Pages

Monday, May 17, 2010

Versi Kajian Izham Ku Zaifah

Saya telah membuat kajian mengenai keturunan dan asal usul Daeng Selili. Di sini saya paparkan versi salah seorang keturunan Daeng Selili iaitu Izham Ku Zaifah yang tinggal di Kota Lama Kiri




Izham Ku  Zaifah
Izham Ku Zaifah
Daeng Selili adalah anak raja Bugis dari Luwu',belayar ke Mekah menuntut ilmu agama,balik kenusantara dan akhirnya menetap diPerak.Terkenal dengan gelaran Panglima Pancung Tak bertanya yang bawa maksu seorang yang alim melaksanakan hukum syariat Allah.Berkahwin dengan Che' Ulung,mendapat 4 orang anak 1) DaengTok Enggang 2) Serimaharaja Daeng Tok Tongkat 3) Daeng Tok Bakul atau Nor Jelisim 4)Serimaharaja DaengTok Othman (kuburnya dibelakang Masjid Kota Lama Kiri).Saya adalah generasi 8 keturunan Daeng Selili.Sogheh saya macam ni,Daeng Selili+Che Ulung dapat anak nama Daeng Tok Tongkat.Daeng Tok Tongkat+(tak dapat maklumat) dapat anak namanya Daeng Kanda Adam.Kanda Adam+Daeng Alang Maimunah(kahwin Sepupu,Daeng Alang Maimunah adalah anak kepada Daeng Tok Othman).Depa kawin dan dapat 8 anak,salah soghangnya Daeng Itam Said.Daeng Itam Said+Itam Ra'yah Bt Kanda Mu'min dapat 3 anak,salah soghangnya Kanda Alang Rastam kahwin 3 kali.Salah soghang dengan Puteri Teh Khatijah.Salah soghang anak Kanda Alang Rastam ialah Tun Mohd Aleh.Tun Mohd Aleh kawin 2 kali 1)Che' Andak bt Hj Mohd Said dan 2)Ngah Jamilah Bt Kanda Jenal.Ngah Jamilah pernah kahwin dengan DYMM Sultan Perak ke 24,Almarhum Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah yang mangkat di Sayong tahun 1874.Dengan Ngah Jamilah depa dapat soghang anak iaitu Tun Mohd Edham yang lahir tahun 1880.Tun Mohd Edham kawin dengan Aishah Bt Hj Harun yang datang dari Anak Bukit Kedah,dan dapat 9 anak salah sorang nama Tun Ku Zaifah,kahwin dengan Jawahar Bt Syeikh Hj Abdul Kadir Al-Marbawi Bin Hj Abdul Raof Al-Marbawi dan dapat 6 anak.Salah sorangnya Tun Izham iaitu teman lee........
May 4 at 11:42pm · · Flag
Izham Ku  Zaifah
Izham Ku Zaifah
Syukur Alhamdulilah,saya tau nasab ketughuunan saya sampe Daeng Selili sebab Arwah Tok Saya,Tun Mohd Edham ada buat buku salasilah ketughunan kami,buku ni dibuat tahun 1932,masa tu ayah saya pun tak ada lagi.Untuk makluman semua,oghang Kota Lama Kighi memang satu peghodu,kami punya jughai ketughunan mula daghi Seri Maharaja Daeng Tok Tongkat,anak kedua Daeng Selili.Untuk makluman semua juga,segala ketughunan Wan,Megat,Syed yang ada dalam Kuala dan diselughuh Negeri Perak ni semuanya sangkut paut.Semuanya daghi Daeng Selili.Itu le sebabnya Orang Besor 4,8,16,32 bukan kaum puak lain,pusin-pusin balik kesitu juga.Adik beghadik sedaghah sedagin sepusat sepusin,kate oghang tua.Sekighanya ada sesapa yang nak tengok buku salasilah teman ni,dipersilakan dengan hormatnya.





3 comments:

  1. Dulu saya ingatkan saya ni pun keturunan Daeng Selili juga, tapi dah tahu kebenarannya....bukan. Daeng Selili rupanya takde hubungan keluarga dengan Nakhoda Hitam.

    ReplyDelete
  2. saya bukan keturunan Daeng Selili rupanya.....

    ReplyDelete
  3. Salam... u/p Izham ku zaifah.. Saya nak tanya siapa kanda mumin ayah kpd itam ra'yah tu?.. Dalam salasilah besar simpanan saya ada tercatat nama kanda mumin... saya generasi yg ke 8?

    ReplyDelete