

20 comments:

  1. saye dri keterunan daeng habib abdullah?makam daeng habib abdullah terletak di sayong tengah?saye sedih tak ade siape yg datang menzaiarahi makam daeng habib abdullah.atau makam tok tongkat?dan saye pernah bercakap dgn daeng habib abdullah.ayah haji besar,raja aceh,tok soluwisi,dan keturunan yg lain?daeng habib pernah berpesan dgn saye dia sedih kerturunan dia tak sedekah al fatihah.daeng habib dan ayah haji besar dan keturunan dia berdamping dgn saye?dan saye mempunyai koleksi keris picit daeng habib abdullah?atau keris patah.dan saye ade lembing haji baudin.dan lain2 lagi?

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum.

    Terlalu ramai orang mengakui bahawa dirinya keturunan Daeng Selili, dengan demikian banyak cerita mengenai sipa dia Daeng Selili, siapa dia Tok Tongkat dan siapa dia Daeng Habib Abdullah. Oleh itu buatlah penyelidikan sediri dan yakinlah kajian anda itu tepat dan betul, mempunyai keriss atau barang pesaka bukan bukti yang sah ramai orang mengakui bahawa dia ada barang pesaka keturunan datok neneknya. Datuk nenek kita dulu banyak keris dan lembing dan anal-anak cucunya mungkin dapat seorang satu dan mengakui barang itu datuk neneknya Saya telah banyak menyelidik dan ramai yang mengakui mempunya keris dan hampir semua sama saja.
    Pada penyelidikan saya Tok Tongkat dan Habib adalah orang berbeza, Tok Habib Abdullah adalah Tok Enggang adek beradik dengan Daeng Mat Kader, juga bernama Daeng Mat Tara atau Tok Tongkat. Buatlah kajian sendiri.
    Ramai daripada anak cucu Tok Tongkat dan Daeng Habib Abdullah tidak tahu di mana kuburnya. Oleh itu buatlah inisiatif sendiri mengumpulkan anakcucunya memperkenalkan di mana kuburnya. Untuk sedekah fatihah tak semesti di kuburnya sedekahnya boleh dibuat di mana saja dan bila-bila saja dengan niat sedekah kepada datuk nenek kita. alfatihah.

    ReplyDelete
  3. Semasa niat sedekah alfatihah lebih baik bermulakan dengan nabi MUHAMAD, ahli keluarga dan sahabatnya dan khas kepada sebut nama nama mereka seperti roh Daeng Selili, Tok Tongkat, Tok Habib Abdullah,lain-lain nama berkenaan berkaitan dengan diri sendiri dan muslimin dan muslimat
    Alfatihah

    ReplyDelete
  4. aslmkm, saya nak tanya nenek saya bernama ngah salmah.bapa saya kata ngah salmah cucu tok tongkat.boleh saya tahu nama bapa ngah salmah.

    ReplyDelete
  5. SAYA MENJUmpi Long Salmah tetapi bukan Ngah Salmah. tapi tak tahu adakah org yg sama tp berlainann nama.

    jika mengikut salasilah yang saya ada, bapa long salmah bernama Haji Muhd Said bin Tok Jana Tan bin Daeng Kanda Adam bin Tok Tongkat.

    adik beradik long salmah ada 9 org:
    1) Long Salmah
    2) Khodijah
    3) Laup
    4) Andak
    5) Anj Jakyah
    6) Itam Maimunah
    7) Puteh mariam
    8) Kulop Abd raos
    9) nuteh Jaleha

    Long salmah + bersuami Long Montok dan mempunyai anak2
    1) Puteh maimunah
    2) Ahmad
    3) Chu Zainab

    oleh itu, utk maklumat lanjut sila email saya: ahmadckk@gmail.com

    kalo boleh, bagi details supaya senang bersureh sbb banyak nama yg sama.

    wasalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya ingin bertanya..adakah yg no 8 itu kulop abdul rais..dr pedang tenggala? Saya adalah cicit arwah...minta penjelasan. Email saya kedaizns@yahoo.com. No fon 0192117248. Nama saya zulkarnain

      Delete
  6. Salam,

    Adakah mereka yang bernama Kanda di perak khususnya dikampung padang tenggala ada kaitan dengan Kanda Adam?

    ReplyDelete
  7. Di mana Padang Tenggala itu, mungkin ada cuma sebut bebera orang tua yang bermula dengan Kanda saya akan cuba kesan jika ada kaitannya saya akan beri tahu

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Kampung Padang Tenggala, Bota Kanan. Nama ayah pada moyang saya Imam Kanda Latif. moyang saya bernama Kulup abdul rais. datuk saya pula nasaruddin presiden umno Perak awal 1950an yang meninggal tahun 1954 plane crash di Calcutta.

    Nama Kanda lain yang familiar ialah kanda Lamat dan Kanda rasul.

    Harap dapat membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As-Salam Siapa awak ni boleh dpat email awak?

      Delete
    2. As-Salam Siapa Awak boleh saya dpt kan email anda...

      Delete
    3. Nama ayah moyang saya juga Kanda Latif, nama moyang saya Mat Ali, ejaan tak pasti, adakah orang yg sama atau nama yg serupa, dimana asalnya nama kanda ni

      Delete
    4. Salam email saya adiridz@yahoo.co.uk

      Delete
  9. Salam,

    Ada kaitan ke kami dengan keturunan kanda adam?

    ReplyDelete
  10. Ahmad Faizul bin Saidun Hadzri
    E-Mail: tujuhalam@hotmail.com

    Assalamu'alaikum,

    "Daeng Mat Tara dengan pangkat Tok Maharaja Lela beristerikan Bidan Jalibah dikuniakan beberapa orang anak antaranya Abdul Razak, Nursatin, Kanda Adam, Busu Manjang dan Khatib Manjang."

    Saya sangat berharap agar saudara penulis dapat percerahkan lagi nama anak2 Daeng Mat Tara.

    Salah seorang anaknya ada yang bernama Abdul Razak atau Khatib Abdul Razak ?

    Harap dapat dipercerahkan. Terima Kasih..

    ReplyDelete
  11. sy dri pihak alang rajak.... tu je yg saya tau..

    ReplyDelete
  12. apakah laksamana muhammad amin dari kesultanan perak adalah keturunan daeng abdullah?

    ReplyDelete
  13. salam....saya juga dari keturunan daeng selili...tok wan saya bernama abdul majid....dulu berkawan rapat ngan tunku abdul rahman....tp saya kurang jelas salasisah ke atas....mohon bantuan....

    ReplyDelete
  14. As'salamuaikum, menarik topik perbincangan, baru-baru ni saya baru tahu nama moyang saya bermula dgn Kanda, boleh tahu dari mana keterunan Kanda ni, saya berasal dari belanja Kiri, parit

    ReplyDelete
  15. As'kum,

    Nama moyang saya bermula dgn Kanda, agaknya mana asal keterunan Kanda ni, saya berasal belanja kiri, parit

    ReplyDelete